You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian.

1.1 Latar Belakang

Penggunaan laras resepi telah wujud sejak berkurun-kurun lagi bermula

dengan lisan dan kemudiannya digunakan dalam bidang penulisan. Laras resepi

adalah salah satu cabang yang terdapat dalam bidang ilmu laras bahasa. Secara

teorinya, laras resepi ini dapat dikenal pasti melalui ciri-ciri tertentu yang terdapat

dalam binaan suatu ayat. Laras resepi lebih memberi perhatian terhadap hal-hal yang

berkaitan dengan masakan dan pemakanan. Tujuan laras resepi diperkenalkan adalah

bertujuan untuk menjalankan perniagaan atau perkongsian ilmu masakan dengan

orang lain.

Laras resepi dapat dilihat akan penggunaannya secara lisan melalui rancangan-

rancangan masakan, kursus masakan, pendidikan kulinari dan banyak lagi. Tambahan

pula laras resepi dalam bidang penulisan dapat dilihat melalui buku-buku masakan,

majalah resepi dan ruangan masakan dalam akhbar. Laras resepi yang wujud dalam

sebuah penulisan dapat dinilai dari segi kosa kata yang digunakan, gaya bahasa dan

jenis ayat yang digunakan.

Pada era yang kian moden ini, terdapat pelbagai laras yang semakin meluas

penggunaannya seperti laras ekonomi, laras sains, laras iklan dan laras undang-

undang. Namun begitu, pengkaji lebih berminat untuk mengkaji penggunaan laras

resepi dalam buku 350 Resepi. Hal ini kerana pengkaji ingin mengetahui akan

keunkan penggunaan laras resepi dalam sesebuah karya penulisan. Apabila

penguasaan terhadap laras resepi bertambah baik, mesej yang ingin disampaikan oleh

pengarang dalam penulisannya atau penutur melalui lisannya lebih mudah difahami.
Keseluruhannya, pengkaji berminat untuk mengkaji laras resepi dengan lebih

mendalam kerana pemahaman laras resepi yang baik dapat membantu suatu-suatu

mesej mengenai masakan dan pemakanan jelas untuk difahami.

1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Laras Bahasa

Menurut Asmah Haji Omar (1987), laras bahasa merupakan ciri khusus

dalam penggunaan bahasa berdasarkan bidang penggunaannya. Selain itu,

Halliday (1978) pula berpendapat bahawa laras bahasa merupakan variasi

bahasa yang berbeza mengikut fungsi. Oleh itu, perkara ini menunjukkan laras

bahasa sering berubah-ubah secara kontigensi ataupun mengikut keadaan.

1.2.2 Laras Resepi

Menurut Nawi Ismail, laras resepi merupakan laras bahasa yang

memperlihatkan ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan hal-hal

yang berkaitan dengan masakan. Laras ini bertujuan untuk memberikan

maklumat dan tunjuk cara tentang sesuatu masakan kepada khalayak.Laras

resepi diperluas untuk tujuan perniagaan dan perkongsian ilmu masakan

dengan orang lain.

Ringkasnya, laras bahasa resepi merupakan laras yang digunakan untuk menunjukkan

perbuatan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan dan pemasakan.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

a) Mengenal pasti ciri laras resepi yang terdapat dalam buku 350 Resepi.

b) Menghuraikan ciri-ciri laras resepi yang terdapat dalam binaan ayat yang terkandung

dalam buku 350 Resepi.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian yang dijalankan ini adalah penting untuk :

a) Memperlihatkan kelebihan penggunaan laras resepi berbanding laras bahasa yang lain

dalam Bahasa Melayu.

b) Menambah pengetahuan tentang penggunaan laras resepi dalam pembinaan ayat yang

terdapat dalam buku 350 Resepi.

c) Mengenal pasti keunikan yang terdapat dalam laras resepi dalam pembinaan ayat

dalam Bahasa Melayu.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah kepada penggunaan laras resepi dalam buku 350 Resepi. Aspek yang

akan diberi tumpuan oleh pengkaji mengenai ciri-ciri laras resepi yang terkandung dalam

buku ini. Ciri-ciri yang akan dikaji oleh pengkaji ialah :

i. Banyak menggunakan ayat perintah

ii. Banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal

iii. Kosa kata berkaitan dengan pemakanan dan masakan

iv. Bahasanya ringkas, tepat, dan jelas

v. Kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa

vi. Penjelasan mengikut turutan dan berkesinambungan


Berdasarkan ciri-ciri laras resepi tersebut, pengkaji hanya mengambil ciri (i) hingga (iv)

untuk menyempurnakan kajian.

5.0 BATASAN KAJIAN

Oleh sebab kekangan masa, pengkaji tidak berkemampuan untuk mengkaji secara lebih

mendalam. Oleh itu, pengkaji akan membataskan kajian berdasarkan rujukan yang telah

ditetapkan iaitu buku 350 Resepi yang diterbitkan oleh Grup Buk Karangkraf. Buku ini

terdapat tujuh bahagian resepi yang berbeza iaitu Minuman, Pencuci Mulut dan Kuih-muih,

Lauk-pauk dan Sayuran, Biskut, Kek, Makanan Tradisional, Hidangan Nasi, Mi, dan Pasta.

Namun, pengkaji hanya mengambil satu bahagian sahaja untuk menjalankan kajian ini iaitu

bahagian Pencuci Mulut dan Kuih-muih sahaja.

6.0 KAEDAH KAJIAN

6.1 Mendapatkan data

Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut:

6.1.1 Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan

rujukan dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa. Malumat yang

diperoleh daripada hasil bacaan, pihak yang tertentu, dan orang

perseorangan dikumpul dan diteliti sebelum proses menulis

dilaksanakan. Selain itu, kajia kepustakaan dijalankan untuk

mendapatkan sumber tambahan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian

kepustakaan ini juga melibatkan pencarian maklumat di laman

sesawang yang berkaitan untuk mempercepat proses mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.


6.1.2 Kajian Teks

Kajian ini ialah kajian teks yang menggunakan laras bahasa resepi

dalam sebuah buku resepi, iaitu 350 resepi sebagai sumber rujukan.

6.2 Mengumpulkan Data

Sumber data kajian ini ialah 350 resepi. Laras bahasa resepi yang dijadikan asas

kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaanya oleh pengkaji.

6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data

Analisis data dilakukan dengan menganalisis contoh dan penggunaan laras bahasa

dalam bahasa Melayu.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menjelaskan dan memperincikan segala dapatan kajian.

Bahagian ini dihurai lebih mendalam bersesuaian dengan ketepatan objektif yang

telah ditetapkan. Dapatan kajian telah disusun mengikut turutan berdasarkan ciri-ciri

yang terkandung dalam laras resepi.

7.1 Banyak Menggunakan Kata Kerja Bentuk Tunggal

Menurut Tatabahasa Asas (2015:108), kata kerja tunggal ialah kata kerja yang tidak

mengandungi imbuhan. Kata kerja tunggal dapat berdiri sendiri sebagai predikat dalam ayat.

Secara perbandingan, laras resepi kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa.

Data Ayat Muka

Surat

16. Simpan di dalam peti sejuk dan biarkan sehingga agar-agar 32

mengeras.
17. Akhir sekali, potong agar-agar mengikut kesesuaian dan hidangkan. 33

18. Masak agar-agar bersama air, gula pasir dan gula batu sehingga 34

larut.

19. Letak sedikit pewarna merah. 34

20. Setelah masak, ambil sesenduk adunan dan tuang nipis ke atas 34

tudung perluk atau pinggan nasi.

21. Masak separuh serbuk agar-agar bersama 500ml air, 60 gram gula 34

dan nangka sehingga gula larut dan sebati.

22. Kemudian bubuh koktel buah-buahan dan biar ia keras di dalam peti 35

sejuk.

23. Setelah itu, tapis bancuhan ini ke dalam bekas lain dan sejukkan 36

seketika.

24. Tepung: Jerang atas api perlahan semua bahan ini. 36

25. Kacau tanpa henti dan jangan biarkan bancuhan bergental ataupun 36

berbiji-biji.

26. Kemudian tuang susu sejat, air dan sedikit esen vanila. Kacau 37

sehingga sebati.

27. Akhir sekali, letakkan sedikit mentega di atasnya. Kukus selama 15 37


minit.

28. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan. 37

29. Akhir sekali masukkan gelatin dan gaul sebati. 40

30. Puding santan: Masak air bersam agar-agar dan gula sehingga larut 44
dan sebati. Tutup api.

Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, perkataan yang telah ditulis serong ialah kata kerja dalam

bentuk tunggal. Data 16 sepatutnya memerlukan satu kata kerja aktif transitif iaitu

“menyimpankan” sesuatu di dalam peti sejuk dan biarkan sehingga agar-agar

mengeras. Namun demikian, kata kerja bentuk tunggal lazimnya digunakan. Selain

itu, data 24 sepatutnya memerlukan satu kata kerja aktif transitif iaitu “menjerangkan”

sesuatu atas api perlahan semua bahan ini. Di samping itu, data 29 sepatutnya

memerlukan satu kata kerja aktif tak transitif iaitu “bergaul” sebati. Tuntasnya, laras

resepi banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal kerana mesej lebih mudah

disampaikan kepada pembaca dan mudah difahami. Hal ini dikatakan demikian

kerana bukan semua lapisan masyarakat adalah berpendidikan tinggi. Tambahan pula,

kos untuk pentafsiran bagi penggunaan kata kerja bentuk tunggal adalah lebih rendah

berbanding dengan kata kerja terbitan.

7.2 Banyak Menggunakan Ayat Perintah Suruhan

Salah satu ciri laras resepi ialah banyak menggunakan ayat perintah berbentuk

suruhan. Menurut Ahmad Khair Mohamad Nor (2018), ayat perintah digunakan untuk

menimbulkan sesuatu tindakan. Menurutnya lagi, ayat suruhan ini digunakan untuk

memberikan suruhan atau arahan dan suruhan itu terkandung pada kata kerja.

Banyak Menggunakan Ayat Perintah Suruhan

Data Ayat Muka

Surat

1. Didihkan agar-agar bersama air. 32

2. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian. 32

3. Seterusnya masukkan hirisan buah oren. 33

4. Bekukan di dalam peti sejuk sehingga agar-agar mengeras. 33


5. Sejukkan agar-agar dan gulung. 34

6. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil dan biarkan 35

seketika.

7. Letakkan sedikit mentega di atasnya. 37

8. Panaskan loyang yang telah dilenser dengan sedikit 56

minyak dalam periuk kukus dengan air mendidih

secukupunya.

9. Kepal-kepalkan inti sebesar bola ping-pong kemudian 57

leperkan.

10. Sudukan adunan sagu tadi ke dalam kelonsong daun 60

pisang.

11. Dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum, gula pasir, 62

garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik

dan adunan ibu roti tadi.

12. Hidangkan kuih bersama gula. 63

13. Campurkan tepung beras dengan tiga cawan air dan 64

tepung sagu.

14. Satukan santan dan garam pada bahagian 1/3. 65

15. Aturkan dalam pinggan dan jika suka tambah sos cili dan 66

taburkan bawang goreng di atasnya.

Jadual 2

Berdasarkan jadual 2, pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 15 contoh ayat

yang menepati ciri-ciri laras resepi seperti yang telah dinyatakan iaitu banyak

menggunakan ayat perintah suruhan. Pengkaji mendapati ayat-ayat tersebut

dimulakan dengan kata kerja berbentuk suruhan. Setiap kata kerja yang terdapat pada
permulaan ayat kesemuanya menggunakan imbuhan ….-kan untuk sebagai perintah

yang menunjukkan suruhan. Pengkaji mendapati bahawa penulis buku 350 Resepi

menggunakan ciri-ciri ini agar penyampaian sesuatu perintah yang berbentuk suruhan

dalam penggunaan ayatnya dapat mudah difahami dengan jelas oleh pembaca.

Selain itu, jika diperhatikan semula data yang terdapat dalam jadual 1, setiap kata

kerja yang digunakan adalah berbeza sama sekali namun konsepnya menepati ciri laras resepi

berkenaan iaitu perkataannya menunjukkan suruhan kepada pembaca. Sebagai contoh,

perkataan “didihkan” pada kotak pertama dalam jadual 1 memberi gambaran kepada pengkaji

bahawa penulis memberi perintah dengan menyuruh pembaca untuk mendidih agar-agar

bersama air. Oleh itu, pembaca akan mengetahui bahawa mereka perlu bertindak untuk

mendidih agar-agar berkenaan bersama air pada masa yang sama. Penerangan yang hampir

sama akan disampaikan oleh pengkaji bagi menghuraikan contoh-contoh yang seterusnya.

7.3 Kosa Kata Berkaitan Dengan Pemakanan Dan Masakan

Kosa kata merupakan keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa.Setiap laras mempunyai kosa

kata yang akan mengaitkannya denga pengunaan laras tesebut.Untuk laras resepi, sesetengah

perkataan boleh membawa maksud khusus ataupun maksud umum.Maksud khusus di sini

bermaksud, sesebuah perkataan tersebut mempunyai makna yang terbatas untuk sesuatu

bidang sahaja manakala maksud umum bermakna penggunaan sesuatu perkataan digunakan

secara meluas.Terdapat beberapa kata khusus yang digunakan dalam laras ini dan antaranya

ialah:

Data Kosa kata berkaitan dengan Maksud Kosa Kata Muka

pemakanan dan masakan. surat

31. Bancuh ¾ gelas air suam dengan 1 Mencampur serta mengaduk 62


sudu kecil susu tepung penuh krim benda-benda yang berlainan jenis

dan ibu roti. dalam satu bekas supaya menjadi

satu.

32. Gaul adunan ini sambil dituangkan Tepung dan sebagainya yang telah 62

air sedikit demi sedikit. diadun.

33. Setelah kembang 2 kali ganda dari Meramas atau menggaul tepung 62

saiz asal, uli lagi sehingga lembut. dengan air dan lain-lain sehingga

lembut.

34. Sambil itu, panaskan kukusan dan Bekas atau alat untuk mengukus. 64

acuan.

35. Tuskan pulut dan tanak dengan air Memasak sesuatu dengan hanya 63

secukupnya dan sedikit garam. merebus sahaja.

36. Kacang hijau direbus sehingga Memasak sesuatu dalam air yang 72

kembang di dalam periuk. mendidih.

37. Jerang gula melaka dan air sehingga Meletakkan periuk dan lain-lain di 73

mendidih. atas api.

38. Panaskan minyak untuk menumis Memasak dengan menggunakan 66

bahan tumbuk sehingga naik bau. minyak atau lemak.

39. Atur kulit popia dan letak inti di Isi yang terdapat dalam kuih. 66

tengahnya.

40. Kacau bancuhan ini sehingga Benda-benda yang telah dibancuh. 68

menjadi kental dan tidak begitu

lembik.

41. Isi durian disiat-siat menjadi kecil Membuat sesuatu supaya menjadi 71

mengikut kesukaan anda. carik.


42. Setelah cukup panas, tuang adunan Memasak atau memanaskan 64

tadi dan kukuslah hingga kuih masak. sesuatu dengan menggunakan wap

air mendidih.

43. Kacau dan isikan sedikit adunan ke Menyelerakkan sesuatu yang 70

dalam acuan roti jala dan terus tersusun.

kiraikan roti ke atas kuali. Biarkan

roti masak.

44. Aturkan dalam pinggan dan jika suka Membuang ke serata tempat 66

tambah sos cili dan taburkan bawang supaya berterabur.

goreng di atasnya.

45. Kemudian tapis adunan ini dengan Membersihkan benda-benda cair 70

penapis halus ke dalam bekas lain. dengan melakukannya pada alat

yang berlubang kecil-kecil.

Jadual 3

Berdasarkan jadual 3, kosa kata yang digunakan adalah perkataan yang hanya digunakan

dalam laras resepi. Perkataan bancuh dalam data 31 menunjukkan perbuatan mencampur

serta mengaduk benda-benda yang berlainan jenis dalam satu bekas supaya menjadi satu.

Kebiasaannya, perkataan bancuh digunakan dengan perkara yang berkaitan dengan air dan

dalam laras resepi perkataan bancuh boleh merangkumi perkara selain air. Selain itu, data 33

iaitu perkataan uli yang membawa maksud meramas atau menggaul tepung dengan air dan

lain-lain sehingga lembut. Perkara ini merujuk kepada doh yang diuli menggunakan tangan

dan dibiarkan rehat sebentar supaya mengembang dua kali ganda dari saiz asal.Hal ini

dikatakan demikian kerana doh yang mengembang dengan baik akan menghasilkan donut

yang elok ketika dimasak nanti.


7.4 Bahasanya ringkas, tepat dan jelas

Ciri laras resepi yang seterusnya ialah menggunakan bahasa yang ringkas, tepat dan jelas.

Menurut Nawi Ismail, bahasanya ringkas, tepat dan jelas terus kepada maklumat yang ingin

disampai. Bahasa ditulis dalam bentuk ayat yang ringkas, iaitu tidak terdapatnya subjek ayat.

Data Ayat Muka Surat

31. 20gm agar-agar 81

32. 875gm air 81

33. 2 sudu teh serbuk santan 81

34. Garam secukup rasa. 81

35. Tuangkan susu cair dan kacau rata. 81

36. Masukkan pula serbuk santan. 81

37. 6 keping roti – dicarik-carik 83

38. Sedikit pewarna hijau 83

39. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Kisar lagi. 83

40. Garam secukup rasa. 89

41. Masak sagu bersama air atas api sederhana sehingga sagu 91

nampak jernih.

42. Satukan tepung gandum, santan, telur, air dan sedikit garam. 93

43. Lenyek atau kisar semua pisang. 95

44. Satukan tepung gandum bersama air daun pandan sedikit demi 99

sedikit.

45. Letak gula melaka ke dalamnya sebagai inti. 101

Jadual 4
Berdasarkan jadual 4, pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 15 ayat yang mempunyai ciri

laras resepi yang menggunakan bahasa yang ringkas, tepat dan jelas daripada resepi yang

dikaji. Ciri bahasa ini terus kepada maklumat yang ingin disampai. Bahasa ditulis dalam

bentuk ayat yang ringkas, iaitu tidak terdapatnya subjek ayat. Buktinya, “Masak sagu

bersama air atas api sederhana sehingga sagu nampak jernih.” Ayat ini tidak mempunyai

subjek dan mula dengan predikat. Sepatutnya, untuk membentuk ayat yang gramatik subjek,

iaitu pelaku perlu dimasukkan. Misalnya, kamu masak sagu bersama air atas api sederhana

sehingga sagu nampak jernih. Seterusnya, bahasa yang tepat juga digunakan. Buktinya,

“20gm agar-agar” yang disenaraikan dalam bahan-bahan. Bahan ini disebut dengan tepat

tentang bilangan, iaitu 20gm yang ditetapkan. Selain itu, data 37 “6 keping roti – dicarik-

carik” menunjukkan pengangguran bahasa yang jelas kerana penghasil wacana menyatakan

bilangan roti yang dikehendaki, iaitu 6 keping dengan jelasnya.

You might also like