You are on page 1of 9

1103/1

Bahasa
Melayu
Kertas 1
2018

2¼ jam

SMK SIONG

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHASA MELAYU
Kertas 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang anda sediakan
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Disediakan Oleh :

(Mohd Fazlan bin Md Noordin)


Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

Bahagian A
[ 30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar rajah dan keterangan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan
amalan menabung dalam kehidupan masyarakat di negara kita. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG

Persediaan semasa kecemasan


Persediaan untuk melanjutkan pelajaran

Memupuk amalan berjimat-cermat


Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350
patah perkataan.

1. Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

Jelaskan cara-cara anda menunjukkan semangat patriotik anda.

2. Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan
membaca dalam kalangan anak-anak.

3. Anda mempunyai pelbagai idea untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara kita.

Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan bagi menjelaskan idea-idea anda tersebut.

4. Kerjasama negara-negara ASEAN dalam sektor pelancongan mampu memberikan kesan positif
dari sudut ekonomi, politik, dan sosial.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.

5. Seseorang pengarang biasanya mengetengahkan banyak nilai kemanusiaan seperti nilai kasih
sayang, nilai bertanggungjawab, dan nilai ketabahan dalam novel yang dihasilkannya. Nilai-
nilai tersebut boleh dijadikan panduan hidup.

Ulaskan pernyataan tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT


Cara Pemarkahan Bahasa Melayu SPM Kertas 1

KRITERIA PENSKORAN : BAHAGIAN A

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

 Karangan menepati tema bahan rangsangan.



26 – 30 Idea releven dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas
dan matang.

CEMERLANG (28 – 30) Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan
tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas
dan tepat.
(26 – 27)
 Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan
menggunakan ungkapan yang menarik.

 Karangan menepati tema bahan rangsangan.

20 – 25 Idea releven dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

KEPUJIAN (23 – 25) Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan
tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas
(20 – 22) dan luas.

 Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.


 Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

15 – 19 Idea masih releven dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas
.
MEMUASKAN (17 – 19)
 Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda
(15 – 16) baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.

 Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.


 Karangan masih/kurang menepati tema bahan rangsangan.

10 – 14
 Idea masih/kurang releven dengan tema bahan rangsangan. Huraikan idea
kurang masih jelas .
KURANG 
(12 – 14)
MEMUASKAN  Bahasa kurang gramatis dari egi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan
tatabahasa ketara . Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi
(10 – 11) terdapat kesalahan ejaan yang ketara.Penggunaan kosa kata terhad

 Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
PENCAPAIAN 01 – 09
UMUM
 Idea tidak menepati tema bahan ransangan.
(06 – 09)

(01 – 05) Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

KRITERIA PENSKORAN: BAHAGIAN B

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


 Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang,
disertakan dengan contoh yang sesuai.
 Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.
 Penggunaan pelbagai jenis katayang luas dan tepat.
 Penggunaan kosa kata luas yang tepat.
80 – 100 Ejaan dan tanda baca yang betul.
CEMERLANG 
(90 – 100) Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
(80 – 89) Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
 Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerenganan sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara
perenggan.


 Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan
dengan contoh yang sesuai.
 Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum.
 Penggunaan pelbagai jenis katayang tepat.
 Penggunaan kosa kata luas yang tepat.
66 – 79
 Ejaan dan tanda baca yang betul.
KEPUJIAN (73 – 79)
 Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
(66 – 72)
 Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
 Gaya bahasa masih menarikdari segi keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
 Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
 Wacana lengkap dan masih terdapat kesinambungan idea yang jelas antara
perenggan.

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh
masih sesuai.
 Penggunaan ayat majmukgramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
 Penggunaan pelbagai jenis katasesuai.
 Penggunaan kosa kata umum.
51 – 65
 Ejaan dan tanda baca masih betul.
BAIK (58 – 65)
 Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
(51 – 57)
 Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
 Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapankurang berkesan.
 Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai.
 Wacana masih lengkap.
PERINGKAT MARKAH KRITERIA


 Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh
kurang sesuai.
 Ayat kurang gramatis
 Penggunaan pelbagai jenis kataterhad.
 Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
 Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.gaya,
36 – 50
bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan
MEMUASKAN (43 – 50)
ungkapan kurang berkesan.
(36 – 42)
 Laras bahasa kurang/masih sesuai.
 Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
 Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan kurang berkesan.
 Pengolahan kurang menarik.
 Wacana masih / kurang lengkap.


 Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak
berkembang dan contoh tidak sesuai.
 Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
 Penggunaan kata kurang tepat.
21 – 35
KURANG  Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
(28 – 35)
MEMUASKAN  Unsur bahasa tidak bervariasi.
(21 – 27)
 Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
lemah.
 Pengolahan tidak menarik.
 Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.


 Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh
tidak sesuai.
 Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yangtidak
gramatis.
01 – 20
PENCAPAIAN  Terdapat kesalahan ejaan dantanda baca yang ketara.
(11 – 20)
MINIMUM  Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
(01 – 10)
lemah dan tidak menarik.
 Pengolahan tidak menarik.
 Wacana tidak lengkap binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.
 Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.

NOTA:

Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

( ) = Kesalahan isi. // = Kesalahan ejaan yang berulang.

------------------- = Kesalahan bahasa, rangkai = Kesalahan tanda baca.


kata dan perkataan.
/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama
khas ). = Tinggal
SULIT 1 1103/1

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 PERCUBAAN SPM 2014


BAHAGIAN A

Amalan Menabung

Pendahuluan

isu : amalan menabung


tugasan : kepentingan amalan menabung

Cadangan isi

1. Persediaan semasa kecemasan

- Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang di kumpul dari usia setahun jagung
sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika berhadapan dengan sesuatu kejadian yang
tidak diduga.
- bak kata pepatah Melayu, malang tidak berbau.
- individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak apabila terjadi sesuatu perkara yang
tidak diingini sekiranya mereka menjadikan aktiviti menabung sebagai suatu amalan.
- tamsilnya, hasil tabungan yang dikumpul daripada usia muda dapat digunakan untuk
membiayai kos rawatan yang dikenakan oleh pihak hospital sekiranya berdepan dengan
masalah seperti kemalangan, menghidapi penyakit dan sebagainya
- amalan menabung yang dididik sejak anak-anak kecil lagi jelas membantu meringankan
masalah keluarga ketika berdepan situasi rumit.

2. Persediaan melanjutkan pelajaran


- menjamin masa hadapan yang cerah bagi anak-anak.
- hasil tabungan yang dikumpul mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan
untuk tujuan tertentu apabila mereka dewasa kelak.
- jika anak-anak berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu
membebankan atau bergantung harap kepada kedua-dua orang tua mereka.
- contohnya jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading
sama ada dalam atau luar negara ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan menerima
tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan
pengajian anak-anak mereka.
- amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas menjamin masa hadapan yang cerah
buat cahaya mata mereka.

3. Memupuk amalan berjimat cermat


- individu yang menabung akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang.
- individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu
barangan.
- seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa
mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya.
- pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan
positif kepada mereka sekali gus menyemai sikap suka berjimat dalam diri mereka.

Kesimpulan

- amalan ini amat mulia


- setiap individu perlu mengorak langkah membuat tabungan
- seandainya tidak mengamalkan amalan tersebut masyarakat akan dibelenggu dengan masalah
kewangan
- merealisasikan impian diri sendiri dan keluarga
SULIT 2 1103/1
BAHAGIAN B

Soalan B1
Format : Tiada format
Cadangan isi:
Cara-cara saya menunjukkan semangat patriotik
1. Menghormati dan menghayati lagu-lagu patriotik
2. Meningkatkan ilmu tentang sejarah negara – sebagai persediaan masa hadapan
3. Menghargai jasa pejuang negara
4. Melawat tempat-tempat bersejarah – dapat melahirkan semangat juang
5. Menyertai program dan sambutan Hari Kebangsaan

Contoh ungkap menarik:


Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; Bersatu teguh bercerai roboh; biar putih tulang jangan putih mata.

Soalan B2
Format : Tiada format
Cadangan isi:
Usaha-usaha ibu bapa untuk menggalakkan amalan membaca
1. Membawa anak-anak ke pesta buku – Pameran Buku Antarabangsa di PWTC – anak-anak dapat lihat
pelbagai jenis buku – boleh memilih buku yang diminati
2. Menjadi suri teladan – membaca buku di rumah bersama anak-anak – baca setiap hari pada waktu senggang
-
3. Menyedia ruang bacaan dan menambah sumber bacaan di rumah - perpustakaan mini– majalah dan buku-
buku – dapat menarik minat dan boleh mengembangkan minda anak-anak
4. Mendaftar anak-anak menyertai kelab buku -Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku
Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka - anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan
mengetahui perkembangan buku yang terkini - mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan
dengan buku
5. Memberi pengukuhan dan galakan kepada anak-anak – sama ada berbentuk lisan dan hadiah yang
munasabah - pujian daripada ibu bapa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan suci
hati – guna bahasa mesra – dapat menggalakkan anak-anak terus membaca .

Contoh ungkapan menarik:


Melentur buluh biarlah dari rebungnya; membaca jambatan ilmu; usaha tangga kejayaan; bangsa membaca bangsa
berjaya.

Soalan B3
Format : Surat Rasmi – alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, tajuk surat, tandatangan
(Tiada format tolak 2 markah)
Cadangan isi:
1. Kenderaan yang kondusif – bersih, selesa, kemudahan wifi
2. Jaminan keselamatan – sentiasa diselenggara (brek, tayar, enjin dan sebagainya), kursus pemanduan
selamat
3. Pengurusan yang cekap – menepati masa, jadual perjalanan yang sesuai, mesra pelanggan, perkhidmatan
atas talian,
4. Infrastruktur lengkap – stesen/perhentian berpusat, memenuhi keperluan pengguna
5. Pemantauan secara berkala oleh pihak berwajib – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer
(PUSPAKOM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Contoh ungkapan menarik :


pandu cermat jiwa selamat; biar lambat asal selamat; utamakan keselamatan
SULIT 3 1103/1
Soalan B4

Format : tiada

Cadangan isi :

i. Aspek ekonomi – menjana pendapatan penduduk, peluang pekerjaan, pertukaran mata wang asing, agro
pelancongan
ii. Politik – mengukuhkan hubungan diplomatik, kawalan keselamatan di sempadan, mengurangkan kerenah
birokrasi
iii. Sosial – pertukaran budaya, pelancongan kesihatan, mengeratkan hubungan silaturahim

Contoh ungkapan menarik :


Bagai aur dengan tebing; yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing; bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafaat

Soalan B5

Format : Tiada

Cadangan isi:

Nilai kasih sayang – kasih sayang terhadap diri sendiri, keluarga, sahabat dan alam.
Contoh: Novel Azfa Hanani
Kasih sayang Azfa Hanani terhadap keluarga Pak Long Madi.
Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni bagi mendapatkan pembiayaan rawatan adik sepupunya, Zuraini
Kita perlu menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga melalui pelbagai cara.

Nilai tanggungjawab – tanggungjawab sebagai pelajar, anak, keluarga, ahli masyarakat dan warganegara.
Contoh : Novel Kembara Amira
Tanggungjawab Tau melindungi hutan kawasan Gunung Mat Raya.
Tau menyamar sebagai makhluk berbulu untuk mengawasi hutan daripada diceroboh oleh orang asing.
Sebagai warganegara, kita mesti berusaha mengekalkan keamanan negara

Nilai ketabahan – mampu menghadapi cabaran, tabah menghadapi ujian


Contoh : Novel Azfa Hanani
Azfa Hanani tabah menjalani kehidupan sebagai anak yatim piatu.
Azfa Hanani melalui kehidupannya dengan tabah bersama-sama Pak Lon Madi setelah ibu bapanya
meninggal dunia.
Kita perlu tabahkan hati dalam melalui perjalanan hidup yan penuh dengan ujian atau cabaran.

(Nilai-nilai lain dari novel lain boleh diterima jika bersesuaian.)

Ungkapan menarik : ungkapan yang sesuai boleh diterima

You might also like