You are on page 1of 2

UJIAN PRAKTIS GSA1072

TABURAN NORMAL

*** Anda boleh menggunakan hukum 68-95-99.7 bagi luas di bawah lengkung normal (penghampiran).

2.35% 2.35%

95%
99.7%

1 Taburan ketinggian budak perempuan 18 tahun hampir normal dengan min 162.5 cm dan sisihan piawai 6 cm.
Cari peratus budak perempuan yang mempunyai ketinggian

a. di bawah 168.5 cm
b. melebihi 174.5 cm
c. antara 168.5 cm dan 174 cm

2 Taburan aras kolesterol darah dalam kalangan budak lelaki 14 tahun hampir normal; min 165 mg kolesterol
per desiliter darah dan sisihan piawai ialah 30.

Rajah 1

a. Label paksi mengufuk pada Rajah 1 di atas


b. Berapakah peratus budak lelaki 14 tahun yang mempunyai aras kolesterol di antara 120 dan 200?
Lorekkan kawasan berkenaan pada Rajah 1.
c. Berapakah peratus yang mempunyai aras kolesterol lebih daripada 20?
d. Jika 30 % daripada semua budak lelaki mempunyai aras kolesterol X ke atas, tentukan nilai X.
3 Peperiksaan Statistik Asas mempunyai markah penuh 100. Andaikan skor Statistik Asas kumpulan PPISMP
bertaburan normal.

a. Berapakah peratus pelajar yang mempunyai skor antara satu sisihan piawai (±) daripada skor min.
b. Skor min kumpulan PPISMP ialah 65 dengan sisihan piawai 5. Jika skor Jafar ialah 55, apakah skor-z bagi
Jafar?
c. Jika semua skor telah dipiawaikan kepada skor-z, apakah min dan sisihan piawai Statistik Asas?
d. Skor-z Amin ialah -1.75, apakah skor sebenarnya?

4 Panjang hayat tayar A bertaburan normal dengan min 50 000 km dan sisihan piawai 5 000 km,

Rajah 2
a. Merujuk Rajah 2, apakah julat hayat tayar (daripada a ke b) bagi tengah 95% semua tayar.
b. berapakah peratus tayar tahan lebih daripada 55 000 km?
c. hanya 5% tayar boleh tahan lebih daripada berapa km?

5 Jadual 1 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi tiga subjek bersama markah Ayden dan Bakar dalam 3
subjek tersebut.

Sains Matematik Bahasa Malaysia


min 65 75 55
sisihan piawai 10 5 15
Ayden 75 80 55
Bakar 85 90 70
Jadual 1

a. Tukarkan semua skor mentah Ayden dan Bakar dalam tiga subjek kepada skor-z
b. Huraikan prestasi Ayden dan Bakar dalam tiga subjek berbanding dengan semua pelajar lain.

You might also like