You are on page 1of 21

1

SULIT

Sains
Kertas 1
Tahun 6
2018
1 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2018


TAHUN 6

Nama : ……………………………………………………… Kelas: ………………………

SAINS
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak

Sila lihat sebelah


2

40 Markah
Jawab semua soalan

1. Antara alatan berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menyukat isi padu
segelas susu?

A. pembaris
B. termometer
C. penimbang
D. silinder penyukat

2. Rajah 1 menunjukkan satu pengelasan haiwan.

Haiwan

J K
- Menghasilkan banyak -Menghasilkan sedikit
teur telur
-Membiarkan telur -Mengeram telur hingga
menetas sendiri menetas

RAJAH 1
Antara haiwan berikut, yang manakah boleh dikelaskan dalam kumpulan J dan K?

J K
A itik ikan
B burung ular
C lalat ayam
D nyamuk penyu

Sila lihat sebelah


3

3. Maklumat di bawah diperoleh berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh seorang


murid.

Nyamuk bertelur di dalam air.


Telur nyamuk kemudiannya
menetas dan menjadi jentik-jentik
kemudian bertukar menjadi pupa
sebelum mejadi seekor nyamuk.

Apakah bentuk komunikasi yang paling sesuai untuk mempersembahkan maklumat


di atas?

A. Jadual
B. Carta pai
C. Carta palang
D. Gambar rajah

4. Rajah 2 menunjukkan keadaan daun-daun pokok kubis di kebun Pak Ali.


Apakah inferens yang boleh dibuat?

A. daun-daun itu dimakan oleh beluncas


B. daun-daun itu tidak menjalani proses fotosintesis
C. daun-daun itu melindungi diri daripada musuh
D. daun-daun itu disembur racun perosak secara berlebihan

Sila lihat sebelah


4

5. Rajah 3 menunjukkan dua jenis haiwan yang hidup bersendirian.

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai cara hidup yang sama seperti haiwan
di atas?
A. helang
B. kuda
C. lipan
D. beruang

6. Rajah 4 di bawah menunjukkan kitar hidup seekor katak.

Rajah 4
Antara yang berikut, manakah yang merupakan X?
A. Larva
B. Berudu
C. Anak ikan
D. Anak Katak

Sila lihat sebelah


5

7. Antara yang berikut, yang manakah bukan keperluan asas tumbuhan?


A Cahaya matahari
B Air
C Udara
D Makanan

8. Antara orang yang berikut, manakah yang mempunyai kadar pernafasan yang paling
tinggi?

Sila lihat sebelah


6

9. Rajah 5 di bawah menunjukkan seekor haiwan yang bercangkerang.

Rajah 5

Bagaimana ciri ini boleh membantu melindungi kura-kura daripada musuh?

A Cangkerang besar yang boleh memuatkan badannya


B Cangkerang keras yang boleh melindungi badannya yang lembut
C Cangkerang keras yang menakutkan haiwan-haiwan lain.
D Cangkerang berat yang sukar diangkat

10. Manakah kedudukan mata yang berlabel A, B, C dan D adalah betul untuk membaca isi
padu air di dalam silinder penyukat pada rajah 6?

Rajah 6

11. . Rajah 7 di bawah menunjukkan lebar dan panjang sehelai kertas.

Sila lihat sebelah


7

Rajah 7

Berapakah luas kertas itu?


A 9 cm2
B 18 cm2
C 20 cm2
D 40 cm2

12. Apakah yang dimaksudkan dengan daya geseran?

A. daya yang mengubah arah objek yang bergerak


B. daya tolakan yang dikenakan ke atas sesuatu objek
C. daya tarikan yang dikenakan ke atas sesuatu objek
D. daya yang menentang pergerakan sesuatu objek

Sila lihat sebelah


8

13. Rajah 8 menunjukkan sebuah unggun api.

Rajah 8

Mengapakah kita berasa hangat semasa berada di hadapan unggun api?

A. kerana ia menghasilkan tenaga haba


B. kerana ia menghasilkan tenaga cahaya
C. kerana ia menghasilkan tenaga kinetik
D. kerana ia menghasilkan tenaga keupayaan

14. Manakah antara berikut adalah sumber tenaga utama?

Sila lihat sebelah


9

15. Rajah 9 menunjukkan corak bunga pada tayar kereta bagi sebuah kereta.

Rajah 9

Apakah fungsi utama corak bunga itu?

A. menjadikan tayar tahan lama


B. mengelakkan kereta tergelincir di jalan raya
C. mengurangkan luas permukaan tayar
D. menjadikan tayar lebih cantik

16. Rajah 10 di bawah menunjukkan suatu imej yang dihasilkan apabila seorang murid
meletakkan tangannya di belakang objek X.

Rajah 10

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang objek X?


A Objek X membenarkan semua cahaya melaluinya.
B Objek X membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
C Objek X membenarkan cahaya dipantulkan.
D Objek X tidak membenarkan sebarang cahaya melaluinya.

Sila lihat sebelah


10

17. Rajah 11 menunjukkan empat mentol dan dua suis yang dihubungkan dalam satu litar
elektrik.

Rajah 14
Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan mentol P dan Q menyala?

A Buka suis Y
B Buka suis X
C Buka suis X, tutup suis Y
D Buka suis Y, tutup suis X

18. Jadual 1 menunjukkan keputusan bagi satu penyiasatan.

Jarak antara objek dan 20 30 40


sumber cahaya(cm)
Ketinggian bayang-bayang 25 20 15
(cm)

Jadual 1
Daripada jadual 1, apakah kesimpulan bagi penyiasatan ini?

A. saiz bayang-bayang berkurang apabila jarak antara objek dengan sumber


cahaya bertambah
B. saiz bayang-bayang berkurang apabila jarak antara objek dengan sumber
cahaya berkurang
C. saiz bayang-bayang bertambah apabila jarak antara objek dengan sumber
cahaya bertambah
D. saiz bayang-bayang tidak berubah apabila jarak antara objek dengan sumber
cahaya bertambah

Sila lihat sebelah


11

19. Apakah yang dimaksudkan dengan kelajuan?


A. Jarak antara dua titik
B. Jumlah yang boleh diukur di dalam sebuah bekas
C. Masa yang diambil dari satu tempat ke tempat yang lain
D. Jisim yang ditimbang

20. Rajah 15 menunjukkan satu cara untuk mencegah jangkitan penyakit.

Rajah 15

Apakah jenis penyebaran penyakit yang mampu dihalang dengan cara pencegahan
penyakit berdasarkan rajah di atas?

A. penyebaran penyakit melalui udara


B. penyebaran penyakit melalui haiwan
C. penyebaran penyakit melalui sentuhan
D. penyebaran penyakit melalui air

21. Rajah 16 menunjukkan satu penyiasatan terhadap perubahan bilangan ikan di sebuah
sungai yang tercemar.

Apakah pemerhatian yang dapat dibuat?


A. banjir sering berlaku pada bulan Januari hingga April
B. ikan telah mati akibat sungai yang telah mengalami pencemaran
C. lebih banyak ikan dipancing pada empat bulan pertama tahun berkenaan
D. bilangan ikan di sungai itu semakin berkurang dari Januari hingga April

Sila lihat sebelah


12

22. Manakah yang berikut berkaitan maksud dengan kemandirian spesis tumbuhan?

A Hubungan makanan antara hidupan dalam suatu habitat


B Cara tumbuhan mengekalkan spesiesnya supaya tidak pupus
C Tumbuhan hijau membuat makanan sendiri
D Tumbuhan adalah pengeluar dalam rantai makanan

23. Antara berikut, yang manakah merupakan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan
hidupan?

A. penerokaan tanah untuk penempatan


B. perdagangan kulit dan daging haiwan
C. penghutanan semula dan hutan simpan
D. pembakaran hutan untuk pertanian

24. Apakah yang dimaksudkan dengan logo pada rajah 17

Rajah 17

A. Guna semula
B. Kitar semula
C. Dilarang membuang sampah
D. Kawasan taman

Sila lihat sebelah


13

25. Seorang guru sains mengajar kelasnya cara menjalankan suatu aktiviti sains. Dia
kehabisan asid car.Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk menggantikan
asid cair.

A. Jus peria
B. Larutan serbuk penaik
C. Air Sirap
D. Jus Limau Nipis

26. Maklumat berikut menunjukkan sifat-sifat bahan bagi objek M.

* Kuat
* Boleh diregang
* Mengalirkan arus elektrik

Apakah objek M yang mewakili sifat-sifat bahan yang dinyatakan seperti di atas?

A Spring
B Pembaris
C Tali kasut
D Belon

27. Mengapakah tarikh luput perlu diletakkan pada pembungkus makanan yang dijual di pasar
raya?

A Menjadi pembungkusan lebih cantik


B Maklumat kepada pengguna tentang ketahanan sesuatu makanan itu
C Menunjukkan tarikh makanan yang dibungkus oleh pembuat makanan
D Menunjukkan isi kandungan didalam pembungkusan tersebut.

Sila lihat sebelah


14

28. Antara yang berikut, yang manakah BENAR adalah ciri-ciri Bumi?
I Bumi adalah planet kedua dalam Sistem Suria.
II Bumi mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk menyokong hidupan.
III Bumi dikelilingi oleh lapisan atmosfera yang sangat nipis.
IV Bumi mempunyai suhu yang sesuai untuk hidupan.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

29. Berapa harikah yang diperlukan untuk Bumi beredar mengelilingi Matahari satu bulatan
lengkap?
A 7 hari
B 30 hari
C 365 hari
D 120 hari

30. Rajah 18 di bawah menunjukkan sebahagian daripada Sistem Suria.

Rajah 18

Apakah yang ditunjukkan oleh rajah 18?


A Bumi bergerak mengelilingi Matahari
B Jarak dari Bumi ke Matahari
C Saiz Bumi dibandingkan dengan saiz Matahari
D Masa yang diambil apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari

Sila lihat sebelah


15

31. Antara yang berikut, yang manakah bukan ahli dalam system suria?

A Komet
B Bulan
C Bumi
D Buruj

32. Rajah 5 menunjukkan sebuah lampu suluh, bola ping-pong dan dunia.

Rajah 18

Berdasarkan gambar rajah 18, gerhana bulan berlaku apabila cahaya dari lampu suluh
menghala ke bumi dan kedudukan bola ping-pong itu adalah pada .........

A J

B K

C L

D M

33. Antara berikut yang manakah boleh menerangkan fenomena gerhana?

I Cahaya bergerak dalam garis lurus

II Bumi dan Bulan adalah objek legap

III Cahaya bergerak sangat cepat

IV Kedudukan matahari sangat jauh

A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

Sila lihat sebelah


16

34. Apakah yang dimaksudkan dengan baji ?

A Penyangga keras yang berfungsi sebagai penyokong

B Tali yang berputar mengikut alurnya

C. Dua satah condong yang bercantum

D Permukaan rata yang condong yang menghubungkan permukaan –permukaan lain

pada aras yang berbeza.

35. Rajah 19 menunjukkan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian

Rajah 19

Antara yang berikut, yang manakah susunan yang betul bagi perkembangan teknologi
dalam bidang pertanian

A R,S,Q,P

B Q,R,S, P

C R,P,Q,S

D P,Q,R,S

Sila lihat sebelah


17

36. Maklumat yang berikut menunjukkan dua alat.

 Binokular
 Teleskop

Apakah fungsi alat-alat di atas?

A Untuk melihat objek yang seni

B Untuk mendengar bunyi yang perlahan

C Untuk membuat pengiraan yang kompleks

D Untuk melihat objek yang jauh

37. Apakah kegunaan mesin ditunjukkan pada rajah 20?

Rajah 20

A Untuk mengorek lubang bagi menanam pokok di ladang.

B Untuk memindahkan kotak-kotak berat dalam gudang.

C Untuk mengangkat perabot rumah semasa pindah rumah.

D Untuk mengangkat kereta rosak di bengkel kereta.

Sila lihat sebelah


18

38. Antara jambatan berikut, yang manakah paling kuat?

39. Cikgu Amira mempamerkan 10 nombor telefon di atas papan tulis. Setiap nombor
tersebut terdiri daripada 8 digit. Murid-murid diberi 3 minit untuk mengingat kesemua
nombor telefon tersebut. Didapati tiada seorang pun yang dapat melakukannya. Apakah
kesimpulan yang dapat dibuat?

A Manusia tidak perlu mengingat nombor telefon

B Manusia tidak mampu mengingat nombor telefon

C Otak manusia hanya boleh berfungsi pada masa tertentu

D Manusia mempunyai had keupayaan dalam melakukan aktiviti tertentu

Sila lihat sebelah


19

40. Rajah 21 menunjukkan satu kejadian bencana alam .

Rajah 21

Encik Amri ialah seorang jurutera binaan yang ditugaskan untuk membina sebuah
kondominium 16 tingkat .

Apakah yang perlu dilakukan oleh beliau untuk mengelakkan kejadian tersebut berulang?

A Mengurangkan kos pembinaan

B Memastikan struktur bangunan stabil

C Menggunakan bahan-bahan binaan yang bermutu rendah

D Menggunakan bahan binaan seperti kayu yang berkualiti dan bermutu tinggi

KERTAS SOALAN TAMAT

Sila lihat sebelah


20

Skema Jawapan:

1.D
2.C
3.D
4.A
5.C
6.B
7.D
8.D
9.B
10.C
11.C
12.D
13.A
14.C
15.B
16.A
17.B
18.A
19.C
20.B
21.D
22.B
23.C
24.B
25.D
26.A
27.B
28.A
29.C
30.A
31.D
32.D
33.A
34.C
35.B
36.A
37.B
38.A
39.D
40.B

Sila lihat sebelah


21

Sila lihat sebelah

You might also like