You are on page 1of 2

Fiqh Islam sentiasa berkembang dan berubah dari masa ke semasa bergantung pada

keadaan, suasana serta keperluan hidup manusia setempat. Fiqh Islam merupakan
suatu yang sangat penting dalam perubahan era permodenan dalam perkembangan
global dalam pelbagai bidang. Pengajian tentang fiqh adalah suatu yang dinamik kerana
ia sentiasa berkembang dan berubah dari masa ke semasa, bergantung pada perubahan
suasana serta keperluan hidup sesebuah masyarakat. Perlunya fiqh Islam kepada
perubahan yang semakin ketara dalam era pasca modenisma rentetan perkembangan
global. Fenomina perubahan ini yang akan membawa kepada perubahan sosial yang
sering berlaku dan akan sentiasa berlaku mengikut perkembangan sesuatu masyarakat.
Walaupun perubahan tersebut bukanlah penanda aras yang menunjukkan sesebuah
budaya manusia itu berjaya, tetapi perubahan juga boleh membawa kepada
kemerosotan sesebuah tamadun atau bangsa.

Jika kita imbas kembali, bagaimana proses perubahan hukum berlaku yang bermula
pada zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada zaman sahabat. Dalam peristiwa perang
Badar, Rasulullah s.a.w. berijtihad melepaskan tawanan perang badar atas
perikemanusiaan yang akhirnya wahyu diturunkan menegur keputusan yang diambil
oleh Baginda s.a.w.. Di dalam peristiwa mengahwinkan bunga kurma, Nabi tidak
menunggu wahyu dari Allah. Allah s.w.t. tidak terus menurunkan wahyu (dalam bentuk
ayat Al-Quran) kerana ianya sesuai dengan peranan Rasulullah sebagai musharri’.
Kebanyakkan peristiwa ijtihad Nabi s.a.w. adalah dalam perkara-perkara yang
melibatkan urusan duniawi dan kebanyakkan perkara yang berkaitan Ibadah
diperjelaskan di dalam nas al-Quran.

Ijtihad para sahabat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.. Para sahabat
diberikan keizinan untuk berijtihad sewaktu Baginda s.a.w. masih hidup adalah kerana
untuk melatih sahabat sebagai penerus kepada jihad Rasulullah s.a.w. dan
menggalakkan mereka agar sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh umat Islam sesuai dengan prinsip Al-quran dan Al-Sunnah. Namun,
ijtihad pada zaman sahabat didominasi oleh faktor-faktor sosial seperti selepas
kewafatan baginda s.a.w., pelbagai masalah baharu yang timbul dalam kalangan umat
Islam disebabkan penambahan daerah Islam yang semakin meluas. Perkembangan
agama Islam yang bukan sahaja dianuti oleh bangsa Arab tetapi juga oleh masyarakat
bukan Arab yang sudah tentu berbeza budaya dan norma-norma hidup, agama serta
kepercayaan sebelum kedatangan Islam. Sebagaimana sedia maklum bahasa nas al-
Quran dan al-Sunnah terbatas jumlahnya yang mana tidak semua masalah yang timbul
dapat diselesaikan melalui nas. Terdapat masalah-masalah baharu yang perlu dikaji dan
kesemuanya mesti melalui proses ijtihad iaitu pengintinbatan hukum.

You might also like