You are on page 1of 2

Ulasan Hasil LCDS

Tahun 5, Unit 3 : Proses Hidup Haiwan

Semasa menghasil pakej multimedia ini, saya telah merujuk ke DSKP supaya isi
kandungan yang hendak disampai tidak terlepas. Tajuk yang saya pilih adalah ciri dan tingkah
laku khas haiwan untuk melindungi diri. Saya dikehendaki mengajar ciri dan tingkah laku khas
haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.

Jadi, dalam pakej multimedia ini saya telah memuat turun video daripada “YouTube”.
Kemudian saya memotong dan menyambung beberapa video supaya ia sesuai dan menarik
untuk proses mengajar. Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu
pengalaman baru kepada murid. Media video dapat membawa murid ke mana-mana sahaja.
Dengan penayangan video, dapat memberi pengalaman yang baru bagi murid melihat ciri dan
tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh. Tambahan pula, saya telah
menciptakan lirik alternatif sebuah lagu yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran topik ini. Hal ini kerana, kanak-kanak lebih senang menghafal isi kandangan dan
merasa seronok apabila belajar melalui menyanyi lagu.

Bagi mengajar ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca
melampau, saya telah memuat turun gambar-gambar haiwan daripada “google”. Cara saya
mengajar subtopik ini adalah meletak gambar yang jelas dan diiringi penjelasan. Saya telah
menggunakan video, audio dan fotografi dalam pengajaran topik ini. Supaya dapat memenuhi
standard pembelajaran dalam DSKP iaitu menjelaskan dengan contoh melalui pemerhatian
menerusi pelbagai media, ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada
musuh dan cuaca melampau.

Di samping itu, kemudahan yang terdapat dalam perisian ini sangat sesuai untuk
digunakan bagi menjalankan aktiviti pengukuhan, latihan dan permainan. Saya telah
menggunakan True False, Drag and Drop, Interactive Job Aid, Sort Game, Card Flip dan
Multiple Choice dalam perisian ini untuk menjadi latihan bagi murid. Saya percaya murid akan
berasa seronok dan minat membuat latihan melalui perisian LCDS ini.

Kesimpulannya, saya telah berjaya menghasilkan suatu pakej multimedia yang sesuai
digunakan dalam tajuk ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh
dan cuaca melampau. Dengan adanya perisian ini, saya yakin generasi Alpha akan berasa
seronok dan berminat dalam belajar Sains.

You might also like