You are on page 1of 3

Minggu Praktikum : 1

Tarikh : 29.7.2018 – 2.8.2018


Tajuk Jurnal : Murid tidak mengangkat tangan sebelum mengeluarkan
pandangan mereka.

1. Isu Yang Difokuskan:


Pada minggu pertama saya di SJK ( C ) Saleng, saya telah menjalankan tugas
pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 3B. Saya mendapati ketika PdP
dijalankan murid suka mengeluarkan pandangan mereka tanpa mengangkat tangan
sebelumnya. Ini telah memberikan masalah kepada saya untuk mengawal disiplin
kelas ini. Hal ini disebabkan kelas akan menjadi bising dan menyebabkan saya
susah untuk meneruskan proses PdP saya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan ( Punca dan Kesan Isu ) :


Punca murid tidak mengangkat tangan sebelum mengeluarkan pandangan mereka
adalah mereka ingin menarik perhatian daripada guru supaya guru dapat memberi
perhatian kepada mereka. Mereka juga bimbang bahawa pandangan yang ingin
dikeluarkan oleh mereka akan dikeluarkan terlebih dahulu daripada rakan-rakan
sekelas mereka. Oleh itu, apabila mereka mendapati sesuatu akan bercakap dengan
secepat mungkin. Kesan terhadap isu ini ialah kelas akan menjadi bising murid yang
lain akan berikut dan mengambil peluang berbual-bual dengan rakan di tepi mereka
jika guru memberikan fokus kepada murid yang mengeluarkan fikiran tanpa
mengangkat tangan. Disiplin kelas akan menjadi tidak memuaskan.

3. Kajian Lampau ( Literature Review ) Terhadap Isu ( Pengalaman atau Kajian


Lepas ) :
Menurut Mok Soon Sang (2011) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah adalah
satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk
mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran
dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai.

Menurut Haliza & Joy Nesamalar (2009) menyatakan bahawa pengurusan bilik
darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan

1
untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses
pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu
bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu 2 pembelajaran.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-
i. Jika terdapat murid melakukan kesalahan tersebut, guru memberi ingatan kepada
semua murid-murid sekali lagi.
ii. Guru tidak perlu memperdulikan murid yang tidak mengangkat tangan sebelum
bercakap dan mengingatkan murid-murid yang lain bahawa kesalahan ini telah
berlaku.
iii. Memberi lencana “Bagus” kepada murid-murid yang mematuhi peraturan ini
selepas tamat PdP. Murid boleh mengumpul sebanyak 30 lencana untuk menukar
hadiah dengan guru.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 Minggu

6. Tindakan Susulan :
Saya akan membuat satu jadual dengan Manilla Kad supaya murid dapat
mengumpul lencana yang telah dapat. Apabila setiap PdP tamat, saya akan
mengumumkan kumpulan yang dapat lencana tersebut.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :


Oleh sebab minggu seterusnya adalah minggu pentaksiran Ogos, jadi saya
menangguhkan tindakan susulan ini ke 12 Ogos 2018.

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat
melalui murid tidak lagi bercakap sesuka hati, rakan sekumpulan mereka akan

2
mengingatkan mereka bahawa mengangkat tangan sebelum bercakap supaya
mereka dapat lencana “Bagus” selepas tamat PdP.

9. Kesimpulan / Refleksi ( Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


Saya merasa berpuas hati dengan tingkah laku murid-murid. Walau bagaimanapun
saya berharap murid-murid akan meneruskan tingkah laku yang betul ini sampai ke
bila-bila masa bukannya sahaja untuk mendapat lencana yang saya bagi sahaja.

10. Rujukan :
Haliza Hamzah dan Samuel, J.N. (2009). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik
Darjah Dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (3rd ed.)
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like