You are on page 1of 2

Wan Azizah letak jawatan lepas Anwar jadi

PM

Tweet

Share

BERNAMA

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas dia dilantik menjadi
Perdana Menteri.

Ketua Umum PKR itu berkata sekarang belum masanya Dr Wan Azizah meletakkan jawatannya
dalam kabinet.

“Kenapa Wan Azizah tidak letak jawatan? Kalau Dr Wan Azizah letak jawatan, nanti hilanglah
jawatan Timbalan Perdana Menteri dari PKR.

“(Dan) saya juga sudah beritahu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri), kalau
saya menang (kerusi Parlimen Port Dickson), saya tidak mahu masuk kerajaan sekarang, saya
nak bagi laluan kepada Dr Mahathir untuk menggalas tanggungjawab dia sehingga giliran saya.

“Jadi sabarlah, saya dilantik, Dr Wan Azizah akan letak (jawatan TPM). Bila? Bila giliran saya
jadi PM. Tak payah orang sibuk dari awal, suruh dia (Dr Wan Azizah) letak (jawatan). Ini yang
berlaku dalam negara tapi sabarlah. Orang bangkitkan (tentang perkara ini), saya jelaskan,”
katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap dalam program Bicara Maal Hijrah bertajuk “Hijrah ke
Arah Malaysia Baharu” di Dewan Utama Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di Johor Bahru,
hari ini.

Anwar, 71, yang bakal memegang jawatan Presiden PKR secara rasmi November ini,
diumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson setelah penyandang kerusi
berkenaan, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta, Rabu
lalu.

Sementara itu, Anwar turut mengakui letih untuk menjawab soalan mengenai perhubungannya
dengan Dr Mahathir.

“Ya , satu dunia tahu saya musuh dia. Satu dunia tahu memang kita geng kuat (ketika dalam
kerajaan dahulu). Bila bergaduh paling sengit, perang habis-habisan, sekarang kita berdamai.
Patut semua sokong.

“Saya dan Dr Mahathir berdamai supaya apa yang berlaku dulu akan dihentikan. Kita rasakan
dengan gandingan kekuatan baru ini, kita boleh tumbangkan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

You might also like