You are on page 1of 14

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTAT

TELUK TENGGIRI, 06000 JITRA,KEDAH

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN bil 1/2018

Tarikh : 28 Disember 2017


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Encik Rosli b. Suid Guru Besar
2. Encik Mohd Yusof b. Talib Penolong Kanan Pentadbiran
3. Encik Mat Ali b. Rahim Penolong Kanan HEM
4. Pn. Nur Shafizah bt. Bakar Penolong Kanan Kokurikulum

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Dimulakan dengan bacaan ALFatihah.


1.2 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada GPK yang hadir.

2 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

2.1. Pengurusan dan pentadbiran

2.1.1 Hadir selewat-lewatnya pada 7.30 pagi. Persetujuan sebulat suara.


2.1.2 Waktu keluar pada waktu kerja tertakluk kepada peraturan tidak
lebih 4 jam. Jika lebih diminta mohon cuti.
2.1.3 Permohonan CRK tidak dihalang tertakluk kepada PP 1/2015.
2.1.4 Kerja pada hari Sabtu tertakluk kepada surat KPM 2/2016 – PP
13/2005.
2.1.5 BRM – semua guru kecuali guru prasekolah menggunakan buku.
BRM dihantar mengikut hari yang ditentukan.
2.1.6 RPT boleh difailkan dalam satu fail dan tarikh penghantaran buku
rekod dan RPT pada minggu ketiga Januari.
2.1.7 Penulisan BRM boleh ditulis atau ditampal.
2.1.8 Aturcara / susunan / waktu mula perhimpunan diubahsuai sedikit.
2.1.9 Semua guru hadir perhimpunan rasmi dan harian.
Tindakan: Semua guru dan AKP

2.2 Pengurusan Kurikulum

2.2.1 Dasar KSSR 2017 ( Semakan ) – Penggunaan 36 minggu akan

dilaksanakan.

2.2.2 Pencapaian UPSR 2017 dan Target 2018 – Target untuk Tahun 6 telah
disiapkan ETR, manakala Tahun 5 dan 4 akan diusahakan.

2.2.3 Pengurusan Fail – Fail Panitia akan dikemaskini mengikut SPSK.

2.2.4 Buku Rekod Mengajar dan DSKP / RPT / RPH – Seperti yang diarahkan

2.2.5 Senarai ketua panitia dan guru kelas – Telah disiapkan oleh AJK
Kurikulum dan akan diumumkan.

2.2.6 Jadual Waktu 2017 – Ada sedikit perubahan berdasarkan penempatan


guru yang baharu.

2.2.7 Jadual ganti 2017 – Akan disediakan mengikut SPSK/02

2.2.8 Pencerapan PdP dan buku tulis – Jadual pencerapan akan disiapkan oleh
PKP.

2.2.9 Peperiksaan / Ujian PKSR – PKSR akan diadakan sebanyak 3 kali pada
tahun ini.

2.2.10 Mesyuarat panitia / unit – Akan diadakan pada minggu selepas


mesyuarat Kurikulum.

Tindakan:

2.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

2.3.1 Program Orientasi akan diadakan pada 30 Disember 2017.

2.3.2 GB akan menyampaikan taklimat tentang jadual dan kurikulum semakan


manakala GPK HEM akan menerangkan tentang dokumentasi dan
bantuan.

2.3.3 Target Unit HEM untuk mencapai peratus kehadiran ke sekolah melebihi 95%.

2.3.4 Berhasrat untuk mengadakan Kempen Kebersihan untuk sekolah dan

memohon agar bilangan tong sampah ditambah di setiap paras


bangunan.

2.3.5 Susunan pengawas dan aturcara di perhimpunan disemak semula.

2.3.6 Perbincangan tentang penyelarasan markah PBPP antara GB dan GPK


HEM.

Tindakan: Semua guru, AKP dan pekerja pembersihan

2.4. Pengurusan Kokurikulum

2.4.1 GPK Kokurikulum telah menyediakan takwim Kokurikulum untuk


sepanjang tahun 2018.

2.4.2 Antara program yang akan diadakan ialah Kursus Kepimpinan dan

Mesyuarat setiap AJK

Tindakan: Semua guru dan AKP

2.5. Pengurusan Kewangan

2.5.1 Terdapat dua bentuk kewangan, iaitu Kumpulan Wang Kerajaan


(KWK) dan Sumber Wang Awam ( SUWA ).

2.5.2 Guru Besar memohon agar penjimatan dlam penggunaan mesin


fotostat dan tidak digunakan untuk kepentingan peribadi. Jumlah
yang besar

diperuntukkan untuk membayar penggunaan mesin fotostat.

Tindakan: Semua guru dan AKP

2.6. Pengurusan Pejabat

2.6.1 Buku rekod mengajar dan jadual kedatangan akan ditempatkan

dibelakang ruang pejabat.

2.6.2 Semua guru akan diminta mengisi borang keluar waktu kerja seperti
termaktub dalam pekeliling.

Tindakan: Semua guru dan AKP


2.7. Persekitaran dan Kemudahan Fizikal Sekolah

2.7.1 Bengkel RBT, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, B Pemulihan Khas,

Pejabat dan Tandas akan diperkemaskan.

Tindakan: Semua guru

2.8 Pengurusan Sumber Manusia

2.8.1 Terdapat kekurangan guru Bahasa Inggeris.

2.8.2 Membuat permohonan dengan PPD untuk guru Bahasa Inggeris atau
guru ganti.

Tindakan:

2.9. Perhubungan luar

2.9.1 Senarai pemimpin tempatan akan disediakan untuk memohon sumbangan

3 HAL-HAL LAIN

3.1. Perjumpaan Ibubapa akan diadakan

Tindakan: Semua guru

3.2. Penggunaan Buku Rekod Kelas.

Tindakan: Semua guru

3.3. Jadual bacaan yassin ialah pada jam 7.20 hingga 7.40 pagi
4. PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi

b. Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat .

c. Tarikh mesyuarat yang akan datang akan ditentukan berdasarkan takwim.

Disediakan oleh.

Nur ………………
(NUR SHAFIZAH BT. BAKAR)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Putat
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTAT
TELUK TENGGIRI, 06000 JITRA,KEDAH

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN bil 2/2018

Tarikh : 30 Januari 2018


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Encik Rosli b. Suid Guru Besar
2. Puan Azlina bt. Salim Penolong Kanan Pentadbiran
3. Encik Mat Ali b. Rahim Penolong Kanan HEM
4. Pn. Nur Shafizah bt. Bakar Penolong Kanan Kokurikulum

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Dimulakan dengan bacaan ALFatihah.


1.2 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada GPK yang hadir.

2 LAPORAN GURU BESAR


2.1 Pada hari Ahad bersamaan 4 Februari 2018 di Sekolah Menengah Ayer Hitam
akan di adakan satu program motivasi untuk waris tahun 6 bagi Parlimen
Jerlun, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
2.2 Cuti Thaipusam pada 31 Januari 2018.
2.3 Pertandingan Merentas Desa Peringkat negeri akan di adakan di SMK
Laksamana , Kuala Kedah pada 27 Januari 2018.
2.4 Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah pula telah diadakan pada 29
Januari 2018.
2.5 Program motivasi waris tahun 6 telah dijalankan pada 29 Januari 2018.
2.6 Encik Kamarudin telah bebesar hati untuk membantu En. Amirul untuk
mengajar kelas Bahasa Melayu tahun 6 pada tahun ini. Oleh yang demikian
sedikit perubahan akan dilaksanakan dalam jadual waktu iaitu En. Amirul akan
mengajar kelas tahun 6 Umar manakala En. Kamarudin akan mengajar kelas
tahun 6 Abu Bakar.
2.7 Pihak sekolah akan mencalon guru PAK 21 iaitu Puan Nurul Hidayah.
2.8 Keputusan UPKK 2017 telah diumumkan. 12 orang murid telah mendapat
keputusan cemerlang iaitu 8A. Seorang mendapat 7A1B dan seorang juga
mendapat 7A1C.
2.9 Bekas pelajar SK Putat telah mendapat keputasan yang cemerlang dalam
peperiksaan STAM baru.baru ini.
2.10 Pihak Sekolah telah memohon guru Bahasa Inggeris bagi menampung
kekurangan guru di sekolah ini.
2.11 Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan sama ada 6hb atau 7hb mengikut
kelapangan YDP pada jam 11 pagi.
2.12 Mesyuarat Agung PIBG 2018 akan dilaksanakan pada 3hb Mac 2018
(sabtu) bersama-sama dengan pameran wawasan dan perasmian surau.
2.13 Kejohanan Sukan Olahraga akan dijalankan pada 15 Mac 2018
(Khamis). Penolong Kanan Kokurikulum perlu membuat surat memohon cuti
peristiwa pada hari tersebut.
2.14 Pemberian bantuan awal persekolahan berupa one-off akan mula diberi
pada 22 Februari 2018 ini. Surat makluman akan dikeluarkan oleh pihak
sekolah. Bagi tahun ini sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak
RM27,300.00.
2.15 Taklimat dakwah J-Qaf akan menganjurkan 12 aktiviti pada sepanjang
tahun 2018.
2.16 Bagi kelas AL-quran dan Tasmik iaitu kelas kolaborasi yang
memerlukan 2 orang guru yang masuk setiap masa tersebut akan dipantau
bagi memastikan guru-guru berkenaan berada didalam kelas.
2.17 PBPPP- guru akan dipanggil untuk isi borang secara online atau offline.
2.18 Pihak sekolah telah memesan tali leher baru iaitu berwarna biru muda
dengan harga RM10.00 setiap satu. Begitu juga denagn Tshirt sukan sekolah
berharga RM23.00 sehelai.
2.19 Murid yang mendapat RMT untuk setakat Januari 2018 ialah seramai
83 orang dengan peruntukan RM2.50 seorang.
2.20 Murid-murid pra sekolah pada tahun 2018 setakat bulan Januari ialah
seramai 46 orang.

3 Hal-hal Lain
3.1 Perhimpunan pagi setiap hari selain daripada hari ahad akan diambil alih
sepenuhnya oleh panitia. Jadual akan disusun kemudian dan bahan-bahan
adalah berdasarkan kepada modul yang sedia ada.
3.2 Kelas tambahan Bahasa Inggeris tahun 6 iaitu 6 Umar, muridnya akan
dibahagikan kepada setiap pentadbir untuk membantu. Kelas bermula pukul
2.00 hingga 3.00 petang.
3.3 PPD memaklumkan bahawa guru besar dan penolong kanan tidak boleh
mengajar subjek sejarah dan pendidikan moral.

4. PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi

b. Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat .

c. Tarikh mesyuarat yang akan datang akan ditentukan berdasarkan takwim.

Disediakan oleh.

Nur ………………
(NUR SHAFIZAH BT. BAKAR)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Putat
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTAT
TELUK TENGGIRI, 06000 JITRA,KEDAH

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN bil 3/2018

Tarikh : 6 Mac 2018


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Encik Rosli b. Suid Guru Besar
2. Puan Azlina bt. Salim Penolong Kanan Pentadbiran
3. Encik Mat Ali b. Rahim Penolong Kanan HEM
4. Pn. Nur Shafizah bt. Bakar Penolong Kanan Kokurikulum

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Dimulakan dengan bacaan ALFatihah.


1.2 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada GPK yang hadir.

2 LAPORAN GURU BESAR


2.1 Berdasarkan kepada perjumpaan guru besar dengan timbalan PPD Tn. Wan
Khalim;
i. PBPP boleh mula dilaksanakan pada bulan 3 iaitu pertengahan
bulan 3 (Mac) perlu lantik jawatankuasa yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan tersebut.
ii. Keberhasilan guru boleh dimulakan.
iii. Penilaian adalah untuk Fasa 1 – setengah tahun pertama dan
Fasa 2 pada hujung tahun.
2.2 AG telah dibuka untuk diisi oleh guru.
2.3 Murid dibenarkan balik awal iaitu pada pukul 12.00 tengah hari pada hari
Mesyuarat Agung PIBG dijalankan.
2.4 LINUS – Saring mula dijalankan.
2.5 Satu mesyuarat bersama dengan JKKK adakan diadakan pada 7 Mac 2018
Khamis pada pukul 9.00 pagi untuk Program Hasanah Bersama Rakyat.
2.6 Mentor sekolah akan dating untuk membuat pemantauan di sekolah diharap
guru-guru bersedia dengan RPH masing-masing.
2.7 Ujian 1 akan dlaksanakan pada 11 – 14 Mac 2018. Murid-murid dibenarkan
pulang awal iaitu pukul 1 tengah hari sepanjang hari ujian dijalankan.
2.8 Ujian yang dijalankan hanyalah untuk subjek teras sahaja dari tahun 1 hingga
tahun 6.
2.9 Pertandingan keceriaan kelas akan mula dijalankan. Setiap kelas akan
dipantau pada setiap hujung bulan dan diberi hadiah kepada pemenang untuk
tahap 1 dan tahap 2.
2.10 SKPMg2 akan mula dinilai mulai hujung bulan Mac 2018.

3 HAL-HAL LAIN
3.1 Kursus motivasi tahun 6 masih dalam perancangan.
3.2 Program team building untuk guru akan dilaksanakan sebelum bulan
ramadhan.
3.3 Usul yang dikemukan oleh waris untuk Mesyuarat Agung PIBG hanya 1
sahaja.

4. PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi

b. Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat .

c. Tarikh mesyuarat yang akan datang akan ditentukan berdasarkan takwim.

Disediakan oleh.

Nur ………………
(NUR SHAFIZAH BT. BAKAR)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Putat
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTAT
TELUK TENGGIRI, 06000 JITRA,KEDAH

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN bil 4/2018

Tarikh : 23 April 2018


Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Encik Rosli b. Suid Guru Besar
2. Puan Azlina bt. Salim Penolong Kanan Pentadbiran
3. Encik Mat Ali b. Rahim Penolong Kanan HEM
4. Pn. Nur Shafizah bt. Bakar Penolong Kanan Kokurikulum

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Dimulakan dengan bacaan ALFatihah.


1.2 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada GPK yang hadir.

2 LAPORAN GURU BESAR


2.1 Program KAFA iaitu MTQ KAFA akan diadakan di SK Putat sebagai tuan
rumah pada 5 Mei 2018 (sabtu).
2.2 Cadangan lawatan team building SKP iaitu pada 3 – 4 Mei 2018 ke Cameron
Highland.
2.3 Sumbangan daripada pihak Khazanah Nasional sebanyak RM10,000.00 telah
diterima oleh pihak sekolah. RM5000.00 akan digunakan utnuk PA system dan
bakinya RM5000.00 akan digunakan untuk program team building.
2.4 Sumbangan daripada Dato’ Othman Aziz telah diterima iaitu sebanyak
RM5000.00 untuk pembangunan ragbi dan RM3500.00 dimasukkan terus
kepada En. Norhasri untuk pembaikan padang juga untuk ragbi.
2.5 SKP akan memasuki pertandingan ragbi yang akan dijalankan di Lunas.
2.6 Sumbangan daripada Dato Abu Hassan berjumlah RM15, 000.00 masih belum
diterima.
2.7 Khemah sumbangan Dato Abu Hassan disimpan dibilik utility B.
2.8 Duit peruntukan RMT yang sekolah dapat adalah lebih kurang dalam
RM3000.00 untuk 190 hari persekolahan bagi 85 orang murid.
2.9 Kebanyakkan guru memulakan pengajaran lambat iaitu pukul 8.00 pagi.
2.10 Guru-guru juga dikesan lambat masuk ke kelas waktu selepas rehat.
2.11 Penolong Kanan Kokurikulum diminta mengadakan satu mesyuarat
jawatankuasa untuk sambutan Hari Guru.
2.12 Peperiksaan pertengahan tahun akan dijalankan pada 27 – 31 Mei
2018. Oleh yang demikian soalan teras untuk tahun 4, 5 dan 6 akan disediakan
oleh MGB. Namun begitu, jika pihak sekolah inginkan semua soalan yang
dibekalkan oleh MGB bagi setiap tahap boleh dimaklumkan terus kepada
setiausaha MGB iaitu soalan teras bagi tahap 1 dan soalan elektif.
2.13 Program Profesionalisme untuk kepimpinan akan dijalankan oleh PPD
seperti berikut:
i. PK HEM – 22.4.2018
ii. PK KO – 22.4.2018
iii. PK 1 – 25.4.2018
iv. GB – 29.4.2018
2.14 Murid yang didapati telah menconteng kereta guru telah dapat
dikenalpasti dan guru telah bertindak dengan memanggil waris murid tersebut.
Kes dianggap selesai.
2.15 Pihak syarikat pembersihan iaitu En. Kamarul akan mengambil
tindakan terhadap pekerjanya yang didapati telah mencuri wang guru-guru.

3 LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


3.1 Program peningkatan tahun 6 akan dijalankan pada 26 dan 27 April 2018.
Program tersebut hanya dijalankan sehingga pukul 10 malam sahaja dan
murid tidak bermalam di sekolah. Penceramah jemputan adalah Dr. Naim dari
UUM dan Cikgu Sobri dari SMKA Islamiah.
3.2 Peruntukan program menggunakan dana tahun 6.

4 LAPORAN PENOLONG KANAN HEM


4.1 Maklumat perjumpaan dengan Tuan PPD:
i. Tender kantin mestilah mengikut prosedur SOP iaitu mempunyai
salinan surat tawaran, tender, surat perjanjian, buku kantin dan lain-
lain. Semua borang yang berkaitan mestilah lengkap. Minit mesyuarat
pemilihan perlu disertakan.
ii. Bagi calon peperiksaan UPSR mestilah menulis nama dan BIN atau
BINTI yang lengkap.
iii. Disentuh juga berkenaan dengan keselamatan murid, kesihatan,
keracunan makanan, disiplin, sahsiah dan poteng.
iv. Pihak pentadbir perlu menilai prestasi guru dengan adil tidak terlalu
rendah.
v. Penolong kanan hem perlu mengajar mengikut waktu yang telah
ditetapkan iaitu 12 waktu seminggu.
vi. Penulisan refleksi dalam buku RPH mestilah spesifik.
vii. Berdasarkan kepada pemantauan PPD yang dibuat baru-baru ini
didapati ada sekolah-sekolah yang tidak ceria, sekolah tidak bersih,
buku RPH disediakan namun begitu rancangan pengajaran ditidak
ditulis dengan baik.
viii. Kem bestari Solat akan dijalankan pada 27 April 2018 Jumaat pada
pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari yang mana ia melibatkan
seramai 100 orang pelajar.

5 LAPORAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


5.1 Sukan tara dan Sukan sekolah telah selesai dilaksanakan. Majlis berjalan
dengan lancar.
5.2 Karnival Bahasa Melayu yang mana kita sebagai tuan rumah telah selesai
dijalankan untuk peringkat PKG Kodiang pada 19 April yang lalu. Walaupun
peserta kita tidak Berjaya ia meruapakan satu percubaan yang baik.
5.3 Kita akan memasuki satu lagi pertandingan iaitu Karnival Bahasa Inggeris yang
akan dijalankan pada 3 Mei 2018 bertempat di SK Laka Selatan.

6. PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi

b. Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat .

c. Tarikh mesyuarat yang akan datang akan ditentukan berdasarkan takwim.

Disediakan oleh.

Nur ………………
(NUR SHAFIZAH BT. BAKAR)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Putat

You might also like