You are on page 1of 3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 1103/1

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Ogos
2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHAGIAN SRI AMAN


2017

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak termasuk muka surat hadapan.

[Lihat halaman sebelah

1103/1 SULIT
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menangani gejala buli dalam kalangan
remaja. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

1103/1 SULIT
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Pada setiap tahun, sekolah anda menjalankan pelbagai aktiviti sukan dan riadah dan
anda sering terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan yang diperoleh apabila anda


menyertai aktiviti sukan dan riadah.

2. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk melatih anak-anak agar mereka
dapat berdikari pada usia yang masih muda.

Huraikan kaedah-kaedah yang dapat digunakan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak
remaja yang mampu berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

3. Perbezaan bangsa,agama dan budaya menjadi suatu keistimewaan yang begitu unik
dalam sesebuah negara di dunia ini. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis
rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Kita
Harus Bersyukur Menjadi Rakyat Malaysia’.

Tulis rencana itu selengkapnya.

4. Kenaikan aras laut, lapisan ozon yang semakin menipis, pencairan bongkah ais,
kejadian ribut dan gempa bumi adalah antara fenomena yang menakutkan umat
sejagat. Dengan keadaan tersebut, teknologi hijau dilihat amat penting untuk
dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat dunia.

Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengembalikan amalan tradisi


‘hijau’ masyarakat dunia pada masa dahulu.

5. ‘Muafakat Membawa Berkat’ bermaksud bahawa sesuatu kerja yang dilakukan


melalui persetujuan bersama-sama akan mendatangkan hasil yang baik.

Huraikan kepentingan cogan kata ini dalam konteks masyarakat majmuk di negara
kita.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1 SULIT

You might also like