You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUDZAFFAR SHAH

34400 Simpang Empat ,


Semanggol, Perak Darul Ridzuan.

KOD SEKOLAH : AEE 3045


TEL : 05-8921200
FAX : 05-8921205

‘USAHA TUMPU JAYA’


Rujukan Kami : SMKMS 01/11/002(a)( )
Tarikh : 23 Rejab 1439
10 April 2018
Saudara / Saudari,

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI ANUGERAH KEMENJADIAN MURID 2018.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah terpilih untuk menerima hadiah penghargaan
bagi kategori berikut:
a) Anugerah Khas Pelajar Tg.1
b) Anugerah Khas Pelajar Tg.2
c) Anugerah Khas Pelajar PT3
d) Anugerah Khas Pelajar Tg 4

2. Saudara/saudari dijemput hadir untuk menerima hadiah penghargaan tersebut mengikut ketentuan berikut
dengan berpakaian kemas dan bersopan.

Tarikh : 20 April 2018 ( Jumaat )


Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Jaya, SMK Mudzaffar Shah

3. Sehubungan itu ibu bapa saudara/saudari juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

4. Saudara/saudari dikehendaki mengembalikan surat jawapan yang dilampirkan. Surat jawapan yang
lengkap diisi hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 16 April 2018. Sebarang pertanyaan dan
masalah, sila hubungi Pn Umi Nadiah bt Hamidon di talian 012 5655 695.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( ALIAS b AREFF )
Pengetua.

KERATAN JAWAPAN
Pengetua,
SMK Mudzaffar Shah.

Tuan.

KEHADIRAN MAJLIS ANUGERAH KEMENJADIAN MURID 2018.

Saya ……………………………………………………………………………………………………. pelajar tingkatan ………………………… akan HADIR /


TIDAK HADIR ke majlis tersebut.

2. Sekiranya tidak hadir, saya akan diwakili oleh ibu bapa/waris/ penjaga saya iaitu ;

……………………………………………………………………………………………………………………………….

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

*Potong yang tidak berkenaan

You might also like