You are on page 1of 10

HAK CIPTA TERPELIHARA

Hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik bahan berhak cipta dan terdapat panduan
yang mengehadkan serta mengiktirafkan hak undang-undang untuk menggunakan bahan yang berhak
cipta. Undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia ialah Akta Hak Cipta 1987. Di bawah akta
ini, perlindungan diberikan kepada karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan
dengan pemenuhan tiga syarat, iaitu usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asli, karya tersebut
tertulis atau direkod dan penciptanya merupakan orang yang berkelayakan atau karyanya telah dianut
di Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia (Wikipedia,2008).

Tujuan hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik untuk mengawal
penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada
pemiliknya untuk apa jua cara pun (KPM,2008). Mengikut Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran
Malaysia, karya-karya asal yang layak mendapat hak cipta termasuklah karya sastera, muzik, seni, filem,
rakaman bunyi, seni bina dan siaran. Akta Hak Cipta 1987 memberikan perlindungan kepada pemiliknya
agar tidak dieksploitasi dengan bebas tanpa kebenaran pemiliknya. Dalam konteks ini, pengguna harus
meminta kebenaran daripada tuan punya bahan yang dihakciptakan. Ada kalanya kita harus
mengemukakan bayaran supaya dapat menggunakan bahan berkenaan. Secara umumnya, adalah baik
untuk menghubungi pengedar atau penerbit bahan daripada menghubungi penulis atau pereka jika ingin
meminta kebenaran untuk menggunakan bahan yang telah mempunyai hak cipta terpelihara.
Kebiasaannya, penerbit atau pengedar akan menguruskan hal kebenaran atau yuran penggunaan.

Dalam proses permohonan, kita perlu spesifik dari segi memberikan halaman dan perenggan yang ingin
digunakan. Jika boleh, hantar satu salinan bahagian yang ingin digunakan. Maklumat terperinci
mengenai bagaimana dan di mana bahan itu ingin digunakan perlu dikemukakan kepada pihak
berkenaan. Ada kala kita perlu berunding dengan pihak berkenaan mengenai amaun yang perlu dibayar
jika ia terlalu tinggi. Jika dalam proses ini kita tidak menggunakan bahan yang dipohon, kita seharusnya
memaklumkan kepada pihak berkenaan supaya tidak dikenakan bayaran. Semua urusan surat-menyurat
dan rekod tentang hubungan dengan penerbit atau pengedar mengenai permohonan kebenaran harus
disimpan untuk rujukan.

Dalam situasi ini, terdapat juga koleksi bahan media dalam CD-ROM yang digelar sebagai bebas daripada
royalty dan boleh digunakan untuk persembahan. Namun, sebagai pengguna kita harus menggunakan
secara berhati-hati terhadap maksud “bebas daripada royalti” kerana ia berbeza daripada satu koleksi
dengan yang lain. Ada antaranya tidak ada had penggunaan, manakala ada yang mengehadkan
penggunaan bahan dalam apa jua bentuk produk elektronik.

Dari segi hak cipta terpelihara, para pendidik harus menggunakan bahan-bahan dari Internet dalam cara
yang sama seperti bahan bercetak. Seperti bahan bercetak, kita tidak boleh muat turun dan atau
mengedar bahan secara elektronik kepada pihak lain tanpa memohon kebenaran daripada tuan punya
bahan. Membaca bahan daripada Internet atu laman web adalah seperti membaca daripada buku
bercetak, maka kita tidak boleh memuat turun bahan yang dibaca tanpa memohon kebenaran daripada
tuan punya.

Antara perlakuan yang melanggar hak cipta termasuklah mengeluarkan semula dalam bentuk
menayang, mempamer, melakukan, mengedarkan kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan
keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan. Selain itu, adalah salah jika mengimport apa-apa
artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta (Bahagian Buku Teks, 2007). Dalam kes
pendidikan, terdapat buku teks sekolah yang hak cipta dipegang oleh kerajaan. Buku teks bagi beberapa
mata pelajaran, melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memegang hak cipta pada setiap buku
tersebut. Walau bagaimanapun, kawalan dan sebarang tindakan berhubung kawalan dan pengurusan
hak cipta diserahkan kepada penerbit atau kontraktor dengan persetujuan kerajaan.

Apa jua jenis buku teks di mana hak cipta dipegang oleh kontraktor atau penerbit. Jenis ini dikawal dan
diurus oleh penerbit sepenuhnya. Bagi mengetahui sepenuhnya mengenai hak cipta buku teks
Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan harus sentiasa dibuat kepada Bahagian Buku Teks dalam laman
web rasminya agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar akta hak cipta.

Selain itu, setiap perisian yang dibeli akan dibekalkan dengan lesen penggunaannya yang sah untuk
penggunaan sesebuah computer sahaja atau lesen untuk jaringan. Walaupun begitu, terdapat banyak
perisian cetak rompak yang dijual dengan ,murah dalam pasaran. Namun, pengguna seharusnya berhati-
hati kerana penggunaan perisian cetak rompak adalah salah dari segi undang-undang hak cipta
terpelihara Malaysia.

KESELAMATAN:

Dalam teknologi pendidikan, kebanyakan pembelajaran berlaku dalam makmal computer dan bilik
teknologi. Oleh sebab makmal dan bilik dilengkapi dengan peralatan elektronik, maka pengguna mesti
mematuhi peraturan-peraturan tertentu untuk memastikan keselamatan peralatan dalam makmal dan
bilik terpelihara.

Setiap bilik peralatan dan makmal mempunyai peraturan menggunakan makmal. Di samping itu,
perkakasan computer perlu dijaga dengan baik dari segi alat paparan video (monitor), kekunci, tetikus
dan unit system dan pencetak. Perkara-perkara yang perlu dijaga termasuklah mengenal pasti tanda-
tanda virus yang mungkin boleh merosakkan fail data atau memusnahkan fail serta cakera.

Dari segi data, keselamatan perlu dijaga dengan menyimpan data dalam cakera keras di samping adanya
salinan dalam cakera liut atau ke dalam storan sekunder yang lain. Tujuannya supaya salinan fail asal
selamat jika fail asal dirosakkan oleh virus.

Keselamatan computer juga dilihat dari segi persekitaran yang sesuai serta kebersihan system computer
secara keseluruhannya. Bilik computer perlu sesuai di mana cahaya harus tidak terlalu cerah dan tidak
terlalu gelap. Skrin computer sebaik-baiknya 15 hingga 30 dengan aras mata dan jarak antara mata
dengan skrin seharusnya antara 40-70 cm.

Bagi memastikan system computer mempunyai ketahanan yang lama, peralatan harus bersih dan tidak
berdebu serta diletakkan pada tempat yang udara di persekitarannya tidak panas atau terlalu lembap
serta aras meja yang stabil. Saiz meja seharusnya cukup sesuai untuk meletakkan computer. Jarak antara
kedudukan computer dengan dinding harus sesuai untuk peredaran udara.

Dari segi menjaga keselamatan alat paparan video atau monitor, pengguan harus membersihkan
bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak menghakis. Cara yang paling baik adalah dengan
mengelap skrin dengan kain basah. Di samping itu, bahagian-bahagian dalam unit system computer
perlu dijaga supaya tahan lebih lama. Sebelum membersihkan bahagian dalam unit computer, pengguna
harus memutuskan hubungan bekalan kuasa elektrik dari soket. Kabel bekalan kuasa dan kabel monitor
juga ditanggalkan. Tudung bingkai (casing) dibuka dan pembersih hampagas digunakan untuk
mengeluarkan habuk. Kemudian, pasang semula tudung system dan semua kabel dipasang semula
seperti asal.

Papan kekunci juga harus dijaga dengan menterbalikkan papan kekunci untuk mengeluarkan habuk.
Celah-celah kekunci dibersihkan.

Dengan ini, pembelajaran teknologi maklumat di makmal yang dilengkapi dengan peralatan elektronik
harus dijaga dengan baik. Maka, setiap makmal mesti mempunyai peraturan-peraturan untuk menjaga
keselamatan peralatan demi mengekalkan hayat peralatan serta membolehkan pengajaran
pembelajaran berlaku dengan berkesan sepanjang masa.

Kerahsiaan

Pembangunan teknologi merupakan agenda utama di negara kita masa ini. Ini bemakna kita harus
mempunyai pengurusan yang efektif dan sistematik untuk memelihara dan membina unsur-unsur
kerahsiaan. Rahsia yang dimaksudkan ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan “bahan” dan alat
atau objek,bahan bertulis seperti peta, terutamanya peta topografi,pelan,model, graf,lukisan, pita
perakam dan alat-alat lain yang mengandungi suara. Ini juga termasuk filem, negatif atau alat-alat yang
mengandungi imej yang boleh dihasilkan, diperbanyak atau diulang pengeluarannya. Ini melibatkan
seseorang seperti pemegang amanah,pentadbir atau seseorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan
awam bersuhabat dan menyebarkan sesuatu bahan yang sulit kepada pihak lain.

Sebagai contoh,microsoft mempunyai rahsia tersendiri untuk membangun dan memajukan teknologinya
sehingga dapat meluaskan penggunaan jenamaya di serata dunia. Pemeliharaan nilai-nilai kerahsiaan
bagi mempertingkat dan memperkukuh organisasi menunjukkan betapa pentingnya kerahsiaan dalam
pembangunan teknologi.
Di samping itu, nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam penggunaan alat
komunikasi seperti computer di mana maklumat peribadi dari segi status kewangan,insurans, kesihatan
dan tempat tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh
menggunakannya untuk kepentingan diri atau secara negative. Nilai-nilai kerahsiaan kini amat tergugat
kerana kepesatan pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data,imej atau grafik secara e-
mel. Maka, setiap pengguna teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati serta
bertanggungjawab dalam mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat serta bahan yang
diterima kerana kecuaian pengguna akan menyebabkan rahsia tersebar ke pihak lain yang mempunyai
agenda negative. Ini akan menggugat keselamatan dan kesejateraan individu berkenaan serta
masyarakat atau Negara amnya.

Dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu oganisasi atau Negara,teknologi maklumat digunakan untuk
membina dan memelihara kerahsiaan pembangunan. Pembangunan teknologi yang dibina
menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melalui amalan penguatkuasaan undang-undang,
peraturan, pelesenan dan praktis penguatkuasaan pentadbiran.

Kesimpulannya, demi menjaga keselamatan organisasi dan Negara, orang perseorangan atau kumpulan
yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan, mengkaji, menganalisis dan membuat penilaian
terhadap data/ maklumat yang diperoleh seharusnya terdiri daripada mereka yang benar-benar
bertanggungjawab, amanah dan jujur. Jika tidak, kecuaian akan membawa padah kepada organisasi atau
Negara, maka, pedidikan yang merupakan tonggak kemajuan Negara harus mementingkan aspek
pemeliharaan kerahsiaan selain penguasaan kemahiran teknologi supaya dapat membina kekuatan
mental pelajar untuk tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negative.

Kawalan kendiri

Kawalan kendiri merupakan suatu ikhtiar atau kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan
proses-proses pemikiran. Kawalan kendiri berpusatkan kepada kebolehan seseorang untuk menekankan
kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tindakannya. Sejak kecil lagi, kanak-kanak
dilatih untuk mengawal kendiri. Akan tetapi, pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai media boleh
mempengaruhi serta mengurangkan kapasiti pelajar untuk mengawal diri dengan berkesan.

Pada zaman perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu harus
mempunyai kawalan diri terhadap tindak-tanduk sendiri. Kita mempunyai tanggungjawab diri untuk
mengurus dan menggunakan teknologi serta apa-apa jua bahan sedia ada dengan baik demi mencapai
keseimbangan dan integrity sebagai ahli dalam keluarga, masyarakat serta warganegara Malaysia.
Segala akses kepada teknologi maklumat dan bahan bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan dan
bukan satu hak mutlak. Oleh itu, setiap individu harus mengikut prosedur dan etika pengguanaan bahan
dan teknologi.

Tambahan pula, kita harus mempratikkan tanggungjawab dalam menggunakan system teknologi
dan teknologi maklumat dengan wajar serta menyedari implikasi tentang tindakan diri dalam ruang
lingkup system laman web. Semasa menggunakan bahan, seseorang perlu berkebolehan untuk
mengawal diri daripada segi melayari bahan yang melanggar undang-undang atau kod etika diri serta
mempunyai disiplin diri dalam menentukan priority dalam proses mencapai matlamat kendiri, sama ada
berkaitan dengan tugas atau peribadi.

Teknologi kini memberikan individu pelbagai cabaran, peluang serta keinginan yang menarik.
Data elektronik kini mudah diperoleh pada computer, sama ada dalam bentuk video digital, muzik, teks
imej dan lain-lain lagi. Pengguna harus berhati-hati semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat
diperlukan agar tidak melanggar peraturan atau prosedur undang-undang.

Satu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seseorang bertanggungjawab dalam mengemas
kini diri dengan undang-undang terkini, polisi dan amalan dalam bidang ini (Willard, 2001). Dalam hal ini,
pengguana harus memahami isu-isu etika dan masyarakat yang berkaitan dengan teknologi. Di samping
itu, amalan dalam penggunaan secara bertanggungjawab dalam system teknologi dan oleh itu, etika dan
nilai mesti dibentuk untuk memandu aplikasi sains dan teknologi dalam masyarakat.

 Hak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka.

 Akta Hak Cipta 1987 melindungi hak cipta di Malaysia. Merangkumi;

i. Karya sastera

ii. Muzik

iii. Seni

iv. Filem

v. Rakaman bunyi

vi. Siaran dan terbitan

Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik untuk mengawal penggunaan
karya, bahan bercetak, filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada
pemiliknya untuk apa jua cara pun.

 Akta Hak Cipta 1987 memberikan perlindungan kepada pemiliknya agar tidak
dieksploitasi dengan bebas tanpa kebenaran pemiliknya.
 Dalam konteks ini, pengguna perlu meminta kebenaran atau kadang kala harus
mengemukakan bayaran bagi penggunaannya.

 Dalam kes pendidikan, terdapat buku teks sekolah yang dipegang oleh kerajaan atau
kontraktor atau penerbit.

Selain itu, setiap perisian yang dibeli akan dibekalkan dengan lesen penggunaanya yang sah
untuk penggunaan sesebuah komputer sahaja atau lesen untuk jaringan

 Dalam teknologi pendidikan, kebanyakan pembelajaran berlaku dalam makmal komputer


dan bilik teknologi yang dilengkapi dengan peralatan elektronik.

Pengguna haruslah mematuhi peraturan-peraturan tertentu untuk memastikan keselamatan


peralatan dalam makmal dan bilik terpelihara

 Perkakasan komputer perlu dijaga dengan baik dari segi;

i. Alat paparan video (monitor)

ii. Kekunci

iii. Tetikus

iv. Unit sistem pencetak

v. Termasuklah tanda-tanda virus yang mungkin boleh merosakan fail data

vi. Keselamatan data – menyimpan data dalam cekera keras / salinan dalam cekera linut atau
ke dalam storan skunder yang lain.

Tujuan – salinan asal selamat jika fail asal dirosakan oleh virus

 Pengurusan yang efektif dan sistematik untuk memelihara dan membina unsur-unsur
kerahsiaan merupakan agenda utama.

 Rahsia yang dimaksudkan ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan;

i. Bahan dan alat atau objek

ii. Bahan bertulis seperti peta

iii. Pita rakaman dan alat-alat lain yang mengandungi suara


iv. Filem, negatif atau alat-alat yang mengandungi imej boleh dihasilkan, diperbanyak atau
diulang.

 Sebagai contoh, Microsoft mempunyai rahsia tersendiri untuk membangun dan


memajukan teknologinya sehingga dapat meluaskan penggunaan jenamanya di serata
dunia.

 Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutamanya dalam penggunaan alat komunikasi


dari segi;

i. Status kewangan

ii. Insurans

iii. Kesihatan

iv. Tempat tinggal

 Kepesatan pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data, imej atau grafik
secara e-mel menyebabkan nilai-nilai kerahsiaan ini tergugat.

 Pembangunan teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan


melalui amalan;

i. Penguatkuasaan undang-undang

ii. Peraturan

iii. Pelesenan

Praktis penguatkuasaan pentadbiran

You might also like