You are on page 1of 5

Faktor

Kemudahan social

Kemudahan social sedia ada di sesuatu kawasan juga mempengaruhi


pembangunan guna tanah petempatan. Contoh seperti jalan raya ,jaringan
kemudahan lampu jalan ,klinik dan sekolah. Kemudahan asa seperti bekalan air
dan elektrik yang tersedia juga mempengaruhi factor guna tanah
petempatan.Terdapat juga system jaringan jalan raya yang sistematik dan
cekap.Kemudahan seperti ini membantu penduduk untuk pergi ke tempat yang
ditujui. System jaringan jalan raya juga membantu penduduk yang bekerja di
kawasan perindustrian hi tech dan prai untuk pergi bekerja. Terdapat juga
pusat pentadbiran tidak jauh daripada kawasan kajian. Contohnya, terdapat
balai polis dan balai bomba tidak jauh daripada 5 km dari kawasan
kajian.Perkhidmatan seperti rawatan kesihatan juga didapati lebih kurang
1.5km daripada kawasan kajian.Terdapat juga kedai kedai yang menjual
barangan seperti barangan runcit, makanan dan pakaian.Kedai seperti ini
sangat menyenangkan penduduk untuk membeli barangan yang
diperlukannya.Selain itu,terdapat sebuah sekolah yang terletak lebih kurang 1
km daripada kawasan kawasan.Kemudahan seperti sekolah ini membantu
penduduk yang mempunyai anak untuk menghantar anaknya ke
sekolah.Tambahan pula, terdapat juga masjid terletak lebih kurang 1 km
daripada kawasan kajian.Masjid merupakan rumah ibadat bagi umat
islam.Kemudahan ini juga dapat menyenangkan masyarakat islam yang tinggal
di taman ini.

Faktor lain termasuk kemudahan pendididkan, peluang pekerjaan , kesihatan ,


dan pengangkutan awam.Kemudahan pendidikan di sekitar kawasan kajian
terbukti dengan adanya sekolah yang terletak lebih kurang 1km daripada
kawasan kajian.Peluang pekerjaan yang tinggi juga terbukti dengan adanya
pusat perindustrian kulim dan pusat perindustrian hi tech.Perkhidmatan
kesihatan juga terjamin kepada penduduk Taman kulim square dengan adanya
hospital yang terletak lebih kurang 5 km daripada kawasan kajian.Terdapat
stesen bas yang terletak di pekan kulim yang terletak 5 km daripada kawasan
kajian.transit bas juga akan datang ke perhentian bas yang terdapat di Taman
Kulim Square.
Kegiatan ekonomi
Antra faktor yang mempengaruhi huna tanah lain ialah kegiatan
ekonomi.Lokasi kawasan kajian yang terletak dekat dengan pusat
perindustrian utama yang terdapat di dalam neger kedah iaitu pusat
perindustrian prai.Pusat perindustrian ini mempunyai kilang sektor
swasta lebih daripada kilang sektor kerajaan.Kedudukan Taman
Kulim Square yang berdekatan dengan pusat perindustrian prai ini
menjadi alternatif kediaman yang lebih rumah bagi mereka yang
bekerja di pusat perindustrian tersebut.Kewujudan peluang
pekerjaan yang tinggi serta ekonomi di sekitar kawasan kajian akan
mewujudkan pembangunan petempatan.Ini juga mengakibatkan
proses migrasi ke Taman Kulim Square.Dengan adanya peluang
pekerjaan yang tinggi, taraf hidup masyarakat juga akan
meningkat.Peningkatan taraf hidup juga menggalakkan migrasi ke
kediaman yang baharu.
Kesan
Kepanasan meningkat

Kepanasan di bandar dikenali sebagai fenomena pulau haba.Ini


disebabkan oleh pembebasan gas karbon monoksida yang
dibebaskan oleh kenderaan bermotor seperti, lori, motor, dan kereta
dan kilang.Menurut responden,beliau telah memberitahu bahawa
Taman Kulim Square makin hari makin panas.Apabila penduduk di
taman kulim square bertambah, pengunaan kenderaan bermotor
juga bertambah dan akhirnya, pembebasan karbon dioksida juga
meningkat . Keaadaan ini berlaku apabila terdapat terlalu banyak
kandungan karbon dioksida dalam udara. Pertambahan gas karbon
dioksida menyebabkan kadar penyerapan sinaran matahari semakin
tinggi di kawasan bandar .Pembinaan petempatan juga menyumbang
kepanasan di taman kulim square kerana haba terperangkap dalam
kawasan petempatan tersebut.Secara konklusi, karbon dioksida
menyerap haba dan menghasilkan pulau haba yang menjadikan
tempat tersebut lebih panas.Terdapat juga kesan buruk kepanasan
ini.Contohnya ialah strok haba.Serangan ini berlaku apabila suhu
badan meningkat.Selain itu,kepanasan ini juga boleh mengakibatkan
sakit kepala, keletihan, pening dan muntah.Ini juga akan menjejaskan
aktiviti harian seseorang.
Banjir kilat
Banjir kilat adalah impahan air di bandar yang berlaku secara
mendadak akibat curahan hujan yang lebat dan surut dalam jangka
masa yang singkat.Hal ini sering berlaku jika hujan berterusan tanpa
henti pada waktu yang singkat. Menurut responden,banjir kilat asyik
berlaku di taman kulikm square apabila hujan lebat turun.Faktor
yang menyumbang kepada kejadian banjir kilat ialah seperti
pembuangan sampah sarap oleh penduduk menyebabkan sistem
saliran tersumbat.

Selain itu , sistem perparitan yang tidak elok juga menjadi salah satu
faktor yang menyumbang kepada banjir kilat. Ini disebabkan oleh
pihak pemaju tidak menyediakan sistem perparitan yang sempurna
untuk menyalurkan air tanpa melimpah keluar.Terdapat juga kesan
yang dikeluarkan oleh banjir kilat.Antaranya ialah pembiakan
nyamuk.Nyamuk aedes boleh menyebabkan demam denggi .Selain
itu, banjir kilat juga merupakan agen merbak penyakit seperti
malaria.Penyakit malaria ini sangat berbahaya.

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis


tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai
pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar
suhu.Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi
tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat
menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai
tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak.
Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan
banjir.

Peningkatan penduduk di taman kulim square juga akan


meningkatkan sisa pepejal dan jika ia tidak dilupuskan dengan
efisyen ia akan menyebabkan masalah perparitan yang serius dan
juga akan meyebabkan banjir kilat.Sikap penduduk setempat yang
suka membuang sampah dalam saluran longkang dan parit
memburukkan lagi keadaan ini.
Pencemaran udara
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,
pembangunan dan penggunaan bahan api yang tidak mesra
alam.Contoh aktiviti pembangunan adalah seperti pembinaan pusat
perindustrian dan petempatan. Pencemaran udara ini berlaku
apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu
atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan harta
benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, dan asap.
Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa
kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah
kenderaan telah meningkat secara drastik dan lebih pencemar
dibebaskan.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana
karbon dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan
kesihatan manusia. Dapatlah dijelaskan punca-punca utama
pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa
elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan
bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar
melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia
itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam
sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa
buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga
membawa kesan kepada pencemaran udara.

You might also like