You are on page 1of 5

TAJUK PROJEK

Projek Pupil Identification Code ( QR Code )

PENGENALAN

Dewasa ini, teknologi tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Walaupun ia bukan
sesuatu yang daruri, namun ketiadaannya melambatkan proses kerja manusia. Urusan pinjaman buku teks di
sekolah memerlukan catatan dan data. Setiap buku melalui proses perekodan dan simpanan. Ia ditanda
dengan beberapa pengenalan agar setiap buku dapat diketahui pemiliknya. Namun demikian, sering terjadi
pengabaian dikalangan murid. Buku tidak dijaga malah seringkali ditinggalkan dimana-mana kerana cuai dan
lupa. Untuk mengenalpasti pemiliknya kadang kala menjadi sukar kerana maklumat yang diletak dibahagian
hadapan hilang dan rosak.

Disini, teknologi yang diperkatakan diawal pengenalan akan membantu guru mengenal pasti pemilik
buku yang ditinggalkan. Malah boleh membantu kes-kes kecurian buku daripada pemilik sebenar. Hanya
bersaiz 10 mm, kod yang dilekatkan pada muka surat tertentu mampu memberi maklumat pemilik buku hingga
kepada nombor untuk dihubungi. Teknologi tersebut adalah teknologi QR Code.

QR Code merupakan teknologi terkini dan mudah untuk dijana, hanya melalui aplikasi yang terdapat
di microsoft dan google store. Walaupun ia merupakan suatu perisian yang mudah, namun mampu memberi
impak yang sangat bermanfaat khususnya penyimpanan dan pemaparan maklumat di alat peranti mudah alih
iaitu telefon pintar yang menjadi satu alat penting di dalam kehidupan manusia masakini.

Di dalam projek PIC ini, maklumat penting setiap pelajar iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan,
nombor surat beranak dan nombor talian murid di daftarkan dan dijana menjadi satu kod khas, yang hanya
boleh dibaca melalui QR Code Reader. Kod yang dihasilkan sengaja dikecilkan hingga ke saiz 10 mm agar ia
sukar untuk ditemui dan dilekatkan di muka surat tertentu setiap buku teks yang dipinjamkan kepada murid.

Selain daripada itu, PIC mampu untuk memberi maklumat pantas kepada guru apabila satu satu
maklumat murid diperlukan khususnya nombor kad pengenalan, nombor surat beranak dan nombor talian
untuk dihubungi. Guru tidak perlu merujuk kepada buku kehadiran murid atau buku pendaftaran murid untuk
mendapatkan maklumat tersebut. Hanya mengimbas QR Code pada buku murid tersebut, segala maklumat
penting yang dikehendaki akan diperolehi. Selain itu, Data QR Code yang dijana boleh dibaca oleh alat
pengimbas yang diinstalasi di dalam telefon pintar walaupun secara offline. Ia tidak memerlukan data internet
semasa proses imbasan kerana maklumat murid telah dibentuk kedalam bentuk kod yang khas dan kekal.

Semoga, sedikit inovasi yang dilaksanakan ini mampu memberi impak yang baik di dalam pengurusan
buku teks khususnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok.

OBJEKTIF

i- Melicinkan urusan perekodan buku pinjaman ( writtingless)


ii- Memudahkan akses maklumat murid.
iii- Mengurangkan kes kecurian.
iv- Menyelesaikan kes buku tercicir.
RASIONAL PROJEK

i- Mengurangkan penggunaan pen dan menulis kerana data telah dibentuk kedalam QR Kod. Hanya
cetak dan lekat.
ii- Maklumat murid mudah diakses dimana-mana hanya imbas dan salin serta kongsi menerusi
aplikasi sosial.
iii- Tiada lagi kes kecurian buku atau buku tanpa pemilik. Hanya imbas dan maklumat pemilik akan
terpapar. Murid tidak dapat mengakses kerana tiada peranti mudah alih, serta tidak tahu siapa
pemilik buku hanya seepas diimbas oleh guru.
iv- Kes buku tercicir akan dapat diselesaikan kerana maklumat lengkap murid beserta nombor
telefon akan terpapar pada skrin setelah diimbas.
v- Meningkatkan kesedaran murid terhadap penjagaan buku teks, kerana guru akan mengetahui
pemilik buku dan tindakan tatatertib akan dibuat.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK

 SKOP PROJEK

Sebagai permulaan, QR kod ini dikhususkan untuk murid tahun 1 -3. Dan ia dilekatkan disetiap buku
teks murid. Hanya guru dan pengawas SPBT mengetahui muka surat yang dilekatkan dengan QR kod.
Maklumat di dalamnya hanya nama penuh, no.KP, no.SB dan no.telefon.

Tujuan utama adalah untuk memastikan maklumat pemilik ada di dalam buku teks. Ia dilekatkan
dibahagian tengah pada muka surat tertentu kerana kebarangkalian untuk rosak adalah kurang berbanding jika
dilekatkan dibahagian hadapan atau belakang.

 LIMITASI PROJEK

Projek PIC ini hanya tertumpu pada murid tahun 1 hingga 3 sahaja ( Fasa pertama ). Manakala
maklumat yang disediakan hanya pada maklumat asas murid.

QR kod merupakan satu kombinasi dot paten yang khusus untuk setiap maklumat yang dimasukkan.
Ia sangat sensitif dan tidak dapat diimbas jika mengalami sebarang kerosakan pada dot paten yang dihasilkan.
Oleh kerana itu ia dilekat di tengah-tengah buku bagi mengelak daripada rosak dan disaluti denga pita pelekat
jernih.
Maklumat seperti nombor telefon murid tidak dapat diubah kerana kod itu telah dipatenkan khas.
Perubahan maklumat perlu kepada janaan semula kod yang baharu.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

 KEPENTINGAN

QR kod membantu menyelesaikan masalah kehilangan dan kecurian buku teks. Ia akan dilekatkan di
muka surat 27 pada setiap buku teks dan tidak dimaklumkan kepada murid. Hanya guru dan pengawas
mengetahui muka surat ini. Saiznya yang kecil juga akan membuatkan pemilik buku tidak sedar dengan
peranan QR kod ini. Guru boleh mengakses QR kod ini dengan mengimbasnya menggunakan perisian QR Code
Reader yang boleh didapati secara percuma melalui Google Store atau Google Play. Maklumat didalamnya
membolehkan guru mengetahui pemilik sebenar buku teks yang hilang atau dicuri.

Selain itu, jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan data asas murid atau nombor telefon
murid, QR kod ini dapat menyelesaikannya. Guru tidak perlu merujuk kepada buku daftar kehadiran murid
yang diletakkan di pejabat, tetapi hanya dengan mengambil satu daripada buku teks murid tersebut dan
mengimbas QR kod yang dilekatkan di dalamnya untuk mengetahui nombor telefon murid.

 IMPAK

Pengurusan pinjaman akan menjadi lebih sistematik. Penggunaan dakwah pen dan tulisan dapat
dikurangkan. Guru penyelaras hanya perlu melekatkan QR kod murid pada borang pinjaman. Malah ruangan
data juga lebih mudah dan jimat.

Masalah kecurian buku juga dapat dielakkan. Murid akan lebih berwaspada dan berhati-hati kerana
amaran awal tentang kod rahsia yang dimaklumkan kepada murid akan menjadikan mereka menjaga buku
mereka sendiri dan tidak berhajat kepada mengambil buku rakan lain.

Salah satu inovasi yang berlainan dengan sekolah lain, dan boleh memberi peluang kepada guru dan
pengurusan SPBT sekolah lain untuk memperluaskan fungsi penggunaan QR kod kepas urusan dan bidang lain.

ANGGARAN KOS PROJEK

BIL PERALATAN KOS ( Seunit )


1. Alat pencetak RM 200.00
2. Kertas sticker RM 0.50
3. Pita pelekat jernih RM 2.00
4. Gunting RM 2.00

KAEDAH PENYELIDIKAN ATAU METODOLOGI PROJEK

 METODOLOGI PROJEK

 Penjanaan QR Kod
 Membaiki kekurangan maklumat pada kod.
 Menguji QR Kod yang dihasil dengan mengimbas setiap kod dan mengesahkan maklumat di
dalamnya.
 Menilai
 Pembetulan
 Penambahbaikan

 PELAN PERANCANGAN PROJEK


 Membuat perbincangan bersama jawatankuasa berkenaan Projek (PIC).
 Menetapkan objektif, matlamat, sasaran dan tugasan.
 Mencari dan menyediakan maklumat asas murid menerusi Sistem Aplikasi Pengkalan Data
Murid (APDM )
 Memasang perisian QR Generator di dalam komputer peribadi.
 Menjana QR kod dan penukar format kepada JPG.
 Menyusun QR kod mengikut kelas dan melabelkan nama.
 Mencetak QR kod di atas kertas sticker.
 Membuat pengumuman tentang Program back to the basic kepada murid.
 Membuat taklimat ringkas tentang teknikal projek PIC kepada guru kelas dan pengawas SPBT.
 Pengawas melaksanakan tugasan dengan pemantauan guru.

CONTOH QR KOD PERISIAN QR CODE GEBERATOR PERISIAN QR CODE READER

KESIMPULAN

ADAM NAIL 2B

Maklumat imbasan

KESIMPULAN

Sedikit kelebihan teknologi yang diinovasikan di dalam pengurusan pinjaman buku teks di SK.Sungai Korok
mampu melancarkan proses peminjaman, daftar ,rekod dan pemulangan buku teks murid. Juga dijangka
mampu mengurangkan kes kecurian dan menyelesaikan kes buku hilang tidak dituntut. Inovasi ini diharap
menjadi pemangkin kepada penggunaan aplikasi dan perisian lain yang mampu meringankan beban tugas guru
serta memodenkan sistem data dan maklumat.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ............................................. ...........................................


( PN.ZALIKHA BT HASSAN ) ( PN.MASTURA BT ANUAR )
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KOROK
11000 BALIK PULAU
PULAU PINANG

KERTAS KERJA PROJEK


PUPIL IDENTIFICATION CODE ( PIC )

Anjuran
Unit Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )
Hal Ehwal Murid SK.Sg.Korok

Tarikh Projek
Mula 01 Ogos 2018

You might also like