You are on page 1of 11

Di sebuah hutan,

ada seekor rusa


yang bongkak. Rusa
itu selalu pergi ke
tepi kolam untuk
melihat bayangnya.
Rusa itu berasa
bangga melihat
tanduknya yang
cantik.
”Oh, cantiknya
tandukku!” kata
rusa itu kepada
dirinya. Namun
demikian, rusa itu
tidak suka pada
kakinya yang kurus.
”Hai, lihatlah betapa
kurusnya kakiku.
Aku mahu kakiku
cantik juga. Aku
mahu kelihatan
cantik dari kepala
hingga hujung kaki,”
rungutnya.
Pada suatu hari,
ketika sedang
melihat-lihat
bayangnya di tepi
kolam, rusa
terdengar seekor
anjing menyalak.
Rusa itu sedar yang
anjing pemburu
sedang menuju ke
tempat itu. Rusa itu
berasa takut lalu
berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu
berlari ke dalam
hutan, tiba-tiba
tanduknya
tersangkut pada
dahan-dahan
sebatang pokok yang
rendah. Rusa itu
meronta-ronta untuk
melepaskan
tanduknya daripada
dahan-dahan itu.
Rusa itu bertambah
cemas apabila
kedengaran salakan
anjing semakin
dekat. Akhirnya,
kakinya yang kurus
tetapi kuat itu dapat
menolongnya
melepaskan diri.
Namun, tanduknya
patahnya sedikit.
Anjing pemburu
semakin hampir.
Rusa itu dapat
melarikan diri
kerana ia boleh
berlari laju. Rusa
itu kini menyedari
kegunaan kakinya
yang telah
membantu
menyelamatkan
dirinya daripada
bahaya.
Sejak hari itu, rusa
itu tidak lagi
memandang kakinya
sebagai sesuatu
yang buruk atau
tidak berguna. Rusa
itu juga tidak
bongkak seperti
dahulu kerana
tanduknya tidak lagi
kelihatan begitu
cantik. Sedarlah
rusa itu bahawa
kecantikan tidak
semestinya
membawa kebaikan.

You might also like