You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI 4/ 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, SEREMBAN

Tarikh : 19 November 2015


Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK St Paul, Seremban.

Kehadiran :

1. Azman bin Abd Manan ( Pengerusi )


2. Wan Mohd Zakaria bin Wan Zen
3. Hasnah binti Ngadiman
4. Mohd Yazid bin Mohd Ali
5. Ahmad Sulong bin Ahmad
6. Intan Rozaida binti Abdul Malik
7. Khairul bin Baharuddin
8. Mohd Ridha bin Abd Rahman
9. Mohd Erwan bin Tapsir
10. Noraini binti Husin
12. Khadijah binti Jamal
13. Prasath Sivaganam
14. Rosmalinda binti Othman
15. Ilya Irni

Agenda

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK panitia Bahasa Melayu dalam
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali keempat. Beliau mengucapkan terima kasih kepada
semua guru kerana telah memberikan kerjasama yang optimum dalam menjayakan
Minggu Bahasa Melayu dan berharap agar kerjasama ini berterusan dalam usaha untuk
meningkatkan pencapaian peratusan subjek Bahasa Melayu.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Jawatankuasa Panitia Bahasa Malaysia telah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
tanpa sebarang pindaan.
Pencadang : Mohd Yazid
Disokong : Mohd Ridha

1
3. Perkara Berbangkit
- Tiada

4. Refleksi Peperiksaan Akhir Tahun, 2015 (Rujuk Lampiran)

4.1 Pemahaman – Area kelemahan

4.1.1 Murid miskin kosa kata.


4.1.2 Tidak faham aspek tatabahasa.
4.1.3 Tidak membaca petikan dengan teliti.
4.1.4 Sikap murid yang sambalewa dan hanya ingin cepat siap semasa menjawab soalan.

4.2 Penulisan – Area Kelemahan

4.2.1 Kosa kata – Penguasaan kosa kata murid amat rendah.


4.2.2 Murid boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibaca.
4.2.3 Murid tidak mampu menonjolkan idea yang sepatutnya kerana kurang membaca.
4.2.4 Murid tidak dapat mengembangkan idea ayat lengkap dan gramatis – keterangan
ayat tidak meluas.
4.2.5 Sikap murid – Malas, sambalewa dan tidak mengambil berat dalam pelajaran.
4.2.6 Nilai murni – Masih ada dalam kalangan murid yang tidak dapat menulis nilai yang tepat
berdasarkan gambar..
4.2.7 Murid tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan di rumah.

Tindakan: Semua Guru

5. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR 2015)

5.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan yang memberansangkan dalam
UPSR 2015. Pengerusi kagum akan kesungguhan guru-guru terutamanya guru-guru Tahun
6 dalam mempertingkat prestasi murid khasnya murid Tahun 6. Beliau mengharapkan agar
usaha murni ini dapat diteruskan untuk menghadapi UPSR tahun 2016.
5.2 Pengerusi memperinci analisa keputusan UPSR bagi kertas Pemahaman dan Penulisan
seperti berikut :

Bil Subjek A % B % C % Lulus D % E % GPMP


1 Pemahaman 140 72 51.4 26 18.6 32 22.9 92.9 4 2.9 6 4.3 1.90
2 Penulisan 140 70 50.0 39 27.9 19 13.6 91.4 9 6.4 3 2.1 1.83

Tindakan: Semua Guru

2
6. LINUS

6.1 Cik Ilya membentangkan dapatan untuk LINUS.


6.2 Cik Ilya memaklumkan bahawa saringan LINUS untuk murid Tahun 1,2 dan 3 tidak
melepasi KPI kebangsaan.

6.3 Beliau juga memberitahu murid yang tidak melepasi konstruk 1 dan 2 akan dihantar ke
kelas pemulihan.
Tindakan: Semua guru BM Tahun 1,2 dan 3

7. PROTIM
7.1 Encik Yazid memaklumkan seramai 4 orang murid telah menjalani ujian PROTIM dan dua
daripadanya telah dipulihkan manakala dua orang lagi kritikal.

8. Hal-hal Lain

8.1 Guru-guru meminta pihak pengurusan supaya menimbangkan pembekalan buku kerja
kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana guru-guru tidak mempunyai waktu yang
mencukupi untuk menanda semua buku latihan termasuk buku kerja.
8.2 Isu tidak menyiapkan kerja sekolah. Panitia berharap pihak pengurusan lebih tegas
dalam menangani masalah ini.
8.3 Pengerusi memaklumkan tentang kekangan guru opsyen BM yang agak tenat di SK St.
Paul. Empat guru BM yang telah bersara dan berpindah tiada pengganti sehingga kini.
Panitia BM mengharapkan pihak pengurusan dapat menyelesaikan masalah ini untuk 2016
akan datang.

9. Ucapan Penangguhan

9.1 Pengerusi mengingatkan sekali lagi kepada semua ahli mesyuarat supaya semua agenda
yang dibincangkan ini diambil perhatian sepenuhnya.
9.2 Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ ________________________
( WAN MOHD ZAKARIA B WAN ZEN) ( MOHD AZMAN BIN MANAN )
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK St Paul. SK St Paul.

You might also like