You are on page 1of 3

KOLEJ TINGKATAN ENAM HULU TERENGGANU

21700 KUALA BERANG,TERENGGANU DARUL IMAN.

SISTEM ATMOSFERA : STRUKTUR, KANDUNGAN, PERANAN, FAKTOR


KONSEP ATMOSFERA

Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa
yang berada di atas permukaan bumi disebabkanoleh tarikan daya graviti bumi.”
STRUKTUR ATMOSFERA
(Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera)
a. Termosfera/ionosfera

Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.


Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen.
Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen.
Penting untuk telekomunikasi.
b. Mesosfera
Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C.
Di kawasan ini wujud awan noktilusen.
Bahan meteor mula terbakar di sini
c. Stratosfera
Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian.
Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca.
Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini.
d. Troposfera
Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi.
Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.
Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca

KANDUNGAN ATMOSFERA
1. Gas kekal
Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%).
2. Gas berubah
Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :
a. Karbon dioksida : sentiasa bertambah;
memasuki atmosfera melalui tindakan organisma hidupan lautan dan daratan.
peningkatan penggunaan bahan api fosil oleh manusia
b. Ozon : sentiasa berkurangan;
melalui kitar fotokimia iaitu melibatkan percantuman semula dengan atom oksigenmenyebabkan kehi
langan bersih oksigen ganjil
c. Klorofluorokarbon (CFC) : sentiasa bertambah
punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk (freom) , bahan pencuci danpenyaman udara
terlerai dan membebaskan klorin yang juga terlibat dalam pemusnahan lapisanozon.
d. Nitrogen Oksida (NOX): sentiasa bertambah
mekanisme biologi di lautan dan juga dalam tanah, pembakaran industri,kenderaan, biojisim, dan pe
nggunaan baja kimia.
e. Sulfur dioksida (SO2): sentiasa bertambah
pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.

Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :


pencemaran udara
peningkatan gas rumah hijau
hujan asid
Penipisan lapisan ozon
pemanasan global
3. Juzuk bukan gas
Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galiandar
ipada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi.
Mengakibatkan fenomena jerebu
PERANAN ATMOSFERA
1. Kepada Biologi
Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.
2. Mencorakkan kontur permukaan bumi
Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air.
Tindakan unsur-
unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpamen
gira masa dan tempat.
3. Kekayaan semula jadi
Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindak
an kimia airhujan ke dalam batuan.
4. Perdagangan / rekreasi
Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.
5. Membentuk dan mempengaruhi cuaca
Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan.
Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan
perubahantersebut

Razzi 2018/hutecs

You might also like