You are on page 1of 12

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Bahasa Melayu
Kertas 1 [Tingkatan 5]
Peraturan Pemarkahan
Ogos/Sept 2018

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta GCJM sahaja. Kegunaannya khusus
untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan
pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini
tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa bentuk media.

1
1. TUJUAN PENGUJIAN

Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

1.1 Membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah- hujah
dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan.
1.2 Melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan bahasa
yang jelas dan berkesan.
1.3 Menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan
menggunakannya untuk pelbagai tujuan, menguasai penggunaan perenggan -
perenggan dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat dan keadaan yang sesuai.
1.4 Menulis dengan bahasa yang kemas, lancar dan jelas, struktur ayat yangbetul
dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk karangan.

2. LANGKAH-LANGKAH PEMERIKSAAN

2.1 Pemeriksa hendaklah membaca setiap karangan dengan teliti untuk


mendapatkan kesan daripadanya, selepas itu menilai dan menganggarkan
tahap karangan itu agar dapat dimasukkan ke dalam peringkat tertentu
mengikut kriteria yang ditetapkan.
2.2 Pemeriksa membaca karangan itu kali kedua sambil menurunkan tanda-
tanda pemeriksaan dan menetapkan markah berdasarkan kriteria-kriteria
berikut;

2
Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[30 markah]

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKA
KRITERIA
H

 Karangan menepati TUGASAN bahan


26 – 30 rangsangan.
 Idea releven dengan tugasan bahan rangsangan
dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
CEMERLAN
(28 – 30)  Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
G
 Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
 Penggunaan kosa kata luasdan tepat.
 Wacananyalengkap. Unsur bahasa yang
digunakan bervariasi da
(26 – 27) menggunakan ungkapan yang menarik.

20 – 25
 Karangan menepati TUGASAN bahan
rangsangan.
 Idea releven dengan tugasan bahan ransangan
dan dihuraikan dengan jelas
(23 – 25)  Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
KEPUJIAN  Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
 Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
o Penggunaan kosa kata luas dan luas.
(20 – 22)  Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang
digunakan bervariasi.

 Karangan masih menepati tugasan bahan


15 – 19
rangsangan.
(17 – 19)  Idea masih releven dengan tugasan bahan
MEMUASKA rangsangan
N  Huraian idea masih jelas .
 Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
(15 – 16)  Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.

3
PERINGKAT MARKA
KRITERIA
H
 Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi
Baharu.
 Wacananya masih lengkap.
 Unsur bahasa masih bervariasi.
 Karangan masih/kurang menepati tugasan
bahan rangsangan.
10 – 14  Idea masih/kurang releven dengan tugasan
bahan rangsangan.
 Huraikan idea kurang masih jelas .
KURANG  Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan
(12 – 14) ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara
MEMUASKA
 Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi
N
Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang
ketara.Penggunaan kosa kata terhad
 Wacana kurang lengkap.
(10 – 11)  Unsur bahasa kurang bervariasi.

01 – 09
 Calon tidak menunjukkan penguasaan
PENCAPAIA kemahiran menulis.
N 06 - 09  Idea tidak menepati tugasan bahan ransangan.
 Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan
UMUM ayat.
01– 05

4
Bahagian B: Karangan Respons Terbuka

[100 markah]

PERINCIAN PEMARKAHAN

Cara Pemeriksaan

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria


yang ditetapkan.

2. Jika karangan:

a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa

b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.

4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3


markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

5. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

( ) = Kesalahan isi

_ ___ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

5
KRITERIA

KRITERIA DESKRIPSI

1. BAHASA  Kegramatisan
(Mekanis)  kata (morfologi)
 ayat (sintaksis)
 Tanda baca
 Ejaan

2. LARAS  Pemilihan kosa kata


(Dinamis)

3. IDEA (ISI)  Tema

 Isi utama

 Pengembangan (huraian/ bahasa/hujahan/


contoh)

 Kerelevanan

4. PENGOLAHAN  Wacana

 Logik

 Pemerengganan

 Format

5. GAYA BAHASA  Keindahan bahasa

 Ungkapan

 Peribahasa

6
KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

 Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas


dan tepat.
 Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang
gramatis.
 Ejaan dan tanda baca betul
 Laras bahasa sesuai dengan tugasan
 Penggunaan kosa kata luas dan tepat
CEMERLAN 80 – 100  Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan
G dengan jelas dan matang, disertakan dengan
(90 – 100) contoh yang sesuai
 Pengolahan menarik dan berkesan serta
(80 – 89)
pemerengganan sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat
kesinambungan idea yang jelas antara
perenggan.
 Penggunaan unsur bahasa bervariasi
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

 Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.


 Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang
gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
minimum
 Ejaan dan tanda baca betul
 Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
KEPUJIAN 66 – 79  Penggunaan kosa kata luas dan tepat
 Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan
(73 – 79) dengan jelas, diserta dengan contoh yang
sesuai.
(66 – 72)
 Pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat
kesinambungan idea yang jelas antara
perenggan.
 Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
Gaya bahasa masih menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan

7
seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau
frasa.
 Ungkapan Menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan
ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran dan lain-
lain.

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

 Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.


 Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum.
 Ejaan dan tanda baca masih betul.
 Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
 Penggunaan kosa kata umum.
 Idea masih relevan mengikut tugasan,
BAIK 51 - 65 huraian isi masih jelas dan contoh masih
sesuai.
(58 – 65)
 Pengolahan masih menarik, dan
pemerengganan masih sesuai.
(51 – 57)
 Wacana masih lengkap
 Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
 Gaya bahasa kurang menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan kurang berkesan.

 Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.


 Ayat kurang gramatis.
 Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat
kesalahan yang minimum.
 Laras bahasa kurang sesuai.
MEMUASKAN  Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
36 – 50  Idea masih relevan mengikut tugasan,
huraian isi kurang jelas dan contoh kurang
(43 – 50) sesuai.
 Pengolahan kurang menarik,
(36 – 42)
pemerengganan kurang sesuai.
 Wacana masih / kurang lengkap
 Penggunaan unsur bahasa kurang
bervariasi.
 Gaya bahasa kurang menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan kurang berkesan.

8
 Penggunaan kata kurang tepat.
21 – 35  Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
KURANG
MEMUASKAN  Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca
(28 – 35) yang ketara.
 Idea masih relevan / idea bercampur aduk
(21 – 27) dan huraian tidak jelas / tidak berkembang
dan contoh tidak sesuai.
 Pengolahan tidak menarik.
 Wacana tidak lengkap dan binaan
perenggan tidak seimbang.
 Unsur bahasa tidak bervariasi.
 Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan lemah.

 Keseluruhan menunjukkan penggunaan


kata dan ayat yang tidak gramatis.
 Kesalahan ejaan dan tanda baca yang
PENCAPAIAN ketara.
01 – 20  Idea bercampur aduk dan huraian tidak
MINIMUM
jelas/ tidak berkembang dan contoh tidak
(11 – 20) sesuai.
 Pengolahan tidak menarik.
(01 – 10)  Wacana tidak lengkap dan binaan
perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.
 Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan lemah serta
tidak menarik.
 Keseluruhan karangan sukar / tidak
difahami.

Cara menulis
Keseluruhan - Peringkat markah Contoh K - 75
- Ejaan - Maksimum 3 markah -E - 03
- Format - Maksimum 2 markah -F - 02
Jumlah -Markah -J - 70

9
SOALAN 1

Huraikan pendapat anda tentang prakarsa memajukan industri pelancongan.


Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan kehendak
soalan

1. Calon perlu menghuraikan tentang kebaikan aktiviti gotong-royong

2. Calon mesti menjawab berdasarkan maklumat yang diberikan.


 memupuk nilai murni
 mengeratkan hubungan
 menjamin kebersihan persekitaran

3. Sekiranya calon tidak mengambil langsung isi yang diberikan, maksimum peringkat
kepujian sahaja.

4. Sekiranya calon mengambil satu isi yang diberikan dan ditambah dengan isi yang
lain, layak diberikan cemerlang.

Komen pemeriksa

T = tugasan
I = Idea
B = Bahasa
P = Pengolangan

Soalan:

1. Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda
yang tidak baik kepada generasi akan datang.
Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri
yang terpuji.

Cadangan Idea:
 mengamalkan dan mendalami suruhan agama
 menghormati ibu bapa/ orang yang lebih tua
 bijak mengurus masa
 bijak memilih rakan
 menjauhkan diri daripada aktiviti tidak berfaedah

10
2. Amalan membaca haruslah dipupuk kepada generasi muda untuk melahirkan
golongan yang berilmu pengetahuan. Tuliskan satu rencana tentang cabaran dan
peranan ibu bapa untuk memupuk minat membaca kepada anak-anak.

Cadangan Idea:

Peranan ibu bapa:

 membeli bahan bacaan secara berkala


 menyediakan suatu ruangan sebagai perpustakaan mini di rumah
 membawa anak-anak ke ekspo atau pameran buku
 menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan kebahasaan
 menjadi suri teladan kepada anak-anak

3. Terdapat banyak tempat menarik di negara kita yang menjadi tarikan pelancong
sama ada pelancong tempatan ataupun pelancong asing.
Huraikan kepentingan-kepentingan industri pelancongan terhadap pembangunan
negara

Cadangan Idea:
 aspek politik - hubungan antarabangsa dengan negara asing semakin luas
 aspek ekonomi – peluang ekonomi lebih terbuka – kemajuan kepada
industri pelancongan (perhotelan) -memajukan industri hiliran berkaitan
pelancongan seperti makanan, pakaian, cenderamata, pengangkutan dsb
 aspek sosial – masyarakat memperoleh pelbagai pendedahan daripada
interaksi dengan orang asing -aspek budaya – Bahasa dan cara berfikir
 Malaysia dapat memaksimumkan potensi negara – sistem pengangkutan
yang dibangunkan, kemudahan prasarana, alam sekitar yang terjaga dan
semua semua potensi alam berjaya dimanfaatkan
 Boleh mempertingkatkan tukaran asing – kehadiran pelancong dari Timur
Tengah, Jepun,Korea, China, Eropah dsb boleh meningkatkan kadar
tukaran mata wang negara

4. Kemasukan pelajar asing ke negara ini telah menjadikan Malaysia sebagai hab
Pendidikan yang tersohor pada peringkat global. Huraikan faktor-faktor yang
menarik minat pelajar-pelajar dari luar negara untuk melanjutkan pelajaran negara
ini berbanding dengan negara-negara lain.

Cadangan Idea:
 kos sara hidup dan yuran yang berpatutan
 bahasa komunikasi dalam urusan seharian
 memenuhi kehendak pasaran
 kestabilan politik negara
 kebudayaan dan tradisi rakyat Malaysia yang unik

11
5. Adat Sezaman ditinggal jauh
Adat agama dipandang remeh
Adat kuning menjadi ikutan

Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada sajak “Adat Sezaman” yang


membawa maksud sikap masyarakat yang semakin melupakan adat resam,
memandang remeh ajaran agama, dan mengamalkan budaya kuning. Huraikan
peranan masyarakat untuk membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan remaja.

Cadangan Idea:
 Ibu bapa/keluarga – menjadi suri teladan
 Guru/sekolah – menerapkan nilai-nilai murni di dalam kelas/ di luar kelas
 Masyarakat – bersikap peka/ tegur -menegur
 Masyarkaat – mengimarahkan program-program di
masjid/gereja/tokong/kuil
 Media – menyiarkan program-program yang sesuai
 Kerajaan – menyekat kemasukan budaya kuning seperti konsert artis luar
 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) -mendekati golongan remaja dengan
program yang dianjurkan seperti ABIM( Angkatan Belia Islam) dll

SELAMAT MEMERIKSA

12

You might also like