You are on page 1of 2

Pokok melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai

ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas.
Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek,
dan bunganya berwarna kuning hijau.
Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan
masak pada musim luruh. Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih
berserabut berbanding buah yang lain, buah Pokok Melaka tidak boleh banyak dimakan tanpa
dimasak; sebenarnya, buah ini biasa dimakan dengan garam, dan segelas air sebaik sahaja
selepas makan sebiji buah yang besar menyebabkan air itu berasa yang lebih manis. Buahnya
dikatakan mengandungi vitamin C sebanyak 720 mg setiap 100 g isi buah yang segar, atau
sehingga 900 mg setiap 100 g jus yang diperah.

You might also like