You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan .......................................................................................................................... 2

2. Sejarah Teori....................................................................................................................... 3

3. Andaian teori ...................................................................................................................... 3

4. Model CMM ....................................................................................................................... 4

5. Relevan Teori Dan Realiti Pada Keadaan Komunikasi ...................................................... 6

6. Kritikan Terhadap Teori ..................................................................................................... 8

7. Kesimpulan ......................................................................................................................... 9

RUJUKAN ............................................................................................................................... 10
1. Pengenalan

Komunikasi merupakan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Manusia
memerlukan komunikasi bagi memenuhi keperluan hidup dan komunikasi tersebut akan
senantiasa berterusan. Komunikasi boleh dianggap sebagai satu proses manusia menghantar
dan menerima mesej. Dengan erti kata lain komunikasi ialah satu proses di mana manusia
berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan. Melalui komunikasi berkesan
manusia boleh memahami antara satu sama lain. Sebaliknya komunikasi yang tidak tepat
menyebabkan salah faham sesama manusia yang seterusnya mencetuskan konflik yang lebih
besar. Menurut Hybles dan Weavers (1992) umpamanya melihat komunikasi sebagai satu
proses di mana seseorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan. Sementara Byrnes (1975)
menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia, di mana orang ramai
bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak isyarat atau symbol, dengan tujuan untuk
memberi dan bertukar-tukar maklumat dengan mempengaruhi tingkah laku,memujuk ataupun
mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.

Umumnya, konsep komunikasi agak sukar didefinisi atau ditafsirkan. Konsep


komunikasi adalah subjektif dan mengandungi pelbagai makna/maksud. Masalah timbul
kerana maksud komunikasi yang digunakan seharian amat berbeza daripada penggunaannya
oleh para sarjana untuk tujuan kesarjanaan atau saintifik. Dimensi definisi komunikasi
dipengaruhi tahap pemerhatian, tahap tujuan dan tahap normatif. Tahap pemerhatian
(observation) menyatakan bahawa terdapat definisi komunikasi yang luas dan
terbatas/sempit. Tahap tujuan (intention) lebih tertumpu kepada penjelasan mengenai tujuan
komunikator dalam proses komunikasi. Pertimbangan normatif (normative) mengambilkira
kepentingan proses komunikasi berdasarkan realiti.
2. Sejarah Teori

W. Barnett Pearce dan Vernon Cronen telah membangunkan teori Pengueusan Koordinasi
Makna atau Coordinated Management of Meanings (CMM) pada lewat 1970-an. Menurut
teori ini, dua individu yang berinteraksi akan mencipta maksud terhadap perbualan mereka.
Setiap individu ini juga akan menghasilkan sistem interpersonal yang membantu
menerangkan tindakan dan tindak balas. Teori ini berkaitan dengan beberapa teori lain seperti
Teori Pengucapan, Teori Interaksi Simbolik dan Teori Sistem. W. Barnett Pearce dan Vernon
Cronen (1980) percaya bahawa CMM ini sangat berguna dalam kehidupan manusia. Menurut
W. Barnett Pearce dan Vernon Cronen apabila manusia mula berinteraksi dengan individu
lain, perkara pertama yang dilakukan oleh individu tersebut ialah cuba memahami apa yang
sedang berlaku dan akhirnya individu tersebut bertindak balas terhadap isu tersebut
berdasarkan pemahamannya. Teori Pengurusan Koordinasi Makna ini juga boleh dikatakan
bagaimana manusia atau individu membuat, menyelaras dan menguruskan makna dalam
proses komunikasi mereka. Secara amnya, ia merujuk kepada “bagaimana mewujudkan
peraturan unuk membuat dan mentafsirkan makna dan bagaimana peraturan tersebut
dibincangkan dalam perbualan/komunikasi di mana makna senantiasa diselaraskan”.

3. Andaian teori

Andaian asas teori ini ialah secara umumnya teori CMM mengatakan bahawa individu yang
terlibat dalam sesuatu perbualan akan membina realiti sosial mereka sendiri. Pearce dan
Cronen percaya bahawa teori ini amat berfaedah kepada kehidupan harian kita. Individu
dalam sesebuah situasi sosial akan cuba memahami perkara-perkara yang sedang berlaku dan
menggunakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengenal pasti sesuatu. Mereka bertindak
dalam lingkungan pemahaman, menggunakan peraturan-peraturan untuk membuat keputusan
yang betul tentang tindakan yang perlu diambil.

Pearce dan Cronen menggunakan istilah “making social worlds” untuk menerangkan
CMM, iaitu manusia mempunyai matlamat terhadap apa yang mereka fikirkan perlu dan
mulia, begitu juga apabila mereka benci dan takutkan sesuatu. Mereka ingin mencapai
sesuatu dalam hidup dan berharap dapat menguruskan sesuatu konflik dengan baik.
Koordinasi menjadi sukar apabila dua individu melihat sesuatu perkara itu dengan cara
berlainan. CMM dibina berdasarkan dua kaedah iaitu kaedah konstitutif; merupakan kaedah
yang penting untuk memahami maksud. Digunakan untukmenjelaskan situasi atau mesej.
Kaedah kedua ialah kaedah regulative iaitu kaedah yang penting untuk menentukan tindakan,
tindak balas atau perlakuan.

4. Model CMM

Diantara model-model teori koordinasi pengurusan makna ialah :

Teori ini menyatakan manusia tafsiran mereka sendiri dan memereka bertindak mengikut
cara mereka sendiri untuk menjadi sebahagian dalam dunia sosial. Dalam teori ini terdapat
juga frasa-frasa keluar atau tindak balas yang berlaku pada orang lain. Model jenis ini
membawa keperluan pemikiran mengenai tindakan seterusnya dengan meneruskan pola
serpentin ini.
teori ini menyatakan tidak ada interaksi ataupun perbualan berlaku secara sehala atau secara
tunggal, tetapi perbualan ataupun interaksi bermula dengan pusat yang menarik dan akhirnya
membentuk kelopak. Setiap kelopak mempunyai percakapan yang berbeza-beza.
Teori ini mengatakan bahawa seseorang individu menceritakan kisah hidup dalam kumpulan
tertentu. Individu tersebut akan memilih cerita yang ingi diberitahu sahaja, manakala yang
tidak mahu diketahui, individu tersebut akan penyimpan rahsia tersebut. Jalan cerita yang
ingin disampaikan mesti mempunyai kadungan cerita, interaksi watak samada dalam atau
luar. Mitos dan kepercayaan setempat adalah contoh terbaik bercerita.

Dalam model LUUT mengatakan model ini akronim dengan tujuh jenis-jenis penceritaan.

1- Cerita Sebenar
2- Cerita yang tidak diketahui
3- Cerita yang tidak mahu diketahui
4- Cerita yang tidak mahu didengar
5- Cerita-cerita yang dilarang
6- Jalan penceritaan (bagaimana berkomunikasi)
7- Apa yang dikatakan, dilakukan

5. Relevan Teori Dan Realiti Pada Keadaan Komunikasi

CMM mencadangkan tiga cara mengaplikasikan perspektif komunikasi kepada aktiviti dunia
sosial (social worlds) iaitu koordinasi, koherans dan misteri iaitu (i) Koordinasi menjuruskan
perhatian kita kepada cara tindakan disatukan untuk menghasilkan bentuk. Bentuk-bentuk ini
disatukan menjadi acara dalam dunia sosial kehidupan kita. Koordinasi ini akhirnya membina
bentuk-bentuk aktiviti oleh lebih pelbagai individu.

(ii) Koherans mengarahkan perhatian kita kepada cerita yang kita sampaikan yang
menyebabkan cerita itu tadi lebih bermakna. CMM menerangkan bahawa kita
bercerita pelbagai perkara secara individu ataupun kolektif. Terdapat pelbagai
ketegangan yang berlaku yang menjadikan dunia sosial ini lebih mudah
difahamisepanjang kita berhubung (koordinat) dengan pihak lain.

(iii) Misteri digunakan untuk mengingatkan kita bahawa terdapat banyak lagi perkara
di dalam dunia ini selain apa yang dapat kita lihat. Semua individu yang bercita-cita
mengurangkan ciri kehidupan ini ialah satu kesilapan. Oleh itu, misteri mendorong
kita berfikir bahawa dunia ini lebih besar daripada cerita-cerita yang kita sampaikan
dan dengar.

Teori CMM mengandaikan realiti dicipta bukan ditemui. Tindakan yang dilaksanakan
bergantung kepada kesan yang diterima daripada pihak lain. Begitu juga kita memberi kesan
kepada pihak lain melalui interaksi kita dengannya.

Kedua, Teori CMM mengkaji keseluruhan interaksi secara holistik. Individu-individu yang
berinteraksi akan mengkoordinasikan tindakan agar memberi kesan seperti yang diinginkan
dan akhirnya kedua-dua belah pihak dapat mengambil bahagian dengan selesa.

Kritikan terhadap teori ini ialah Teori CMM dikatakan satu teori makro interaksi manusia
yang lahir daripada pemikir-pemikir komunikasi perucapan. Dua lapangan dilihat untuk
mencapai pemahaman terhadap manusia meliputi
(i) Melihat komunikasi daripada pandangan peserta interaksi. Hal ini dapat
mencipta maksud dan fungsi selain hanya menyampaikan informasi.

(ii) CMM mengiktiraf percakapan ialah proses sosialisasi. Kita akan

lebih memahami diri kita dan orang lain dengan menyedari apa yang diucapkan dan
bagaimana sesuatu itu diucapkan. Hal ini secara konstan akan mencipta persepsi
terhadap dunia sosial kita.

Teori CMM ini dikatakan telah berjaya membantu menjelaskan nilai-nilai kemanusiaan
dalam interaksi berbanding Teori Informasi Shannon dan Weaver yang telah kita pelajari
sebelum ini. Teori CMM turut menekankan aspek kemanusiaan yang merangkumi maksud
serta cara berinteraksi dengan menggunakan koherans, koordinasi dan misteri dalam
interaksi. Kita dapat menyedari bahawa tingkah laku kita ialah hasil andaian tentang
bagaimana kita membuat tanggapan terhadap individu-individu lain. Tanggapan kita mungkin
berlainan, namun komunikasi masih boleh terus berlaku dengan syarat kedua-dua belah pihak
faham mereka datang daripada latar belakang yang berbeza dan mereka akan mencari titik
persamaan yang memenuhi keperluan mereka.
6. Kritikan Terhadap Teori

Namun begitu, kelemahan yang ketara pada teori ini ialah

(i) Ia telah menggunakan istilah yang terlalu banyak. Pearce dan Cronan cuba
untuk membuatkan orang lain faham teori ini daripada pandangan mereka.
(ii) Teori CMM gagal untuk memberi fokus utama terhadap perkara terpenting
dalam interaksi komunikasi.
(iii) Teori CMM memberi fokus kepada situasi semasa (now). Ia tidak
menerangkan atau membuat ramalan bagaimana teori ini boleh memberi kesan
terhadap kejadian akan datang atau situasi komunikasi masa depan.
(iv) Teori ini dibina dalam perspektif ilmu kemanusiaan. Mengikut perspektif ini,
teori ini mesti dinilai berdasarkan kriteria interpretif. Kekuatan teori ini ialah
ia memberi satu pengalaman dan pemahaman baru kita terhadap aktiviti
manusia dalam perbualan. Namun, kemajuan yang dicapai ini tidak mendapat
sokongan para sarjana komunikasi kerana keraguan standard saintifik dan
kebolehujiannya.
7. Kesimpulan

Komunikasi merupakan salah satu interaksi sesame manusia yang semulajadi. Misinterpretasi
san salah faham dalam mentafsir maksud dan makna yang ingin disampaikan, noleh
membentuk jurang komunikasi yang boleh mewujudkan penghalang besar dalam hubungan
interpersonal. Ia membuktikan bahawa teori CMM dan modelnya digunakan dalam
kehidupan harian kita yang juga membuktikan bahawa dengan menggunakan model-model
ini dalam situasi yang sesuai, komunikasi dapat ditingkatkan dan jangkauan komunikasi.
RUJUKAN

Baxter, L.A. & Babbie, E. (2004). The basics of communication research. Australia:
Thomson Wadsworth.
Ellis, R. & A. (1990). If you take my meaning theory into practice in human communication.
London: Arnold.
Jones, E., Watson, B., Gardner, J. & Gallois, C. (2004). Organizational Communication:
Challenges for the New Century. Journal of Communication, 54(4), 722-750.
Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human communication (7th ed.). Belmont:
Wadsworth/Thomson Learning.
Littlejohn, S.W. (2005). Theories of human communication. Victoria: Thomson.
Narimah Ismail & Saodah Wok. (2002). Komunikasi organisasi. Bentong, Pahang: PTS
Publications and Distributor Sdn Bhd.

You might also like