You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni kali 1 / 2018

Sekolah Kebangsaan Kuala Matu

Tarikh : 9 Januari 2018


Tempat : Bilik Komputer SKKM
Hari : Selasa
Masa : 1.40 petang
1. En. Abdullah Khilafah Bin Hassan - GPK Hal Ehwal Murid
2. En. Muhamad Fauzi Bin Ali – Ketua Panitia
3. En Muhammad Amiruddin Bin Musa – Setiausaha
4. Pn. Aliza Bt Jaafar
5. Cik Norfadzillah Bt Wahab
6. En Muhammad Zakwan Bin Mat Zaki
7. En Raymond Leo Junior

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan wakil pentadbir En. Abdullah Khilafah Bin Hassan.


1.1 En. Mohd Zaini mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk
hadir bersama dalam mesyuarat panitia Pendidikan seni kali pertama bagi
tahun 2018.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia kerana dapat menjalankan
mesyuarat kali pertama.
1.3 Beliau memesan kepada semua guru supaya tidak menganggap
matapelajaran Pendidikan Seni sebagai matapelajaran sampingan tetapi ia
merupakan salah satu matapelajaran yang penting dalam pembentukan
kognitif murid.
1.4 Diharapkan pada mesyuarat kali ini, semua guru dapat berbincang tentang
panduan menulis rancangan pelajaran tahunan dan harian supaya seragam
bagi semua guru subjek Pendidikan Seni.
1.5 Beliau juga berpesan supaya panitia dapat berbincang untuk merancang
kewangan panitia dengan baik. Semua guru perlu berbincang untuk
mengemukakan pendapat tentang keperluan barangan Pendidikan Seni yang
perlu dibeli pada tahun 2018.
1.6 Seterusnya, beliau meminta panitia merancang pembinaan modul bagi guru
ganti supaya matapelajaran Pendidikan Seni dapat dijalankan walaupun
ketiadaan guru.
1.7 Perancangan program panitia 2018 juga perlu dilakukan dan pastikan
perancangan tersebut dapat dilaksanakan.
1.8 Beliau juga berpesan supaya pengurusan panitia pada tahun 2018 ini lebih baik
sama seperti panitia-panitia lain.

Tindakan : Semua guru


2. Ucapan pengerusi (En. Muhamad Fauzi Bin Ali)
2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir
ke mesyuarat kali pertama 2018.
2.2 Diharap semua guru dapat memberikan kerjasama untuk pembangunan
panitia.
2.3 Pengerusi juga berpesan supaya semua guru dapat memberikan komitmen
yang baik dalam pengajaran Pendidikan Seni dan tidak mengajar
matapelajaran ini dengan sambil lewa.
Tindakan : Semua guru

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


Pencadang : En Muhammad Zakwan Bin Mat Zaki
Penyokong : Cik Norfadzillah Bt Wahab

4. Perkara-perkara berbangkit
4.1 Pelaksanaan PBS Dunia Seni Visual – Penyimpanan evidens Dunia Seni
Visual
4.2 Bekerjasama menghias Bilik Pendidikan Seni.
4.3 Kekurangan bahan / alatan Pendidikan Seni untuk semua tahun.
4.4 Kekurangan bahan rujukan/ modul/ buku panduan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni.
Tindakan : Ketua Panitia
5. Agenda
5.1 Sukatan, huraian sukatan dan rancangan pengajaran tahunan matapelajaran
Pendidikan Seni.
5.1.1 Semua guru perlu memastikan mempunyai huraian, sukatan dan
rancangan pengajaran tahunan yang terkini. Bagi mata pelajaran KSSR,
guru perlu mempunyai dokumen standard kurikulum dan rancangan
pengajaran tahunan sebagai bahan rujukan.
5.2 Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian.
5.2.1 Rancangan pengajaran harian perlu ditulis selaras bagi semua guru.
Guru boleh merujuk edaran bagi cara penulisan rancangan pengajaran
harian yang tepat bagi format KSSR. (Lampiran).
Tindakan: Semua guru
5.3 PBS KSSR Dunia Seni Visual
5.3.1 Semua guru perlu memahami pelaksanaan PBS KSSR. Guru yang
mengajar KSSR Dunia Seni Visual perlu memasukkan setiap hasil seni
murid ke dalam fail perkembangan murid dan memastikan fail
perkembangan murid sentiasa dikemas kini seterusnya memilih hasil
seni murid yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam fail showcase.
Tindakan : Semua guru

5.4 Perancangan Kewangan Panitia 2018


5.4.1 Setiap guru boleh menyenaraikan barangan keperluan yang perlu dibeli
oleh panitia.
5.4.2 Pn. Aliza Bt Jaafar mencadangkan panitia membeli buku rujukan atau
modul pengajaran Pendidikan Seni / Dunia Seni Visual sebagai rujukan
untuk semua guru.
5.4.3 En Abdullah Khilafah Bin Hassan mencadangkan supaya panitia
membeli baldi kecil untuk kegunaan pelajar mengisi air semasa aktiviti
catan dijalankan. Masalah tandas yang jauh dari kelas menyukarkan
aktiviti catan dijalankan. Oleh itu, panitia boleh menyediakan baldi kecil
untuk kegunaan pelajar bagi mengatasi masalah tersebut.

Tindakan : Semua Guru


5.5 Modul / Bahan untuk Guru Ganti
5.5.1 Guru yang tidak hadir ke sekolah perlu menyediakan bahan untuk guru
ganti. Oleh itu, satu modul akan dibina sebagai bahan untuk guru ganti
mengajar Pendidikan Seni / Dunia Seni Visual.
5.5.2 Guru yang mempunyai bahan untuk pembinaan modul boleh
menyumbang kepada panitia. Fail akan disediakan sebagai tempat
simpanan untuk bahan-bahan modul tersebut. Guru boleh mendapatkan
fail tersebut daripada ketua panitia sekiranya ingin membuat rujukan.

Tindakan : Ketua Paniti / Semua guru


5.6 Program Panitia 2018
5.6.1 Mengemas kini dan menceriakan Bilik Seni.
5.6.2 Amalan 5 S
5.6.3 Membuat mural di Bilik Seni
5.6.4 Program Bulan Kemerdekaan
5.6.5 Program Anti Dadah
5.6.6 Program Minggu Bahasa
5.6.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KSSR Dunia Seni Visual Tahun 2
semakan

Tindakan : Semua Guru


5.7 Pengurusan Fail Panitia
5.7.1 Perkara-perkara yang perlu ada :
5.7.1.1 Fail Am 435
 No fail boleh rujuk di pejabat
 Nama fail tidak boleh ditampal. Perlu tulis menggunakan blok dan
kemas.
 Maklumat dalam fail mesti lengkap dan dikemaskini di pejabat
 Kertas minit fail direkod dan dikemaskini dengan sistematik
 Surat panggilan mesyuarat perlu ada tarikh, masa, tempat,
dipengerusikan oleh dan senarai agenda mesyuarat.
 Salinan minit mesyuarat kurikulum dan panitia yang terkini perlu ada.
 Masukkan juga salinan pencerapan guru

Tindakan : Ketua / Setiausaha Panitia


5.8.1.2 Dokumen berkaitan panitia
 Misi dan visi panitia
 Objektif dan matlamat
 Struktur dan carta organisasi
 Maklumat, biodata atau profil guru
 Jadual waktu guru
 Salinan surat pekeliling iktisas Bil 4/1986
 Sukatan dan rancangan matapelajaran
 Senarai ABM / BBM/ buku teks / buku kerja dan buku rujukan
 Anggaran belanjawan tahunan
 Rancangan jadual pencerapan
 Rancangan strategik / aktiviti, kertas cadangan dan laporan
 Perkembangan staf – rancangan dan laporan

5.8.1.3 Koleksi soalan


 Peperiksaan dalaman dan ujian

Tindakan : Ketua panitia dan makluman semua guru


6 Hal-Hal Lain
6.1 En. Abdullah Khilafah Bin Hassan mencadangkan supaya satu borang
penilaian formatif / sumatif dibuat untuk melihat perkembangan murid dalam
aspek-aspek penilaian seni.
Tindakan : Ketua Panitia

6.2 En. Muhammad Amiruddin Bin Musa mencadangkan untuk menghasilkan satu
cop selaras untuk semua guru untuk memberikan markah kepada hasil seni
murid.

Tindakan : Ketua Panitia

6.3 En Raymond Leo Junior mencadangkan supaya murid membuat fail khas
sebagai tempat untuk menyimpan hasil seni mereka.
6.4 Pengerusi berharap panitia Pendidikan Seni dapat bergerak aktif pada tahun
ini untuk kecemerlangan bersama.

Tindakan : Semua Guru

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

____________________ ____________________
(MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MUSA) (MUHAMAD FAUZI BIN ALI)
Setiausaha Panitia Pendidikan Seni Ketua Panitia Pendidikan Seni

You might also like