You are on page 1of 10

28

PERANCA

8.1 Pengenalan

Peranca ialah binaan bersifat sementara yang berfungsi memudahkan dan


membolehkan pekerja – pekerja binaan menjalankan kerja seperti mengikat bata,
melepa, memasang siling, mengecat dan sebagainya pada tempat yang tinggi
dengan selamat. Ia boleh dibina dengan pelbagai kaedah dan bentuk untuk
menyesuaikan dengan keadaan dan tempat yang berlainan.

8.2 Jenis – Jenis Peranca

Peranca diketegorikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Ia


biasanya diketegorikan kepada keadaan rendah dan tingginya satu – satu binaan itu.
Bagi kerja – kerja rendah dan ringan, peranca yang biasa diaplikasikan ialah
peranca jenis kuda – kuda, tangga dan pendakap. Manakala peranca yang
digunakan untuk pembinaan yang tinggi ialah peranca jenis putlog tunggal, bebas
ganda, julur dan peranca bergerak.

Bahan – bahan yang digunakan sebagai pembuatan kepada peranca adalah


terdiri daripada kayu bakau, paip besi, aloi aluminium, buluh dan sebagainya. Bahan
– bahan peranca hendaklah ditentukan tidak memiliki sebarang kerosakan atau
kecacatan. Ini adalah untuk menjaminkan keselamatan pekerja yang
menggunakannya.

8.3 Peranca Kerja – Kerja Ringan

8.3.1 Peranca Kuda – Kuda

Peranca ini digunakan untuk kerja – kerja tidak tinggi seperti tembok
satu tingkat, memasang siling dan sebagainya. Dengan kata lain, peranca ini
digunakan terhadap pembinaan yang tingginya tidak melebihi 4 m. Papan
setebal 30 mm hendaklah digunakan sebagai pelantar dan disokong oleh
kuda – kuda. Jarak antara dua kuda – kuda biasanya tidak melebihi 1.5 m.
Apabila papan pelantar hendak disambung, perlu dilekapkan 150 mm
sekurang – kurangnya dan diikat dengan dawai.
29

Rajah 8.1 : Peranca Kuda – Kuda

8.3.2 Peranca Tangga

Satu kaedah membuat kerja pada tempat agak tinggi dengan


menggunakan tangga yang sedia ada. Papan pelantar merentangi dua buah
tangga dengan tingginya tidak melebihi 1.8 m dan sudut bukaan kaki tangga
pula hendaklah dalam lingkungan 350. Papan pelantar jenis ini hendaklah
terdiri daripada jenis kayu yang agak keras seperti kapur, balau dan
sebagainya. Tebal papan pelantar adalah tidak kurang daripada 30 mm dan
bebas daripada sebarang kecacatan.
30

Rajah 8.2 : Peranca Tangga

8.3.3 Peranca Pendakap

Digunakan untuk menyandar pada tembok yang sedia ada utuk


membuat kerja yang ringan seperti membuat kemas ikatan bata, mengecat
atau sebagainya.

Rajah 8.3 : Peranca Pendakap


31

8.4 Peranca Kerja – Kerja Tinggi

8.4.1 Peranca Putlog Tunggal

Peranca ini dibins menggunakan kayu bakau bulat atau persegi. Ia


amat sesuai digunakan untuk kerja menerap bata dalam pembinaan dinding,
terutamanya untuk dinding luar. Sebahagian peranca akan disokong oleh
tembok kerana hujung putlog dimasukkan ke dalam tembok.

Peranca putlog tunggal mempunyai satu barisan tiang tegak dengan


jarak 1.8 – 2.4 m. Kedudukan peranca ini adalah 1.2 – 1.3 m dari permukaan
dinding. Tiang tegak dipaku ke atas tapak kayu dan didirikan tegak dengan
diikat pada lejar. Lejar dipasang selari dengan dinding sepanjang peranca
dan jarak antaranya adalah 1.4 m. Anggota putlog diikat pada lejar dengan
jarak di antara 1.2 – 1.4 m dan hujung sebelahnya dimasukkan ke dalam
dinding bata sedalam 80 mm. Semua lubang bekas putlog hendaklah
disumbat padat selepas kerja – kerja perlaksanaan dilakukan.

Satu langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan peranca ialah


dengan cara memasang rembat silang kepada tiang tegak yang bertemu
dengan lejer dan putlog. Pelantar peranca dibuat daripada papan – papan
setebal 30 – 38 mm dan unjuran daripada putlog tidak melebihi empat kali
tebalnya. Sebagai langkah keselamatan, tepi pelantar yang jauh dari tembok
dipasangkan papan pacak dan susur pelindung sebagai langkah
keselamatan. Papan – papan pelantar disokong oleh putlog. Semua
sambungan untuk peranca hendaklah dipaku atau diikat dengan rotan atau
tali.

Rajah 8.2 : Peranca Putlog Tunggal


32

Rajah 8.3 : Putlog dimasukkan ke Dalam Tembok

Rajah 8.4 : Tambahan Pada Bukaan Tembok

8.4.2 Peranca Bebas Ganda

Direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia).


Keistimewaan peranca jenis ini ialah ia tidak bergantung kepada bangunan
untuk menyokong bebannya dan ini menyebabkan ia amat sesuai
dipraktikkan dalam pembinaan struktur kerangka bertingkat – tingkat.

Peranca bebas ganda mempunyai dua baris tiang tegak yang berdiri
tegak dengan jarak di antara tiang ialah 2 – 2.4 m. Tiang tegak barisan dalam
diletakkan sejauh 300 mm dari permukaan dinding untuk memberikan
keselesaan kepada para pekerja melaksanakan tugas – tugas mereka. Plat
atas pada tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu. Lejer berjarak 2 m
dipasangkan selari dengan tembok sepanjang peranca untuk menegakkan
tiang.
33

Transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2 – 2.4 m untuk
mengikat kedua – dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar. Tinggi
maksimum yang selamat untuk peranca ini adaalh dalam lingkungan 61 m.

Rajah 8.5 : Peranca Bebas Ganda

Rajah 8.6 : Pelan Tegak Keratan


34

Rajah 8.7 : Tambahan Pada Bukaan Tembok

8.4.3 Peranca Julur

Sejenis peranca bebas yang bergantung kepada bangunan untuk


menanggung bebannya. Peranca ini dipilih jika terdapat tempat menjalankan
kerja – kerja pembinaan terlalu sempit. Ia juga dipraktikkan apabila kerja –
kerja pembinaan atau pembaikan hanya dilakukan pada tingkat atas sahaja
tanpa melibatkan tingkat bawah. Cara pemasangannya adalah sama dengan
pemasangan peranca jenis bebas berganda kecuali ia mempunyai tambatan
yang dibina melalui bukaan tembok.

Tambatan ini terdiri daripada dua baris punceon yang dibaji di antara
lantai dengan siling di dalam bangunan. Pada kedua – dua barisan punceon
dipasang transom melintang yang menjujur ke peranca luar dengan terikat
pada tiang tegak. Kekuda topang sendeng dipasang bersudut untuk
menyokong bahagian bawah peranca. Jaring dawai dipasang di bahagian
bawah peranca untuk memastikan keselamatan pekerja yang lalu atau
bekerja di bawah bangunan tersebut. Had maksimum ketinggian peranca ini
yang selamat digunakan ialah 12 m.

Rajah 8.8 : Peranca Julur


35

Rajah 8.9 : Pelan Tegak Keratan

8.4.4 Peranca Bergerak

Sejenis peranca bebas yang boleh dipindahkan ke kawasan kerja


dengan mudah. Peranca ini berbentuk menara bersegi yang diperbuat
daripada paip bulat keluli atau rangka paip keluli.

Pada kakinya dipasang roda kaster supaya peranca ini boleh


digerakkan ke mana – mana tempat yang dikehendaki. Mengikut peraturan
keselamatan, pelantar kerja hendaklah berukuran tidak kurang daripada 1.2
m x 1.2 m. Manakala untuk menjamin kestabilan peranca, tingginya adalah
dihadkan kepada 10 m sahaja.

Peranca ini amat sesuai untuk melaksanakan kerja – kerja seperti


mengecat, membaiki siling dan sebagainya.
36

Rajah 8.10 : Peranca Bergerak Paip Bulat


37

Rajah 8.11 : Peranca Bergerak Rangka Paip Keluli

You might also like