You are on page 1of 10

MASJID TENGKU AMPUAN AFZAN

BANDAR SATELIT (MTAABS)


26700 MUADZAM SHAH
PAHANG DARUL MAKMUR

LAPORAN
PROGRAM IBADAH
QURBAN@MTAABS 1.0
TAHUN 2017

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD RUHAIFI BIN AB RAZAK


PENYELARAS PROGRAM
1.0 PENGENALAN
Bersempena Hari Raya Aidiladha, Pihak Pengurusan Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit
(MTAABS) Muadzam Shah telah menganjurkan program ibadah qurban buat kali pertama.
“Sempurnakan Ibadah Qurbanmu” dipilih sebagai tema tahun 2017.

2.0 LATAR BELAKANG


Idea pelaksanaan program ibadah qurban buat kali pertama ini telah dicetuskan oleh pengerusi
MTAABS, Dr. Khairulnizam Mat Karim. Ianya perlu dibuat memandangkan MTAABS telah
beroperasi melebihi setahun. Program ini dinamakan Qurban@MTAABS v1.0 dan merupakan
projek rintis ibadah qurban bagi tahun – tahun seterusnya. Sebagai permulaan, seekor lembu atau
tujuh bahagian qurban sahaja ditawarkan kepada peserta untuk kali ini.

3.0 OBJEKTIF
 Memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘Alaihissalam.
 Meraikan sambutan aidiladha dan beribadat kepada Allah SWT
 Meningkatkan semangat kerjasama dalam bermasyarakat dikalangan warga kariah MTAA, AJK
MTAA dan organisasi luar.

4.0 SASARAN
Program ini berjaya menarik hampir 15 orang ahli kariah masjid termasuk peserta iabadah qurban
bagi membantu kelancaran pelaksanaan ibadah qurban seperti pengurusan penyembelihan,
pengagihan bahagian qurban dan jamuan sepanjang program Qurban@MTAABS v1.0 ini
berlansung.

MTAABS juga berjaya menjalinkan hubungan baik dengan pengurusan Surau Desa Teratai apabila
menjemput tiga orang ahli jawatankuasanya berkongsi kepakaran dalam proses penyembelihan dan
pengagihan bahagian qurban. Maklumat pembekal lembu qurban ini diperolehi daripada Surau Al
Ansari Muadzam Shah.

Jabatan Bekalan Air (JBA) Muadzam Shah turut membantu dengan menyediakan dua tong
simpanan air bagi memudahkan urusan sepanjang program berlangsung.

Selain daripada ahli kariah MTAABS, para musafir dan pekerja kontrak perumahan Bandar Satelit
turut sama memenuhi undangan jamuan sempena program ini.
5.0 PENGISIAN
Program Qurban@MTAABS v1.0 telah dilaksanakan seperti berikut :
Tarikh : 3 September 2017
Hari : Ahad
Aktiviti : 8.30 pagi : Ibadah penyembelihan lembu qurban.
9.30 pagi : Gotong royong melapah dan pengagihan qurban
10.00 pagi : Penyediaan hidangan jamuan
12.00 tengahari : Jamuan
4.30 petang : Gotong royong membersihakan kawasan
5.00 petang : Program berakhir
Tempat : Perkarangan MTAA Bandar Satelit

6.0 SENARAI PESERTA


1. ENCIK HASRIN BIN SUKAIMI (TAKZIM) - 0162084627
2. PUAN RUBIA BT YUNUS (TAKZIM)
3. PUAN MASRAN BINTI AHMAD - 0199094350
4. PUAN ZALMA BIN ABDULLAH - 0199905851
5. PUAN MASITAH BINTI KHALID - 0139387816
6. PUAN NUR SYAZWANIE BT MOHD SHAFIE - 0173314515
7. PUAN HASIMAH BT MUHAMMAD - 01114999841

7.0 TEMA
“Sempurnakan Ibadah Qurbanmu”

8.0 BELANJAWAN
8.1 PENDAPATAN

BIL PERKARA PENDAPATAN


1. 1 bahagian RM600 X 7 peserta RM 4 200.00
2. Kewangan MTAABS RM 2 592.71

JUMLAH KESELURUHAN RM 6 792.71


8.2 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN


1. 1 unit banner ’15 x 4’ (deposit RM50) RM 159.00
3 unit khemah + 2 set kerusi meja RM 500.00
2.
(Ustaz Hassan)
Upah dan bahan masakan RM 1500.00
3.
(Dr Khairul)
Upah jaga lembu 3 hari RM 150.00
4.
(Atan dan Din)
Upah tukang lapah dan agihan RM 150.00
5.
(3 orng ajk Surau Desa Teratai)
Peralatan
- 1 unit cangkul RM 45.00
- 1 kg tali ikat lembu RM 32.00
- 2 unit papan pemotong kayu Kota Perdana RM 160.00
6.
- 7 unit papan pemotong plastic RM 14.85
- I peket sudu plastic RM 2.12
- 2 botol pencuci pinggan RM 4.24
- 3 unit besen plastic RM 10.60
Sarapan gotong royong qurban
7. - Air mineral sekotak RM 12.90
- Roti croissant RM 52.00
8. 1 ekor lembu RM 4 000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 6 792.71


9.0 KESAN POSITIF PROGRAM
Program ibadah Qurban@MTAABS v1.0 ini membawa beberapa kesan positif:
1. Pihak jawatankuasa MTAABS mendapat pengalaman menguruskan ibadah qurban untuk tahun –
tahun mendatang dengan menambah baik perancangan dan pengurusan program ini.
2. Menarik minat ahli kariah masjid terhadap ibadah qurban dan diharap semakin ramai
melaksanakannya di masa hadapan.
3. Berpeluang menjamu para musafir yang singgah solat zohor dan asar di MTAABS.

10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Berdasarkan perancangan dan perjalanan ibadah Qurban@MTAABS v1.0 yang telah dilaksanakan
pada 3 September 2017 yang lalu, dicadangkan beberapa penambaikan:
1. Perancangan program perlu dimulakan enam bulan awal untuk memberi kemudahan kepada para
peserta menyediakan jumlah kewangan yang mencukupi untuk menyertai ibadah qurban ini.
2. Bendahari program dicadangkan disandang oleh bendahari MTAABS sendiri bagi melancarkan
urusan keluar masuk aliran tunai dan menjadikannya lebih bersistematik.
3. Mendapatkan pandangan Qadhi Muadzam Shah terhadap perjalanan program yang dirancang
supaya ibadah yang dijalankan semakin sempurna.
11.0 LAPORAN BERGAMBAR IBADAH QURBAN@MTAABS V1.0 TAHUN 2017

GAMBAR 1: Banting Program Ibadah Qurban@MTAABS v1.0

GAMBAR 2: Lembu qurban dijaga oleh dua orang kakitangan MTAABS selama 2 hari

GAMBAR 3: Antara ahli kariah masjid yang meyumbang tenaga dan kewangan sepanjang program
GAMBAR 4: Ajk Surau Desa Teratai, pekerja asing, ajk dan kariah MTAABS bergabung tenaga

GAMBAR 5: Aktiviti melapah secara gotong – royong

GAMBAR 6: Proses pembahagian dan agihan daging qurban


GAMBAR 7: Aktiviti memasak untuk jamuan turut dilakukan di MTAABS

GAMBAR 8: Jamuan berjaya menarik kunjungan ramai ahli kariah dan musafir
12.0 LAPORAN BERGAMBAR IBADAH QURBAN@MTAABS V1.0 TAHUN 2017
Semoga usaha yang dilaksanakan bersama ini mendapat keredhaan Allah disamping dapat
mengeratkan silaturrahim serta dapat memupuk rasa tanggungjawab semua ahli kariah MTAA.
Terima kasih atas segala keperihatinan dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………. ………. …..……………………………..


( MOHD RUHAIFI BIN AB RAZAK ) (DR KHAIRULNIZAM MAT KARIM)
Pengarah Program Qurban@MTAABS Pengerusi MTAABS

Disahkan oleh,

…………………………………
( )
Bendahari MTAABS
RESIT – RESIT PERBELANJAAN
PROGRAM IBADAH QURBAN@MTAABS V1.0
MASJID TENGKU AMPUAN AFZAN
MUADZAM SHAH, PAHANG
TAHUN 2017

You might also like