You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2016 SEMESTER 2 )

PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL


(GPP1063)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NAJUAN NABIL BIN ABDUL GHANI

NOMBOR KAD 980502-075149


PENGENALAN:

INDEK: 2016192310163

KELAS: PPISMP C8 AMBILAN JUN 2016


BAHASA MELAYU (SK)

NAMA PUAN ZAIRIHAN BT. CHE HARON


PENSYARAH:

TAJUK: PENULISAN AKADEMIK

TARIKH 27 MAC 2017


SERAHAN:
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara M/s

Penghargaan I

Pengenalan 1

2.0 Elemen Profesionalisme 1-5


Perguruan

3.0 Pembelajaran Sepanjang 6-10


Hayat

4.0 Rumusan 11

Bibilografi 12-13
PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Titipan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah tuhan penguasa seluruh alam


kerana sudi melimpahkan rahmatNya kepada insan kerdil ini. Berserah kepadanya atasa
segala takdir yang dikhehendakinya ke seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
saya, Puan Zairihan Binti Che Haron. Dengan izin Allah, beliau telah memberikan tunjuk ajar
serta bimbingan waima mengganggu masa rehat beliau. Hasil bantuan daripada beliau
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan penghasilan sebuah kerja kursus yang
membincangkan elemen profesionalisme perguruan dan pembelajaran sepanjang hayat ini
dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, jutaan terima kasih saya ingin ucapkan kepada
kedua ibu bapa saya iaitu, En Abdul Ghani B. Abdullah dan Puan Rozita Bt. Hamid serta
keluarga keran telah memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang telah saya uterakan kepada mereka.

Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau secara tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Sekian, Terima kasih.

I
PENGENALAN
Dalam tugasan ini, aspek elemen profesinalisme perguruan dan pembelajaran sepanjang
hayat akan menjadi fokus utama, dua perkara tersebut merupakan aspek yang penting untuk
dititikberatkan oleh seorang guru tidak kira tua atau muda; individu yang bergelar sebagai
seorang perlu mengetahuinya.

Kita sentuh sedikit mengenai elemen profesionalisme perguruan yang adalah salah satu
profesion paling tua di dunia dan kini menerjah masuk ke dalam suatu era yang baharu lagi.
Jikalau pada masa lampau, tugas guru lebih ke arah sebagai individu yang menyampaikan
ilmu sahaja tetapi kini guru merupakan seorang lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam
penyampaian pengajarannya. Maka boleh diperkatakan fokus kita akan lebih mendalam tugas
dan peranan seorang guru secara profesional daripada pelbagai aspek.

Seterusnya, kita beralih kepada fokus yang lain iaitu pembelajaran sepanjang hayat. Ia
merupakan proses pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan serta penguasaan kemahiran.
Proses tersebut berlaku kepada seseorang yang jiwanya bersungguh-sungguh untuk mencari
dan menimba ilmu tetapi ada di antara kita tidak sedar bahawa sepanjang hayat kehidupan
kita ini, kita sentias mempelajari sesuatu yang baharu untuk diguna pakai dalam kehidupan.
Maka, itu juga boleh dikatakan sebagai pembelajaran sepanjang hayat. Segala penerangan
dan penjelassn akan diterangkan di dalam tugasan ini.

Akhir sekali, semoga hasil kerja kursus saya ini menjawab soalan yang diberikan dan
menepati skema pemarkahan dalam menyemak tugasan ini serta berjaya menepati kriteria
yang dikehendaki dan diharapkan oleh pensyarah saya.

II
2.0 Elemen Profesionalisme Perguruan

2.1 Definisi Profesinalisme Perguruan

Secara umumnya, profesionalisme berasal dari istilah professional yang kata dasar adalah
profession.Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan ‘profesion’ itu membawa maksud iaitu
suatu bidang pekerjaan yang khususnya memerlukan kecekapan dan pendidikan serta
berkemahiran tinggi dan mendapat latihan yang khas untuk pekerjaan tersebut. Manakala,
istilah perguruan tersebut boleh diterjemahkan sebagai Pengajaran, perguruan kepada guru-
guru pelatih, murid dan sebagainya.

Seterusnya, menurut pendapat Liberman, 1956, profesion membawa kepada sesuatu


pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Demi untuk mencapai fungsi
tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik
berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah
suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas
yang mencukupi, . ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).

Maka dapat disimpulkan, profesionalisme perguruan membawa suatu makna iaitu elemen
profesional terhadap pekerjaan guru yang menjadi pendidik melibatkan kecekapan,
berkemahiran tinggi dan sebagainya akan mejadi tumpuan utama dalam frasa
profesionalisme perguruan ini. Maka, kualiti dan tahap bagusnya seseorang guru itu akan
dinilai dari aspek profesionalisme tersebut.

1
2.2 Konsep Profesionalisme Perguruan

Perkara yang dinyatakan oleh Oemar Hamalik (2006:42) bahawa profesionalisme guru
mengandung pengertian yang meliputi unsur-unsur kepribadian, keilmuan, dan keterampilan.
Pekerjaan sebagai guru dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh
pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang,
meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam
membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4).

Jika kita lihat, daripada sudut profesionalisme perguruan itu sendiri, guru perlu meningkat
tahap kemahiran menambah ilmu, mengajar, dan melaksankan tugas seperti yang disarankan
dalam etika guru dan perkhidmatan awam. Konsep profesionalisme perguruan merujuk
kepada pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
Profesion keguruan adalah satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti
dan sebagainya terhadap masyarakat.

Maka secara umumnya, seseorang yang bergelar guru tersebut mestilah memiliki elemen
profesionalisme di dalam diri mereka sama ada memiliki kemahiran-kemahiran penting dalam
kerjaya seorang guru atau mendapatkan latihan-latihan khas khususnya di bidang perguruan.
Mereka perlu menguasai pekerjaan guru dengan cara keseluruhan dan mejadi seorang pakar
dalam bidang perguruan ini.

2.3 Ciri-ciri Profesionalisme Perguruan

2
Ciri-ciri profesionalisme perguruan ini akan meliputi segala aspek penting yang mampu
menjadi seseorang guru profesional dalam bidang kerjaya mereka. Antaranya, pembelajaran
dan perkembangan guru secara berterusan merupakan kriteria penting untuk mencapai
standard profesionalisme perguruan. Hal ini kerana, apabila seseorang guru terus mendalami
ilmu perguruan maka mereka mampu mengembangkan potensi mereka sebagai seorang
guru.

Dalam mencapai profesionalisme perguruan tersebut, seseorang guru perlu menjalani proses
pemerkasaan seorang guru. Maka antara aspek pemerkasaan seorang guru tersebut meliputi
aspek seperti memperkukuhkan profesyen keguruan dari aspek ilmu, kemahiran kepakaran
dan profesionalisme supaya mereka dapat melakukan sebarang pekerjaan atau perkara; tidak
hanya tahu mengajar tetapi berupaya melakukan perkara-perkara yang lain. Seterusnya,
menonjolkan perwatakan guru bercirikan keikhlasan, kesungguhan dan sebagainya. Hal ini
kerana, apabila mereka ikhlas mengajar atau tugasan lain maka sesuatu hasil kerjanya akan
menjadi lebih berkualiti dan murid-murid juga akan mudah faham perkara yang dipelajari.
Selain itu, elemen mendasari keteguhan profesinalisme keguruan merupakan aspek penting
maka seseorang guru perlu melakukan perkara berikut

a) Mengikuti program pengajian tinggi formal

b) Dilatih mendapatkan kemahiran tertentu dalam bidang perguruan

c) Mengamalkan pengajaran berasaskan beberapa teori

d) Mengaplikasikan ilmu dipelajari sepanjang menjadi guru

e) Mengutamakan etika profesyen

Bukan itu sahaja, dalam tanggungjawab seorang guru membentuk sahsiah pelajar yang
mereka, mereka juga perlu istiqmah dalam menjadi role model kepada pelajar sama ada dari
aspek tingkahlaku mahupun cara belajar dengan betul. Mereka juga perlu sentiasa

3
mengamalkan konsep diri yang terbuka menerima segala teguran dan pendapat orang-orang
disekelilingnya, jika wujudnya sifat egois dalam diri yang tidak boleh menerima pendapat dan
kritikan maka individu tersebut tidak mampu mencapai profesionalisme perguruan tersebut.
Bagi memastikan usaha untuk mengangkasakan martabat profesion perguruan dapat dicapai,
maka aspek menerima kritikan dan pendapat orang lain perlu diutamakan.

Seterusnya, dalam mencapai ciri perfosionalisme perguruan tersebut, semua guru pelatih
perlu menjalani latihan intensif untuk menggilap kemahiran senelum menempuh dunia
perguruan sebenar. Ia mampu, membantu mereka meningkatkan kecekapan penyampaian
pengajaran, meluaskan pengalaman dan sebagainya kerana pogram ini terdapat beberapa
komponen membentuk golongan guru berkualiti. (Kamaruddin, 1998). Mereka juga perlu
mempunyai mentaliti dan fizikal sebagai pendidik. Guru merupakan profesion yang paling
sihat di antara semua profesion yng sedia ada kerana kesihatan mental guru paling tinggi
antara yang lain. Para pengkaji dari South Florida yang mengeluarkan fakta berkenaan kerana
profesion sebagai seorang guru adalah lebih dari sekadar pekerjaan semata-mata tetapi
merupakan sebuah panggilan.

Sebagai guru yang profesional, mereka perlu berilmu dan berkemahiran tinggi. Tidak kira
kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran memimin serta kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Kesemua perkara tersebut, amat penting untuk memastikan guru
tersebut holistik dan mencapai standard profesionalisme perguruan. Bagi pekerjaan yang
berhadapan dengan masyarkaat, perkara tersebut amat penting untuk dikuasai.

Akhir sekali, guru yang berprofesionalisme harus mempunyai ketinggian peribadi. Mereka
perlu beranggapan kerjaya mereka sebagai suatu ibadah dan permulaan pekerjaan perlu
dimulakan dengan niat yang dijadikan target utama (Hj. Sobirin, 2002). Oleh yang demikian
mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pekerjaan dan selalu berfikiran
positif dalam semua perkara kerana mengganggap semua itu ketentuan Tuhan. Menurut
Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan
produktiviti, guru hendaklah menjadikan kerja mereka menyeronokkan.

2.4 Kesimpulan Profesionalisme Perguruan

Konklusinya, elemen profesionalisme perguruan tersebut, sewajarnya dikuasai oleh semua


guru. Kita sedia maklum, kerjaya guru merupakan pekerjaan yang amat penting dalam

4
membangunkan manusia supaya mereka menjadi seorang yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Para guru, akan menghadapi pelbagai cabaran sama ada dengan
karenah murid mahupun cabaran pengurusan bidang pendidikan, maka untuk menghadapi
perkara-perkara tersebut mereka perlu menjadi seseorang yang profesional di dunia
perguruan. Bukan sahaja, hebat dalam mengajar dan membimbing anak murid tetapi mampu
melakukan semua perkara yang di luar jangkaan masyarakat.

Segala elemen dan ciri-ciri tersebut, harus disemat di dalam diri dan diaplikasi dalam
kehidupan seharian. Seterusnya, kita janganlah mengejar status profesionalisme perguruan
untuk mendapat nama sahaja tetapi kita kejarnya untuk manfaat kepada murid-murid yang
merupakan aset negara pada masa akan datang serta untuk kebaikan diri sendiri dalam
menempuh usia tua kelak. Biarlah jasa sebagai pendidik itu, menjadi ingatan kepada semua
anak murid yang diajarkan. Bukan balasan yang kita harapkan tetapi melihat mereka
mencapai kejayaan merupakan perkara yang amat membanggakan seorang guru.

Akhir kata, seorang guru perlu berusaha menjadi yang profesional dalam bidang pendidikan
ini kerana apabila seseorang guru dilabel sebagai seorang yang pakar sudah semestinya
anak-anak didiknya juga akan mahir dan mudah menguasai perkara yang diajar oleh guru
tersebut. Secara tidak langsung, semua anak murid hasil didikannya berpeluang cerah untuk
mencapai kejayaan kerana gurunya mencapai standard profesionalisme perguruan tersebut.

3.0 Pembelajaran Sepanjang Hayat

5
3.1 Definisi Pembelajaran Sepanjang Hayat

Perkataann pembelajaran membawa maksud proses memperoleh pengetahuan baharu dan


pengusaan kemahiran. Proses tersebut berlaku pada bila-bila masa mahupun di sebarang
tempat. Ia kebiasaanya menjadikan seseorang itu berbeza dari sebelumnya kerana proses
pembelajaran tersebut telah mengajarkan suatu perkara baharu. Maka kita telah memahami,
definisi disebailik perkataan pembelajaran tersebut, manakala sepanjang hayat boleh
diterjemahkan sepanjang usia seseeorang itu hidup.

Seterusnya, mari kita lihat definisi keseluruhan pembelajaran sepanjang hayat (PHS) yang
bermakna pencarian ilmu pengetahuan untuk kegunaan peribadi yang dilakukan melalui
pelbagai cara sama ada sukarela, motivasi kendiri atau sebagainya. Ia merupakan kaedah
mengembangkan dan membangunkan potensi diri melalui proses pembelajaran dan memberi
keupayaan individu menguasai ilmu yang sepanjang hayat mereka perlukan (Aspin et al.
2001, Gelpi 1995).

Menurut pendapat Delker (1974) beliau mengatakan (PHS) merupakan perlakuan manusia
secara wajar yang prosesnya tidak memerlukan guru mahupun pendidik. Kebiasaannya
proses tersebut tidak disedari pelakunya, ia biasanya berlaku apabila wujudnya semangat
seseorang memenuhi keinginannya untuk mempelajari sesuatu.

Kesimpulannya PHS merupakan pendidikan yang tiada penghujungnya selagi nyawa di


kandung badan. Bersesuaian dengan masa kini yang semuanya memerlukan ilmu
pengetahuan untuk menghadapi cabaran dunia pada masa kini. Secara umumnya,
pendidikan berjalan seumur hidup, dalam lingkungan rumah tangga, sekolah mahupun
masyarakat.Oleh itu, setiap masyarakat kini perlu mempratikkan pembelajaran sepanjang
hayat demi kebaikan diri sendiri.

3.2 Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat

Mari kita lihat konsep PHS yang menerangkan bahawa proses pembelajaran tidak hanya
berlaku melalui pendidikan secara formal sahaja, tetapi seseorang itu masih boleh

6
mendapatkan pengetahun dengan hasil usahanya sendiri. Pembelajaran sentiasa berlaku di
sepanjang kehidupan seseorang dalam keadaan yang tidak disedari maka dengan proses
PHS ini, seseorang itu tidak akan ketinggalan zaman dan sentiasa menerima pengetahuan
yang baharu.

Ia juga boleh dikatakan belajar terus menerus dengan berkesinambungan (continuing-


learning) sejak dari dalam buaian hingga akhir hayat, bersesuaian dengan setiap fasa
perkembangan manusia itu yang bermula dari kanak-kanak sehingga dewasa bahkan masa
tua. Setiap peringkat umur seseorang itu, terdapat perkara-perkara yang bakal mereka
pelajari dari tempat pesekitaran dan rakan-rakan sekeliling mereka.

Malahan, dalam perspektif islam, Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu telah menyarangkan
PHS tersebut melalui sabdanya iaitu, “tuntulah ilmu sejak dalam buaian hingga ke liang lahad”.
Sabda tersebut, terus diikuti dengan sebuah hadis iaitu “Mencari ilmu pengetahuan adalah
wajib atas setiap orang muslim (H.R.Abdi’I Barr)”.15 Maka dapat dilihat bahawa konsep PHS
tersebut digalakkan oleh ajaran Islam.

Oleh itu, sudah terang lagikan bersuluh konsep PHS yang menggalakkan setiap individu
menimba ilmu dan mencari pengetahuan sejak dari kecil hingga mereka tidak bernyawa.
Tiada sebarang had peringkat umur untuk seseorang itu mempelajari sesuatu.

3.3 Ciri Pembelajaran Sepanjang Hayat

Menurut Cropley (1977:49), terdapat beberapa ciri manusia yang berkeinginan untuk
mengalami proses pembelajaran sepanjang hayat iaitu:

7
a) Menyedari dirinya perlu belajar sepanjang hayat

b) Berpandangan bahawa mempelajari perkara-perkara bahara adalah cara


terbaik mengatasi masalah.

c) Sentiasa bersemangat untuk belajar

d) Menerima sebaiknya perbezaan

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai ciri-ciri tersebut, mereka sudah bersedia sepenuhnya
untuk menjalani proses pembelajaran sepanjang hayat tetapi bukan semua yang tiada ciri
tersebut tidak mampu untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat.

Kini kita beralih kepada ciri-ciri pembelajaran sepanjang hayat seperti ia mampu merobohkan
tembok pemisah antara sekolah dengan lingkungan kehidupan nyata di luar sekolah kerana
majoriti masyarakat beranggap bahawa hanya di sekolah sahaja mereka belajar, apabila
mereka keluar sekolah tiada lagi sebarang pembelajaran berlaku maka dengan PHS ini,
ideologi tersebut mampu dimusnahkan dengan membuktikan bahawa walaupun tidak
menerima pembelaran secara formal, seseorang itu masih mampu mempelajari sesuatu
dalam kehidupan mereka.

Seterusnya PHS juga lebih memfokuskan kepada pembekalan sikap dan kaedah diri
seseorang berbanding isi pendidikan. Maka boleh dikatakan bahawa PHS membawa kepada
pembelajaran terhadap pengetahuan yang diperlukan oleh diri seseorang sama ada
pengetahuan sikap menghadapi pelbagai jenis manusia yang berbeza sikapnya dan
pengetahuan kemahiran asas yang diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, kita lihat pula kepada PSH dilaksankan dalam peringkat-peringkat tertentu iaitu
kanak-kanak merupak peringkat awalnya kerana mereka diibaratkan seperti kain putih yang
dicorakkan oleh ibu bapanya maka disini akan terjadinya home schooling yang berlaku secara
tidak formal berlaku di dalam rumah. Mereka kebiasaannya akan diajar bertutur dan
kemahiran asas sebagai kanak-kanak yang normal. Peringkat kedua ialah pendidikan yang
dilalui sama ada dalam bentuk formal iaitu yang diperoleh melalui kelas atau kuliah dan yang
tidak formal iaitu melalui perbincangan dan pembacaan. Maka diperingkat ini, manusia belajar
untuk mendapat sijil pengiktirafan sebelum memulakan kerjaya seperti UPSR, PT3, SPM dan
sebagainya.

Peringkat yang seterusnya adalah belajar dengan kaedah berterusan, di sini setiap individu
menyedari kepentingan pendidikan dan mereka berusaha untuk mempertingkatkan ilmu sedia
ada dari masa ke masa. Maka bagi peringkat ini, seseorang itu akan melanjutkan
pembelajarannya ke institut pengajian tinggi yang lebih bersifat formal sebelum mendapat

8
pekerjaan masing-masing. Bukan itu sahaja, selepas peringkat tersebut, wujudnya budaya
persaingan sihat diantara individu-individu yang bersemangat tinggi untuk melebihi individu
lain dari aspek memperoleh maklumat dan ilmu pengetahuan. Kebiasannya, ini berlaku
semasa latihan dalam perkhidmatan yang berkonsepkan formal dan tidak formal untuk
mempertingkatkan profesionalisme dan kemahiran. Akhirnya,bersifat proaktif terhadap ilmu
pengetahuan maka mereka sentiasa mahu mendahului demi memperoleh maklumat dan ilmu
pengetahuan terkini. Pembelajaran tersebut biasanya akan berkonsepkan formal dan tidak
formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat mutlimedia dan sumber online.
Oleh itu, kita dapat lihat ciri-ciri PSH yang wujud di dalam setiap lapisan umur masyarakat
maka tidak akan hilang amalan pembelajaran sepanjang hayat ini jika terus diaplikasikan oleh
generasi kini.

3.4 Rumusan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kesimpulannya, dapat diketahui bahawa PSH merupakan pembelajaran secara terus


menerus di dalam kehidupan. Hakikatnya PSH ini wajar dilaksanakan oleh setiapindividu

9
untuk mengembangkan potensi di dalam diri yang mampu dibangunkan melalui
pembelajaran.

PSH mampu untuk membantu menciptakan budaya belajar untuk hidup (learning to be) yang
mampu membentuk masyarakat belajar (learning society). Menurut Trisnamansyah, melalui
PSH kita bukan hanya mempelajari perkara baharu malahan tercapainya kepuasan diri yang
belajar itu sendiri.

Melalui PSH mampu membangunkan kerjaya seseorang bagi meningkatkan produktiviti


individu,organisasi tempat kerja dan negara. Hal in bermakna proses pembelajaran itu akan
berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolah, sebalik proses tersebut
berterusan sepanjang hayat.

Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran sepanjang hayat tersebut amat
penting kepada setiap individu tersebut tanpa mengira usia mahupun pekerjaan, selagi nyawa
masih di kandung badan, tuntutlah ilmu pengetahuan untuk digunakan sepanjang kehidupan
dan dijadikan amalan selepas meninggal dunia kelak.

4.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, melalui tugasan ini terdapat pelbagai perkara dan pengetahuan
baharu yang saya perolehi untuk digunakan pada masa akan datang. Sebagai seorang bakal

10
guru, isu profesionalisme perguruan sememangnya telah membuka pintu hati saya hingga
menyedarkan diri saya bahawa pentingnya saya menguasai kerjaya seorang guru tersebut
secara keseluruhan dan menjadi seorang yang profesional dalam bidang perguruan demi
kebaikan diri saya sendiri termasuk anak didik saya yang merupakan aset kepada negara
pada masa akan datang. Maka secara tidak langsung, ia telah memberi suatu suntikan
semangat dan motivasi kepada saya untuk mendalami profesion perguruan untuk mencapai
profesionalisme perguruan tersebut.

Bagi isu, pembelajaran sepanjang hayat juga telah memecahkan kepompong pemikiran saya
yang dulunya saya beranggapan bahawa selepas tamatnya pengajian saya di peringkat IPT
maka selepas itu, saya tidak perlu belajar lagi. Terbukti bahawa prinsip dan anggapan saya
selama ini meleset jauh, melalui PSH tersebut ia membuka pintu hati saya untuk terus belahar
dan memperoleh maklumat sehingga penghujung usia saya. Bukan untuk mengejar pangkat
atau nama tetapi untuk digunakan dalam sepanjang kehidupan kita yang pelbagai cabaran
dan dugaan yang bakal dihadapi maka pembelajaran sepanjang hayat tersebut membuat kita
lebih bersedia menghadapi perkara-perkara tersebut.

Akhir kata, semoga segala perkara dan ilmu yang saya peroleh hasil tugasan terus tersemat
di dalam diri dan dapat diaplikasikan sepanjang kehidupan saya yang bakal menempuhi
kerjaya sebagai seorang guru. Saya berharap hasil tugasan dan kerja kursus ini diterima oleh
pensyarah saya, dan segala kekurangan dan kelemahan yang wujud pada tugasan ini saya
memohon ribuan ampun maaf.

Rujukan

11
Amien, A. M. (2005). Kemandirian lokal: Konsepsi, pembangunan, organisasi dan
pendidikan. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Fullan, M. (2011). Makna Baharu Perubahan Pendidikan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.

Irma Indayu Omar, Yushiana Mansor. (2006). Panduan Mencari Maklumat. Selangor: PTS
Professional.

John West-Burnham, Fergus O'Sullivan. (1999). Mengembangkan Profesionalisme di


Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Kaori Okano, Motonori Tsuchiya. (2004). Pendidikan Moden Jepun. Kuala Lumpur : Institut
Terjemahan Negara Malaysia Sdn. Bhd.

Marzuki, S. @. (2005). Mengurus & Membiayai Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS


Professional .

Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah. (2007). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Rashid, A. R. (2006). Agenda Perubahan: Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala
Lumpur: UtusaN Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sufean Hussin, Sharil @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md. Som, Alina
Ranee. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Sulaiman, E. (2004). Pengenalan Padagogi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad, Rahimawati Abdul Rahim. (2007). Membina Pelajar
Cemerlang: Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

12
http://repository.um.edu.my/91704/1/BAB%2013%20LAPORAN%20AKHIR%20PROFESIO
NALISME%20GURU%20edited%2030%20April-2.pdf

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_10180_74d8aeeba8fd46a2b
e8ec9608c567f4b.pdf

https://www.scribd.com/doc/47401493/profesionalisme-keguruan

https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/

http://thelifelightoflearning.blogspot.my/2013/01/pembelajaran-ialah-proses-
pemerolehan.html

http://kependidikanislam2010.blogspot.my/2011/06/pendidikan-sepanjang-hayat.html

https://makalahkumakalahmu.wordpress.com/2008/10/01/konsep-belajar-sepanjang-hayat/

https://prezi.com/nptbofg8avoj/pendidikan-sepanjang-hayat/

https://www.scribd.com/doc/82623970/Ciri-2-Pendidikan-Sepanjang-Hayat

13

You might also like