You are on page 1of 9

2.

0 PENGUJIAN
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang
perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang
menegaskan bahawa ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehdaripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian
atau pengadilan”. (Raminah 1991:2).
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan
bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
Menurut Mohd. Najib Ghafar (1997), ujian adalah merupakan satu alat atau
prosedur yang bersistematik yang digunakan untuk mengukur sesuatu sampel tingkah
laku. Ia digunakan secara sistematik bagi menentukan prestasi seseorang pelajar dalam
sesuatu bidang. Ia menjawab soalan sejauhmana kejayaan pelajar berbanding pelajar-
pelajar lain atau dengan satu set tingkah laku atau kriteria yang dikehendaki.
Ujian juga menurut Bhasah Abu Bakar (2003) adalah satu konsep yang kerap
digunakan oleh guru pada setiap bulan seperti menyediakan ujian-ujian, ujian semester
atau ujian percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di setiap tahun.
Berdasarkan Sax yang dipetik daripada Bhasah Abu Bakar (2003) menyatakan ujian
ialah satu tugasan atau satu siri tugasan yang digunakan untuk mendapatkan satu
pemerhatian (maklumat) yang sistematik di mana tugasan itu diandaikan representatif
(wakilan) bagi trait pendidikan atau attribut.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan perancangan ujian, diikuti oleh
pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan murid seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah. Melalui proses pengujian ini, guru boleh
mengetahui kedudukan dan prestasi serta penguasaan murid terhadap tajuk-tajuk yang
diuji. Ini membolehkan guru menempatkan murid-murid mengikut kumpulan dalam bilik
darjah untuk memudahkan pengajaran.

2
Perancangan ujian Pentadbiran ujian Pemeriksaan
skrip jawapan

Mengetahui prestasi
dan penguasaan
murid-murid

Rajah 1: Proses pengujian

Pengujian merupakan alat pengukuran untuk mendapatkan maklumat tentang


pencapaian murid. Ia adalah suatu kaedah lazim digunakan untuk mengesan
pencapaian murid secara formal dengan guna kertas dan pensil. Alat-alat yang biasanya
digunakan ialah ujian tidak formal, ujian amali dan praktikal. Biasanya ia terdiri daripada
satu set soalan atau tugasan di mana murid-murid perlu memberi satu set tindak balas
Dalam ujian-ujian ini, murid perlu menyatakan secara eksplisit seperti seperti menjawab
secara lisan, tulisan, demonstrasi dan amali. Dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4,
contoh pengujian akan saya berikan dalam berikutnya.
Dalam Unit 1, iaitu “Sejarah Dan Kita”, guru boleh memberikan satu ujian selepas
mengajar konsep “Kenali Sejarah”. Contohnya:

Lengkapkan rajah di bawah.

Belum diolah dan


Batu bersurat dicetak

Bahan kajian melalui Sumber


pembacaan bahan sekunder
Bersifat asli
bertulis

Bahan yang telah Majalah


Sumber diolah dan
primer dicetak

3
Sumber Sejarah
Sumber Pertama Sumber Kedua

Contoh sumber pertama : Contoh sumber kedua :

Guru boleh mengedarkan ujian seperti yang ditunjukkan di atas dan memberi 15
minit untuk murid-murid menyiapkannya. Selepas 15 minit, murid-murid diminta
memberikan jawapan secara lisan. Dalam ujian tidak formal ini, guru boleh mengesan
pencapaian murid-murid sama ada mereka sudah mengetahui konsep sumber pertama
dan sumber kedua atau belum.

3.0 PENGUKURAN
Pengukuran membawa definisi sebagai “suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu mempunyai
sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”. Dalam erti kata lain
pengukuran ialah proses menentukan sejauhmana seseorang individu memiliki ciri-ciri
tertentu.
Pengukuran merupakan satu proses mendapatkan penerangan berbentuk data
berangka mengenai tahap pencapaian pelajar di dalam sesuatu kemahiran. Ia
menjawab soalan sebanyak mana pelajar telah berjaya. Skor atau data yang diperoleh
pula boleh dikategori mengikut skala pengukuran seperti nominal, ordinal, sela dan
nisbah (Mohd. Najib Ghafar, 1997).
Pengukuran juga merupakan pemberian angka-angka atau nombor secara
kuantitatif kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang telah
ditetapkan (Bhasah Abu Bakar, 2003).
Ng See Ngean (1991) pula berdasarkan definisi yang diberikan oleh Cook (1966)
dan Anastasi (1968) merumuskan bahawa pengukuran dan pengujian ialah kaedah-
kaedah objektif dan sistematik di mana maklumat yang sah tentang manusia dan
tingkah lakunya akan diperoleh.
Pengukuran ini dilaksanakan tanpa nilai seperti yang diterangkan dalam rajah 2 di
bawah. Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang

4
adalah sukar dan tidak dapat dilakukan dengan menggunakan alat ukur yang tepat
seperti pembaris.

Rajah 2: Konsep Pengukuran

Dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4, contoh-contoh pengukuran akan saya


berikan dalam berikutnya. Dalam Unit 4 “Tempat Tinggal Saya”, selepas mengajar
konsep “Lokasi Tempat Tinggal Saya”, guru boleh meminta murid-murid menghasilkan
peta lakar lokasi rumah masing-masing serta melabelkan jalan dan petunjuk yang
penting dalam peta tersebut. Skala kadar yang digunakan dalam pengukuran ini adalah
seperti berikut:

Skala Kadar untuk Menunjukkan Kesungguhan Menjalankan

5
Tugasan Pembinaan Peta Lakar Lokasi Rumah

Nama : Kelas : Tarikh :

Kemahiran dalam pembinaan peta lakar 1 5 Ulasan


1 2 3 4 5
lokasi rumah
Menampilkan idea dengan jelas
Menghasilkan tugasan dengan serius
Menyoal untuk mendapatkan maklumat
Mematuhi arahan pembinaan peta
Tugasan lengkap

4.0 PENILAIAN
Penilaian ialah satu proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan,
penganalisisan dan penginterpretasian keterangan tentang setakat mana pelajar telah
mencapai objektif pengajaran. Ia melibatkan proses mengukur dan membuat
pertimbangan tentang kebolehan dan keupayaan pelajar berdasarkan objektif yang telah
ditetapkan. Penilaian menentukan kategori pelajar kepada cemerlang, sederhana dan
lemah (Mohd. Najib Ghafar, 1997).
Menurut Bhasah Abu Bakar (2003) penilaian adalah satu pertimbangan atau
pembuatan keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda. Ia bersifat
kualitatif yang mengandungi pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan
dengan lebih lanjut, jelas atau membuat analisis terhadap sesuatu isu.
Manakala Gay seperti yang dipetik di dalam Bhasah Abu Bakar (2003) menyatakan
bahawa penilaian adalah satu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis
data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tecapai yang membolehkan
sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.
Bardasarkan kepada pandangan yang diberikan oleh Bloom (1956), Phi Delta
Kappan (1971), Mehrens & Lehmann (1978) dan Chase (1978); Ng See Ngean (1991)
merumuskan bahawa apa yang ditegaskan dalam beberapa definisi berkenaan penilaian
ialah merangkumi maklumat, penghakiman, pertimbangan dan keputusan. Ia merupakan
satu proses sistematik mendapatkan maklumat untuk membuat keputusan bagi tindakan
kelak (Ng See Ngean, 1991).

6
Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan
penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang
dihuraikan secara ringkas seperti rajah 3 di bawah.

Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat


persediaan pentadbiran pemeriksaan analisis interpretasi
ujian ujian dan dan
pengukuran tindakan
ujian

Rajah 3: Prosedur Penilaian

Berdasarkan kepada rajah 3 di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-


aktiviti utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah
terlebih dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur
tahap pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru
tersebut boleh menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid
tersebut lemah, sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang
tindakan susulan untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.
Contoh penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada
dua jenis, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif ialah ujian
yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi
maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi
pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul

7
kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan
sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan.
Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru berikan di bilik darjah seperti ujian ringkas,
kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.
Penilaian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program.
Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu,
atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu.
Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir
penggal tahun dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

5.0 PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah terjemahan perkataan Inggeris “assessment” berasal daripada
perkataan Latin “assidere” yang bermaksud “duduk di sisi”. Justeru itu,pentaksiran
dalam pendidikan ialah proses memerhati atau mencerap pembelajaran. Ia meliputi
proses menghurai, mengumpul, merekod, menskor dan mengintepretasikan maklumat
berhubung pembelajaran seseorang pelajar (Omar Mohd. Hashim, 2003).
Menurut Omar Mohd. Hashim (2003), kehadiran istilah pentaksiran di dalam sistem
pendidikan negara menunjukkan betapa aspek penilaian di dalam pendidikan harus
dilakukan dengan lebih terperinci.
Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oelh
guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.
Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998), pentaksiran
ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian
pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian
dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan
skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang
pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh
mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian
(Rujuk kepada rajah 4 di bawah).

8
Rajah 4: Perhubungan antara pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

Dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


merupakan salah satu jenis pentafsiran yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran
yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses
pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit
pembelajaran) yang berasaskan sekolah .
Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam sistem pentaksiran
kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik. Pentaksiran Sekolah
(PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di
sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,
pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah
oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat

9
sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum. Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di
peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan semulajadi murid, kemahiran
berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
Berikut adalah contoh pentaksiran dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4.

NAMA SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH
PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 4

Nama Murid :
No. Surat Beranak :
Jantina :
Kelas :
Nama Guru Sejarah :
Tarikh Pelaporan :

Berikut adalah pernyataan bagi kemahiran yang telah dikuasai :


Tajuk Tahap Tafsiran
Penguasaan
Sejarah Dan Kita
Keluarga Harmoni
Sekolah Kebangsaan Saya
Tempat Tinggal Saya
Zaman Air Batu
Zaman Prasejarah
Kerajaan Melayu Awal
Tokoh Terbilang
Parameswara Pengasas Melaka
Tun Perak Bendahara Terbilang
Hang Tuah Laksamana Melaka

10

You might also like