You are on page 1of 2

Tindakan susulan Kelab Bahasa Inggeris

PROGRAM 1: Bulan Bahasa ( Dengan Kerjasama Panitia Bahasa Inggeris)


Rasional :

Masih ramai murid kurang berminat untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan kurang yakin untuk
memulakan perbualan dalam Bahasa Inggeris di dalam mahupun di luar bilik darjah. Jumlah
guru yang menggunakan Bahasa Inggeris dengan berkesan juga masih amat kecil bilangannya.

Matlamat :

Untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang dapat digunakan dengan efektif di
dalam dan luar bilik darjah. Di samping itu dapat membiasakan guru-guru dan murid-murid
dengan persekitaran Bahasa Inggeris yang kondusif.

Objektif :
Memastikan di akhir program :
1. Minat penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru dan murid-murid akan
meningkat.
2. Tahap yakin diri ( self-esteem) guru-guru dan murid-murid SK Datong meningkat.
3. Dapat menyumbang ke arah peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris.
4. Mengubah tanggapan bahawa Bahasa Inggeris susah dipelajari dan dipraktikkan dalam
amalan seharian.

Tema : LIVELY ENGLISH

Tempoh pelaksanaan : Sepanjang MAC 2017.

Kumpulan Sasaran: Semua Warga SK Datong, Pitas.

Aktiviti :
 Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris
 Spell it right ( Knowledge Discovery Magazine) Year 4-6
 Read a paragraph a day ( Year 6)
 Colour it right ( Year 1 – 6)
 Nursery Rhymes Songs ( Year 1, 2, 3, 4)
 Word Maze Competition ( Guru dan Staff SK Datong)
 Word Puzzle Contest ( Year 1 – 6)
 Story telling Competition ( Year 4,5 ,6)
 Public Speaking ( Open to teachers, pupils and staff)
 Assembly Presentation
PROGRAM 2: Write A Paragraph A Day

Objektif :
 Membantu murid-murid menulis dengan baik karangan dalam Bahasa Inggeris.
 Menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan terutamanya dalam
menjawab kertas 2.
 Melatih murid menggunakan tatabahasa Bahasa Inggeris dengan baik dan
berkesan.

Kumpulan Sasaran :

Semua murid SK Datong; Tahun 2 hingga 6

Aktiviti :
 Murid akan diberikan sebuah petikan setiap hari.
 Murid akan dilatih membaca dan memahami petikan tersebut.
 Petikan tadi akan ditampalkan di dalam Book 5.( Writing C)
 Murid akan menyalin semula petikan tersebut.
 Bahan akan disediakan oleh guru matapelajaran masing-masing mengikut kreativiti
guru dan
Kesesuaian bahan untuk tahap murid-murid.
 Bagi setiap Tahap 1 dan 2 seorang murid akan dipilih setiap minggu bagi mengetuai
Bacaan semasa perhimpunan pagi. (Setiap Isnin).
 Aktiviti susulan bagi Tahap 1 ialah menyalin semula ayat yang diberi serta menguasai
Satu perbendaharaan kata setiap hari.
 Penggunaan ayat dan perkataan bergantung kepada tahap penguasaan murid.
 Guru Tahap 2 pula akan membuat aktiviti susulan daripada petikan yang sama .
 Kelonggaran diberikan kepada semua murid kelas 4,5 dan 6 KREATIF.
 Murid-murid kelas berkenaan hanya perlu menyalin ayat yang mengandungi
perkataan tersebut.
 Aktiviti akan dijalankan dari Februari hingga September.
 Penilaian program akan dibuat pada bulan Oktober 2017.

You might also like