You are on page 1of 25

1

KOD KURSUS EEM 432

TAJUK KURSUS ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR HALUYAH@MAIMON BT SINJAN

NO. MATRIK E 30209120881

NAMA FASILITATOR
MS HAMIDAH BT MAHMUD
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN AeU CAWANGAN KAMPUS BINTULU

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


2

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 3

BAHAGIAN A

PENGANALISISAN ARTIKEL 4 - 12

BAHAGIAN B

ISU MORAL SEMASA DI SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN 13 - 14

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH 15 - 24

 Pengaruh rakan sebaya


 Mencari Keseronokan
 Peraturan sekolah yang terlalu ketat
 Tekanan Ekonomi
 Ibu bapa memainkan peranan mereka
 Pendekatan Akademik
 Mewujudkan sistem perundangan di sekolah
 Kaunseling
 Peranan PIBG
 Individu Sendiri

RUJUKAN 25

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


3

PENGENALAN

Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, “Buli gugat semangat belajar” dan “Kerjasama
penting bagi banteras gangsterisme”. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada
akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan
disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius
sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Walaupun pelajar sekolah diajar supaya
menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.

Pelajar merupakan satu aset penting dalam Negara dan bakal menjadi pemimpin Negara pada
masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan Negara demi
mencapai Wawasan 2020. Pembangunan Negara yang pesat dalam sektor, sosial dan budaya
serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa ebrsama gejalan sosial yang negatif di
kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak
sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar
yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali sebagai ‘Black Metal’.
Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes
disiplin ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


4

BAHAGIAN A

PENGANALISISAN ARTIKEL

( Oleh Zainudin Sharif & Nor Azimah Mohamad Roslan )

A. Tujuan Kajian

Masalah sosial di kalangan pelajar pada masa kini amat membimbangkan semua pihak. Gejala
sosial ini akan mempengaruhi masa hadapan negara yang memerlukan generasi muda untuk
dijadikan pemimpin masa hadapan.

Kajian ini dijalan untuk mengenal pasi faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam
masalah sosial di sebuah sekolah dalam negeri Melaka.

Di samping itu, pengkaji juga menumpukan kepada latar belakang sosial yang menyebabkan
gejala sosial ini berlaku. Faktor-faktor yang dikaji termasuklah faktor latar belakang diri, faktor
latar belakang keluarga, bentuk pengaruh rakan sebaya dan juga permasalahan persekitara dari
sekolah.

Kajian yang dijalankan juga bertujuan mengenalpasti faktor latar belakang diri sendiri remaja
yang terlibat dengan masalah sosial. Dengan kajian terhadap latar belakang remaja itu sendiri,
pengkaji akan dapat menyelami dan mengetahui sejauh mana maalah moral remaja itu berpunca
daripada diri sendiri. Langkah-langkah mengatasi gejala moral daripada berterusan dapat
dirangka oleh pengkaji untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Objektif kajian juga adalah untuk mengenalpasti faktor latar belakang keluarga remaja yang
terlibat. Apakah punca masalah keluarga menjadi pokok utama terhadap masalah moral di
kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Kaji selidik yang dijalankan juga bertujuan untuk mengumpul data-data tahap masalah moral
yang berlaku pada masa kini.

Tumpuan kajian lebih bertumpukan kepada masalah dan faktor-faktor yang memungkinkan
pelajar terlibat dalam masalah moral di kalangan pelajar. Adakah faktor-faktor yang dikaji ini
benar-benar mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial yang semakin kritikal.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


5

B. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul Data

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik untuk
mendapatkan maklumat.

Kaedah ini mengorganisasi dan menyimpulkan informasi secara numerik dengan sesuatu
pembolehubah penyelidikan satu persatu.

Lazimnya dengan menggunakan jadual, grafik atau diagram.

Kaedah ialah spesifikasi semua pembolehubah yang diperlukan oleh penyelidik yang
merangkumi data yang sudah terkumpul dengan data yang telah sedia ada.

Data yang juga boleh diperolehi melalui soal selidik seterusnya dianalisis sebagai hasil
dapatan Soal selidik yang dibina dengan baik adalah soal selidik yang tidak terlalu banyak soalan
sehingga menyebabkan pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh itu, guru mesti membina soal
selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal selidik yang mempunyai kaedah
menjawab yang mudah.

Data yang hendak dikumpulkan diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada
responden. Data ini secara kuantitatif berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan
kekerapan, angka dan skor.

Pengkaji juga menggunakan kaedah kajian rintis bagi memastikan kebolehpercayaan


item-item soal selidik sebelum menjalankan kajian sebenar. Kaedah ini biasa digunakan bagi
mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sol selidik. Kajian rintis
menggunakan 20 orang sampel yang terdiri daripada populasi kajian.

Soal selidik yang dibina oleh pengkaji dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A
(demografi) dan bahagian B (tanda kenyataan).

Dua kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji bersesuaian dengan
objektif yang hendak dicapai oleh pengkaji. Kerana data yang berbentuk kuantitatif digunakan
untuk mengetahui penyebab masalah berdasarkan skor yang tinggi.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


6

C. Teori Biososial

Mengatakan bahawa tingkahlaku sosial remaja boleh diramal dari proses fizikal.

Hall (1904) telah mengenalkan konsep storm and stress yang melihat zaman remaja
sebagai tempoh masa yang penuh huru-hara, penuh cabaran, pemberontakan terhadap orang
dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan sosial.

Beliau berpendapat bahawa ibu bapa mestilah berlembut dan mengambil berat terhadap remaja.

Kelakuan yang dilakukan oleh remaja bertujuan untuk melegakan emosi mereka.
Segalanya akan hilang apabila ianya dewasa.

Daripada pandangan ini, masalah sosial menjelaskan atau menerangkan masalah akan
berlaku jika tidak ditangani dengan baik kerana dalam teori ini menegaskan bahawa pada tahap
remaja pelbagai konflik jiwa akan dihadapi oleh remaja. Sekiranya tidak dibendung maka
berlakulah masalah sosial di kalangan remaja.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


7

D. Dapatan Umum Kajian

Hasil kajian dianalisis dalam dua bahagian secara umumnya. Bahagian A lebih ke arah
demografi sampel kajian manakala Bahagian B berdasarkan kenyataan yang dikemukakan.

Dalam Bahagian A analisis dapatan kajian berdasarkan

1. Responden berdasarkan umur

2. Responden berdasarkan tahap pendidikan

3. Responden berdasarkan pekerjaan ibu bapa / penjaga

Secara umumnya berdasarkan tahap umur yang dibuat kajian terhadap responden-
responden, didapati dalam kajian yang dijalankan responden yang berumur 17 merupakan yang
paling ramai terlibat iaitu sebanyak 38% (31 orang) dan terkecil bilangannya pula di kalangan
yang berumur 20 tahun seramai 5 orang sahaja (5.8%).

Berdasarkan kajian yang dijalankan remaja mudah terlibat dalam masalajh sosial dalam
lingkungan umur 16 – 19 tahun sahaja. Peratusan bagi tahap umur 16 – 19 adalah 81.3%. Pada
tahap umur ini, konflik dalaman remaja amat ketara.

Tahap pendidikan juga memainkan peranan dalam mempengaruhi masalah sosial remaja,
Daripada kajian yang dijalankan tiada responden yang tidak mempunyai pendidikan. Tahap
pendidikan yang dimiliki oleh responden iaitu SPM, PMR dan UPSR.

Responden yang memiliki tahap pendidikan sehingga SPM yang paling tinggi terlibat
dalam kajian seramai 48 orang (55.8%) manakala responden yang memiliki tahap pendidikan
sehingga PMR adalah seramai 31 orang (36%) dan yang memiliki UPSR seramai 7 orang (8.1%)
sahaja. Hasil dapatan ini boleh disimpulan remaja yang berisiko terlibat dalam masalah sosial
adalah terdiri daripada remaja yang merupakan lepasan SPM. Hal ini disebabkan kerana lepasan
SPM kebanyakan tidak terlibat lagi dalam persekolahan. Masa yang terluang ini digunakan untuk
melepaskan masalah emosi yang huru-hara di dalam diri responden. Masa yang dimiliki
responden pada tahap ini amat panjang tanpa hala tuju. Ini mudah mempengaruhi responden
terlibat dalam masalah sosial.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


8

Latar belakang pekerjaan ibu bapa juga menjadi satu kajian yand dilakukan oleh
pengkaji. Pekerjaan yang menjadi tumpuan iaitu bekerja sendiri, pekerja kerajaan, pekerja swasta
dan juga lain-lain pekerjaan.

Dalam kategori pekerjaan yang dinyakan responden yang mempunyai latar belakang ibu
bapa / penjaga yang bekerja sendiri lebih banyak terlibat di dalam kajian seramai 29 orang
(33.7%). Responden yang berlatar belakang ibu bapa bekerja sebagai pekerja kerajaan adalah
seramai 28 orang (32.6%). Responden ibu bapa / penjaga sebagai pekerja swasta seramai 17
orang (19.8%) dan lain-lain pekerjaan adalah seramai 12 orang (14%). Apakah alasan yang boleh
dinyatakan sekiranya yang bekerja sendiri itu lebih tinggi berisiko untuk menghadapi masalah.
Ibu bapa / penjaga yang bekerja sendiri ruang masa bersama anak-anak amat terhad. Ini boleh
menjadi punca kebosanan di kalangan responden kajian. Maka masalah sosial mudah dialami
oleh responden yang terlibat.

Dapatan melalui Analisis Bahagian B. Pengkaji menetapkan empat tahap persetujuan dalam dua
kelompok untuk mendapat hasil yang terbaik dalam keputusan kajian berdasarkan objektif yang
ingin dicapainya.

Faktor latar belakang diri sendiri remaja merupakan salah satu punca utama keterlibatan
remaja dalam masalah sosial. Remaja yang menjadi responden tidak menafikan bahawa
keinginan tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka terlibat dalam masalah
sosial. Seramai 80.2% pelajar menyetujui dengan pernyataan yang dikemukakan. Ingin mendapat
perhatian atau diberi penghormatan dalam kumpulan remaja juga merupakan faktor yang banyak
mempengaruhi keterlibatan remaja dalam masalah sosial. Seramai 77.9% yang bersetuju dengan
pernyataan yang diberikan berbanding 22.1% yang tidak menyetujuinya.

Selain itu dalam kajian yang dijalankan, berdasarkan pernyataan keinginan yang dihalang
akan menyebabkan mereka sering marah dan tidak puas hati menimbulkan keinginan untuk
melepaskan tekanan menyebabkan keterlibatan remaja dalam masalah sosial. Sreamai 74.5%
menyetujui pernyataan ini berbanding dengan yang tidak bersetuju iaitu seramai 25.5% sahaja.
Sebagai rumusan, masalah yang melibatkan latar belakang diri remaja terlibat dalam masalah
sosial dipengaruhi beberapa ciri-ciri utama. Pengaruh yang tinggi terhadap penglibatan pelajar-
pelajar dalam masalah soasial adalah keinginan yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


9

dan menginginkan kebebasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Penglibatan mereka
dalam masalah sosial juga dipengaruhi perasaan marah apabila kehendak mereka dihalang.
Mereka juga kerap mengingkari arahan ibu bapa, kurang mengamalkan ajaran agama dan suka
bergaul dengan kumpulan yang mengamalkan cara hidup yang tidah sihat.

Berdasarkan hasil kajian, didapati masalah latar belakang keluarga bukanlah menjadi
faktor utama keterlibatan remaja dalam masalah sosial. Berdasarkan kajian pelajar yang
menerima kenyataan ibu bapa sering melakukan tabiat yang kurang baik di dalam rumah
hanyalah 16.3% sahaja berbanding dengan 83.7%. Ibu bapa / penjaga juga didapati lebih
mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Ini dipersetujui seramai 79.1% yang tidak
dapat menerima kenyataan bahawa ibu bapa kurang mengambil berat tentang pelajaran anaknya.
Hanya 20.9% menerima sebaliknya.

Dalam kajian ini juga didapati walaupun pelajar terlibat dalam masalah sosial, ibu bapa
mempunyai pegangan agama yang tinggi. 79.1% pelajar tidak menyetujui kenyataan ibu bapa
mereka jarang menunaikan ajaran agama.

Dalam kajian juga, seramai 72% tidak menyetujui pernyataan mengatakan pendapatan
yang rendah di kalangan ibu bapa mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dalam masalah sosial.
Namun begitu terdapat juga pelajar yang terlibat dalam masalah sosial berpunca daripada
kesempitan hidup yang dialaminya.

Masalah tidak diberi perhatian oleh ibu bapa atau bersikap pilih kasih di kalangan ibu
bapa tidak menjadi satu punca yang besar terhadap pelajar untuk terlibat dalam masalah sosial.
Seramai 60.5% pelajar tidak menyetujui pernyataan ini. Namun begitu, seramai 39.5% bersetuju
dan disebabkan ini mereka mengambil jalan mudah untuk melepaskan kekecewaan apabila
mereka merasakan mereka tidak disayangi.

Suasana rumah yang kurang aman juga mendorong ke arah keterlibatan pelajar dalam
masalah sosial walaupun agak kecil berbanding faktor-faktor lain. 39.5% pelajar terlibat dalam
masalah sosial berpunca daripada ibu bapa mereka yang sering bertengkar antara satu sama lain.
Walaupun kecil bilangannya ianya harus diberi perhatian agar pelajar-pelajar tidak menjadikan
satu alasan untuk melibatkan diri dalam gejala sosial.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


10

Sikap ibu bapa yang kurang memberi motivasi kepada anak-anak juga didapati banyak
mempengaruhi pelajar yang terlibat dalam masalah sosial. Seramai 40.7% menyetujui pernyataan
yang dinyatakan. Hampir separuh pelajar terlibat dipengaruhi oleh kurang sokongan daripada ibu
bapa terhadap kehidupan pelajar itu sendiri. 59.3% adalah sebaliknya.

Dapatan kajian juga mendapati, terdapat keadaan ibu bapa yang kurang berkomunikasi
dengan pelajar tentang keperluan dan masalah yang dialami oleh anak-anak mereka. 41.9%
menyetujui kenyataan ini.

Terhadap keadaan ibu bapa yang boleh mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dalam
masalah sosial. Ibu bapa pelajar ini tidak terlalu tegas dan mereka agak bertolak ansur dalam
memberikan hukuman kepada anak-anak mereka yang melakukan kesalahan.

Kenyataan yang dapat dirumuskan mendapati bahawa ibu bapa pelajar-pelajar dalam
kajian ini telah menjalan tugas ibu bapa dengan agak baik. Walaupun begitu terdapat juga aspek-
aspek yang agak lemah dalam mendidik anak-anak mereka yang menimbulkan keterlibatan
pelajar-pelajar di dalam masalah sosial.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


11

E. Implikasi kepada Pengajaran Pendidikan Moral

Guru pendidikan moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir
dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung
kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008)
menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masana di sekolah. Pengaruh sekolah
adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah
seperti pengangihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan
peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman sikap dan harapan guru, kesemuanya
menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.

Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama dan
tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses pemupukan nilai
dilakukan dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, guru Pendidikan Moral di sekolah
terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh
peranan guru dalam menangani masalah vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap
guru di mana beliau hampir dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu usaha
ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan pelajar
terletak di bahu guru di sekolah.

Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975)


mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang
menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting
yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.

Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh beritngkah laku moral jika
dia tidak faham dan berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah lagu sebegini. Oleh itu,
guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan
pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral
tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang adalah penting kerana
pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan remaja di sekolah.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


12

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objekti-objektif


seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah
rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan
unsur-unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang.
Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi
peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Keadaan ini sejajar dengan perkembangan moral kognitif pelajar berkenaan dengan
‘pertimbangan moral’ (moral judgment). Kohlberg (1978) dalam Chang Lee Hoon (2005) yang
mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu:

i. Pertimbangan tentang nilai bukan fakta


ii. Pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangant tentang manusia
iii. Pertimbangan normatif atau perskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan
tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri

Sejajar dengan tanggungjawab bersar para guru seperti yang terkandung dalam Etika
Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak terlepas daripada tanggungjawab
ini. Ikrar dalam EPP, ‘... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab memimbing anak
muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila
berikut sebagai panduan’ (Yahya Buntat, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi
sebagai seorang pendidik adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat
dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang
bermoral tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka
agar tidak terlibat dalam genjala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


13

BAHAGIAN B

Tajuk : ISU MORAL SEMASA DI SEKOLAH RENDAH

1.1 PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah di


Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin meruncing
dan perlu diatasi dalam kadar yang segera. Masalah disiplin berlaku tidak kira sekolah di
kawasan bandar ataupun kawasan luar bandar, sekolah harian biasa ataupun sekolah berasrama
penuh.

Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak terutamanya yang pada guru dan ibu
bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes
disiplin yang lain. Sebagai buktinya, tiga peratus daripada 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara terbabit dengan kegiatan salah laku sepanjang sesi
persekolahan 2010.

Malah, mengikut rekod kementerian, 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah
menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit dengan pelbagai salah laku disiplin
pada 2010. Namun begitu, gejala ponteng sekolah mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding
kes disiplin yang lain iaitu sebanyak 19,545 kes (Berita Harian, 7 Disember 2010). Statistik ini
jelas menunjukkan gejala ponteng sekolah semakin meruncing dalam kalangan pelajar pada
masa kini.

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah,
Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang
dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini, masalah ini didapati semakin
menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering
menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa
sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke
peringkat yang lebih kronik lagi.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


14

Menurut laporan yang pernah dikeluarkan laporan yang pernah dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin
meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Pada hemat
saya, punca-punca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-
langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa
depan.

PASIR PUTEH 25 April – Sebanyak 24 pelajar termasuk tiga remaja perempuan ditangkap
dalam Operasi Berpadu Ponteng Sekolah 2014 di sini baru-baru ini.

Operasi yang melibatkan 87 anggotak dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh,
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Daerah Pasir Puteh
(MDPP). Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat
Agama Islam Jajahan, Pejabat Kesihatan, Persatuan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan
Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM).

(Arkib Utusan Malaysia Online 26/04/2014)

Statistik terkini Kementerian memaparkan sebanyak 34 628 pelajar terlibat dalam gejala ponteng
daripada 5 juta pelajar di negara kita termasuk di peringkat sekolah rendah, menengah, mahupun
IPT. Hal ini dapat kita saksikan bahawa gejala ponteng makin menurun berbanding pada tahun
1999 sebanyak 38 053 pelajar terlibat dalam gejala ponteng.

Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran Malaysia, ponteng merupakan kes yang


kedua terbanyak selepas salah laku kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak penting masa,
kekemasan sendiri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan.

Kesan ponteng bukan sahaja menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran, namun
lebih teruk lagi termasuk terjebak dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah,
gangsterisme, minuman keras, vandalisme, seks bebas, melepak dan sebagainya.

Sepertimana yang telah dipaparkan di media massa dan media elektronik, antara tempat
yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar melepak adalah di kafe siber. Hal ini kerana ‘hujan kafe
siber’ telah membanjiri di seluruh kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia. Ini juga menjadi

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


15

penyebab kepada ketagihan dan tarikan pelajar untuk mengunjungi kafe siber serta menyumbang
kepada peningkatan bilangan pelajar ponteng.

1.2 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH

1.2.1 Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah

Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan
pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar
menghafal seperti mata pelajaran Sejarah, Matematik, Sains, Geografi dan sebagainya.

Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak
mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri
mereka sendiri.

Alasan ini juga menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar
yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah
berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak
ibu bapa.

Oleh itu, mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat
memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

1.2.2 Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa

Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang
daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu
bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal
pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga
anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan kepada ibu bapa.

Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif
seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


16

dan kesannya ‘kawan baru’ ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur
sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.

Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan
kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan.
Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang
dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau
penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak
mereka.

Keadaan ini juga memberikan ransangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus
memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu, bolehlah
dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut
menyumbang ke arah masalah ini.

1.2.3 Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi
pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah
akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan
menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang.

Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan
yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka
memberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi
alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.

1.2.4 Mencari keseronokan

Pelajar yang sering ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih
mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas terbukti kerana terdapat di kalangan
pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak untuk berkumpul di suatu tempat
terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


17

Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi
mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur
hiburan.

1.2.5 Peraturan sekolah yang terlalu ketat

Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh
guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan
oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah mereka tidak didenda oleh guru.

Selain itu, pelajajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng
kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak
sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada
pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

1.2. 6 Tekanan Ekonomi

Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi
ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan.
Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa
lapang mereka.

Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan
perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga
pelajar yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan
mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau
tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan lalu
ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan
oleh Dr. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di
Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah
di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng
sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa bosan dengan cara pengajaran guru.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


18

Lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar suka
mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan.

Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut
didenda, guru yang garang, malu dan sebagainya. Pelajar berkenaan mengambil keputusan untuk
ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu.

Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng
dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini
juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan
mengenakan hukuman yang terlalu berat dan tidak setimpal bagi kesalahan yang kecil.

Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku adalah kerana
murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja
murid memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan
sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan
untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati
dalam membuat pilihan rakan sebaya.

Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah
meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya
tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut
terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk
bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah.

Oleh itu, jelaslah satu punca masalah sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan
dengan remaja yang tidak lagi bersekolah.

Sebagai tambahan, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut


menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi
memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran
yang didapati ponteng sekolah kerana tidak mahu dianggap sebagai menjaga tepi kain orang.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


19

Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubunan akrab antara anggota
masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak
mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya.
Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur
oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh mereka.

Temu bual dan soal selidik yang tak terancang dibuat dalam usaha mengetahui sejauh
mana masalah ini ponteng ini mempengaruhi keadaan sosial pelajar.

Pelajar yang ditemubual rata-rata susah untuk ke sekolah kerana bangun lambat dan tidak
dikejutkan oleh ibu mereka. Secara tidak langsung pelajar menjadi malas untuk ke sekolah
kerana keterlewatannya.

Terkadang pelajar yang lewat bangun ini terpaksa menyediakan atau menguruskan diri
sendiri tanpa bantuan ibu bapa sama ada dari segi sarapan dan wang saku. Pelajar yang semacam
ini akan timbul masalah malas dan bosan untuk ke sekolah kerana mereka menganggap diri
mereka tidak sebaik rakan-rakan yang lain. Perasaan malu ini menyebabkan pelajar yang terlibat
tidak mahu sekolah. (hasil temubual salah pelajar yang ponteng tegar – responden Pelajaran
tahun 6 UPSR 2014)

Selain daripada itu, ada di kalangan pelajar yang ponteng disebabkan tidak menyukai
mata pelajaran tertentu. Dan ada juga yang tidak menyukai guru-guru tertentu. Ini berpunca dari
kebosanan dengan guru yang mengajar mata pelajaran tertentu. Pelajar cepat merasakan seperti
berada di dalam keadaan penyeksaan sewaktu menjalani proses pembelajaran.

Kesukaran memahami sesuatu mata pelajaran juga menyebabkan wujudnya kekecewaan


di kalangan pelajar untuk meneruskan mata pelajaran tersebut. Pelajar yang menghadapi masalah
ini agak gemar ponteng kelas sewaktu pembelajaran berlaku dengan lepak di perpustakaan atau
tandas sehingga waktu mata pelajaran tersebut tamat.

Kepadatan dalam sesuatu kelas juga menjadi rungutan di kalangan pelajar. Suasana yang
tidak selesa dan pengurusan pembelajaran dengan gangguan sewaktu pembelajaran
menimbulkan kebencian di kalangan pelajar untuk berada di dalam kelas.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


20

Ada di kalangan pelajar yang ponteng sekolah disebabkan dibuli rakan-rakan sekolah.
Sikap pasif menyebabkan pelajar tersebut mudah menjadi bahan usikan dan gurauan pelajar-
pelajar yang lain.

Apabila ini berlaku, pelajar ini akan merasa rendah diri dan malu untuk ke sekolah.

Terdapat juga di kalangan yang ditemu bual, mereka tidak ke sekolah kerana menolong
ibu bapa di rumah atau membantu ibu bapa di kebun. Keterpaksaan ini menyebabkan pelajar
tidak dapat hadir ke sekolah. Beralasankan masalah ekonomi atau taraf hidup di kalangan pelajar
menyebabkan mereka ponteng sekolah.

Terdapat juga hasil dari temubual, pelajar yang ponteng tanpa sebab, bila disoal selidik
ibu bapa mereka tidak memperdulikan sekiranya pelajar yang terlibat tidak sekolah. Malah tidak
mengambil endah ke mana pelajar terbabit seharian.

Segelintir pelajar yang soal selidik mengatakan masalah ponteng yang dihadapi ini amat
sukar dibendung kiranya tidak diberi perhatian khusus oleh pihak sekolah. Dan mengharapkan
pihak sekolah mengambil tindakan yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang terlibat. Dikhuatiri
masalah ini akan menjadi ikutan kepada pelajar yang lain kerana tiada apa-apa tindakan yang
telah diambil oleh pihak sekolah terhadap pelajar yang ponteng sekolah yang lain.

Tuntasnya, masalah ponteng ini menjadi satu trend di kalangan pelajar pada masa kini.
Perbincangan mengenai keruntuhan akhlak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja.

Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Bagi
menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Berikut beberapa
saranan:

Ibu bapa memainkan peranan mereka

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-
anak mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON
21

berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu,
ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak.

Pendekatan akademik

Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa
akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas.

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah

Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan


pelajar sekolah. Di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak
ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis

Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan
merujuk masalah pelajar kepada pihak polis.

Kaunseling

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di


peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor
yang berkelayakan dan berpengelaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.

Peranan PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan
yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu selalu berbincang untuk menyelaikan
masalah ini.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


22

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik pulih
sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa
besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala
rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang
sempurna menjamin keterjelmaan negara seriring dengan Gagasan 1 Malaysia.

Individu Sendiri

Kemampuan menguruskan emosi diri sendiri amat ditagih dalam mengatasi masalah ponteng di
kalangan pelajar-pelajar. Kemampuan memotivasikan diri ini akan membantu pelajar dari
terjebak dalam masalah sosial dan mengelakkan timbulnya masalah ponteng di kalangan pelajar.

Kemampuan mengenali emosi diri sendiri. Kecerdasan emosi dapat bergabung tenaga dengan
kecerdasan akal bagi menentukan kejayaan dan keharmonian sesebuah kehidupan manusia.

Untuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara


menyeluruh, roang ramai diseru agar melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan
pelajar yang ponteng sekolah.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala
ponteng dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah tidak boleh memasuki
premis mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan arked
permainan video.

Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif
serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Guru-guru
juga disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu garang dengan pelajar.

Paling penting, ibu seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah
anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak
mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta
memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri
sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka
kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentuyna bakal memakan diri sendiri kelak.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


23

Peranan umum meliputi peranan keluarga dan diri dalam menangani gejala ponteng sekolah.
Dari aspek keluarga, ibu bapa perlu mengambil berat tentang pembangunan salsiah anak mereka
sejak kecil lagi. Selain itu, kanak-kanak perlu melibatkan diri mereka dalam didikan agama. Ini
disebabkan didikan agama dapat mendisiplinkan dan membentuk jati diri mereka.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


24

PENUTUP

Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih
lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani
mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi,
merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin
sekarang.

Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada
zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju
yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi
selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat
menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.

Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai
menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat
nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk
budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan
adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku
sekarang sudah amat jauh bezanya.

Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu
sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya
untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang
banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang
terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam
hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar
umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih
buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin
masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih
berkesan kerana generasi muda hari ini ialah pemimpin masa depan.

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON


25

RUJUKAN

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan How Lee Chan(2007). Faktor-faktor

Mempengaruhi Pelajar Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor. Tesis


Ph.D Universiti Teknologi Malaysia: tidak diterbitkan

Ropiah Mohamed (2004). Faktor-Faktor Persekolahan Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng

di Kalangan Pelajar. Satu Kajian Kes Terhadap Pelajar Tingkatan Empat di Salah
Sebuah Sekolah di Daerah Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Pendidikan.

https://bicarasosial.wordpress.com/2009/06/23/kenapa-pelajar-ponteng-sekolah

http://pontengsekolah.blogspot.com/2012/04/cara-cara-menangani-ponteng-sekolah.html

http://drghazali.blogspot.com/2011/05/karangan-contoh.html

http://pemonteng22.blogspot.com/2010/08/usaha-menangani-masalah-pelajar-ponteng.html

EEM 432 _E30209120881 HALUYAH@MAIMON

You might also like