You are on page 1of 18

Penghargaan

Pendahuluan 1
Biodata Tokoh 2
Latar Belakang 3
Kerjaya Awal Dan Keluarga 5
Kerjaya Politik 7
Sumbangan Tun Dr Mahathir 10
Sebab-Sebab Saya Sanjungi Tun Dr Mahathir 12
Rumusan 14
Rujukan 15
Lampiran 16
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana izin-Nya saya
dapat menyiapkan Folio ini. Folio ini disediakan sebagai
salah satu keperluan dalam silibus Pendidikan Moral
Tahun Enam. Tugas saya adalah untuk menjalankan
kajian dan mencari maklumat tentang Tokoh Yang
Disanjungi.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru


moral saya, Cikgu Sumadi. Beliau telah banyak memberi
tunjuk ajar, panduan, nasihat, serta bimbingan sepanjang
tempoh kajian ini dijalankan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk


mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada kedua-dua
ibu-bapa saya yang tidak jemu-jemu membantu dan
memberi dorongan kepada saya selama ini.

Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih


kepada rakan-rakan saya iaitu Vagiesh dan Benjamin
yang telah menyalurkan informasi dan banyak membantu
saya membuat tinjauan, rujukan, dan sama-sama memberi
saya cadangan untuk menyiapkan folio ini.
PENDAHULUAN

Tajuk kajian pendidikan moral saya


ialah Tokoh Yang Disanjungi”. Negara
kita sememangnya tidak ketandusan
tokoh-tokoh yang dikagumi oleh
rakyat.

Saya telah memilih Tun Dr. Mahathir


Mohamad sebagai tokoh yang saya
kagumi. Sebab saya memilih Tun Dr
Mahathir adalah kerana Tun telah
memberi banyak sumbangan dan
menabur jasa kepada rakyat Malaysia.
Biodata Tokoh

Tun Dr Mahathir Mohamad


Perdana Menteri Malaysia
Keempat (1981-2003)

Nama penuh : Mahathir Mohamad


Tarikh lahir : 20 Disember 1925
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Nama Bapa : Mohamad bin Iskandar
Nama Ibu : Wan Tempawan
Nama Isteri : Siti Hasmah Mohd Ali
Tempat lahir : 18, Lorong Kilang Ais,
Seberang Perak, Alor Setar, Kedah
Pendidikan :
1) Sekolah Melayu Seberang Perak
2) Kolej Sultan Abdul Hamid
(lulus sijil tinggi pelajaran)
3) Kolej Perubatan King Edward IV
(dianugerah ijazah Muda Perubatan dan pembedahan)
LATAR BELAKANG
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( ‫ ) حضمميرم بممن محمممد‬telah

dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah dan merupakan Perdana


Menteri Malaysia yang keempat. Tun Dr. Mahathir juga digelar sebagai
"Dr. M" dan nama penanya Che Det. Beliau merupakan anak bongsu
daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan
Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya adalah berbangsa Malayalee Muslim
(yang berasal dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak,
Kedah untuk tempoh 2 tahun.

Kemudian beliau sambung belajar di Sekolah Kerajaan Aliran


Inggeris di Alor Setar (kini Kolej Sultan Abdul Hamid) di mana
ayahnya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah adalah anak Melayu
pertama yang menjadi gurubesar sekolah tersebut pada tahun 1908.
Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi
pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sewaktu Perang
Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya
tergendala dan Tun Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan
berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya
gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr Mahathir
menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945
sehingga lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah
tersebut. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun 1947,
melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine,
Universiti Malaya, Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda
Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas
mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital
Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjaya Awal Dan Keluarga
Sekitar tahun 1954 hingga tahun 1957, Tun Dr. Mahathir
berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi
dan Perlis. Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti
Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang
pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicine
berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing.
Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi
setelah kedua- duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5 Ogos
1956. Beliau kemudian dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat
lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :

Marina Mahathir

Mirzan Mahathir

Melinda Mahathir

Mokhzani Mahathir

Mukhriz Mahathir

Maizura

Mazhar

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk


membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku
Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang
membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat
lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587,
Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah
menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan
komuniti setempat.
Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik
Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana –rencana yang diterbitkan
oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-
1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke
hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Tun
Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi
keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai
penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di
mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan
pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan
pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku Dilema Melayu" yang
diterbitkan dalam tahun 1970.
Selain daripada menulis, Tun Dr. Mahathir juga merupakan
seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip
bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional
dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni
pertukangan kayu sebagai satu hobi. Tun Dr. Mahathir dikenali sebagai
seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di
Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam
tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Tun
Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful
Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.
Kerjaya Politik
Tun Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945
yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen
menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946,
beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri
sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi
Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya
menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai
perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila
beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan
calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas
penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang
rapat dengannya, Tun Dr Mahathir enggan mengambil
bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir


dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%.
Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965.
Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji
Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau
mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang
Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Tun Dr Mahathir dipecat


daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai,
selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul
Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran
Tunku. Pada 26 September 1969, Tun Dr Mahathir
juga dipecat keahliannya dalam UMNO. Semasa di luar parti, Tun
Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay
Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis
perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada
tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun
Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr


Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan
dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di
Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau
menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Tun Dr Mahathir
dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.
Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden
UMNO pada tahun 1975.
Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal
dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn
melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih
mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama
selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia
iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan
menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Tun Dr. Mahathir
telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang
ke- 4 pada usia 55 tahun. Pada 10 Julai, 1981 Tun Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat,
dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31
Oktober, 2003, Tun Dr Mahathir bersara dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
SUMBANGAN TUN DR.MAHATHIR

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun


Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada ecemerlangan.
Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan
sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati
di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia.
Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah
negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.
Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh r. Mahathir dapat kita lihat
berada di mana sahaja.

Antara jasa jasa Tun yang perlu kita ingati walaupun


sesetengah pihak memandang remeh perkara berikut:-
1.Menghalang IMF dari menguasai Malaysia pada
tahun 1997
2.Menubuhkan Universiti Utara Malaysia di Kedah
3.Membina Jambatan Pulau Pinang
4.Membina Pusat Pentadbiran Putrajaya
5.Membina Lapangan Terbang KLIA
6.Mempertahankan tanah KTM di Singapura
7.Membangunkan Cyberjaya
8.Membina Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
9. Membangunkan industri automobil Malaysia
(Proton, Innokom, dan lain-lain)
10. Membangunkan KLCC Twin Tower
SEBAB-SEBAB SAYA SANJUNGI TUN DR.MAHATHIR
Tun Dr Mahathir adalah wira Malaysia dengan semangat yang
masih tidak luntur.Saya begitu kagum dengan pencapaian dan
sumbangan yang ditaburkan oleh Tun kepada rakyat Malaysia.
Sewajarnya setiap rakyat patut mencontohi semangat yang di
tunjukkan oleh Tun sepanjang tempoh pemerintahannya dan dari
segi pemikirannya. Sikap sikap yang patut di tauladani dan
dikenang oleh segenap rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Tabah didalam mengejar karier politiknya. Beliau pernah


digantung keangotaan UMNO buat seketika tetapi masih
sayangkan UMNO

Tidak tunduk kepada tekanan kerajaan asing untuk menguasai


Malaysia dari segi ekonomi

Membangunkan projek mega seperti KLCC dan Putrajaya yang


dapat menonjolkan Malaysia sebagai negara membangun yang
progresif

Membangunkan system pendidikan yang menyeluruh dan


dapat meningkatkan golongan professional secara pantas dan
berkesan
Amat menepati masa didalam jadual hariannya.Tun berada di
pejabat pada jam 8 pagi jika tiada urusan lain

Amat merendah diri, Tun masih tetap pergi membeli belah di


pekan rabu walaupun bergelar Perdana Menteri

Mampu menjadi ketua yang dihormati oleh semua kaum tanpa


mengira keturunan & agama

Pantas dan berani membuat keputusan yang penting dan


sukar seperti ketika kegawatan ekonomi 1997-2000

Mempunyai pemikiran yang jauh terutamanya dalam


mengenal pasti peluang dan keperluan rakyat Malaysia. contohnya
semua projek yang dikatakan membazir oleh penentangnya
seperti Jambatan Pulau Pinang, KLCC, KLIA adalah salah sama
sekali, sebaliknya membantu pembangunan Malaysia.

Tun merupakan pemidato yang hebat, beliau tidak emerlukan


skrip untuk berhujah malah mampu mengalahkan pemimpin luar
negara dari negara maju
RUMUSAN
Kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk lebih
mengenali latar belakang, pencapaian dan sumbangan Tokoh
Kebanggaan bukan hanya saya malah berjuta rakyat Malaysia
khususnya dan dunia amnya iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.
Saya begitu bangga dan rasa bersyukur bahawa di Negara
Malaysia kita mempunyai tokoh yang dapat membangunkan
Negara dan membuat pelbagai jasa kepada Negara kita.

Seperti yang sedia maklum, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah


menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Sepanjang
masa perkhidmatan beliau telah menaikkan dan mengharumkan
nama negara Malaysia. Sikap positif yang telah ditunjukkan oleh
beliau ini sewajarnya diikuti oleh setiap pelajar. Beliau telah
merealisasikan banyak impian yang ramai tidak jangkakan. Tanpa
orang seperti beliau Malaysia tidak akan menjadi seperti hari ini.
Sikap Malaysia Boleh harus ditanam dalam minda kita supaya kita
mampu merealisasikan cita-cita kita.Kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan agar
Negara Malaysia dapat menjadi teladan kepada Negara lain. Saya
begitu bangga dan menyanjungi
Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.
RUJUKAN

Buku ilmiah

1. The Malay Dilema


2. Voice of Asia
3. Reflections on Asean

Sumber Internet
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad
2. http://www.arkib.gov.my/rumah-kelahiran-tun-
dr.-mahathir-mohammad
3. http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page
LAMPIRAN

Tun Dr.Mahathir sewaktu muda

Gambar Keluarga Tun Dr.Mahathir

You might also like