You are on page 1of 1

ABSTRAK

Tajuk : Kajian Tahap Pengetahuan Mengenai Penyaki Demam Denggi Dalam


Kalangan Pesakit Dan Masyarakat Di Hospital Kota Belud.
Demam denggi adalah penyakit berjangkit yang endemik sesetengah negara
disebabkan oleh pembawa virus denggi iaitu nyamuk aedes. Penyakit ini dapat
dikawal dengan kawalan pencegahan di kawasan-kawasan pembiakan nyamuk aedes.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil berat
serta kurang pengetahuan tentang pencegahan dan pengawalan pembiakan nyamuk
aedes. Kajian lepas menunjukkan, masyarakat mempunyai tahap pengetahuan yang
tinggi tentang penyakit demam denggi, namun sikap terhadap pengawalan dan
pencegahan masih kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauh
mana tahap pengetahuan masyarakat mengenai demam denggi khususnya mengenai
pencegahan penyakit. Secara rasionalnya, pengkaji ingin mengkaji tahap
pengetahuan mengenai demam denggi di kalangan masyarakat di jabatan pesakit luar
Hospital Kota Belud yang berkaitan dengan peningkatan statistik jangkitan demam
denggi di Malaysia. Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap
pengetahuan masyarakat lain serta pesakit yang terlibat mengenai penyakit demam
denggi di Hospital Daerah Kota Belud. Kajian ini diharapkan dapat membentuk
strategi yang kukuh untuk mengubah statistik kesihatan serta meningkatkan tahap
pengetahuan dan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai pencegahan penyakit
demam denggi. Seramai 30 orang responden yang terlibat sepanjang kajian ini
dijalankan. Soalan-soalan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu
Bahagian A dan B. Soalan-soalan ini adalah berdasarkan daripada objektif kajian.
Bahagian A merupakan latar belakang responden yang dikenali sebagai ciri-ciri
demografik manakala Bahagian B pula merupakan soalan yang berkaitan dengan
tahap pengetahuan responden tentang tanda dan gejala, pencegahan serta rawatan.
Daripada 30 responden (N=30), seramai 83%,(n=25) responden yang mempunyai
tahap pengetahuan tinggi di antaranya yang mempunyai tahap pendidikan rendah,
menengah dan institut pengajian tinggi yangtahu mengenai penyakit demam denggi.
Secara kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap pengetahuan
tentang penyakit demam denggi dalam kalangan pesakit dan masyarakat di tahap
yang tinggi. Namun statistik jangkitan demam denggi di Malaysia kian meningkat
setiap tahun. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang
kepada masalah ini dan beberapa langkah telah dicadangkan untuk mengatasi
masalah ini.

You might also like