You are on page 1of 2

Matematik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1


Mata Pelajaran : Matematik
Tahun : Kelas 1C
Masa : 2:55 petang - 3:25 petang (30 minit)
Tema : Nombor Dan Operasi
Tajuk : Wang Hingga RM10
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini,murid-murid akan dapat:
1) Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang
kertas.
2) Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersyukur, berkeyakinan diri dan tidak
berputus asa.Standard Kandungan : 4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen.
Standard Pembelajaran: 4.1 (iv) Menukar wang:
(a) Syiling hingga 1 ringgit.
Nilai : berjimat- cermat
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Media Pengajaran : Duit syiling palsu, Pemadam, Gambar

Masa Perkara Catatan


Set 1. Guru menunjukkan seketul pemadam baru yang Duit syiling
berharga 40 sen kepada murid.murid.
Induksi palsu dan
( 3 minit) 2. Guru meminta murid menyebut harga pemadam itu pemadam
dan memberi duit palsu yang cukup.

3. Guru menjelaskan tajuk pembelajaran hari ini ialah


‘Cantuman duit syiling yang sama nilainya’.

Langkah 11. Guru menunjukkan gambar duit syiling yang bernilai Gambar
50 sen dan RM 1 di papan hitam.
( 10 minit)
2. Guru menjelaskan cantuman duit syiling yang sama
nilainya tentang kedua-dua harga wang.
Contohnya, 50 sen sama dengan dua 20 sen dan
satu 10 sen atau lima 10 sen.
RM 1 sama dengan dua 50 sen atau lima 20 sen
atau sepuluh 10 sen.

3. Guru bertanya tentang cantuman duit lain yang


murid tahu.
Langkah 21. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Duit syiling
(7 minit) palsu
2. Guru memberi duit syiling palsu yang berlainan
nilainya kepada semua ahli kumpulan.

3. Murid-murid diminta mencantumkan duit nilai yang


guru tanya.
Contohnya, Syarifah hendak membeli sekeping roti
canai yang berharga 60 sen di kantin. Dia boleh
membayar wang dalam bentuk apa?

Langkah 1. Guru memberi kertas latihan kepada murid-murid. Kertas


3 latihan
2. Murid-murid menyelesaikan masalah dalam latihan
( 7 minit) secara individu.

3. Guru meronda dan memberi bimbingan kepada


murid yang lemah.

4. Jawapan latihan dibincangkan bersama-sama.

Penutup 1. Guru bertanya tentang cara penggunaan wang saku Berjimat-


di sekolah.
(3 minit) cermat
2. Guru menasihati murid-murid supaya bijak semasa
berbelanja seperti membeli makanan atau peralatan
yang deperlukan sahaja dan menyimpan wang
berlebihan di dalam tongkong, rumah atau bank.

You might also like