You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Kertas Cadangan

_________________________________________________________________________

Perkhemahan Unit Beruniform

_________________________________________________________________________

TEMPAT:

TAPAK PERKHEMAHAN , ULU BENDUL,

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


KERTAS KERJA CADANGAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 3

AMBILAN JUN 2017

TAPAK PERKHEMAHAN , ULU BENDUL,

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

PADA 3 SEPTEMBER – 6 SEPTEMBER 2018

1.0 TAJUK KERTAS KERJA


Kertas Kerja Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Di Tapak
Perkhemahan , Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

2.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk menyatakan perancangan dan


perjalanan projek bagi mendapatkan pengesahan dan persetujuan daripada pihak
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu untuk mengadakan perkhemahan Unit
Beruniform Pengakap di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan.

3.0 OBJEKTIF

Objektif perkhemahan ialah para pelajar dapat;

3.1 Mengaplikasi ilmu pengetahuan, kemahiran asas unit beruniform dan


kemahiran pengurusan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti perkhemahan.

3.2 Mengukuhkan kemahiran merancang program dan pengurusan Pasukan


Unit Beruniform dalam kalangan ahli unit beruniform.

3.3 Menunjukkan semangat kerjasama berpasukan, bertolak ansur di antara


sesama pelajar serta nilai kesukarelawanan dalam khidmat masyarakat.

3.4 Mempamerkan nilai kepimpinan dalam pengurusan persediaan , semasa


dan selepas perkhemahan dijalankan.
4.0 MAKLUMAT PROJEK

Kursus : Perkhemahan Unit Beruniform

Tarikh / Hari : 3 – 6 September 2018 / (Isnin- Khamis)

Masa : 5.30 pagi – 10.30 malam

Tempat : Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah

Kerjasama : Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu

Tema: Malam Rimba

5.0 PENYERTAAN
Ahli unit beruniform Pengakap IPG Kampus Bahasa Melayu Semester 3 seramai
38 orang dan beberapa orang pensyarah pengiring.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

6.1 JAWATANKUASA INDUK


Penaung : Dr. Hjh. Maridah Binti Hj. Alias
Ketua Unit Beruniform : Muhammad Idzzuddin Bin Mohd Norashid
Kem Komandan : Mohd Akmal Bin Majid

Jurulatih & Penilai : Cik Haslinda binti Mohamad Saad


: Cik Nor Yatimah binti Osman

6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

(Sila Rujuk Lampiran 1)

7.0 ATURCARA PROGRAM

(Sila Rujuk Lampiran 2 )


8.0 PENCERAMAH

Sesi 1: Encik Mustafa Karim bin Haji Ahmad

( Pemimpin Persatuan Pengakap Wilayah Kuala Lumpur )

Sesi 2: Cik Haslinda binti Mohamad Saad

( Pemimpin Persatuan Pengakap IPG Kampus Bahasa Melayu

9.0 SOKONGAN

Program ini diberi sokongan menyeluruh dari Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus
Bahasa Melayu bagi memenuhi tugasan bagi kursus Unit Beruniform

10.0 BELANJAWAN

10.1 ANGGARAN PENDAPATAN


Bil. Perkara Butiran Jumlah
1. Yuran Ahli 38 ahli x RM5 RM190
2. Peruntukan Unit Kokurikulum RM1700 RM1700
3. Sumbangan Koperasi RM350 RM350
4. Sumbangan Pensyarah RM350 RM350
Jumlah RM2590

10.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Butiran Jumlah


1. Sewa Tapak Perkhemahan RM500 RM500
2. Pengangkutan 1 unit van IPG KBM -
1 unit bas IPG KBM
3. Makan dan Minum a) Peserta
-Sarapan Pagi
(RM2 x 38 peserta) x 4 hari RM304
-Makan Tengahari
(RM4 x 38 peserta) x 4 hari RM608
-Minum Petang
(RM1 x 38 peserta) x 3 hari RM114
-Makan Malam
(RM4 x 38 peserta) x 3 hari RM456
-Air Mineral
8 kotak x RM8 RM64

b) Pensyarah
-Sarapan Pagi
(RM2 x 3 pensyarah) x 4 hari RM24
-Makan Tengahari
(RM4 x 3 pensyarah) x 4 hari RM48
-Minum Petang
(RM1 x 3 pensyarah) x 3 hari RM9
-Makan Malam
(RM4 x 3 pensyarah) x 3 hari RM36

4. Masakan Rimba 1. Roti


4 bungkus x RM3.50 RM14
2. Telur
3 papan x RM8 RM24

4. Sijil dan Hadiah Sijil Penyertaan


38 Peserta x RM1.00 RM38
Cenderamata Perasmi
RM20 x 1 RM20
Hadiah Pertandingan
(2 hamper x RM20) x 5 kategori RM200
Jumlah Perbelanjaan RM2459
11.0 PENUTUP
Dengan segala hormatnya pihak kami memohon pertimbangan dan kelulusan bagi
pihak Pengarah terhadap cadangan mengadakan program Kem Perkhemahan Unit
Beruniform agar dapat dijalankan untuk pelajar dari Unit Beruniform Pengakap
Semester 3 IPG Kampus Bahasa Melayu.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ………………………………

(MUHAMAD FAIZ BIN ZAINAL) (CIK HASLINDA BINTI MOHAMAD


SAAD)
Setiausaha Persatuan Pengakap Malaysia,
Penasihat Persatuan Pengakap Malaysia,
IPG Kampus Bahasa Melayu,
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

……………………………… ………………………….

(PN. PUNITHAVATHI A/P SINNAPOO) (DR. HJH. MARIDAH BINTI HJ. ALIAS
A.N.S, P.M.C.)
Ketua Unit Beruniform,
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
RUJUKAN

Dirujuk pada 15 Ogos 2018 dan diakses di : http://www.pengakapmalaysia.org/portal/

Dirujuk pada 19 Ogos 2018 dan diakses di: http://samizul.net/2011/07/panduan


menulis-kertas-kerja.html
Lampiran 1

JAWATANKUASA PELAKSANA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2018

Pengerusi : Muhammad Idzzuddin Bin Mohd Norashid


Naib Pengerusi : Nur Shafikah Binti Shadidi
Setiausaha : Muhamad Faiz Bin Zainal

` Naib Setiausaha : Anis Athirah binti Abdullah

Bendahari : Muhammad Hafizuddin Bin Abu Kassim

Naib Bendahari : Nur Kiasatina Binti Mohamad Fisal

Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas

1. Pengerusi ● Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk


dan mesyuarat perancangan program.
Muhammad Idzzuddin Bin
Mohd Norashid ● Melantik ahli jawatankuasa pelaksana program.

2. Naib Pengerusi ● Menentukan garis panduan pelaksanaan program


dan memastikan aktivti bergerak lancar
Nur Shafikah Binti Shadidi

3. Setiausaha ● Menyediakan kertas kerja program.

Muhamad Faiz Bin Zainal


● Menguruskan semua gerak kerja aktiviti

4. Bendahari ● Menyediakan anggaran perbelanjaan yang


diperlukan.
Muhammad Hafizuddin Bin
Abu Kassim ● Menguruskan bahagian kewangan program.

● Menyediakan laporan kewangan tentang


perbelanjaan yang telah digunakan.

5. Penyelaras Program ● Menyelaras program sepanjang program


dilaksanakan
Cik Haslinda binti Mohamad
Saad

Cik Nor Yatimah binti Osman

6. JK Dokumentasi & Fotografi ● Mendapatkan kamera dan perakam video.

Chai Kheng Hao ● Menangkap gambar sepanjang program.


Nor Atika Binti Adnan
● Merekod video semasa program berlangsung.

● Mengumpul semua gambar dan video dalam satu


dokumen.

● “Burn” dokumen dalam CD sebagai rekod.

● Menyediakan laporan AJK selepas lawatan.

7. JK Peralatan ● Menyediakan setiap peralatan yang diperlukan.

Aiman Haziq Bin Hamzah ● Memantau setiap peralatan semasa program


Muhammad Hazim Bin dijalankan.
Mohammed Yusoff
● Memastikan setiap peralatan dan kelengkapan
mencukupi dan bersesuaian.

8. JK Pengangkutan ● Merancang dan mengendalikan penggunaan


pengangkutan peserta.
Muhammad Azrul Effendy Bin
Ahmad Tajuddin ● Memastikan setiap peralatan dan kelengkapan
mencukupi untuk dibawa sebelum dan selepas
Intan Zarith Sofea Binti Abdul
program.
Rashid

9. JK Hadiah, Cenderamata & ● Menyenaraikan senarai keperluan hadiah ,


Sijil cenderamata dan sijil.

Zakaria Bin Mat Isa ● Menyediakan hadiah, cenderamata serta sijil dan
menyampaikannya kepada para pemenang,
Mohamad Faris Asyraf Bin mahupun guru.
Mohd Redzuan

10. JK Makanan ● Pemilihan makanan mengikut kesesuaian

Siti Roslina Binti Zakaria ● Menyediakan makanan untuk murid-murid

Mohamad Hazieq Bin


● Memastikan tempahan makanan dilaksanakan
Mohamad Sagir
mengikut aktiviti yang dilaksanakan.

11. JK Aktiviti ● Merancang aktiviti-aktiviti sepanjang program


berlangsung
Najuan Nabil Bin Abdul Ghani
● Menguruskan segala kelengkapan aktiviti yang
Nur Amirah Binti Shahri
dijalankan

12. JK Kebajikan & Keselamatan ● Menempah peralatan bantuan kecemasan seperti


first aid kit
Hanis Wahidah Binti Shuib
● Memastikan keselematan peserta dalam keadaan
Mohamad Arifuddin Bin Ab
terkawal
Hadi
● Membuat jadual patrol waktu malam bagi peserta

13. JK Kerohanian & Moral ● Menghasilkan jadual tugas imam dan pemberi
ceramah bagi muslim dan bukan muslim.
Nurul Aqilah Binti Mohd Isa
● Menguruskan waktu solat berlandaskan waktu
Cally Wong
program

14. JK Kebersihan ● Membuat jadual giliran tugas bagi peserta untuk


memastikan kebersihan dalam keadaan baik
Muhammad Amir Aqil Bin
Azeman ● Memastikan tempat yang digunakan bagi
melaksanakan program dalam keadaan bersih
Muhammad Azib Bin Hamzah
LAMPIRAN 2

ATUR CARA PROGRAM

TARIKH: 3 - 6 SEPTEMBER 2018

TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN ULU BENDUL, NEGERI SEMBILAN

HARI 3 SEPTEMBER 4 SEPTEMBER 5 SEPTEMBER 6 SEPTEMBER


MASA 2018 2018 2018 2018
(ISNIN) (SELASA) (RABU) (KHAMIS)
5.30 a.m- Bangun Pagi, Persiapan Diri, Solat, Kuliah Subuh dan Sesi
7.00 a.m. Moral
 Perhimpunan Pagi.
 Nyanyian Lagu Negaraku.
7.00 a.m- Bertolak dari IPG  Nyanyian Lagu Unit Beruniform
7.30 a.m Kampus Bahasa  Ikrar
Melayu ke tapak  Doa
perkhemahan  Senamrobik.
7.30 a.m-
Sarapan pagi
8.00 a.m
Sampai ke
destinasi, taklimat
ringkas daripada AKTIVITI 5
Refleksi dan Raptai
8.00 a.m- Kem Komandan Pertandingan
majlis perasmian
10.00 a.m dan memasang Kawad Kaki
penutup
khemah mengikut
kumpulan yang
ditetapkan.
AKTIVITI 1 AKTIVITI 6
10.30a.m-
Rekacipta gajet Pertandingan Persiapan
11.30 a.m
mengikut Masakan Rimba Tempat;;
11.30 kumpulan yang
a.m- ditetapkan Majlis Penutup
12.30a.m
12.45 p.m Makan Tengah Hari, Solat Zohor
AKTIVITI 7
AKTIVITI 2 Kembali pulang ke
Pertandingan
2.00 p.m Pertandingan IPG Kampus
membuat ikatan
membina Gajet Bahasa Melayu
dan simpulan

4.00 p.m. Rehat / Minum petang / Solat Asar

AKTIVITI 3 AKTIVITI 8
4.30 p.m Ujian Kraf Pertandingan
Perkhemahan “Explorace”

6.30 p.m Makan Malam.

Solat Maghrib, Solat Maghrib,


7.00 p.m Bacaan Yassin, Kuliah Maghrib,
Solat Isyak Solat Isyak.

AKTIVITI 4 AKTIVITI 9
9.00p.m-
Latihan asas Malam
10.30
pertolongan Kebudayaan.
cemas

Minum malam dan Rehat Diri


11.00p.m
Rehat Diri

You might also like