You are on page 1of 9

SJK(T) TUN SAMBANTHAN, BIDOR,

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU,

MINIT MESYUARAT PIBG KALI 3/ 2014.

Tarikh : 28.10.2014(Selasa)

Masa : 3.00pm

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran :

Penasihat : En.Palany Suppiah (Guru Besar)

Pengerusi : En.S.Agustin (YDP PIBG)

AJK - Guru-guru serta Ibubapa

Jumlah
Kehadiran :18 Orang

01.Bacaan Doa

1.0 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa disampaikan oleh Pn.N.Rajeswary

Tindakan : Makluman

02. Ucapan Aluan

2.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan Guru Besar, YDP PIBG, guru-guru dan
ibubapa (AJK PIBG).

Tindakan : Makluman

03.Ucapan Yang Di Pertua PIBG-En.S.Agustin

3.1 Dalam ucapannya beliau mengalu-alukan kedatangan Guru besar baru yang tukar
berkhidmat di sekolah ini, para guru dan ibubapa ke mesyuarat AJK kali 3/2014.

3.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK, kerana sudi meluangkan masa
dan menghadiri mesyuarat kali ini.

1
3.3 Antara perkara-perkara penting dalam ucapannya ialah, beliau menjelaskan bahawa
sebelum ini, PIBG sekolah telah beroperasi dibawah kepimpinan beberapa orang Guru Besar.
Tetapi, kali ini sekolah ini sudahpun terima seorang Guru Besar yang muda, aktif, fikiran
berinovasi dan berwibawa.

3.4 Seterusnya, beliau bersyukur kepada tuhan dan percaya bahawa, sekolah ini akan
mengalami perubahan dari segi keilmuan, kepimpinan dan persekitaran.

Tindakan : AJK PIBG/ Pihak Sekolah

04.Ucapan Khas – Guru Besar ( En. Palany Suppiah)

4.1 Dalam ucapannya beliau mengalu-alukan kedatangan YDP PIBG iaitu, En.S.Agustin, Guru
Kanan Pentadbiran iaitu Cik.M.Malliga, Guru Kanan Hal Ehwal Murid iaitu En.P.Pragaas, Guru
Kanan Kokurikulum iaitu, Cik N.Revathe, para guru dan ibubapa sekalian.

4.2 Beliau mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kerana mengizinkan beliau berucap.

4.3 Beliau meneruskan ucapan dengan mengingati kata-kata YDP tadi dan beliau memang
mengakui bahawa beliau akan membuktikan kata-kata YDP.

4.4 Guru Besar menjelaskan bahawa beliau mesti bertindak cergas dalam segala hal yang
berkaitan dengan sekolah ini. Beliau memaklumkan bahawa perubahan perlu dalam semua hal
terhadap sekolah ini.

4.5 Seterusnya, beliau mengatakan bahawa beliau tidak ada masalah untuk melaksanakan
tugasan sebagai Guru Besar di sekolah ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau pernah
berkhidmat sebagai Guru Kanan Kokurikulum pada tahun 2009.

4.6 Beliau berharap pihak PIBG akan membantu beliau dalam hal berkaitan dengan sekolah.

4.7 Beliau memberitahu bahawa, sekolah ini telah menerima Anugerah Projek Permata Pintar
yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua guru-guru sekolah ini.

4.8 Guru Besar memberitahu bahawa beliau sudah berbincang dengan pihak PPD untuk
menempatkan dua orang guru lagi di sekolah ini. Beliau juga sudah merancang beberapa
aktiviti untuk menambahkan bilangan murid di sekolah pada sesi persekolahan 2015.

2
4.9 Guru Besar ingin menjadikan sekolah ini sebagai sekolah gred A dan bilangan muridnya
adalah perlu bertambah melebihi 350 ke atas. Ini akan mewujudkan beberapa perubahan di
sekolah ini.

4.10 Guru Besar memberitahu bahawa AJK PIBG kali ini adalah kumpulan yang sangat aktif
dan beliau berharap mereka sentiasa berganding bahu dalam segala aktiviti sekolah.

Tindakan : YDP, AJK PIBG, Pihak Sekolah

05. Pembentangan Minit Mesyuarat yang lepas

5.1 Minit mesyuarat yang lepas telah dibentangkan oleh setiausaha PIBG Cik.Parwadi. Minit
tersebut telah dicadang oleh Pn.G.Vijayaletchumy dan disokong oleh Pn.N.Rajeswary.

Tindakan : Makluman

06.Perkara Berbangkit

6.1 Maklumat seperti yang tercatat dalam minit mesyuarat lepas, PK HEM menerangkan
bahawa 2 orang murid UPSR telah digantung sekolah kerana kehadirannya merosot. Beliau
juga memberitahu bahawa mereka dibenarkan menduduki peperiksaan semasa peperiksaan
dijalankan.

6.2 Cik Malliga, selaku PK Pentadbiran, memberitahu bahawa masalah tandas pelajar telah
diperbaiki pada hari kedua selepas mesyuarat PIBG yang lepas.

6.3 En.P.Pragaas memberi penerangan tentang kemungkinan kemalangan yang berlaku pada
murid dan tindakan yang perlu dilakukan oleh guru di sekolah seperti tercatat dalam minit
mesyuarat yang lepas.

6.4 Bayaran tag nama bagi tahun 1(2014) telah diedarkan kepada setiap murid tahun satu
melalui ibubapa mereka.

6.5 Guru Besar memberitahu bahawa taklimat Khadir Ibrahim akan diadakan dalam aktiviti
tahunan 2015.

6.6 PK HEM memberitahu bahawa maklumat murid yang sentiasa tidak hadir ke kelas
tambahan pemulihan, telah diedarkan kepada pihak PIBG.

3
6.7 YDP PIBG meminta maaf kerana, beliau tidak dapat berjumpa dengan Ibubapa murid
tersebut. Ini adalah kerana, beliau terlalu sibuk dengan bidang tugasan beliau dan kini telahpun
sudah sampai masa untuk murid menduduki peperiksaan akhir tahun.

6.8 Guru Besar memberitahu bahawa beliau ada idea untuk mengadakan papan maklumat LED
di pintu gerbang sekolah.

Tindakan : AJK PIBG/ Guru-guru

07. Sukan Tahunan Ke-51

7.1 Guru Besar memberitahu bahawa VIP sukan tahunan kali ini adalah, En. Varathan
Muniandy. Beliau telah menyumbang sebanyak RM 1 500.00 untuk sukan kali ini.

7.2 Sukan tahunan kali ke-51 akan diadakan pada tarikh 30-10-2014(Khamis).

7.3 Majlis penutupan rasmi sukan adalah En.N.Manoharan.

7.4 Seterusnya diberitahu bahawa, Pn.K.Elamathi memberi sumbangan sebanyak RM 500.00


dan seorang lagi iaitu, En.Siva memberi sumbangan sebanyak RM 500.00 untuk sukan tahunan
kali ini.

7.5 Pada hari sukan makanan murid akan disediakan di kantin.

7.6 Makanan ibubapa akan ditanggung oleh PIBG.

7.7 Lembaga Pengelola Sekolah telah memberi sumbangan sebanyak RM 300.00 untuk sukan
sekolah kali ini.

Tindakan : Makluman

08.Peperiksaan Akhir Tahun(2014)

8.1 Peperiksaan Akhir Tahun akan dijalankan mulai 3-11-2014 hingga 7-11-2014.

8.2 En. S.Ravi memberi cadangan untuk mengadakan sesi pengambilan kad pelaporan murid.

8.3 Guru Besar menentukan hari penyampaian kad pelaporan iaitu, pada minggu terakhir hari
persekolahan . Tindakan : Makluman

4
09. Hari Anugerah Kecemerlagan

9.1 Hari Anugerah Kecemerlangan murid telah ditentukan pada 20-11-2014.

9.2 Upacara majlis hari tersebut akan dimula pada jam 9.00 pagi.

9.3 Upacara tersebut akan dimulakan dengan persembahan Baratham.

9.4 Guru Besar memberitahu bahawa Majlis Hari Anugerah kali ini akan dijalankan secara kecil
sahaja. Kerana Hari Konvokesyen Prasekolah telah dirancang dengan begitu gemilang.

9.5 Guru Besar juga memberitahu bahawa, setelah beliau menjejak kaki di sekolah ini, Beliau
telahpun merancang beberapa aktiviti sekolah yang tergendala seperti lawatan, SatuMurid
Satu Sukan, Kem Kokurikulum, Konvo Prasekolah, Program Transisi dan sebagainya.

Tindakan : Makluman

10.Kem Kokurikulum

10.1 Kem Kokurikulum telah dirancang untuk diadakan pada 15-11-2014 pada hari Sabtu.

10.2 Perbelanjaan aktiviti ini adalah diambil dari wang peruntukkan dari kerajaan.

10.3 Aktiviti kokurikulum akan dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.

Tindakan : Makluman

11.Pendaftaran Murid Tahun 1

11.1 Pendaftaran murid tahun 1 akan diadakan pada 18-11-2014(Selasa)

11.2 Pendaftaran ini akan diadakan pada jam 8.00pagi hingga 12.30 tengahari. Pendaftaran ini
akan dilaksanakan berserta dengan aktiviti Hari Konvokesyen Prasekolah.

Tindakan : Makluman

5
12 Simpanan Bank

12.1 Bendahari PIBG iaitu, Pn.R.Thilagawathy memberitahu bahawa wang simpanan PIBG di
bank adalah sebanyak RM 65 000.00

12.2 Guru Besar meminta pihak PIBG harus menukarkan akaun bank(Currant Account). Ini
akan memudahkan urusan pengeluaran wang. Ini juga membantu bendahari supaya,
menggunakan cek untuk pembayaran setiap perbelanjaan PIBG.

12.3 En.S.Ravi memberi pandangan bahawa, penukaran akaun simpanan kepada currant
akaun dengan serta merta, boleh menimbulkan masalah dalam kira –kira akaun. Currant akaun
juga tidak ada bunga tahunan.

12.4 YDP PIBG memberitahu bahawa penukaran akaun simpanan PIBG kepada currant akaun
adalah memang membantu dalam urusan pengeluaran wang. Currant akaun juga mempunyai
penyata kira-kira bulanan. Tetapi kita perlu pastikan currant akaun menerima bunga atau tidak.

12.5 Beliau juga meminta pandangan pihak ibubapa berkenaan dengan penukaran akaun bank.

12.6 Ahli PIBG sebulat suara memberi kebenaran untuk menukarkan akaun simpanan PIBG
kepada currant akaun secepat yang mungkin.

12.7 Pn.R.Thilagawathy, selaku bendahari PIBG memberitahu bahawa, sekolah sedang


malaksanakan beberapa aktiviti yang telah dirancangkan . Ini akan mengambil masa untuk
menutup kira-kira PIBG.

12.8 Seterusnya, Guru besar selaku penasihat PIBG meminta bendahari menutupkan kira kira
secepat mungkin.

12.9 Guru Besar juga mencadangkan agar bendahari harus memegang wang saku sebanyak
RM 500 sahaja untuk perbelanjaan aktiviti sekolah.

Tindakan :YDP PIBG/ Bendahari/ Setiausaha

13. Jamuan ( Hi –Tea)

13.1 Guru Besar mencadangkan untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak LPS, PBM dan
PIBG disamping mengadakan Hi Tea sekali.

6
13.2 Tarikh perjumpaannya adalah pada 15-11-2014 dan pada jam 4.00pm. Tempat
perjumpaan tersebut akan ditentukan kemudian.

Tindakan : Makluman

14. Perkara Umum

Guru basar

14.1 Guru besar memberitahu bahawa beliau tidak senang hati dengan keadaan sekolah ini.
Beliau ingin membawa beberapa perubahan di sekolah ini. Perubahan itu tidak boleh dibuat
serta merta dan beliau ingin membuat perubahan tersebut dengan satu demi satu. Antaranya
ialah :-

-mencatkan bangunan sekolah

-nama sekolah (dilekatkan atas dinding ,tiles pada pintu gerbang)

-lukisan mural pada bangunan sekolah( membawa pelukis dengan diberi upah)

-LED board

-bumbung bangunan perlu ditukar( permohonan ka KPM)

-pejabat sekolah perlu perubahan

-kantin sekolah perlu berubah Tindakan : AJK

14.2 Guru Besar mencadangan untuk mengadakan kelas E4J bagi sesi tahun 2015. Beliau
ingin memberitahu bahawa Kelas tambahan Bahasa Inggeris dari tahun 1 hingga tahun 4 akan
diadakan pada sesi 2015. Makanan dan modul murid untuk kelas tambahan juga akan
disediakanoleh pihak EWRF Tanjong Malaim.

Tindakan : Makluman

YDP PIBG

14.3 YDP meminta pihak sekolah supaya memberikan anggaran perbelanjaan sebelum
sesuatu aktiviti dilaksanakan.

7
14.4 Beliau juga meminta pihak ibubapa PIBG untuk memberikan nombor telefon yang terkini.

14.5 YDP PIBG percaya bahawa, Guru Besar sekolah ini adalah seorang yang bersemangat
dan begitu aktif. Beliau juga percaya semangat itu akan wujud sepanjang beliau berada di
sekolah ini.

14.6 YDP PIBG juga memberi harapan bahawa pihak PIBG sentiasa berganding bahu dengan
sekolah .

Tindakan : Makluman

En.P.Pragaas

14.7 En.P.Pragaas selaku GPK HEM di sekolah ini memberi cadangan untuk mengadakan
suatu perjumpaan dengan pihak pemandu-pemandu van dan bas supaya boleh mewujudkan
suatu pengurusan infrasturuktur (transport) lebih sistamatik.

14.8 Beliau juga meminta ibubapa supaya membuat pendaftaran murid untuk tahun 1 dan
prasekolah.

Tindakan : Makluman

En.P.Anbazagan

14.9 En.P.Anbazagan memberitahu bahawa kita mesti bersyukur kerana menerima seorang
Guru Besar yang muda dan begitu aktif. Beliau memberitahu bahawa, kita mesti menggunakan
peluang keemasan ini untuk meningkatkan taraf kemajuan sekolah di bawah penyeliaan Guru
Besar baru ini. Tindakan : Makluman

Cik.N.Revathy

14.10 Cik.N.Revathy mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG yang banyak
membantu dalam hal-hal kewangan. Ini juga dapat membantu untuk menguruskan aktiviti
kokurikulum sekolah. Tindakan : Makluman

Pn.K.Elamathi

14.11 Pn.K.Elamathi memberitahu bahawa beliau lebih sukahati untuk membantu dan
melaksanakan kerja-kerja menceriakan sekolah seperti mencat bangunan, membuat mural,

8
membuat gotong royong dan sebagainya. Beliau meminta pihak sekolah menyediakan suatu
surat supaya boleh meminta sponser untuk melaksanakan kerja-kerja seperti di atas.

Tindakan : Guru Besar

15.0 Penangguhan Mesyuarat

15.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada para hadirin atas kerjasama yang
diberikan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.0 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh Disahkan oleh

(Parwadi Giravalu) (Palany Suppiah ) (S.Agustin )


Setiausaha Penasihat PIBG YDP PIBG
SJK(T) Tun Sambanthan SJK(T) Tun Sambanthan,Bidor SJK(T) Tun Sambanthan,Bidor

You might also like