You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal : 8

Minggu Praktikum: Minggu 9


Tarikh Peristiwa / Kejadian 199-22 Mac 2013
Tajuk Jurnal : Minggu Peperiksaan di SK Bandar T6, Taman Sri Lambak,
Kluang

Bermula pada hari Selasa, Sekolah Kebangsaan Bandar T6 telah mengadakan


satu ujian bertulis rasmi (Ujian 1/2013). Semua pelajar tahap dua iaitu pelajar tahun
4, 5, dan 6 telah terlibat dengan ujian ini. Ujian ini merupakan ujian bertulis rasmi yang
pertama diadakan pada tahun ini untuk mengukur tahap seseorang murid itu telah
menguasai sesuatu mata pelajaran itu mengikut tajuk dan topik yang telah dipelajari.

Minggu peperiksaan dimulakan dengan subjek teras dahulu seperti Hifz al-Quran,
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Subjek yang lain pula
dijalankan pada hari Isnin minggu berikutnya.

Pengalaman yang dilalui semasa menjaga peperiksaan merupakan pengalaman


yang manis sepanjang menjadi guru biasa sebelum menjadi guru pelatih dan ini kali
pertama menjadi guru praktikum di sekolah yang saya ditempatkan. Saya juga telah
terlibat sebagai pengawas dan pemeriksa bagi kelas-kelas yang saya ajar. Sebelum
peperiksaan bermula, saya perlu mengambil dahulu kertas peperiksaan di bilik
peperiksaan. Kemudian, apabila kertas soalan sudah diedarkan, saya akan
membacakan arahan serta peraturan peperiksaan seperti dilarang meniru rakan
sebelah ataupun merujuk sebarang jenis buku semasa peperiksaan sedang
dijalankan.

Saya juga ditugaskan untuk menanda kertas jawapan Maharat al-Quran tingkatan
3 dan Pendidikan Seni Visual tingkatan 1 bagi kelas yang saya ambil alih. Saya
mendapati bahawa bagi kertas soalan tingkatan 1, soalan yang terkandung dalam
kertas peperiksaan tersebut kurang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana
terdapat beberapa soalan yang merangkumi tajuk yang masih belum lagi diajar oleh
saya dan rakan-rakan praktikum yang lain. Terdapat arahan soalan yang
mengelirukan dan memerlukan guru untuk menerangkan secara terperinci tentang
soalan tersebut. Bagi kertas soalan Maharat al-Quran pula, saya dapati walaupun
tajuk-tajuk tersebut pernah dipelajari oleh pelajar, namun soalan bahagian B agak
sukar kerana murid kebanyakannya terkeliru tentang maklumat terkandung dalam
buku idea dengan ciri –ciri buku idea.

Selain itu, pengalaman yang menarik sepanjang saya menjaga peperiksaan adalah
apabila terdapat pelajar tahun 4 yang menangis dan meminta saya melanjutkan masa
kerana dia tidak dapat menyiapkan soalan matematik. Pada mulanya saya agak keliru
untuk membuat keputusan kerana sejurus selepas peperiksaan matematik, mereka
akan terus memduduki peperiksaan Pendidikan Agama Islam. Langkah yang saya
ambil ialah bertanya kepada guru lain tentang masalah tersebut dan beliau
mencadangkan supaya mengabaikan permintaan pelajar tersebut kerana masa yang
diperuntukkan untuk menjawab soalan sememangnya telah tamat dan mereka perlu
menjawab soalan Pendidikan Agama Islam pula selepas itu. Namun, saya tetap
memberikan pelajar-pelajar kelas tahun 4 tersebut masa tambahan selama 5 minit
kerana mereka semua tidak dapat menyiapkan kertas soalan tersebut. Masa 5 minit
tersebut saya berikan supaya mereka dapat menyemak semula jawapan serta nama
dan kelas yang perlu ditulis pada bahagian depan muka soalan.

Secara kesimpulannya, saya merasakan bahawa pengalaman ini sememangnya


pengalaman baru yang menyeronokkan kerana saya telah berpeluang menjaga kelas-
kelas semasa peperiksaan dan juga berpengalaman belajar menanda kertas soalan
Kemahiran Hidup tahun 4 dan 5 serta Bahasa Melayu Pemahaman tahun 4. Saya
berharap semoga pengalan ini dapat saya gunakan untuk masa yang akan datang
apabila saya telah menjadi guru sebenar kelak.

You might also like