You are on page 1of 18

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/308889595

PISA 2012: DI MANA KEDUDUKAN MALAYSIA UNTUK SUBJEK MATEMATIK?

Conference Paper · April 2014

CITATIONS READS

0 4,602

3 authors:

Abdul Halim Abdullah Johari Surif


Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Malaysia
128 PUBLICATIONS   88 CITATIONS    55 PUBLICATIONS   67 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Nor Hasniza Ibrahim


Universiti Teknologi Malaysia
64 PUBLICATIONS   60 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Integrated STEM Education in Malaysia View project

Metacognitive Learning Using Geometric Dynamic Software to Increase Metacognitive Skills and Geometry Thinking Level View project

All content following this page was uploaded by Abdul Halim Abdullah on 05 October 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

PISA 2012: DI MANA KEDUDUKAN MALAYSIA UNTUK


SUBJEK MATEMATIK?

Abdul Halim Abdullah1, (Johari Surif2, Norhasniza Ibrahim3)


1
Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
p-halim@utm.my
(2 Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia)
johari_surif@utm.my
(3 Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia)
p-norhaniza@utm.my

ABSTRAK

Keputusan pentaksiran antarabangsa PISA (Programme for


International Student Assesment) untuk tahun 2012 telah diumumkan
pada awal Disember 2013. Bagaimanapun, kedudukan Malaysia
dalam pentaksiran antarabangsa tersebut amat tidak memuaskan
untuk ketiga-tiga bidang yang diuji iaitu Literasi Bacaan, Matematik
dan Sains. Walaupun skor pencapaian murid dalam Matematik
menunjukkan sedikit peningkatan pada tahun 2012 berbanding tahun
2009, kedudukan Malaysia menunjukkan kemerosotan berbanding
dengan negara-negara lain yang terlibat. Salah satu punca utama
yang menyumbang kepada keputusan ini ialah pelaksanaan
kurikulum sebelum ini yang kurang menekankan unsur Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyebabkan murid kurang
berkemampuan untuk mengaplikasi kemahiran itu semasa menjawab
soalan pentaksiran berkenaan kerana soalan-soalan yang
dikemukakan dalam PISA adalah soalan-soalan KBAT. Pentaksiran
PISA ini juga masih belum disedari secara menyeluruh oleh guru dan
murid serta masyarakat sedangkan pentaksiran ini menjadi kayu
pengukur kualiti sistem pendidikan Malaysia berbanding negara-
negara lain. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan
pengenalan kepada pentaksiran PISA dan analisis keputusan PISA
2009 dan 2012. Selain itu, cadangan tindakan untuk memperbaiki
kedudukan Malaysia dalam pentaksiran tersebut khususnya untuk
subjek Matematik turut dibincangkan dalam usaha meletakkan
Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaskiran PISA
dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Kata Kunci: PISA, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

PENGENALAN

Salah satu pentaksiran antarabangsa yang disertai Malaysia ialah Programme


for International Student Assesment (PISA). Apabila Malaysia menyertai
pentaksiran antarabangsa seperti PISA (juga dikenali sebagai
Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa) yang turut disertai oleh negara-

1
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

negara lain di dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya


pihak yang terlibat perlu bersedia untuk dibandingkan dengan negara-negara
lain khususnya dalam aspek kualiti sistem pendidikan yang diamalkan serta
kualiti murid yang dihasilkan oleh sistem tersebut. Bagaimanapun ramai
antara kita khususnya golongan pendidik dan murid yang masih belum
menyedari akan kewujudan pentaksiran PISA ini.

PISA dijalankan oleh Organisation for Economic Co-operation and


Development (OECD atau Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan
Ekonomi). OECD bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan bagi 74 buah negara
terlibat, menjalankan kajian dan meramal trend akan datang dari segala aspek
termasuklah pendidikan. Walaupun PISA ini telah bermula pada tahun 2000
dengan penyertaan 43 buah negara di awalnya, negara kita hanya menyertai
PISA pada tahun 2010. Ketika itu PISA telah dijalankan pada tahun 2009 dan
10 buah negara termasuklah Malaysia telah mengambil PISA 2009 pada 2010.
Jadi Laporan PISA 2009+ dikeluarkan untuk memaklumkan keputusan untuk
negara-negara tambahan tersebut.

Pentaksiran ini dijalankan setiap tiga tahun sekali, dan menilai kemampuan
murid-murid berusia 15 tahun untuk berdaya saing secara ekonomi dan
kemahiran di peringkat dunia. Pentaksiran piawaian antarabangsa ini
mengukur pencapaian murid-murid dalam Literasi Bacaan, Matematik dan
Sains. Ia ditadbirkan antara 4500 hingga 10000 murid bagi sesebuah negara.
Malaysia mengambil bahagian dalam PISA buat pertama kali pada 2010 yang
mana lebih kurang 5,000 murid dari 154 sekolah dinilai manakala seramai
5,729 murid bagi PISA 2012, yang melibatkan 164 sekolah. PISA 2012
dilaksanakan sebelum Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 dilancarkan. PISA 2012 melibatkan sebanyak 135 buah Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK); lima buah Sekolah Menengah Agama (SMA);
sembilan buah Sekolah Menengah Teknik/Vokasional; tiga buah Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), tiga buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM);
sembilan lain-lain. Ia melibatkan seramai 2,452 murid lelaki dan seramai 2745
murid perempuan.

Soalan yang disediakan dalam pentaksiran PISA boleh diadaptasi untuk


disesuai dengan konteks tempatan dan lebih menjurus kepada kebolehan
murid mengaplikasi apa yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan.
Kebanyakan soalan dalam PISA memerlukan murid menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). Murid diberi masa dua jam untuk menjawab
soalan yang dikemukakan dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Soalan terdiri daripada soalan objektif (MCQ) dan soalan-soalan
yang memerlukan murid untuk membina jawapan mereka sendiri (CRQ).

PENCAPAIAN MATEMATIK MURID MALAYSIA

PISA 2009

Jadual 1 menunjukkan kedudukan Malaysia dalam PISA 2009 untuk subjek


Matematik. Untuk Matematik, kedudukan Malaysia ialah di tangga 57
daripada 74 buah negara yang menyertai PISA 2009. Skor purata Malaysia

2
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

ialah 404 iaitu jauh di belakang skor purata antarabangsa iaitu 496. Sains dan
Literasi Bacaan pula masing-masing menduduki tangga 52 dan 55 daripada 74
buah negara. Kita berada dalam kelompok negara-negara seperti Kazakhstan,
Montenegro dan Moldova. Negara-negara yang berada dalam lingkungan Top
10 termasuklah China, Korea Selatan, Singapura, Jepun, Kanada dan Finland.
Menurut Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(EPRD) KPM, perkara yang mereka lakukan untuk mengekalkan kedudukan
itu adalah meningkatkan kualiti guru dan mempraktikkan ujian yang
berasaskan KBAT.

Jadual 1 Kedudukan Malaysia dalam PISA 2009

Kedudu Negara Purata Kedudu Negara Purata


kan kan
1 Shanghai-China 600 57 Malaysia 404
2 Singapura 562 58 Montenegro 403
3 Hong Kong-China 555 59 Moldova 397
4 Korea 546 . . .
5 Chinese Taipei 543 . . .
6 Finland 541 . . .
7 Liechtenstein 536 . . .
8 Switzerland 534 . . .
9 Jepun 529 70 Peru 365
10 Kanada 527 71 Panama 360
. . . 72 Tamil Nadu - India 351
. . . 73 Himachal Pradesh- 338
India
56 Kazakhstan 405 74 Krygyzstan 331

PISA 2012

PISA 2012 diumumkan pada 3 Disember 2013. Ia mengambil masa lebih


kurang setahun untuk diumumkan berikutan banyak proses terlibat seperti
pentadbiran ujian dan soal selidik, analisis data, penyediaan laporan dan
sebagainya. PISA 2012 melibatkan 65 buah negara dan Jadual 2 menunjukkan
pencapaian Malaysia dalam Matematik, Sains dan Literasi Bacaan.

3
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

Jadual 2 Kedudukan Malaysia dalam PISA 2012

Ranking Negara Purata Skor Purata Skor Purata


Matematik Literasi Bacaan Skor Sains
0 OECD 494 496 501
average
1 Shanghai- 613 570 580
China
2 Singapore 573 542 551
3 Hong Kong- 561 545 555
China
4 Taiwan 560 523 523
5 Korea 554 536 538
6 Macau-China 538 509 521
7 Japan 536 538 547
8 Liechtenstein 535 516 525
9 Switzerland 531 509 515
10 Netherlands 523 511 522
. . . . .
. . . . .
49 Kazakhstan 432 393 425
50 Thailand 427 441 444
51 Chile 423 441 445
52 Malaysia 421 398 420
53 Mexico 413 424 415
54 Montenegro 410 422 410
. . . . .
. . . . .
62 Colombia 376 403 399
63 Qatar 376 388 384
64 Indonesia 375 396 382
65 Peru 368 384 373

Berdasarkan Jadual 2 di atas, purata skor Matematik murid Malaysia ialah


421, ketinggalan jauh di belakang purata skor antarabangsa iaitu 494. Ini
meletakkan Malaysia di tangga ke 52 daripada 65 buah negara. Purata skor
Literasi Bacaan murid Malaysia ialah 398, jauh ketinggalan berbanding purata
skor antarabangsa iaitu 496. Manakala Sains mencatatkan purata skor 420,
jauh ditinggalkan oleh purata skor antarabangsa; 501.

Jadual 3 Perbandingan keputusan PISA 2009 dan 2012

Tahun Matematik Sains Literasi Bacaan


Skor Kedudukan Skor Kedudukan Skor Kedudukan
2009 404 57/74 422 52/74 414 55/74
2012 421 52/65 420 53/65 398 59/65

Jadual 3 di atas pula menunjukkan perbandingan pencapaian murid Malaysia


untuk ketiga-tiga bidang yang diuji dari aspek skor dan kedudukan. Untuk
subjek Matematik, purata skor tahun 2012 didapati meningkat berbanding
purata skor tahun 2009. Bagaimanapun, kedudukan Matematik Malaysia jatuh.
Jika pada tahun 2009, kita tidak berada dalam kelompok 20% tercorot, tetapi
4
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

untuk tahun 2012, kita berada dalam kelompok 20% terbawah. Hal ini
berkemungkinan disebabkan negara-negara lain turut menunjukkan
peningkatan dalam Matematik. Untuk Sains dan Literasi Bacaan, kedua-dua
aspek iaitu skor dan kedudukan menunjukkan kemerosotan pada tahun 2012
berbanding tahun 2009. Untuk subjek Matematik, dalam kalangan negara-
negara Asia Tenggara, kita berada di belakang Singapura (skor 573,
kedudukan 2), Vietnam (skor 511, kedudukan 17) dan Thailand (skor 427,
kedudukan 50). Manakala Indonesia berada di kedudukan 64 dengan purata
skor 375). Dalam PISA 2012, di kebanyakan negara terlibat, murid lelaki
menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam Matematik berbanding murid
perempuan. Hanya lima negara sahaja iaitu Jordan, Qatar, Thailand, Iceland
dan Malaysia yang mencatat keputusan murid perempuan jauh meninggalkan
murid lelaki. Hal ini selari dengan laporan PPPM iaitu jurang pencapaian
antara jantina adalah signifikan dan terus melebar dalam tempoh lima tahun
kebelakangan ini. Murid perempuan sentiasa mengatasi pencapaian murid
lelaki pada semua peringkat yang mana jurang pencapaian antara gender mula
kelihatan di peringkat UPSR dan berterusan sehingga ke peringkat universiti,
iaitu 70% daripada kohort peringkat universiti terdiri daripada pelajar
perempuan (Laporan PPPM, 2012).

ANALISIS KEMEROSOTAN

Kementerian mengenal pasti kelemahan dalam pelaksanaan kurikulum


sebelum ini yang kurang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT), menyebabkan murid kurang berkemampuan untuk mengaplikasi
kemahiran itu semasa menjawab soalan pentaksiran berkenaan. Menurut
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)
KPM, soalan-soalan yang dikemukakan dalam PISA merupakan soalan-soalan
KBAT. Dalam laporan PPPM 2013-2025, ada dinyatakan bahawa salah satu
punca potensi sebenar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada dasarnya tidak dapat
dilaksanakan di dalam bilik darjah termasuklah guru amat kurang menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran seperti yang dihasratkan
dalam kurikulum.

Selain itu, format soalan PISA juga dikenalpasti sebagai salah satu faktor
prestasi yang tidak memuaskan yang ditunjukkan oleh murid Malaysia. Soalan
PISA adalah dalam bentuk teks yang panjang dan memerlukan murid
membuat interpretasi, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar.
Sebaliknya, format soalan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun, malah peperiksaan awam di Malaysia pula adalah dalam bentuk teks
ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual. Malah murid tidak perlu
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk memberi jawapan kepada
soalan yang dikemukakan. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM,
2013), soalan KBAT hari ini sering berulang-ulang dan arahan sama setiap
tahun. Ia dibina secara terhad dan menggunakan rangsangan asas. Soalan
peperiksaan juga dibina mengikut struktur yang ditetapkan dan biasa,
membimbing murid ke arah jawapan. Kebanyakan soalan juga terhad kepada
kata arah berimpak rendah (seperti jelaskan, tunjukkan, dan sebagainya) dan

5
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

jarang menguji kemahiran yang lebih kompleks seperti aras penilaian dan
mencipta.

Faktor lain yang dikenalpasti ialah murid di Malaysia tidak biasa dengan
soalan-soalan bersifat terbuka dan bukan rutin. Masalah bukan rutin ialah
masalah yang memerlukan analisis dan penaakulan Matematik dan
kebiasaannya masalah bukan rutin boleh diselesaikan dengan lebih daripada
satu cara, dan mungkin mempunyai lebih daripada satu penyelesaian. Jika
murid telah tahu apa kaedah, algoritma, teknik atau formula yang perlu
digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah Matematik, maka masalah
itu bukan lagi menjadi masalah rutin, tetapi ia merupakan soalan latihan
berbentuk rutin (Schoenfeld, 1985). Berdasarkan kajian TIMSS 1999, 2003,
2007 dan 2011, buku teks merupakan sumber utama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Matematik di Malaysia (Mullis et al., 2000; 2004; 2007 &
2012). Menurut Marchis (2012) dan Nancarrow (2004), masalah Matematik
yang terdapat dalam buku teks adalah soalan rutin. Latihan-latihan yang
diambil dari buku teks juga kadangkala terlampau banyak (Lee et al., 2009).

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pelaksanaan KBAT dan PBS Dalam Bilik Darjah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan lapan inisiatif


untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara. Setelah diamati kelapan-lapan
inisiatif tersebut, ianya selari dengan dua fokus utama yang menjadi agenda
transformasi pendidikan negara iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif,
psikomotor dan sosial murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PBS ini bertujuan untuk melihat kemajuan dan perkembangan pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid secara menyeluruh dan saksama.
Dengan lain perkataan, individu yang mempunyai kebolehan, kemampuan dan
potensi diri yang berbeza dapat ditaksir dengan adil dan saksama. Kita sedia
maklum, Malaysia mengambil bahagian dalam PISA buat pertama kali pada
2010 (PISA 2009+) yang mana lebih kurang 5,000 murid dari 154 sekolah
dinilai manakala seramai 5,700 murid bagi PISA 2012, yang melibatkan 164
sekolah. Sekolah dan murid yang terlibat ini dipilih secara rawak. Jadi tidak
kiralah sekolah bandar mahupun luar bandar, kelas murid cemerlang atau
kelas belakang, semuanya mempunyai peluang sama rata untuk dipilih dalam
pentaksiran antarabangsa. Justeru, apabila perlaksanaan PBS ini berjaya
dilaksanakan, semua murid telah ditaksir secara menyeluruh dan ia mampu
mengubah keputusan PISA yang akan datang.

Bagaimanapun, isu utama yang menghantui golongan pelaksana PBS ialah


sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Adalah menjadi
harapan pelaksana agar KPM dapat menambahbaik SPPBS yang digunakan
untuk merekodkan dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS.
Penulis percaya, apabila masalah utama berkaitan PBS ini mampu diatasi
dengan jayanya, masalah-masalah lain berkaitan PBS ini dapat diatasi secara
beransur-ansur. Selain PBS, agenda utama dalam sistem pendidikan negara

6
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Salah satu daripada lapan
inisiatif untuk melonjak pendidikan negara ialah menambahbaik inisiatif
berkaitan KBAT dan mengemaskini kurikulum sekolah rendah dan menengah
agar selari dengan piawaian antarabangsa.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) menyatakan bahawa tiga elemen


utama dalam melaksanakan KBAT ialah kurikulum, pedagogi dan pentaksiran.
Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang ditentukan dan
ditetapkan oleh sesebuah negara melalui kementerian pendidikan. Ia
merangkumi skop dan isi kandungan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma,
untuk disampaikan kepada murid yang mengikuti sistem pendidikan negara
tersebut. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bertanggungjawab
menentukan bagaimana kurikulum yang dapat memupuk KBAT dapat
diwujudkan. Dalam aspek pedagogi, pedagogi KBAT yang efektif boleh
diaplikasikan untuk menyampaikan kandungan kurikulum tersebut. Dalam
PBS, guru diberi kuasa autoriti dalam mengembangkan kreativiti pengajaran
mereka. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pelbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan KBAT murid.
Semasa penulis mengikuti program Latihan KBAT di SEAMEO Regional
Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM) Pulau Pinang
tahun lalu, pelbagai kaedah penyelesaian masalah Matematik yang bertujuan
meningkatkan KBAT murid telah diperkenalkan. Kaedah heuristik
umpamanya merupakan salah satu alat untuk murid menyelesaikan masalah.
Kaedah heuristik boleh melibatkan gambar rajah, jadual dan model. Ini
membolehkan murid memilih cara yang efektif untuk menyelesaikan masalah.
Program i-Think pula adalah program untuk meningkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid untuk melahirkan
generasi yang mampu berinovasi. Dalam program ini, lapan peta pemikiran
diperkenalkan yang mana setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran
yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. Contohnya, penggunaan
„Peta Buih Berganda‟ untuk murid perbezaan antara pecahan wajar dan
pecahan tak wajar.

Penyelesaian masalah berstruktur pula melibatkan proses seperti murid


mengimbas kembali pembelajaran lepas, guru mengemukakan masalah, murid
bekerja untuk menyelesaikan masalah sama ada secara individu atau
berkumpulan, perbincangan di dalam bilik darjah dengan menyusun
penyelesaian murid untuk membimbing murid kepada pembelajaran yang
dikehendaki dan rumusan dengan memberi penekanan dan rumusan terhadap
konsep-konsep utama. Penggunaan blok yang sememangnya sudah terbukti
keberkesanannya di Singapura turut boleh dilaksanakan.

Kurikulum dan pedagogi seharusnya tidak perlu terpisah dan saling


melengkapi antara satu sama lain. Matematik dilihat sebagai suatu yang telah
tersedia ada dan tugas guru adalah untuk memindahkan apa yang telah tersedia
ada dalam buku teks dengan kaedah paling berkesan kepada muridnya (Noor
Azlan, 2005). Tugas murid pula ialah menyerap sebaik mungkin kandungan
Matematik yang disampaikan oleh guru (Nik Azis, 1992). Bagaimanapun,
sebelum KSSM diperkenalkan pada tahun 2017, guru perlu kreatif dalam

7
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

menerapkan unsur KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Azlin


et al. (2013), kebaikan PBS ialah menjana aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif. Ini memberi peluang kepada guru untuk
menyerlahkan daya kreativiti mereka untuk melakukan pengajaran sesuatu
topik dalam PBS. Selain itu, fahami minat dan jiwa murid lelaki. Umum
mengetahui mereka lebih berminat dengan aktiviti hands-on, yang melibatkan
aspek psikomotor. Banyakkan aktiviti eksperimen, penggunaan teknologi dan
sebagainya. Penggunaan teknologi bukan hanya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik, bahkan dapat menggalakkan penggunaan tahap
pemikiran yang lebih tinggi. Pengintegrasian teknologi ini juga mungkin boleh
dimasukkan ke dalam kurikulum baru kelak.

Di dalam bilik darjah, PBS boleh dijalankan oleh guru selepas menghabiskan
pengajaran bagi satu topik besar ataupun terus menjalankan pentaksiran
selepas setiap subtopik yang kecil. Oleh yang demikian, soalan-soalan yang
diberikan setiap subtopik (contohnya, penambahan pecahan, penolakan
pecahan dan sebagainya) perlu diseimbangkan dengan soalan-soalan
kemahiran berfikir aras rendah mahupun kemahiran berfikir aras tinggi.
Soalan-soalan perlu disediakan mengikut aras kesukaran untuk memberi
peluang kepada semua murid dengan pelbagai aras kebolehan. Contohnya
untuk topik Pecahan, soalan-soalan seperti 2/3 + 2/5 = ? mungkin boleh
diubah seperti “Dapatkan dua pecahan yang boleh menghasilkan satu pecahan
tak wajar”. Soalan-soalan KBAT ini juga perlu dipelbagaikan pada setiap aras
kesukaran untuk memberi peluang kepada setiap murid dengan pelbagai
kebolehan. Soalan-soalan yang disediakan sama ada dalam buku teks
mahupun buku latihan atau lembaran kerja perlu diseimbangkan dengan
soalan berbentuk teks pendek dan teks panjang. Hal ini kerana soalan-soalan
PISA biasanya dikemukakan dalam bentuk teks yang panjang. Dalam
kerangka pentaksiran PISA, konteks soalan yang ditanyakan merangkumi
empat aspek iaitu pertama, aspek peribadi seperti aktiviti peribadi,
kekeluargaan, rakan sebaya, sukan, percutian dan sebagainya. Kedua, aspek
pekerjaan yang merangkumi aplikasi ilmu pengetahuan dalam dunia
pekerjaan. Ketiga, saintifik, iaitu berkaitan aplikasi Matematik dalam dunia
sebenar dan berkaitan sains dan teknologi. Keempat kemasyarakatan yang
merangkumi sistem pilihanraya, pengangkutan awam dan sebagainya.
Galakkan murid berkomunikasi antara satu sama lain dan galakkan untuk
mereka bertanya. Bagaimanapun, salah satu masalah PBS yang menghantui
golongan guru ialah evidens yang boleh digunakan secara piawai oleh semua
guru yang melaksanakan PBS. Justeru pihak KPM juga diharapkan dapat
menambahbaik evidens dalam PBS supaya objektiviti sesuatu pentaksiran itu
terjamin.

8
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

Perubahan dalam Perubahan dalam Perubahan dalam


kurikulum pendekatan pentaksiran

 KSSR Penggunaan alat  Program i-THINK  Sebanyak 30%


 KSSM berfikir –  peta pemikiran soalan
KBKK  Teknik menyoal berbentuk aras
 Peta minda  Galakkan murid tinggi dalam
 Banding beza menyoal yang peperiksaan
 6 Thinking memerlukan pusat
Hats pemikiran aras
tinggi –kenapa,
bagaimana?

Murid dapat Penilaian peringkat Penilaian peringkat


 Membuat keputusan kebangsaan antarabangsa
 Menyelesai masalah
 Menginovasi
 Mencipta
PBS  UPSR  TIMSS
 PMR  PISA
 SPM
 STPM/STAM

Rajah 1 Cadangan pelaksanaan KBAT dalam bilik darjah oleh Bahagian


Pendidikan Guru (BPG)

Pembinaan Item KBAT Mengikut Kerangka PISA 2015

Penulis kurang bersetuju sekiranya murid dilatih menggunakan KBAT hanya


untuk mengubah kedudukan Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa seperti
PISA ini. Manfaat penggunaan KBAT ini sebenarnya lebih daripada itu. Kita
sedia maklum, item-item yang diuji dalam PISA ialah item-item KBAT. Jadi
tiada salahnya untuk kita menyediakan item-item KBAT berpandukan kepada
kerangka PISA 2015 yang sememangnya bertujuan untuk menguji KBAT
murid. Literasi Matematik mengikut kerangka PISA 2015 ialah kemampuan
individu untuk memformulasi, menggunakan dan menterjemahkan Matematik
dalam pelbagai konteks. Ini termasuklah penaakulan Matematik dan
penggunaan konsep, prosedur, fakta dan alat untuk menerangkan dan
menjangka sesuatu fenomena. Ia membantu individu untuk mengenali peranan
Matematik dalam persekitaran dan membuat keputusan yang diperlukan oleh
warganegara yang konstruktif (constructive), terlibat (engaged) dan reflektif
(reflective).

Untuk tujuan pentaksiran, definisi literasi Matematik PISA 2015 boleh


dianalisis dalam tiga aspek yang saling berkaitan iaitu:

9
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

a. Proses yang mana individu melibatkan diri semasa menyelesaikan


masalah Matematik konteksual dan apakah keupayaan yang diharapkan
daripada murid untuk menunjukkan bahawa literasi Matematik mereka
berkembang. Berdasarkan kepada literasi Matematik kerangka PISA
2015 tersebut, item PISA 2015 akan melibatkan satu daripada tiga proses
Matematik tersebut.

i. Memformulasikan situasi Matematik

Merujuk kepada murid dapat mengenalpasti peluang untuk menggunakan


Matematik dan kemudian memberikan struktur Matematik kepada masalah
yang telah diberikan dalam sesuatu konteks. Dalam proses untuk
memformulasikan situasi Matematik, murid menentukan sendiri di mana
mereka boleh mengekstrak maklumat-maklumat Matematik yang penting
untuk menganalisis, menyusun dan menyelesaikan masalah. Mereka
menterjemah daripada keadaan dunia sebenar kepada domain Matematik
dan menyediakan masalah dunia sebenar dengan struktur dan perwakilan
Matematik.

ii. Menggunakan konsep-konsep Matematik, fakta, prosedur dan hujah

Merujuk kepada murid dapat mengaplikasikan konsep, fakta, prosedur, dan


hujah Matematik untuk menyelesaikan masalah Matematik yang
kemudiannya dirumuskan untuk mendapatkan kesimpulan Matematik.
Dalam proses menggunakan konsep-konsep Matematik, fakta, prosedur dan
hujah untuk menyelesaikan masalah tersebut, individu melaksanakan
prosedur Matematik yang diperlukan untuk mendapatkan hasil dan mencari
penyelesaian Matematik (contohnya pengiraan aritmetik, penyelesaian
persamaan, mendapatkan maklumat daripada jadual dan graf, menganalisis
data dan sebagainya). Mereka menyelesaikannya mengikut ruang lingkup
keadaan masalah itu, mengenal pasti hubungan antara entiti Matematik, dan
menyediakan hujah-hujah Matematik.

iii. Mentaksir, mengaplikasi dan menilai hasil Matematik

Merujuk kepada murid memikirkan semula (refleksi) penyelesaian,


keputusan, atau kesimpulan Matematik dan mentafsirnya dalam konteks
masalah yang sebenar. Ini melibatkan penterjemahan penyelesaian
Matematik atau penaakulan kembali kepada konteks masalah dan
menentukan sama ada keputusan tersebut munasabah dalam konteks
masalah tersebut.

Keupayaan-keupayaan Matematik asas yang mendasari proses-proses


Matematik di atas ialah:
 Komunikasi
 Aktiviti asas Matematik
 Perwakilan
 Penaakulan dan hujah
 Merangka strategi penyelesaian masalah
 Menggunakan simbol, bahasa formal dan teknikal dan operasi

10
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

 Menggunakan alat Matematik (seperti kalkulator)

b. Pengetahuan kandungan Matematik

Empat kategori kandungan iaitu „Perubahan dan Perkaitan‟, „Ruang dan


Bentuk‟, „Kuantiti‟, dan „Data dan Ketidakpastian‟ menjadi asas untuk
mengenal pasti ruang lingkup kandungan tetapi tiada pemetaan topik
Matematik dengan empat kategori tersebut. Kandungan berikut bertujuan
untuk mencerminkan fokus konsep-konsep tersebut kepada empat kategori
kandungan tersebut dan mengukuhkan kesepaduan Matematik sebagai satu
disiplin. Ia memberi gambaran kepada topik kandungan yang ditaksir dalam
PISA 2015, dan bukannya satu penyenaraian menyeluruh.

|| Fungsi || Ungkapan Algebra || Persamaan dan Ketaksamaan || Sistem


Kordinat || Hubungan dalam, dan antara objek geometri dalam dua dan tiga
dimensi || Pengukuran || Nombor dan Unit || Operasi Aritmetik || Peratus,
Nisbah dan Kadar || Prinsip Pengiraan || Anggaran || Pengumpulan,
Perwakilan dan Pentaksiran Data || Kepelbagaian Data || Persampelan ||
Kebarangkalian ||

c. Konteks di mana literasi Matematik boleh diperhati dan ditaksir

Salah satu aspek penting dalam literasi Matematik ialah masalah Matematik
diletakkan di dalam satu konteks. Konteks ialah aspek dalam dunia murid
di mana masalah diletakkan. Untuk kerangka Matematik PISA 2015, empat
kategori konteks dikenalpasti iaitu peribadi, pekerjaan, saintifik dan
kemasyarakatan. Penerangan lanjut mengenai setiap konteks adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

11
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

Peribadi Pekerjaan
Berfokus kepada aktiviti peribadi, Berfokus kepada dunia pekerjaan. Ilustrasi
kekeluargaan, atau rakan sebaya. bagi konteks pekerjaan seperti
Ilustrasi bagi konteks peribadi seperti pengukuran, mengira kos barangan suatu
persediaan makanan, membeli belah, projek, penggajian, kawalan mutu,
permainan, kesihatan peribadi, inventori, rekabentuk seni bina, dan kerja-
pengangkutan peribadi, sukan, kerja yang berkaitan untuk membuat
percutian, jadual peribadi, dan keputusan. Sektor pekerjaan termasuk aras
perbelanjaan peribadi. pekerjaan peringkat rendah sehinggalah
pekerjaan peringkat profesional.

Konteks
Saintifik Kemasyarakatan
Berkaitan dengan aplikasi Matematik Berfokus kepada komuniti, sama ada
kepada dunia sebenar dan isu serta bersifat tempatan, kebangsaan atau
topik yang berkaitan dengan sains dan antarabangsa. Ilustrasi bagi konteks
teknologi. Ilustrasi bagi konteks kemasyarakatan seperti sistem pilihan
saintifik seperti cuaca dan iklim, raya, pengangkutan awam, urus tadbir
ekologi, perubatan, sains angkasa, awam, dasar awam, demografik,
genetik, pengukuran, dan dunia pengiklanan, perangkaan kebangsaan dan
Matematik sendiri. ekonomi. Fokus masalah adalah dalam
perspektif sesebuah komuniti.

Rajah 2 Konteks dalam kerangka PISA 2015

Justeru, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3, ketiga-tiga aspek yang


telah dibincangkan di atas diintegrasikan antara satu sama lain menjadi
kerangka pentaksiran PISA 2015 untuk subjek Matematik. Ciri-ciri soalan
Matematik dalam pentaksiran PISA pula termasuklah i) rangsangan/stimulus,
ii) pengenalan, iii) tugasan, iv) arahan/penyelesaian yang dikehendaki, dan v)
peraturan pemarkahan. Penerangan setiap ciri dan contoh adalah seperti yang
diterangkan dalam Jadual 4.

Rajah 3 Kerangka pentaksiran PISA 2015 untuk Matematik

12
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

Jadual 4 Ciri-ciri item PISA

Ciri-ciri Contoh

Rangsangan / Stimulus
Maklumat khusus /benar di
mana sesuatu soalan itu
didasarkan

Pengenalan
Mukadimah kepada apa yang
hendak disoalkan

Tugasan
Pernyataan tentang apa yang
perlu dipersembahkan sebagai
respons

Arahan/ Penyelesaian yang


dikehendaki
Pernyataan yang menunjukkan
bagaimana harus respons itu
dikemukakan

Peraturan Pemarkahan
Panduan tentang bagaimana
skor diberikan

Meningkatkan Kualiti Guru

Menurut laman web http://www.theguardian.com/teacher-network yang telah


menganalisis keputusan PISA 2012 baru-baru ini, ada dinyatakan bahawa
dalam kalangan negara yang berpendapatan tinggi, negara yang memberikan
pendapatan tinggi kepada guru dilihat menunjukkan peningkatan. Laporan
tersebut menyatakan bahawa, pendapatan tinggi kerjaya sebagai guru dapat
membantu sistem pendidikan mendapatkan calon guru terbaik mengikuti
profession perguruan. Selain itu, negara-negara yang menunjukkan

13
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

peningkatan pencapaian dalam PISA seperti Estonia, Poland, Brazil, Colombia


dan Jepun telah mewujudkan polisi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti
guru. Ini termasuklah syarat yang ketat untuk mengikuti ijazah pendidikan,
menyediakan insentif kepada murid cemerlang untuk mengikuti kursus
perguruan, menaikkan gaji guru dan menawarkan insentif kepada guru yang
melibatkan diri dalam program latihan. Hal ini konsisten dengan pernyataan
Pengarah EPRD, KPM iaitu perkara yang negara-negara yang berada dalam
kelompok terbaik lakukan untuk mengekalkan kedudukan itu adalah
meningkatkan kualiti guru. Hal ini dilihat wajar kerana guru ialah teras kepada
pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan melibatkan
banyak pihak seperti pegawai atasan, pengetua dan pentadbir, murid dan ibu
bapa.

Persekitaran

Selain menerima pendidikan formal di sekolah, faktor persekitaran turut


mempengaruhi pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi murid. Zakaria et
al. (2012) telah mengenalpasti faktor-faktor persekitaran memberikan kesan
yang cukup signifikan dalam pembentukan jati diri individu adalah terdiri
daripada ibu bapa, rakan sebaya, sekolah dan guru dan media massa. Pihak
KPM turut menjelaskan bahawa selain elemen utama, elemen sokongan turut
memainkan peranan dalam melaksanakan KBAT. Elemen-elemen tersebut
termasuklah kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, bina upaya dan
sumber.

Persekitaran yang paling asas ialah ibu bapa. Jelas sekali bahawa ibu bapa
merupakan pihak utama yang menentukan bagaimana anak-anak mereka
dicorakkan. Cara didikan, pertanyaan dan sebagainya yang menjurus kepada
pembentukan gaya pemikiran mereka bergantung kepada ibu bapa untuk
menentukannya. Disebabkan itu, kebanyakan tingkah laku remaja adalah
mengikut kehendak ibu bapa (Zakaria et al., 2012). Begitu juga dengan rakan
sebaya. Tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa cabaran murid yang
berada di sekolah menengah harian biasa lebih tinggi berbanding mereka yang
berada di sekolah berasrama. Apatah lagi, ketika ini mereka cenderung untuk
mencuba sesuatu yang baru dan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang
lain. Justeru, murid-murid perlu dididik dengan kemahiran berfikir sejak di
bangku sekolah rendah lagi agar mereka tidak terus ketinggalan apabila berada
di peringkat menengah yang pastinya lebih mencabar dari aspek kandungan
pelajaran mahupun pergaulan. Begitu juga dengan media massa dan media
elektronik yang saban hari banyak memaparkan program berbentuk hiburan
semata-mata. Jarang kita lihat program yang dapat memupuk kemahiran
berfikir murid disiarkan di kaca televisyen. Program televisyen ini turut
mempengaruhi bagaimana murid berfikir. Persekitaran-persekitaran ini amat
penting kerana persekitaran inilah yang dilalui oleh murid semasa proses
kehidupan mereka. Malah salah satu implikasi teori pembelajaran sosial
sebagaimana yang diasaskan oleh Albert Bandura ialah pembelajaran berlaku
melalui pemerhatian dan peniruan (Mohd Fuad et al., 2013).

Bagaimanapun, sekiranya murid sudah menganjak ke alam sekolah menengah,


agak sukar untuk membentuk sikap mereka sekiranya mereka telah melalui

14
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

proses dalam persekitaran yang kurang menekankan kepada pembentukan


kemahiran berfikir mereka. Persekitaran yang dilihat lebih relevan untuk
memupuk KBAT ialah guru dan sekolah. Iklim sekolah yang sesuai dapat
menggalakkan KBAT murid. Di dalam bilik darjah, guru perlu mengambil
inisiatif untuk menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar kemahiran
berfikir aras tinggi murid dapat dipupuk. Contohnya, dalam era teknologi pada
masa kini, setiap murid pastinya mempunyai pelbagai akaun media sosial
seperti facebook dan sebagainya. Penulis yakin, guru-guru turut mempunyai
akaun facebook murid masing-masing, begitu juga sebaliknya. Jadi, selain
bertanyakan khabar murid mahupun melontarkan pandangan peribadi di
facebook, mengapa tidak guru-guru dapat mengemukakan soalan-soalan
Matematik yang mencabar minda murid-murid di laman sosial tersebut. Selain
itu, salah satu perubahan yang boleh dilakukan di dalam bilik darjah untuk
membudayakan KBAT ialah meletakkan jam dinding yang diubahsuai
(menggunakan jam dinding Do It Yourself). Angka-angka pada jam tersebut
digantikan dengan soalan-soalan Matematik yang menjurus kepada angka asal
tersebut. Inovasi yang sama boleh dilaksanakan untuk kalendar, jadual waktu
bertugas dan sebagainya. Di sekolah juga, disebabkan murid berasal dari latar
belakang keluarga yang pelbagai, guru boleh menggunakan strategi autoratif
seperti ibu bapa dengan memantau tingkah laku murid-murid dan
menggalakkan mereka berdikari daripada segi pemikiran dan perlakuan (Mohd
Fuad et al., 2013). Selain itu, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan persatuan di
sekolah turut boleh dimasukkan unsur-unsur KBAT ini.

Penutup

Untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid


bukannya perkara mudah. Ianya mengambil masa kerana sebelum sikap yang
dikehendaki dapat diperolehi, amalan perlu dibentuk terlebih dahulu. Amalan
pula merupakan tindakan yang terlazim yang terbentuk tanpa bergantung pada
tekanan dan ianya dilakukan secara konsisten dan berterusan. Ini kerana
sebarang perubahan yang ingin dilaksanakan banyak bergantung kepada faktor
sikap. Sikap ialah kehendak dalaman yang digambarkan melalui amalan
terhadap tindakan. Justeru untuk membentuk amalan bukanlah perkara yang
mudah dan ianya mengambil masa yang panjang. Jadi langkah KPM mula
menyediakan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi iaitu 40 peratus soalan
dalam UPSR dan 50 peratus soalan SPM menjelang tahun 2016 serta sasaran
KPM agar menjelang tahun 2025, Malaysia berada di tahap satu pertiga teratas
bagi kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA yang melibatkan soalan
kemahiran berfikir aras tinggi merupakan langkah yang baik.

Selain itu, semasa penulis mengendalikan kursus on-site KBAT baru-baru ini,
ada peserta yang mengemukakan soalan sama ada KBAT ini mampu
dipraktikkan kepada murid di Malaysia atau sebaliknya. Pada pandangan
penulis, untuk melakukan sesuatu perubahan, kita mesti mula bertindak.
Menurut Menteri Pendidikan Malaysia, untuk menjadi pesaing kepada negara-
negara lain dalam aspek piawaian dan penanda aras, kita perlu mengharungi
pelbagai cabaran. Kita perlu sedar bahawa untuk berubah kepada sesuatu yang
baru bukanlah sesuatu yang mudah. Bagaimanapun selagi tidak bermula,

15
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

selagi itulah kita tidak berusaha untuk berubah. Pihak kementerian awal-awal
lagi sudah mengetahui bahawa penerapan dan pemupukan budaya KBAT ini
bukannya perkara mudah. Ia perlu dijadikan amalan terlebih dahulu dan
seterusnya dijadikan budaya iaitu cara hidup yang berkembang dan diwarisi
bersama oleh murid Malaysia dan diwarisi dari generasi ke generasi.
Sekiranya ia dilakukan kerana terpaksa, agak sukar untuk memupuk budaya
KBAT ini. Walaupun kementerian telah menetapkan matlamat untuk menjadi
negara pesaing dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA
menjelang 2025, pada masa yang sama, diharapkan kita dapat menunjukkan
peningkatan dari semasa ke semasa secara beransur-ansur. Dalam proses ke
matlamat tersebut, penulis percaya banyak aktiviti dan program berkaitan
KBAT akan dilaksanakan sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.

RUJUKAN

Azlin Norhaini Mansor, Ong Hee Leng, Mohamad Sattar Rasul, Rose Amnah
Raof & Nurhayati Yusoff (2013). The Benefits of School-Based
Assessment. Asian Social Science Jun2013 Special Edition, 9(8), 101-
106.
Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-205. (2012).
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lee Cheok Leon, Rohani Ahmad Tarmizi, Ramlah Hamzah & Halimatun
Halaliah Mokhtar. (2009). Pelaksanaan Pengajaran pembelajaran
secara konteksual bagi Matematik menengah: tinjauan di sekolah
menengah teknik, Wilayah Persekutuan. Dlm. Ahmad Fauzi Mohd
Ayub & Aida Suraya Md. Yunus (pnyt.). Pendidikan Matematik &
Aplikasi Teknologi, hlm. 67-118. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). (2013). Pembentangan “Item
Lembaga Peperiksaan” di Program Latihan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Matematik
Sekolah Menengah. Bertempat di SEAMEO RECSAM pada 23
Oktober – 11 November 2013. Anjuran Bahagian Pendidikan Guru
(BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Marchis, I. (2012). Non-routine problems in primary mathematics workbooks
from Romania. Acta Didactica Napocensia, Volume 5, Number 3, 49 –
56.
Mohd Fuad Sam, Marina Majid, Afrah Salwani Jusoh & Mohd Zain Kosnon.
(2013). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Mullis I V S , Martin M O et al. (2000). TIMSS 1999 international
mathematics report. Boston: Boston College, International Study
Center.
Mullis I V S , Martin M O et al. (2004). TIMSS 2003 international
mathematics report. Boston: Boston College, International Study
Center.
Mullis I V S, Martin MO et al. (2008). TIMSS 2007 international mathematics
report. Boston: Boston College, International Study Center.
Mullis I V S, Martin MO et al. (2012). TIMSS 2011 international mathematics
report. Boston: Boston College, International Study Center.

16
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

Nancarrow, M. (2004). Exploration of metacognition and non-routine problem


based mathematics instruction on undergraduate student problem
solving success. Unpublished Doctoral Thesis (Ph.D.), The Florida
State University, Florida.
Schoenfeld, A.H. (1985). Mathematical Problem Solving. Orlando, FL:
Academic Press.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor
Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri.
Jurnal Hadhari Special Edition (2012), 155-172.

17

View publication stats

You might also like