You are on page 1of 15

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SEMESTER 1 / TAHUN 2016

BBPP1103

PRINCIPLES OF MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI : 840624016185001


NO. KAD PENGNEALAN : 840624-01-6185
NO. TELEFON : 013-2548406
E-MEL : zulfikrijohari@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BANGI


<KOD KURSUS>
Telekom Malaysia, merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Ia
ditubuhkan pada 1 April 1946 di Tanah Malaya, dan dikenali dengan nama Jabatan
Telekom. Kemudian bertukar kepada nama Jabatan Telekom Malaysia, sejajar dengan
penubuhan Malaysia. Ia diswastakan pada tahun 1986, dengan nama Syarikat Telekom
Malaysia Berhad. Dan kini setelah dijenamakan semula, ia lebih dikenali denagn TM.
Telekom Malaysia memainkan peranan yang penting dalam industri
telekomunikasi Negara. Pada awalnya, servis yg ditawarkan adalah telegraf, kemudian
berkembang kepada talian telefon tetap. Pada 1963, Malaysia diperkenalkan pula dengan
televisyen, di mana Telekom Malaysia merupakan tulang belakang kepada servis ini.
Pada tahun 1970, Satelit bumi dibina di Kuantan, Pahang yang berhubung kepada
INTELSAT 3. Ianya membolehkan Malaysia berhubung dengan dunia luar. Pada 1983,
komunikasi data diperkenalkan, atau dengan bahasa mudahnya internet. Kemudian pada
1985, ATUR pula menembusi pasaran, dimana ianya merupakan yang pertama di rantau
Asia.
1986, Jabatan Telekom Malaysia diswastakan, bertukar kepada nama Syarikat
Telekom Malaysia Berhad (STM). Pembangunan telekomunikasi menjadi semakin
rancak selepas diswastakan. Pada tahun 1988, Celcom Sdn Bhd telah ditubuhkan di
bawah STM Cellular Communication Sdn Bhd yang pada awalnya dimiliki oleh STM.
Celcom kemudiannya dimiliki oleh Technology Resources Industries (TRI) pada 1992
yang terkenal dengan talian 019 dan Celcom kemudiannya kembali berada di bawah
naungan Telekom Malaysia. Yang mana pada 2007, mereka keluar semula daripada TM
dan dikenali sebagai AXIATA.
Kemudian, Streamyx diperkenalkan, menggantikan system jalur nipis yang lama
dan digantikan dengan system jalur lebar, dengan kelajuan internet yang lebih laju.
Menyusul pula dengan UNIFI pada 2010, dimana ia merupakan internet berkelajuan
tinggi. Di bawah UNIFI, TM memperkenalkan siaran televisyen berdefinisi tinggi yang
dikenali sebagai HYPPTV. 4G LTE merupakan produk terbaru internet mudah alih TM.
Dan yang terbaru, TM telah membeli syarikat P1 Wimax, dan akan mengeluarkan produk
baru mereka dalam waktu terdekat.
Untuk menguruskan organisasi yang sebesar TM, ia memerlukan pengurus yang
bagus dan sistem pengurusan yang baik. Pengurus ialah orang yamg memastikan sesuatu

1
<KOD KURSUS>
tugas itu dijalankan dengan baik sehingga selesai. Ia juga bertanggungjawab secara
langsung untuk memastikan bahawa setiap tugas dilaksanakan oleh orang atau pekerja
didalam sesebuah organisasi. Pengurusan pula membawa seni mengarah orang lain
melaksanakan kerja dengan mengutamakan aspek keberkesanan den kecekapan
pelaksanaannya. Menurut Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang
dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli sesebuah
organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan. Fungsi
pengurusan didalam sesebuah organisasi boleh dibahagikan kepada 4 aspek. Iaitu
perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan kepimpinan. Perancangan diperlukan
untuk menentukan objektif yang perlu dicapai dalam jangkamasa tertentu dan apa yang
perlu dilakukan untuk mencapai objektif tersebut. Pengorganisasian pula ialah kaedah
untuk menentukan tugas-tugas yang perlu dibuat oleh golongan-golongan tertentu di
dalm sesebuah organisasi. Pengawalan membawa maksud dimana pengurus mengukur
dalam semua objektif yang telah ditetapkan, memastikan semua tidak tersasar dari
piawaian atau norma yang telah ditetapkan semasa proses perancangan. Manakala
kepimpinan bermaksud memotivasikan dan memimpin orang bawahan mereka. Dengan
keempat-empat fungsi pengurusan ini, ia bertepatan dengan teori pengurusan yang
dikeluarkan oleh Donnelly (1987) iaitu pengurusan adalah proses yang dijalankan oleh
seorang atau lebih individu untuk mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti orang lain untuk
mencapai objektif yang mungkin tidak dapat dicapai jika dilakukan oleh seseorang
individu sahaja. Ini kerana pengurusan berlaku di setiap tahap dalam sesebuah organisasi.
Selain perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan kepimpinan, tugas
seorang pengurus itu juga boleh dikenalpasti dengan beberapa tugas tambahan yang lain.
Ini kerana menurut Lewis, P.S (2001), pengurus bukan sahaja merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal tetapi memainkan peranan-peranan penting
yang lain seperti peranan sebagai tunggak, peranan sebagai pemimpin, peranan sebagai
pegawai perhubungan, peranan sebagai jurucakap, pernanan sebagai perunding dan
peranan sebagai pencetus idea. Sebagai tunggak kepada satu syarikat, seorang pengurus
itu bertanggungjawab untuk melayan karenah pelanggannya. Sebagai seorang pemimpin
pula, seorang pengurus perlu bijak menyelesaikan konflik yang berlaku terhadap
pekerjanya, disamping mengekalkan objektif syarikat supaya tidak tersasar. Menurut Tun

2
<KOD KURSUS>
Dr. Mahathir Mohammad, (2012), dalam kepimpinan, seseorang itu perlu tahu apa yang
orang bawahan mahu. Sebagai pegawai perhubungan, seorang pengurus berperanan
sebagai saluran komunikasi diantara jabatannya dengan jabatan-jabatan di dalam
mahupun di luar organisasi. Pengurus juga berperanan sebagai jurucakap, seorang
pengurus perlu memastikan setiap arahan atau maklumat dari pihak atasan itu sampai
kepada orang bawahannya. Peranan pengurus sebagai perunding pula memerlukan
pengurus itu menyelesaikan setiap masalah yang berlaku di dalam bahagian mereka dapat
diselesaikan supaya memberi ruang kepada pekerjanya melakukan tugas dengan
berkesan. Di bawah tajuk pengurus sebagai pencetus idea pula, sesorang pengurus itu
perlu menyemai tiga proses yang membawa para pekerjanya ke arah mencapai inisiatif
perubahan. 3 proses itiu ialah proses keusahawanan, proses pembangunan proses
keupayaan dan proses reformasi. Proses keusahawanan membawa erti pengurus itu perlu
memberi kuasa, menyokong dan memberi insentif kepada para pekerjanya untuk
mencapai hala tuju mereka masing-masing. Apabila mendapat idea yang bagus, beliau
akan melancarkan program agar idea itu dapat menjadi kenyataan. Memalui peroses
pembangunan keupayaan, seorang pengurus perlu menyediakan latihan dan galakan
supaya motivasi dan keupayaan diri dapat dinaikkan kepada pekarjanya. Seterusnya
menggalakkan pekerjanya memikul tanggungjawab terhadap perkerjaan atau kesalahan
yang dilakukan. Proses reformasi di kalangan pekerja pula ialah dengan menyemai sikap
bertanya di kalangan pekerjanya supaya lebih memahami tentang organisasi dan tugasan
mereka.
Para pengurus bolah dikategorikan mengikut tahap mereka dalam
sesebuah organisasi iaitu pengurus peringkat atasan, pengurus peringkat pertengahan dan
pengurus peringkat bawahan. Pengurusan atasan bertanggungjawab ke atas operasi dan
pentadbiran keseluruhan organisasi. Mereka yang menyediakan panduan dan hala tuju
organisasi. Antara contoh jawatan mereka ialah presiden, naib presiden dan pengurus
besar. Pengurusan pertengahan pula mengawal selia aktiviti pengurus peringkat bawahan.
Mereka bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam perlaksanaan
polisi organisasi. Antara contoh jawatan mereka ialah penolong pengurus besar, pengurus
dan eksekutif. Pengurusan bawahan pula mengarahkan aktiviti pekerja operasi.
Sebahagian masa mereka dihabiskan dengan menyelia pekerja-pekerja bawahan mereka

3
<KOD KURSUS>
dan membantu menyelesaikan masalah operasi. Contoh jawatannya ialah penyelia dan
ketua operasi.
Kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus itu berbeza mengikut
peringkat mereka. Kemahiran juga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
kemahiran konseptual, kemahiran antara perorangan dan kemahiran teknikal. Kemahiran
konseptual lebih diperlukan dalam pengurusan atasan. Kemahiran konseptual adalah
berkaitan dengan kemampuan untuk menyelaras dan mengintegrasikan kesemua
aktiviti organisasi. Ia melibatkan keupayaan untuk melihat organisasi sebagai satu set
yang menyeluruh untuk memahami hubung kait di antara bahagian-bahagian di dalam
organisasi dan mematahui sama ada organisasi dapat menyesuaikan diri dalam
konteks yang lebih besar iaitu dalam konteks industri, masyarakat dan dunia
keseluruhannya serta mempunyai keupayaan untuk menjangka bagaimanakah
perubahan dalam mana-mana bahagian akan memberi kesan kepada keseluruhan
organisasi. Ia perlu untuk mempertingkatkan pencapaian organisasi. kemahiran ini
amat diperluakn dalam perngurusan peringkat atasan. Kemahiran perorangan pula dimana
pengurus perlu mempunyai kebolehan untuk bekerja dalam satu pasukan. Mereka
hendaklah bersedia untuk memahami citarasa dan emosi pihak lain. Di samping itu,
mereka juga perlu mempunyai kemampuan untuk memotivasi orang bawahan serta
bersifat empati. Kemahiran ini akan membolehkan pengurus memimpin dan memperoleh
keyakinan daripada pasukan kerja yang dipimpin mereka. Kemahiran perorangan
diperlukan oleh semua peringkat pengurus dalam organisasi kerana ia merupakan cermin
kepada kebolehan kepimpinan. Kemahiran teknikal pula adalah keupayaan pengurus
untuk menggunakan kepakaran atau pngetahuan yang dimiliki seperti keupayaan untuk
menggunakan pengetahuan yang spesifik. prosedur dan teknik dalam sesuatu bidang
seperti kejuruteraan, kewangan, perakaunan dan pemasaran. Kemahiran ini amat
diperlukan oleh pengurus peringkat bawahan kerana mereka perlu menyelesaikan
masalah harian berkaitan dengan kerja yang dilakukan.
Rajah 1 dibawah menerangkan tentang tiga kemahiran penting yangdiperlukan
dalam setiap peringkat pengurusan. Anak panah ke atas menunjukkan jenis kemahiran
yang semakin diperlukan oleh pengurusan atasan manakala anak panah ke bawah

4
<KOD KURSUS>
menunjukkan kemahiran yang semakin diperlukan di peringkat pengurusan peringkat
bawahan.

Rajah 1. Kemahiran yang diperlukan oleh pengurus.

Evolusi teori dalam pengurusan perlu dipelajari supaya kita dapat belajar dari
kesilapan lampau dan tidak diulangi. Seterusnya dapat memilih teori mana yang
bersesuaian supaya sesuatu organisasi itu berjaya diuruskan dan dapat mencapai
objektifnya. Rajah 2 menunjukkan evolusi pengurusan dari kurun ke 19 hingga kurun ke
20.

Rajah 2 menunjukkan evolusi teori pengurusan.


Evolusi pengurusan bermula dari perspektif klasikal, perspektif manusia, perspektif
pengurusan kuantitatif dan yang terakhir pengurusan kontemporari.

Perspektif Klasikal
5
<KOD KURSUS>
Perspektif klasikal mula diperkenalkan pada abad ke -19 dan awal abad ke-20. Ia
tertumpu kepada pendekatan rasional dan saintifik dalam mencari jalan penyelesaian, dan
boleh dibahagikan kepada tiga kaedah pengurusan iaitu pengurusan saintifik, pengurusan
birokratik dan pengurusan pentadbiran.
A) Pengurusan Saintifik. Kaedah ini terjadi berpunca dari keadaan dimana
peniaga berdepan masalah kekurangan produktiviti dari pekerja. Frederick
Taylor (1856-1915) berpendapat kebanyakan masalah timbul akibat daripada
amalan pengurusan yang buruk dan masalah pekerja itu sendiri. Beliau juga
mengesyorkan keputusan yang dibuat hendaklah mengikut prosedur yang telah
ditetapkan dan selepas setiap keadaan dianalisa. Kaedah ini terbahagi kepada 5
prinsip;
1) Menggunakan pendekatan saintifik dalam menentukan amalan yang
terbaik.
2) Memilih pekerja yang sesuai dari segi mental dan fizikal denagn jenis
tugasan.
3) Melatih dan meningkatkan taraf pekerja sesuai dengan pekerjaannya.
4) Memberi insentif kewangan.
5) Tanggungjawab perancangan dan pengorganisasian diberi kepada
pengurus.

Selain Taylor, Henry Gantt (1861-1919) pula menumpukan kepada sistem


kawalan dan penjadualan. Antaranya Henry telah memperkenalkan Carta Gantt,
yang masih digunapakai sehingga ke hari ini. Frank (1868-1924) dan Lillian
Gilbert (1878-1972) pula mengatakan sekiranya pengurusan saintifik digunakan
secara meluas, keupayaan setiap pekerja dapat dipertingkatkan dengan ketara.
B) Pengurusan Birokratik. Ia merupakan pendekatan pengurusan berlandaskan
garis panduan, hierarki, pembahagian kerja yang jelas dan juga peraturan dan
prosedur. Max Weber telah memperkenal beberapa konsep birokratik, antaranya
aialah;
1) Autoriti dan tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas.
2) Kedudukan dalam organisasi mengikut struktur hierarki.
3) Kenaikan pangkat mengikut kelayakan.

6
<KOD KURSUS>
4) Merekodkan semua tindakan dan keputusan pentadbiran.
5) Pengasingan pemilikan dan pengurusan.
6) Semua pekerja tertakluk kepada garis panduan secara sama rata.

Pendekatan ini berusaha ke arah peningkatan kecekapan dan memastikan


kesinambungan bagi semua operasi dalam sebuah organisasi. Namun keburukan
pengurusan birokrasi yang ketat, boleh adalah boleh melambatkan proses
membuat keputusan.
C) Pengurusan Tadbir. Pelopor teori pentadbiran, Henri Fayol (1841-1925) telah
memperkenalkan 14 prinsip pengurusan tadbir iaitu;
1) Pembahagian Kerja. Konsep ini berkenaan dengan pengkhususan kerja
kerana menurut Fayol, tiada orang yang boleh melakukan semua kerja,
setiap kerja memerlukan kemahiran yang berlainan dan pengulangan
kerja dapat meningkatkan kecekapan.
2) Autoriti. Hak untuk mengarah dan berkuasa perlulah dipatuhi.
3) Disiplin. Perlulah berdasarkan hormat dan patuh.
4) Paduan Arahan. Pekerja patut menerima arahan dari seorang ketua
sahaja.
5) Kesatuan Arah. Seorang ketua dan satu arah tujuan yang sama.
6) Kepentingan Umum Perlu Mengatasi Keperluan Peribadi.
7) Imbuhan. Pemberian gaji berdasarkan faktor-faktor tertentu.
8) Pemusatan. Ianya bergantung kepada situasi dan saluran yang formal.
9) Rantaian Skalar. Ia berkaitan dengan garis kuasa dan komunikasi
formal.
10) Teratur. Semua sumber diperuntukkan pada masa dan tempat yang
betul.
11) Ekuiti. Layanan adil dan saksama kepada semua pekerja.
12) Kestabilan Dari Segi Tempoh Kerja. Mengekalkan pekerja yang
produktif.
13) Inisatif. Pekerja diberi insentif untuk kerja baru dan tambahan.
14) Esprit de corps. Terma dalam Bahasa Perancis yang bermaksud sifat
setia kawan.

7
<KOD KURSUS>
Perspektif klasik dalam pengurusan adalah sangat penting, ianya memberi organisasi
kemahiran asas untuk meningkatkan produktiviti dan meraih sokongan padu daripada
golongan pekerja.
Perspektif Kemanusiaan.
Kaedah pengurusan yang kedua ialah perspektif kemanusiaan. Pengasassnya ialah Mary
Porker Fallot dan Chester Barnard. Pendekatan ini menitikberatkan tentang gelagat
manusia, keperluan pekerja, sikap pekerja dalam persekitaran kerja dan juga proses-
proses interaksi sosial dan berkumpulan. Ia boleh dikategorikan kepada 3 bahagian;
A) Pergerakan Hubungan Manusia. Pendekatan ini berdasarkan penyilidikan
oleh Elton Mayo dan Fritz Roethlisbeger di Western Electric’s Company
Hawthorne Works di Chicago pada 1927-1932. Kesimpulan daripada
penyelidikan oleh dua ahli psikologi ini mendapati produktiviti pekerja
bertambah kerana layanan istimewa daripada pihak pengurusan dan pekerja
mempengaruhi input dalam menentukan prestasi sesebuah organisasi.
B) Pendekatan Sumber Manusia. Pendekatan ini menekankan bahawa
produktiviti pekerja akan bertambah apabila kepuasan dari segi keperluan asas
pekerja dipenuhi. Pendekatan ini menggabungkan struktur kerja dengan
beberapa teori motivasi yang dikeluarkan oleh Abraham Maslow dan Douglas
McGregor.
C) Pendekatan Sains Sosial. Pendekatan sains sosial telah membangunkan teori
perlakuan manusia berdasarkan kaedah-kaedah sintifik dan pembelajaran. Ia
berpunca dari bebrapa bidang seperti sosiologo, psikologi, ekonomi,
antropologi dan bidang-bidang lain yang berkait dengan gelagat dan interaksi
pekerja dalam organisasi.

Pendekatan Pengurusan Kuantitatif.


Pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah dan teknik kuantitatif seperti program
linear,teori kebarangkalian, teori giliran, statistik dan model matematik untuk membantu
pengurus dalam pengurusan sumber-sumber organisasi secara optimum serta efisien.
Pendekatan ini meliputi 3 perkara iaitu;

8
<KOD KURSUS>
A) Pengurusan Sains. Ia menumpukan kepada pengggunaan model matematik
dan kaedah sains untuk meningkatkan keberkesanan dalam membuat
keputusan.
B) Pengurusan Operasi. Memudahkan pengurusan pengeluaran dan
penghantaran barang serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
C) Pengurusan Sistem Maklumat. Menekankan penggunaan komputer dalam
mereka bentuk dan mengurus maklumat-maklumat penting bagi membantu
pengurus membuat keputusan.

Pendekatan Kontemporari
Walaupun pendekatan pengurusan yang lama masih dibincangkan dan diguna pakai
sehingga kini, tetapi terdapat sedikit perubahan untuk diadaptasi sebagai pendekatan
terkini. Pendekatan kontemporari ini menghasilkan 2 teori iaitu teori sistem dan teori
kontigensi.
A) Teori Sistem. Teori ini bertujuan untuk mengubah input daripada persekitaran
luaran kepada output. Ia terbahagi kepada 5 iaitu;
1) Input. Ia merupakan sumber yang diperlukan untuk menghasilkan
produk atau perkhidmatan.
2) Proses Transformasi. Penggunaan teknologo pengeluaran untuk
mengubah input kepada output.
3) Pengeluaran. Produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan.
4) Maklum Balas. Proses yang akan mempengaruhi kitaran berikutnya.
5) Persekitaran. Termasuk pengaruh sosial, politik dan ekonomi.

Idea-idea sistemnya pula merangkumi 5 bahagian;


1) Sistem Terbuka. Sistem yang berinteraksi dengan persekitaran luaran
untuk terus bertahan.
2) Sistem Tertutup. Sistem yang tidak beerinteraksi denagn sistem
luaran untuk terus bertahan akan menemui kegagalan.
3) Entropi. Kecenderungan satu sistem untuk menjadi lupus.

9
<KOD KURSUS>
4) Sinergi. Indivisu atau kumpulan yang akan berjaya sekiranya bekerja
secara berkumpulan berbanding individu.
5) Subsistem. Bahagian-bahagian sistem yang saling bergantungan.
B) Pendekatan Kontigensi. Pendekatan kontigensi menggabungkan pemerhatian
universal(kaedah pengurusan klasikal) dengan pemerhatian kes. Tindakan
pengurus bergantung kepada beberapa kontigensi yang berlaku. Pendekatan
ini adalah fleksibel dan disesuaikan dengan perubahan persekitaran.

Di dalam organisai Syarikat Telekom Malaysia, pada pandangan saya, teori


pengurusan yang diamalkan ialah dari perspektif klasikal, di bawh teori Fayol iaitu
Pengurusan Tadbir. Di bawah tajuk pengurusan tadbir, terbahagi kepada 14 prinsip.
Prinsip-prinsip tersebut saya sertakan dengan contoh yang terdapat di Syarikat Telekom
Malaysia.
1) Pembahagian Kerja. Pengkhususan dalam bidang kerja masing-masing,
dimana setiap orang akan melakukan tugas yang telah dipertanggungjawabkan
dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
2) Autoriti. Autoriti kepada setiap bahagian di dalam jbahagian. Misalnya
bahagian Network and Development diberi kuasa untuk membeli peralatan
yang akan dipasang di bangunan TM, sementara bahagian Kewangan yang
akan menganalisa dan meluluskan satu-satu pembelian. Dan ketika peralatan
sudah dipasang sepenuhnya, kerja-kerja baikpulih diberi pula ke bahagian
Operasi.
3) Disiplin. Setiap pekerja perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Sumber Manusia. Tatacara kerja pula perlu mematuhi arahan yang
dikeluarkan oleh bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(OSH).
4) Panduan arahan. Setiap pekerja mengikut arahan yang diberi oleh ketua
masing-masing. Bagi pekerja bukan eksekutif, perlu menerima arahan
daripada supervisor. Supervisor pula menerima arahan daripada
eksekutif/pengurus. Pengurus menerima arahan daripada Penolong Pengurus
Besar, kemudian Penolong Pengurus Besar menerima arahan Pengurus Besar.

10
<KOD KURSUS>
Pengurus Besar pula mengikut arahan Naib Presiden, dan Naib Presiden
hendaklah melapor kepada Presiden/CEO.
5) Kesatuan Arah. Kesemua pekerja menuju kepada satu matlamat yang sama
berlandaskan misi dan visi syarikat.
6) Kepentingan Umum Perlu Mengatasi Keperluan Peribadi. Ini sering
berlaku kepada pekrja baghagian operasi, dimana mereka diminta untuk
menunggu sedia untuk pergi ketempat kerja jika berlaku sebarang kerosakan.
Kadangkala pekerja perlu mengorbankan hari-hari penting seperti Hari Raya
atau hari cuti bagi tuntutan kerja.
7) Imbuhan. Pembahagian bonus kepada pekerja mengikut kepada Key
Performance Indicator(KPI). Untuk mendapat bonus yang tinggi dari rakan
sekerja yang lain, seorang pekrja itu perlu bekerja dengan lebih baik dari
rakan sekerjanya.
8) Pemusatan. Menempatkan pekerja dan pengurus di bawah satu bumbung,
dimana informasi dan pemantauan dapat diberikan secara lebih baik.
Walaupun kawasan kerja bagi bahagian operasi itu luas, misalnya bahagian
Selangor Timur 2 hendaklah menjaga kawasan bermula dari stesen Genting
Highland sehingga ke stesen Sungai Long, tetapi penempatan kami berpusat
di stesen Wangsa Maju.
9) Rantaian Skalar. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh CEO sampai kepada
pekerja bawahan dengan rantaian secara terus sehingga ke peringkat bawahan.
10) Teratur. Setiap kerja dijalankan secara teratur dan mengikut kepada arahan
yang diberi oleh ketua dan apa yang dikehendaki oleh pelanggan.
11) Ekuiti. Setiap pekerja mendapat layanan yang sama rata selain hak untuk
menyuarakan pendapat diberi. Pendapat biasanya diberi bilamana terjadi
masalah berkaitan dengan operasi seperti kerosakan kepada penyambungan
dan peralatan komunikasi.
12) Kestabilan Dari Segi Tempoh Kerja. Walaupun pekerja perlu untuk
menunggu sedia terhadap kerosakan, tetapi pekerja diberi kelonggaran
berkenaan waktu kerja setelah melakukan kerja lebih masa. Sebagai contoh,
waktu kerja adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang. Jika pekerja itu

11
<KOD KURSUS>
datang bekerja pada waktu malam untuk menyelesaikan kerosakan, pekerja itu
diberi kelonggaran dengan dibenarkan untuk masuk lewat pada keesokan
harinya.
13) Inisiatif. Pekerja diberi peluang untuk menunjukkan kreativiti dan innovasi
bagi memudahkan cara kerja dengan mencipta kaedah dan peralatan yang
bersesuaian dengan cara kerja. Setiap tahun pertandingan ini diadakan dan
setiap orang di dalam satu bahagian itu wajib mengambiil bahagian.
14) Esprit de Corps. Sifat setia kawan perlu ada di setiap bahagian terutamnya
bahagian operasi. Ini kerana kai saling bertukar jadual tunggu sedia, mengikut
keutamaan dan kepentingan yang mungkin tidak dapat dielakkan.

Dengan contoh yang diberikan dalam organisasi Telekom Malaysia, ternyata banyak
persamaan yang diamalkan didalam syarikat ini bertepatan dengan teori Pengurusan
Tadbir yang dikeluarkan oleh Fayol.
Walaupun teori pengurusan di Syarikat Telekom Malaysia ini bertepatan dengan
teori Pengurusan Tadbir, tetapi pada pandangan saya, syarikat ini boleh menjalankan
beberapa penambahbaikan dengan menambah beberapa cara dalam kaedah Pengurusan
Saintifik. Di dalam tajuk Pengurusan Saintifik, terdapat beberapa kaedah iaitu
menggunakan kaedah saintifik dalam menentukan amalan terbaik. Ini kerana kadangkala
kaedah dalam menyelesaikan masalah perkaitan peralatan kominikasi yang dikeluarkan
syarikat mengambil tempoh masa yang lama untuk diselesaikan. Menerusi kaedah
saintifik, dapat menentukan cara yang terbaik bagi sesuatu masalah dan seterusnya dan
menjimatkan masa. Cara yang kedua ialah memilih pekerja yang sesuai untuk
menjalankan satu-satu aktiviti. Ini kerana, ada pekerja yang telah berusia masih lagi
melakukan kerja-kerja memanjat tiang dan memanjat menara. pekerjaan seperti ini patit
diberi kepada golongan yang lebih muda, selain memberi latihan yang sewajarnya untuk
kerja-kerja tersebut. Point-point lain didalam kaedah Pengurusan Saintifik ini menurut
pandangan saya telah pun disesuaikan dalam syarikat ini.
Menerusi kaedah dan teori pengurusan yang betul, ternyata dapat menyumbang
kepada kebaikan dalam sesebuah organisasi dan syarikat. Mungkin satu teori pengurusan
sahaja tidak cukup baik untuk sesebuah organisasi, di mana organisasi itu perlu pandai
dalam menyesuaikan teori mana yang patut diikuti dan ditambah baik. Dengan belajar

12
<KOD KURSUS>
tajuk ini , saya dapati diri saya lebih memahami orgaisasi syarikat yang saya kerja dan
seterusnya menghormati pihak atasan terhadap keputusan-keputusan yang telah dibuat
demi kebaikan syarikat secara amnya dan kebaikan kepada pekerja secara khususnya.

(3000 patah perkataan)

13
<KOD KURSUS>
Rujukan;

1)Robert N.Lusser (2008), Management Fundamentals, South Western, Cengage


Learning, USA.

2)Plunket, Attuer and Allan (2008), Management, Meeting an dExceeding Customer


Expectations, 9th, Thomas South Western, Canada.

3)Robbin, S. P. and Decenzo, D. A. (2001). “ Fundamental of Management: Essential


Concepts and Applications”, 3rd Edition. Prentice Hall.

14

You might also like