You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3

JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB II No Tel : 09-7642290


16150 KOTA BHARU, KELANTAN Fax : 09-7652050
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Tarikh : 4 JUN 2018

Ke Majlis,
Semua Guru Matematik,
Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.

Tuan/puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS DALAMAN KSSR (SEMAKAN) MATEMATIK


TAHUN 3

Dengan segala hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 5 JUN 2018 (Selasa)


Masa : 1.30 – 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKKK3
Pakaian : Rasmi

3. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi menjayakan kursus ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menurut perintah,

……………………………………
(ASMADINITA BT CHE IDRIS)
Setiausaha Panitia Matematik
Sek. Keb. Kubang Kerian 3
SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3
JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB II No Tel : 09-7642290
16150 KOTA BHARU, KELANTAN Fax : 09-7652050
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

KURSUS DALAMAN KSSR (SEMAKAN) MATEMATIK TAHUN 3

TARIKH : 5 JUN 2018


MASA : 1.30 – 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan SKKK 3
SASARAN : Semua guru Matematik
PENCERAMAH : Pn. Asmadinita bt Che Idris

AKTIVITI : Perbincangan mengenai kandungan DSKP matematik tahun 3. DSKP


mengandungi Standard Kandungan,Standard Pembelajaran dan Standard
Prestasi. Penerangan juga mengenai PAK 21 dan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi(KBAT).

OBJEKTIF : 1. Memberi pendedahan dan pengetahuan yang terkini kepada semua guru
tentang penggunaan Dokumen Standard dan Standard Prestasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

2. Membantu memudahcara, membimbing dan meningkatkan pengetahuan


serta kefahaman guru mengenai pentaksiran bilik darjah.

3. Menyelaraskan template perekodan dan pelaporan PBD.

4. Memastikan ada hubungkait pelaksanaan KSSR semakan matematik


dengan Pembelajaran Abad Ke 21.
SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3
JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB II No Tel : 09-7642290
16150 KOTA BHARU, KELANTAN Fax : 09-7652050
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
______________________________________________________________________________________________________________

Laporan Kursus Dalaman KSSR (Semakan) Matematik Tahun 3

Mata Pelajaran : Matematik


Tarikh : 5 JUN 2018
Masa : 1.30 – 3.00 petang
Sasaran : Semua Guru Matematik
Kehadiran : Rujuk Lampiran

LAPORAN
Guru-guru diberi penerangan tentang :
1. Pengurusan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Penerangan ini bertujuan untuk memastikan DSKP dilaksanakan semasa pengajaran dan
pembelajaran matematik bagi tahun 2019. Kandungan matematik dirangkumkan mengikut
lima bidang pembelajaran iaitu :
i. Nombor dan Operasi
ii. Sukatan dan Geometri
iii. Perkaitan dan Algebra
iv. Statistik dan Kebarangkalian
v. Perwakilan Data
Guru-guru diberi penerangan tentang tajuk-tajuk matematik yang terkandung dalam DSKP.

2. Pentaksiran Bilik Darjah


Penerangan mengenai pentaksiran yang merupakan proses untuk medapatkan maklumat
tentang perkembangan murid. Proses ini perlu berterusan secara formal atau tidak supaya
guru dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. Maklumat dari pentaksiran ini boleh
diguna oleh pentadbir,guru,ibubapa dan murid dalam merancang tindakan susulan untuk
peningkatan perkembangan pembelajaran murid.
3. Pengurusan Pelaporan Bilik Darjah
Pelaporan perlu dilakukan dua kali setahun iaitu semasa pertengahan tahun dan akhir
tahun.Rekod pelaporan ini perlu disimpan di sekolah untuk rujukan semua pihak. Jika ada
murid yang bertukar sekolah perlu disertakan sekali pelaporan ini. Guru pula perlu mengisi
pelaporan ini dalam buku rancangan mengajar masing-masing.

4. Templat Pelaporan PBD


Templat ini akan digunakan bagi sesi 2019. Guru perlu merekod prestasi murid dua kali
setahun iaitu semasa pertengahan tahun dan akhir tahun. Tahap Penguasaan (TP) murid yang
paling minima ialah pada TP 3. Jika murid yang cemerlang boleh diberi hingga TP 6.

5. Contoh aktiviti PAK 21


Pengajaran dan pembelajaran perlu menggunakan PAK 21. Kemahiran Abad ke 21 perlu
memberi focus kepada kemahiran berfikir dan berupaya bersaing di peringkat global. Antara
contoh aktiviti PAK 21 ialah :
i. Bus Stop – Soalan ditampal di dinding,murid bergerak ikut kumpulandan ikut
hentian, bincang dan jawab soalan.
ii. Bulatan masa – kumpulan dalam bulatan, guru sedia bola @ beg kacang, murid yang
dapat bola kena jawab soalan
iii. Melukis poster ikut kumpulan, guru bagi soalan, murid melukis , contoh tajuk bentuk.
iv. Exit Card – diguna sebelum rehat atau sebelum balik, murid yang hendak keluar perlu
jawab soalan dahulu.
v. Gallery work – hasil kerja murid ditampal dan murid bergerak melihatnya.
vi. Hot seat – seorang murid dipilih untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh
murid lain.
vii. Peta I think.
viii. Nota tampalan – murid menulis pada stiker note dan menampal pada parking lot.
Banyak lagi contoh aktiviti dalam PAK 21.

Guru-guru dikehendaki menjalankan PdP mengikut DSKP sepertimana yang telah disarankan
dalam buku yang telah dibekalkan. Pengajaran mestilah mengikut kemahiran yang telah ditetapkan
secara berturut dari satu ke bab yang seterusnya. Namun begitu, di akhir program ini, saya telah
membentangkan konsep KSSR yang terkini kepada guru dengan menitik beratkan perubahan yang
telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kursus dalaman yang diadakan mendapat sokongan hampir semua guru matematik dan pihak
pentadbir. Diharapkan kursus yang diadakan ini dapat memberi kesan dan perubahan dalam pdp. Guru
lebih berkeyakinan untuk mengajar dengan kepelbagaian aktiviti dalam PAK 21 yang telah
diterangkan.

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

(ASMADINITA BT CHE IDRIS) (ROZMAN B MAT ZIN)


Setiausaha Penolong Kanan Pentadbiran
Sek.Keb.Kubang Kerian 3 Sek.Keb.Kubang Kerian 3
KEHADIRAN GURU KURSUS DALAMAN KSSR (SEMAKAN) MATEMATIK
TAHUN 3
TARIKH : 5 JUN 2018 (Selasa)
MASA : 1.30 – 3.00 petang

BIL NAMA GURU T.TANGAN


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3
16150 KOTA BHARU, KELANTAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

______________________________________________________________________________________________________________

LAPORAN KURSUS DALAMAN

KURSUS ORIENTASI KSSR (SEMAKAN)


MATEMATIK
TAHUN 3

TARIKH : 5 JUN 2018


SELASA
LAMPIRAN

1. Gambar
2. Senarai kehadiran guru

You might also like