You are on page 1of 20

EKM322

KOD KURSUS EEM 421

TAJUK KURSUS KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR SURAYA BT ABIT

NO. MATRIK E 30209120886

NAMA FASILITATOR
PUAN KHADIJAH BINTI YAHYA
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN AeU CAWANGAN BINTULU

1
EKM322

Bil Isi Kandungan Halaman

1 Bahagian A: Ulasan Kajian


Artikel bertajuk : Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan 3- 8
pembelajaran seni bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

2 Bahagian B: “Kesan Barat terhadap Kesusasteraan Melayu 9 - 12

3 Rancangan Mengajar Harian Untuk Pengajaran Kesusasteraan


13 - 17
Melayu

4 Rujukan 18- 20

2
EKM322

Bahagian A : Ulasan Kajian

Tajuk Artikel Kajian :


PENDIDIKAN ETIKA, MORAL DAN INTEGRITI DALAM ORGANISASI SEKTOR
AWAM DI MALAYSIA
OLEH
ROSLAN MAHMOOD & DR.NIK ROSNAH WAN ABDULLAH

1.1 Pengenalan

Tajuk artikel ulasan saya kali ini ialah Pendidikan etika, moral dan integriti dalam organisasi
sektor awam di Malaysia yang ditulis oleh Roslan Mahmood dan Dr.Nik Rosnah Wan Abdullah.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen
dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid. Kajian ini juga
turut membincangkan kepentingan unsur seni bahasa yang terdapat dalam KSSR. Aspek seni
bahasa ini merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang
indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik hibur .

Bertitik tolak daripada keperluan mengisi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka,
kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dipastikan memenuhi aspek penggabungjalinan,
penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.

Secara rasionalnya, didik hibur ini dilihat dapat mengupayakan dan membolehkan bahasa yang
indah itu dapat diperoleh secara mudah daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon,
mendeklamasi atau berpuisi itu dilaksanakan secara lebih santai tetapi bermakna. Seni bahasa
juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan gaya bahasa khususnya ayat yang
menggunakan unsur simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks
yang dibaca. Oleh itu, melalui idea yang kreatif, pembelajaran seni bahasa ini diharapkan akan
dapat melahirkan murid yang menguasai kemahiran lisan dan penulisan dengan baik.
Cadangan terhadap pelaksanaan pendekatan seni bahasa dalam pengajaran Bahasa Malaysia

3
EKM322

bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa bahasa Melayu
perlu menjadi tunjang penting dalam sistem pendidikan negara. Penumpuan memperkasakan
penguasaan Bahasa Melayu turut ditekankan dengan mula melaksanakan transformasi kurikulum
Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah yang memberikan fokus kepada penguasaan
asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu,
seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

(b) Kaedah pengumpulan data


Penganalisisan data telah dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) untuk Window versi 16.0. Data yang diperoleh daripada responden telah
dikumpulkan dan dianalisis sebaik mungkin sebagai usaha untuk menjayakan kajian ini. Kajian
rintis juga telah dilakukan bagi menganalisis kebolehpercayaan instrument kajian soal selidik
yang dijalankan. Kajian rintis ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaaan Bandar Tun
Razak (I), Kuala Lumpur yang melibatkan 30 responden,

Penggunaan persisian ini sebagai kaedah analisis data statistik deskriptif bermatlamat untuk
memperihalkan data dengan sejelas mungkin. Oleh itu, analisis statistik deskriptif cuba membuat
ringkasan dan klasifikasi terhadap data supaya pengguna dan penyelidik dapat sama-sama
memahami data dengan mudah. Sementara itu, statistik deskriptif digunakan untuk menentukan
peratusan, min dan sisihan piawai. Tujuan penganalisisan ini adalah untuk membolehkan
penyelidik membuat gambaran set data yang terkumpul serta mengkaji taburan kekerapan.
Dapatan analisis kajian telah dipaparkan dalam bentuk jadual serta dibincangkan mengikut setiap
item berpandukan objektif dan pemboleh ubah yang telah ditetapkan. Statistik deskriptif
digunakan untuk mengumpul data dan membuat rumusan serta menyampaikan rumusan dalam
bentuk yang lebih mudah difahami oleh semua golongan.

(c) Huraikan dapatan utama kajian ini .

4
EKM322

Berdasarkan dapatan utama kajian ini, didapati “seni bahasa” KSSR sesuai digunakan dan
dilaksanakan dalam P&P murid sebagai ganti kepada modul kurikulum KBSR. Semua responden
bersetuju tentang pelaksanaan seni bahasa yang diperkenalkan dalam KSSR dan yakin bahawa
modul terbaharu ini akan meningkatkan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Selain itu, kemahiran murid dalam aspek membaca, menulis, keupayaan lisan serta
menaakul juga didapati bertambah baik.
Dari aspek guru pula, KSSR membawa pembaharuan dalam teknik dan kaedah mengajar yang
mencabar guru dalam melaksanakan kurikulum standard ini serta dalam masa yang sama
memberi input yang positif kepada murid. Pandangan yang dikatakan mencabar merujuk KSSR
ini kadangkala menghambat guru supaya lebih kreatif, inovasi dan sentiasa maju ke hadapan
tanpa mencicirkan perkara yang sedia ada. Namun pada masa yang sama, guru tetap tertekan
dengan beberapa aspek kesan daripada pelaksanaan kurikulum KSSR ini.
Terdapat dua perkara yang ditekankan oleh guru tentang perkara yang menjadi bebanan mereka
apabila KSSR ini dilaksanakan, iaitu
(i) beban kerja pengkeranian ; dan
(ii) beban dari segi penyediaan bahan pengajaran.
Kesan daripada bebanan ini, guru mendapati prestasi tugas mereka agak terganggu dan mungkin
membawa impak yang negatif kepada murid.

Sebagai rumusan, pelaksanaan elemen sastera dalam P&P seni bahasa KSSR ini membawa satu
transformasi yang baik selari dengan arus perdana transformasi pendidikan negara. Oleh itu,
kerjasama semua pihak dalam penghayatan didik hibur yang sebenar perlu dihayati supaya
murid dan guru dapat menggembleng kerjasama yang sebaik-baiknya.

Saya juga berpendapat bahawa kejayaan didik hibur secara berkesan bergantung kepada aktiviti
yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru
semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.

5
EKM322

Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan


masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa
ada banyak masalah atau halangan.

Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka
yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Melalui ciri-ciri yang saya senaraikan di atas, saya amat bersetuju dengan kenyataan Shamsudin
Othman dan Abdul Rasid Jamian dalam kajian dan penulisan mereka. Menurut Shamsudin
Othman dan Abdul Rasid Jamian. Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan
pembelajaran seni bahasa dilihat bersifat sebagai satu pendekatan didik hibur dalam kaitannya
dengan pedagogi KSSR. Saranan murni ini juga perlu dijadikan sebagai usaha untuk
memperkaya strategi dan pendekatan P&P guru. Dalam hal yang bersifat modal insan,
penguasaan pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik dalam P&P bukan sahaja dapat
memperlihatkan bakat terpendam seseorang guru malah lebih penting daripada itu ialah
bagaimana seseorang guru mampu menjadikan dirinya seorang “pelakon” yang seimbang dalam
konteks jasmani, emosi rohani dan intelek. Manakala murid yang berperanan sebagai pelajar pula
akan dapat melihat seterusnya mewarisi ciri kreativiti yang dimiliki oleh guru. Di samping
seronok menikmati isi pelajaran, guru dan murid sebenarnya telah berganding bahu mencipta
suasana yang harmoni di dalam bilik darjah khususnya dalam waktu P&P yang pendek tetapi
amat berat tanggungjawab pengisiannya.

(d) Nyatakan implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran bahasa Melayu.


Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dilihat bersifat
sebagai satu pendekatan didik hibur dalam kaitannya dengan pedagogi KSSR.
Implikasi daripada dapatan kajian terhadap pelaksanaan elemen sastera dan pendekatan
seni bahasa dalam bahasa Melayu di sekolah rendah adalah untuk merealisasikan hasrat

6
EKM322

transformasi P&P dalam bilik darjah. Pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan
menjadikan proses P&P lebih interaktif serta berpusatkan murid. Oleh itu, pengajaran guru akan
lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid. Rumusannya, seni bahasa dan didik hibur
merupakan satu pendekatan dalam proses P&P yang bersifat santai tetapi terkawal dengan
memberikan penekanan dan cara pelaksanaannya terhadap empat komponen bahasa dan sastera,
iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan berpuisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam
mempelajari Bahasa Melayu akan dapat direalisasikan secara terancang, bersistematik dan
menyenangkan.
Di samping itu sesi pembelajaran menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,
kecindan, unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Sesi pembelajaran yang
penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan
lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil
berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan
BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran .
Aktiviti seni bahasa ini amat berkait rapat dengan kaedah didik hibur yang banyak
menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. Murid bebas bergerak, berlakon, menyanyi dan
sebagainya dalam keadaan terkawal; murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea
secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik;
Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara
persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan
penggunaannya menjurus kepada aktiviti P&P. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik
hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja
dan santai .
Pelaksanaan elemen sastera dalam bahasa Melayu secara tidak langsung akan menyemai
pemikiran akal budi di kalangan pelajar. Di samping itu meningkatkan kemahiran berbahasa
dalam kalangan pelajar dan dapat melahirkan para penulis yang kreatif dan kritis. Pelaksanaan
elemen sastera ini juga dapat meningkatkan kekuatan rohani, intelek , emosi dan jasmani untuk
membolehkan pelajar menguruskan emosi sendiri, mengehadkan perkembangan emosi negatif
dan mengendalikan hubungan dengan komuniti luar.

Di samping itu saya turut berpendapat sebagai guru yang komited dengan amanah yang diberi

7
EKM322

semasa menjalankan aktiviti yang telah dirancang beberapa ciri perlu diambil kira oleh guru
semasa merancang aktiviti seni bahasa yang amat berkait rapat dengan kaedah didik hibur dan
banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh dalam bilik darjah, iaitu:

Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.


Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.
Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa
ada banyak masalah atau halangan.
Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka
yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

PENUTUP
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan
negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen
yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan
menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan
pembelajaran .Dunia globalisasi tentunya mempunyai pelbagai ancaman dan dugaan kepada
generasi akan datang. Dalam hal ini, guru-guru tidak seharusnya menghadkan usaha dan masa
pengajaran itu dalam bilik darjah sahaja, tetapi harus menjadikan dirinya seorang “pelakon” yang
seimbang dalam konteks jasmani, emosi rohani dan intelek. Manakala murid yang berperanan
sebagai pelajar pula akan dapat melihat seterusnya mewarisi ciri kreativiti yang dimiliki oleh
guru. Di samping seronok menikmati isi pelajaran, guru dan murid sebenarnya telah berganding
bahu mencipta suasana yang harmoni di dalam bilik darjah khususnya dalam waktu P&P yang
pendek tetapi amat berat tanggungjawab pengisiannya

8
EKM322

Bahagian B :

KEHADIRAN BARAT DAN KESANNYA TERHADAP KESUSASTERAAN MELAYU

1.0 Pengenalan

Berdasarkan jurnal ini, selepas kedatangan Barat ke Tanah Melayu, berlaku kesan terhadap
perkembangan politik, ekonomi, dan sosial di kalangan masyarakat Melayu. Begitu juga dalam
bidang kesusasteraan yang mana bahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu juga telah
mula terpengaruh dengan bahasa Barat. Berdasarkan pandangan Al-Attas dalam jurnal ini
mengatakan bahawa kehadiran pengaruh Barat ini telah menyebabkan kesusateraan Melayu tidak
menggambarkan ciri kebudayaan Melayu sebenar. Selain itu, semangat dan nilai keislaman yang
selama ini diamalkan oleh orang Melayu juga semakin kurang digunakan dalam bidang
kesusasteraan ini. Ini menunjukkan kedatangan barat bukan hanya ingin meluaskan empayarnya
sahaja, malah ingin menjauhkan Islam daripada orang Melayu dan mempengaruhi pemikiran
orang Melayu.

2.0 Kehadiran Pengaruh Barat dalam Kesusasteraan Melayu

Kedatangan Barat ke Tanah Melayu pada awalnya, hanya ingin menguasai ekonomi di Tanah
Melayu dan ia tidak meninggalkan kesan yang banyak dalam kesusasteraan Melayu. Akan tetapi
mereka (barat) melihat peluang untuk campur tangan dalam hal-ehwal politik Tanah Melayu
yang mana dapat memberikan mereka kelebihan untuk mengawal ekonomi disini (Tanah
Melayu). Barat mula memperkenalkan dasar-dasar mereka dalam sistem pentadbiran Tanah
Melayu dan menyebabkan peranan dan kepentingan Islam mula diketepikan. Sememangnya
barat ini ingin mempengaruhi pemikiran orang Melayu dengan menyebarkan fahaman-fahaman
mereka yang hanya mementingkan hal duniawi. Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa
Islam dan Kristian memang bermusuh sejak dahulu lagi dan Barat tahu bahawa Islam tidak
mudah untuk dikalahkan melalui serangan ketenteraan akan tetapi mereka (barat) telah
menggunakan kaedah baru iaitu melalui peperangan intelektual dimana mereka (barat) boleh
menguasai dan menyebarkan agama ke tanah jajahan yang mereka takluki. Tidak terkecuali di
Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan ajaran Islam dan berpegang kuat pada ajaran

9
EKM322

Islam dalam kehidupan mereka. Tetapi setelah kedatangan Barat, mereka (barat) mula
menjauhkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan orang Melayu dengan melaksanakan dasar-dasar
yang mereka bawa. Dalam bidang pendidikan, Barat mula memperkenalkan sekolah vernacular
dimana pengajian Al-Quran dimansuhkan dan lebih menitiberatkan ilmu-ilmu keduniaan tanpa
mengira aspek keagamaan dan ketuhanan. Barat menonjolkan kepentingan sumbangan karya-
karya sastera pra-Islam terutama Hinduisme dianggap telah memberi sumbangan besar dalam
sejarah dan kehidupan orang Melayu menyebabkan tulisan yang berteraskan jawi semakin
dilupakan. Ini menyebabkan orang Melayu semakin lemah dalam penguasaan tulisan jawi.
Keunikan dan keindahan yang ada pada Islam semakin kurang digunakan malah sasterawan
Melayu lebih gemar mengikut fahaman yang dibawa oleh barat. Selain itu, penerapan falsafah
dan pemikiran barat di Tanah Melayu menyebabkan sastera Melayu lebih menjurus kearah
novel, cerpen dan sajak yang mana unsure Islam seperti hikayat dan syair semakin kurang
diterbitkan.

3.0 Kecenderungan Sastera Melayu Terhadap Barat

Pengakuan Sasterawan dan Pengamatan Pengritik

Di Malaysia, konsep mimesis iaitu ‘penipuan’ digunakan dalam sastera Melayu setelah Barat
memasukkan unsur tersebut ke dalam karya mereka. Perkara diakui sendiri oleh sasterawan
Negara dimana mereka turut menggunakan unsur mimesis dalam karya-karya barat kerana
menurut mereka, apabila terlerainya sesuatu konflik maka tamatlah sesebuah cerita itu. Manakala
dalam akrya-karya Melayu, konsep konflik ini menjadi unsur penting kerana menjadikan
sesebuah cerita kelihatan lebih menarik dan kreatif untuk dibaca. Di samping pembaca juga lebih
tertarik untuk membaca karya tersebut dengan perasaan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku
seterusnya. Konsep ‘realisme’ juga turut digunakan setelah Barat banyak menggunakan unsure
tersebut dalam penulisan mereka membolehkan seorang penulis menceritakan perkara sebenar
tanpa berselindung. Konsep lain yang juga digunakan ialah konsep ‘simbolisme’dan
‘absurdisme’. Unsur ini menjadikan sesebuah karya tampak lebih menarik dengan adanya
kelemahan, keburukan dan kejahatan hidup manusia. Penulis juga perlu mengekalkan ciri
‘judgement-free’ dalam karya mereka supaya pembaca boleh menilai sesebuah cerita
berdasarkan perspektif mereka sendiri sama ada dari sudut positif ataupun negatif. Selain itu,
unsur didaktisisme tidak boleh digunakan secara berlebihan dalam karya kerana boleh

10
EKM322

mengurangkan keberkesanan kandungan cerita. Unsur ini lebih baik disampaikan dalam bentuk
yang santai dan menghiburkan kerana pembaca lebih gemar unsur-unsur tersebut dimasukkan
dalam sesebuah penceritaan. Di barat, pada awalnya novel yang mempunyai unsur lucah dan
tidak bermoral mendapat kecaman daripada pelbagai pihak tetapi apabila diteliti semula oleh
beberapa anugerah sastera, novel tersebut mula mendapat pengiktirafan dari segi mutu
kesasteraannya. Ini menunjukkan bahawa barat mula menerima unsur-unsur tersebut dalam
karya mereka kerana mereka lebih suka melakukan sesuatu secara terang-terangan begitu juga
dalam penulisan mereka. Di Malaysia pula, novel Salina yang dipertikaikan soal moral dan
kelucahan menyebabkan novel beliau tidak mendapat sokongan untuk diterbitkan. Akan tetapi,
apabila sarjana dari luar negara memberi pujian dan pengiktirafan, orang tempatan mula
memberi tanggapan yang positif terhadap novelnya. Maksudnya pengaruh barat ini terlalu kuat
dalam mempengaruhi pemikiran sasterawan malah juga terhadap masyarakat Melayu. Unsur-
unsur lain yang perlu diberi perhatian dalam karya seperti ‘faktor luar teks’ dan ‘selera pembaca’
perlu dimasukkan ke dalam karya-karya tempatan kerana apa yang dituluis mestilah bersesuaian
dengan kehendak pembaca. Jelaslah bahawa unsur-unsur fahaman dan pemikiran yang dibawa
oleh Barat telah mula meresap masuk dalam penulisa sarjana-sarjana tempatan dalam karya-
karya yang diterbitkan.

11
EKM322

4.0 Kesimpulan

Dengan penerangan dan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa
Melayu sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Kajian awal bahasa Melayu dilakukan oleh
bukan penutur ibunda bahasa Melayu iaitu orang lain dan bahasa Melayu itu sendiri telah
dipengaruhi oleh nahu bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak
terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang penulis
tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana rujukan awal
dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka pengaruh tersebut
masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik tolak
daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris. Oleh yang
demikian, penulis-penulis terkemudian dalam menghasilkan buku-buku terpaksa merujuk pada
buku-buku yang terdahulu.

Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori tentang asal
usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar dalam kalangan tokoh barat seperti William
Marsden, John Crawford, Wilhelm Von Humbolt, Johan Casper Kern dan sebagainya yang
mempunyai alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah ditegaskan
bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada suatu sudut sebenarnya membawa
banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil kajian yang
dibuat oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur setakat mana kemajuan bangsa
Melayu pada ketika itu.

12
EKM322

Bahagian C :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 6 Pelangi

Masa : 60 minit

Bilangan murid : 30 orang

Tajuk : Cerpen

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :

a) Membaca cerpen bertajuk satu ringgit dengan sebutan dan intonasi yang betul

b) Memberikan maklumat yang tersirat dan tersurat dalam cerpen yang dibaca

c) Menyenaraikan imbuhan ‘men’ dengan betul

d) Menulis ringkasan cerpen dengan betul

Fokus utama :

5.1 Membaca perkataan dengan kuat dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

Aras : 1 (i) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik

Fokus sampingan :

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat

Aras : 1 (i) menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat sedia ada

13
EKM322

Kemahiran bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Sistem bahasa :

1. Morfologi : Kata nama khas, kata nama am, kata hubung, kata adjektif kata kerj

2. Sintaksis : Ayat tunggal, ayat majmuk, ayat tanya

3. Kosa kata : Tanggungjawab, mendidik, gotong-royong, cemerlang, beruntung,


membimbing

Pengisian Kurikulum :

a. Nilai kerohanian, kekeluargaan, moral

b. Nilai murni : hormat-menghormati, bahagia, kasih sayang, bekerjasama

c. Kemahiran bernilai tambah

- kecerdasan pelbagai : imaginasi, muzik

- strategi : kontektual, direktif, metakognitif

Pengetahuan sedia ada

Ada : berlaku pada diri sendiri

- Membina ayat
- Mempunyai keluarga sendiri

Bahan Bantu Belajar : Cerpen ’50 Sen’

Instrumen Penilaian Kemahiran Menulis

14
EKM322

Isi Pelajaran/
Langkah/Masa Catatan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 Guru mendengarkan lagu bulan-bulan BBM :
Set Induksi Islam dan meminta pelajar menyanyi Cerpen ’50 Sen’
( 5 minit ) bersama-sama Lirik Lagu
 Guru dan murid bersoal jawab tentang Komputer/LCD
puasa
 Guru mengaitkan tajuk pelajaran Nilai :
Soalan : Kasih sayang
1. Pada bulan apakah umat Islam berpuasa? Hormat-menghormati
2. Berapa lamakah umat Islam berpuasa pada
bulan Ramadhan?
3. Apakah yang kamu faham dengan erti
berpuasa?

Langkah 1 Dari buku cerpen BBM : Cerpen ’50 Sen’


( 15 minit ) - Murid diterangkan tentang latar
belakang cerpen yang dimiliki Strategi :
- Murid diminta membaca cerpen secara Direktif Kontekstual
beramai-ramai, berkumpulan
- Beberapa orang wakil murid diminta
untuk membaca cerpen
- Guru dan murid bersoal jawab tentang
isi cerita cerpen

- Membincangkan isi penceritaan cerpen KB :


Langkah 2 yang telah dibaca mengikut kefahaman Penyelasaian Masalah
( 20 minit ) pelajar KP :
Verbal Linguistik
BBB

15
EKM322

- Mencari kesamaan dalam penceritaan Kad-kad plot cerita


cerpen dengan pengalaman pelajar Strategi :
- Membincangkan ayat-ayat mahupun Kontekstual
perkataan yang tidak difahami Metakognitif
- Mencari nilai-nilai murni yang boleh Nilai :
pelajar mengambil iktibar Berkeyakinan

Langkah 3 - Menyenaraikan imbuhan ‘me’ yang ada Kontekstual


( 15 minit ) didalam cerpen yang telah dibaca Metakognitif
- Menyenaraikan perkataan yang tidak KB :
difahami dan mencari jawapan pada Penyelesaian masalah
latihan yang diberi
- Guru dan murid berbincang tentang
tugasan yang diberi sebentar tadi

Penutup Penutup kognitif : Nilai Murni :


( 5 minit ) Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi? i. Kasih sayang
Apakah pengajaran yang boleh diambil dari ii. Hormat-
pelajaran hari ini? menghormati
iii. Usaha
Penutup sosial : iv. Ketekunan
Penutup ( 5 minit ) v. Kesungguhan
 Murid diminta menyatakan perkara-
perkara yang telah dipelajari
 Guru membuat penutup sosial

Kerja rumah : Membuat rumusan atau ringkasan


bagi cerpen yang telah dibaca

16
EKM322

Refleksi / Ulasan :

Sesi pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ingin dicapai.
Selain itu, pembelajaran ini mudah dilakukan kerana murid mempunyai pengalaman yang sedia
ada. Dengan penerapan nilai yang ditegaskan oleh guru membuatkan murid dapat kesedaran
sivik secara langsung

KESIMPULAN

Kunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan hanya terletak pada kecanggihan kurikulum
atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia terletak kepada kredibiliti guru dalam
mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran di bilik darjah. Begitu halnya dalam penggunaan
bahan sastera dalam pengajaran bahasa memerlukan kekreatifan guru dalam mengolah bahan-
bahan tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid di bilik darjah.

Selain tujuan kita memupuk minat murid terhadap karya-karya sastera terutamanya karya sastera
tempatan, guru perlu juga memotivasi dirinya agar lebih kerap menggunakan dan mengenal
karya-karya sastera yang pelbagai ini. Guru perlu rajin dalam mencari sumber lainj selain
daripada hanya bergantung kepada penggunaan buku teks sahaja.

Akhirnya, untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera, aktiviti berterusan juga perlu
diusahakan bukan sahaja di bilik darjah, malahan aktiviti susulan darjah seperti, pihak sekolah
mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak, berbalas pantun, berpidato dan peraduan
berbahas. Dengan yang demikian khazanah kesusasteraan kita akan sentiasa disanjung dan
mkenjadi kebanggan oleh generasi masa kini.

17
EKM322

Rujukan :

Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain [2006], Sejarah Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rashid Daing Melebek [2010], Sejarah Penyelidikan Barat Tentang Bahasa dan Bangsa
Melayu, Shah Alam,Selangor: Maya Press Sdn. Bhd

Ismail Jusoh dan Mat Nor Hussin [2008], Perancangan Bahasa, FBMK ; UPM

Balakrishnan a/l Govinthasamy. (2002). Penilaian pelaksanaan kemahiran berfikir


secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam mata pelajaran Sejarah KBSM tingkatan 4:
Beyer, B.K. (1987). Practical strategies for the teaching of thinking. Boston : Allyn and
Bacon.

Satu kajian kes di Daerah Tampin dan Rembau Negeri Sembilan. Kertas Projek
Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Davies, Ivor K. (2000). Instructional technique. Indiana: Indiana University Press.
M. Mojibur Rahman. (2010). Teaching oral communication skills: A task based
approach. ESP World Issue, 1 (27): 1-11. http://www.esp.world.info (29 April 2010).
Maimunah Md. Aji. (1997). Penggunaan penyoalan di dalam bilik darjah oleh guru-guru
pelatih Maktab Perguruan Islam. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Merriam, Sharan B. (2002). Qualitative research in practice: Example for discussion and
analysis. San Francisco: Jossey-Bass.
Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Muhundhan a/l Mayappan. (2002). Aplikasi kemahiran berfikir melalui kaedah
penyoalan oleh guru dalam pengajaran mata pelajaran Ekonomi Asas: Satu kajian
kes. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Nazrulhaiza Mohd. Zabid. (2003). Teknik penyoalan dalam pengajaran Sejarah. Tesis
Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UniversitiMalaya, Kuala Lumpur.
Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur:

18
EKM322

Dewan Bahasa & Pustaka.


Rajendran, N.S. (2000). Kesusasteraan sebagai wahana mengajar kemahiran berfikir
aras tinggi. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan
Dalam Pendidikan 2000: Penyelidikan ke Arah Inovasi dalam Pedagogi, 201-210.
Roselan Baki. (2001). Interaksi lisan dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu.
Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen
Kesusasteraan Melayu (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Tesis
Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Waheedawati Wahap. (2003). Penggunaan penyoalan lisan dalam kalangan guru
Sejarah di sekitar bandar Sibu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Wilen, W.W. (Eds.). (1992). Questions, questioning techniques and effective teaching.

Washington D.C: National Education Association.

Dr. Ragbir kaur A/P Joginder Singh. (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk

Kursus perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman


Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2006). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme

Keguruan). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS

PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd.

Campbell, L. Cambell, B. & Dickinson, D. (1996). Teaching and learning through


multiple intelligences. Boston: Allyn and Bacon.
Elias, Maurice, J. et. al. (1997). Promoting social and emotional learning: Guidelines for
educators. Virginia: ASCD.
Epstein, R.L. (1999). Critical thinking. Belmont: Wadsworth Publishing Co.
.Abdul Fatah Hasan (1996). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan

19
EKM322

Otak dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Pub.


Abdul Fatah Hasan (1998). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran.
Kuala Lumpur: PTS Pub. & Dist. Sdn Bhd
John Arul Phillips (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan. Kuala
Lumpur: Utusan Pub.
Poh Swee Hiang (1996). KBKK: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kuala
Lumpur : Budiman
Som Hj. Nor dan Dahlan (2000). Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Longman
Tajularipin dan Maria Chong (2004). Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran Sains.
Shah Alam : Karisma Publications

20

You might also like