You are on page 1of 7

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

1.0 MATLAMAT

Matlamat bagi pengurusan dan persiapan perkhemahan ialah melatih


menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab. Selain itu, peserta dapat
meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah.
Mereka juga berpeluang mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari. Pesrta
juga dapat melatih untuk lebih berdikari. Mereka juga dapat mengeratkan tali
persaudaraan diantara ahli BSMM. Kesedaran dikalangan ahli BSMM agar sentiasa
bersyukur atas segala kurniaan Tuhan juga dapat dipupuk. Daripada berkhemah ini
juga, ahli BSMM dapat melatih hidup berdikari serta mengamalkan pelajaran yang di
ajar dalam BSMM.. Tambahan lagi, ahli BSMM dapat berlatih memasak, bermain,
belajar, bekerja dan bersuka ria bersama rakan-rakan BSMM lain.

2.0 PENGURUSAN SEBELUM PERKHEMAHAN


2.1 Pemilihan Tempat
Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan objektif perkhemahan,
bilangan peserta, tempoh perkhemahan dan juga kemudahan asas yang ada
dan diperlukan.

2.2 Ciri tapak atau kawasan


Diantara ciri tapak atau kawasan yang sesuai dan boleh dijadikan tapak
perkhemahan ialah tapak tersebut hendaklah mendapat kebenaran dan
maklumat terlebih dahulu. Kemudahan asas seperti pengangkutan dan
bekalan air adalah mencukupi. Terdapatnya banyak bahan bakar serta
mempunyai kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta.
Selain itu, ketiadaan gangguan bahaya.Tapak tersebut juga hendaklah tidak
terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan. Tapak hutan yang menjadi
tapak perkhemahan tidak terlalu terlindung daripada cahaya matahari serta
tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumpur. Antara ciri-ciri
lain yang perlu diambil perhatian juga ialah cuaca serta arah angin, dahan
atau pokok yang reput, tebing runtuh atau batu besar yang berbahaya dan
juga kawasan yang mudah dinaiki air atau banjir.

2.3 Pembentukan AJK


Pembentukan Ahli Jawatankuasa adalah mengikut keperluan program.
Contoh bagi AJK ialah AJK MAKANAN, AJK PERALATAN, AJK
KEROHANIAN dan juga AJK AKTIVITI.

2.4 Pengurusan sebelum Perancangan


1. Merancang program.
2. Pemilihan kawasan yang sesuai
3. Keselamatan terjamin.
4. Bersesuaian dengan objektif.
5. Berkaitan setiap aktiviti.
6. Mengembirakan peserta .

2.5 Aktiviti yang dirancang


Aktiviti yang dirancang hendaklah dibuat mengikut aspek-aspek seperti
penilaian, pengujian, pertandingan / kuiz, dan juga berhalangan.

2.6 Merancang makanan


Bagi perancangan makanan, aspek-aspek yang perlu diambil kira sewaktu
persediaan makanan ialah tempoh perkhemahan, mempunyai sumber air
yang bersih, cara memasak berpusat atau latihan memasak, memerlukan
makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar dan juga memerlukan
makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar.
2.7 Surat menyurat
Surat-menyurat perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum aktiviti perkhemahan
dijalankan. Antara surat yang perlu disiapkan dan disediakan ialah surat
kebenaran, surat  keselamatan dan juga surat pemberitahuan serta lain-lain.

3.0 PERSIAPAN UNTUK HADIR


 Sebelum berangkat perlu ada perbincangan iaitu tempat yang hendak dituju, hari
dan masa bertolak, tempat berkumpul. Kelengkapan yang perlu disediakan oleh
setiap individu dan kumpulan, pengangkutan yang digunakan serta pembahagian
tugas.

4.0 KEPERLUAN-KEPERLUAN
Keperluan terbahagi kepad tiga iaitu keperluan peribadi, keperluan kumpulan dan
juga keperluan memasak. Penyediaan kelengkapan dan peralatan bergantung
kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta.

4.1 Keperluan Peribadi


Diantara keperluannya adalah pakaian seragam, baju-T, pakaian sukan /
pakaian beribadat, selipar / kasut dan lain-lain lagi.

4.2 Keperluan kumpulan


Diantara keperluannya adalah khemah, cangkul, tali, parang atau pisau, gergaji
dan lain-lain lagi.

4.3 Keperluan memasak


Keperluan Memasak perlu dibawa oleh individu atau kumpulan. Diantara
keperluan atau barang yang perlu ialah pisau kecil, kuali, cerek, baldi, papan
cincang, penapis, tali dan lain-laian yang difikirkan perlu.
5.0 SEMASA BERANGKAT
Semasa hendak berangkat, peserta perlu memeriksa dan meneliti maklumat atau
keterangan daripada ibubapa / penjaga yang telah diperolehi dan lengkap diisi.
Semua peserta juga berada dalam keadaan sihat. Kelengkapan peralatan individu
dan kumpulan juga dalam keadaan baik dan juga memakai pakaian seragam.

6.0 SEMASA TIBA


Semasa tiba di tapak perkhemahan, peserta bersama guru pembimbing perlulah
menghubungi orang berkenaan serta mendapatkan sedikit maklumat berkenaan
kawasan tersebut. Mereka yang bertanggungjawab juga perlu memeriksa kawasan
sebelum mendirikan khemah.

7.0 SEPANJANG PERKHEMAHAN


Sepanjang perkhemahan, semua peserta perlu terlibat secara langsung di dalam
kesemua aktiviti dan program yang dijalankan. Peserta juga perlu mengetahui
segala peraturan. Antara aktiviti yang digalakkan ialah aktiviti yang melibatkan
penduduk kampung seperti program gotong-royong.

8.0 MENDIRIKAN KHEMAH


Bagi mendirikan khemah, terdapat bebrapa langkah yang perlu diikuti. Langkah
pertama ialah, membersihkan kawasan tapak khemah. Kemudiannya, tentukan arah
tiup angin dan seterusnya dirikan khemah. Ukuran saiz panjang khemah diatas
lantai dibuat, dan ditanam kedua-dua batang tiang  khemah. Naikkan khemah,
pasang bumbung dan tiang dengan betul dan akhirnya, ketuk pancang dan ikat tali
dari kedua-dua batang tiang ke pancang.

9.0 MENURUNKAN KHEMAH


Bagi menurunkan khemah, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti. Perkara
pertama ialah memastikan segala barang dikeluarkan daripada khemah.
Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.
Seterusnya, kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di tanam.
Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada
khemah. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.
Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angin dan tali
khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam. Selepas itu, khemah perlu dilipat
sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.Khemah mesti diikat dengan kemas dan
betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan dan akhirnya, bersihkan kawasan
perkhemahan.

You might also like