You are on page 1of 2

TEKNIK PaMaH+S

[Pengetahuan + Memanfaatkan Masa + Hiburan+ Silaturahim]

KARANGAN FAKTA

Ruang kosong masukkan kata kunci soalan seperti faedah mengikuti lawatan sambil
belajar, faedah kokurikulum, faedah bersukan atau faedah membaca.

Setiap sekolah sering mengadakan aktiviti _________. Guru-guru dan ibu bapa
menggalakkan kita mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Banyak faedah
yang diperoleh apabila menyertai kegiatan tersebut.

Apabila kita _________________, pengetahuan kita akan bertambah. Sebagai


contohnya, kita akan memperoleh pengetahuan daripada penglibatan tersebut.
Pengetahuan tersebut boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran di kelas.

Selanjutnya, apabila kita ___________________, bermakna kita manfaatkan


masa lapang kita dengan aktiviti berfaedah. Jika kita tidak melakukan aktiviti tersebut
kemungkinan kita melakukan aktiviti negatif seperti bercampur dengan budak-budak
nakal. Hal ini menyebabkan kita boleh terjebak gejala tidak sihat seperti mencuri.

Seterusnya, aktiviti tersebut dapat memberi hiburan kepada kita. Jika hati kita
terhibur, hati dan perasaan kita akan menjadi tenang. Kesannya, mudahlah untuk kita
mengulang kaji pelajaran, sekali gus menjanjikan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Malah, penglibatan kita dapat merapatkan hubungan silaturahim. Kita dapat


mengenali kaum Melayu, Cina dan India dengan lebih rapat. Hal ini menyebabkan
perpaduan kaum dapat diperteguh bah kata pepatah “bagai aur dengan tebing”.

Sebagai kesimpulannya, kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah.
Masa itu emas. Jadi, gunakanlah masa yang boleh menjamin kita untuk menjadi model
insan yang cemerlang.
KARANGAN HARI PERAYAAN DI SEKOLAH

[Hari Guru, Hari Sukan, Hari Kanak-kanak, Hari Penyampaian Hadiah, Sambutan Hari
Kemerdekaan Peringkat Sekolah, Hari Kantin, Majlis Gotong-royong Peringkat Sekolah]

Hari __________ di Sekolah Saya

Pada ____(tarikh)____ yang lalu, sekolah saya, Sekolah Kebangsaan


___________________ telah mengadakan Hari ________. Majlis merupakan aktiviti
tahunan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Tujuan majlis diadakan untuk mencungkil
bakat dan mengeratkan silaturahim warga sekolah.

Setengah jam sebelum majlis bermula, ibu bapa/guru-guru telah memenuhi


padang/dewan. Mereka duduk di tempat yang disediakan. Murid-murid tidak sabar
menanti majlis dimulakan.

Kira-kira jam 8.15 pagi , majlis dimulakan. Acara dimulakan dengan ucapan
perasmian oleh Guru Besar/Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Dalam ucapannya, beliau telah melahirkan rasa bangga kerana majlis yang begitu
meriah dapat diadakan. Apabila selesai menyampaikan ucapan, murid-murid bertepuk
tangan.

Pada jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan acara ________________.


Peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjuarai pertandingan yang
dijalankan. Ibu bapa dan guru-guru memberi tepukan gemuruh ketika peserta
menunjukkan bakat yang terpendam.

Pada jam 10.30 pagi, acara ditangguhkan untuk murid-murid menjamu selera.
Ketika itu diadakan _________________. Acara bersambung semula jam 10.50 pagi
dengan aktiviti ______________________.

Majlis berakhir jam 12.45 tengah hari. Sebelum acara berakhir, telah diadakan
___________________. Keseluruhan majlis berjalan lancar dan murid-murid berasa
seronok menyaksikan majlis yang begitu meriah.

You might also like