You are on page 1of 2

BULAN PATRIOTISME Kuiz Sejarah 2018

1 . Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan?


A. Menambahkan bilangan parti politik
B. Mengurangkan campur tangan British
C. Menonjolkan kepemimpinan orang asing
D. Mengurangkan tekanan Komunis Malaya

2 Apakah ciri-ciri Sistem Ahli di Tanah Melayu?


I Sistem kabinet bayangan
II Anggotanya dikenali Ahli
III Terdiri daripada lima orang anggota
IV Semua anggotanya dilantik oleh Majlis Raja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Apakah portfolio yang dipegang oleh Dato’ Onn Ja’afar dalam Sistem Ahli tahun 1950an?
A. Ahli Ekonomi
B. Ahli Pelajaran
C. Ahli Luar Negeri
D. Ahli Dalam Negeri

4. Apakah peranan ahli dalam Sistem Ahli?


A. Mengatasi perpecahan kaum
B. Menuntut penubuhan negara berdaulat
C. Menguruskan pentadbiran harian jabatan
D. Memastikan hak rakyat dilindungi

5. Mengapakah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dianggap titik permulaan
kerjasama kaum di Tanah Melayu?
A. Kerjasama untuk membentuk Parti Perikatan
B. Persetujuan UMNO untuk membuka keahlian kepada semua kaum
C. Sokongan British untuk memberikan kemerdekaan
D. Kesanggupan UMNO untuk berunding dengan kaum lain

6. Antara berikut, yang manakah hasil perundingan UMNO-CLC pada tahun 1950an?
I Penubuhan Parti Perikatan II Kerakyatan Negeri 1951
III Pilihan raya di peringkat perbandaran IV Penetapan tarikh kemerdekaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Mengapakah Dato’ Onn dikecam hebat oleh ahli-ahli UMNO?


A. Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
B. Memperjuangkan semangat kenegerian
C. Menerima parti politik lain dalam Parti Perikatan
D. Mengecam pemimpin UMNO yang lain
BULAN PATRIOTISME Kuiz Sejarah 2018

8. Mengapakah kaum bukan Melayu tidak menyokong Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)?
A. Tidak berminat memerdekakan negara
B. Cemburu dengan perjuangan orang Melayu
C. Mengutamakan pencarian rezeki
D. Tidak berasakan diri mereka bangsa Tanah Melayu

9. Pernyataan di bawah berkaitan Parti Perikatan.


Mengambil bahagian dalam pilihan raya
Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
pada 27 Julai 1955.
Apakah manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut?
I. Kemerdekaan dalam empat tahun
II. Pendidikan tidak akan diwajibkan
III. Perkhidmatan awam akan dimansuhkan
IV. Hak Asasi Manusia akan dijaga
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Antara berikut, siapakah menyertai rundingan kemerdekaan ke London pada 1956?
I Tan Cheng Lock II Kolonel H.S. Lee
III Dr. Ismail Abdul Rahman IV Dato’ Onn bin Ja’afar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

You might also like