You are on page 1of 20

HUBUNGAN ETNIK

PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD NIZAM BIN ATTAN

NAMA PELAJAR : SUMITHA A/P SELAMANI.

NO. MATRIK : CF170004

TAHUN PENGAJIAN : 1

SEKSYEN : 4

BIODATA

NAMA PELAJAR : SUMITHA A/P SELAMANI.

NO. MATRIK : CF170004.

NO. TELEFON SAHABAT KARIB : 012-3731795.

FAKULTI: KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR.


NAMA PA: PN TUAN NORHAYATI TUAN CHIK.

NO. TELEFON PA: 013-6348269.

ISI KANDUNGAN

NO: TOPIK MUKA SURAT

Permuafakatan Politik
1 Dalam Konteks Hubungan 1-2
Etnik Di Malaysia
2 6.A1 Perjuangan Dato Onn 3-6

6.A2 Memperkenalkan
3 Ahli Parlimen Anda 7-8

6.A3 Ulasan PRU 13


4 9

5 Rujukan 10

6 Lampiran 11-13
PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA

Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia


membawa maksud yang sangat besar kepada negara. Melalui konsep ini, rakyat
Malaysia dapat mengetahui perkembangan parti politik di Malaysia. Selain itu, ia juga
boleh menghuraikan usaha yang diambil untuk mengukuhkan kesepaduan sosial
melalui politik. Cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi etnik di negara ini
dalam konteks politik juga dapat dikenal pasti. Politik di Malaysia ini terbahagi
kepada beberapa bahagian iaitu yang pertama politik tradisi yang diamalkan di
Melaka. Kedua, implikasi penjajahan British di mana telah berlakunya penghakisan
kuasa sultan. Seterusnya, kesedaran politik yang membawa kepada penubuhan parti
politik seperti UMNO, parti perikatan dan parti bebas. Yang keempat, pembangunan
politik dan modenisasi negara bangsa. Kelima, muafakat politik dibina dan UMNO
dibuka. Selain itu, demografi politik telah mewujudkan komposisi dan taburan
penduduk yang stabil. Ketujuh, politik di Sabah dan Sarawak juga telah dibangunkan.

Di samping itu, tsunami politik telah berlaku pada pilihan raya tahun 2008.
Yang kesembilan, perubahan trend dan corak pengundian telah dilaksanakan di mana
gaya politik baru dan pemimpin berintegriti dapat dilahirkan. Secara kesimpulan,
konflik dalam politik ini telah menjadikan rakyat Malaysia semakin matang dalam
mengamalkan prinsip muafakat politik. Sebagai pengenalan, politik Malaysia ini
mempunyai sejarah yang tersendiri. Ia telah bermula pada zaman pentadbiran
feudalisme Kesultanan Melayu Melaka. Sultan dibantu oleh 4 orang pembesar
Melayu telah mentadbir Kerajaan Melaka pada abad itu. Mereka juga mempunyai
undang-undang kanun Melaka yang tersendiri. Dalam pentadbiran ini, system politik
tidak membenarkan persaingan kuasa secara bebas kerana hanya sultan yang
mempunyai kuasa mutlak dan kedaulatan raja. Seterusnya, kemasukan penjajah ke
Tanah Melayu telah memaksa negeri-negeri Melayu untuk menerima sistem residen
melalui perjanjian Pangkor 1874. Hal ini telah menyebabkan institusi kesultanan
melayu dan kuasa memungut cukai terhakis. Mereka hanya diberi kuasa untuk
mentadbir hal ehwal agama dan adat resam orang Melayu sahaja.

1
Selain itu, British juga telah meneruskan usaha menguasai negeri-negeri
Melayu dengan memperkenalkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Kemuncak kepada penguasaan
British adalah dengan tertubuhnya Malayan Union (MU). Penubuhan UMNO adalah
reaksi penentangan masyarakat terhadap MU sehingga diganti dengan Persekutun
Tanah Melayu pada tahun 1984. Kemudian pada tahun 1950, UMNO telah bergabung
dengan MCA bagi mewujudkan parti perikatan walaupun memperjuangkan
kepentingan mengikut etnik yang tersendiri. Perkembangan seterusnya menyaksikan
Malaysia pada awal kemerdekaan mempunyai pelbagai parti politik yang pada
dasarnya mewakili pelbagai kaum. Asas kerjasama parti pemimpin politik pelbagai
kaum adalah menjurus kepada permuafakatan.

Permuafakatan politik merupakan perkara yang sangat penting dan wajar


dititikberatkan oleh setiap warga masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan prinsip Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelembagaan untuk memilih barisan pimpinan negara.
Dalam usaha melaksanakan dasar demokrasi ini, terdapat beberapa langkah contohnya
seperti,penggubalan dasar-dasar negara dan pilihan raya yang dilakukan secara
berkala selama lima tahun sekali. Pengertian demokrasi berasal dari bahasa Yunani
iaitu demos yang bererti rakyat dan cratos yang bererti pemerintahan. Justeru
demokrasi bermaksud sebuah dasar pemerintahan rakyat. Demokrasi terbahagi kepada
dua bentuk iaitu; pertama, demokrasi langsung iaitu setiap rakyat mewakili dirinya
sendiri dalam memilih suatu kebijakan sehingga mereka memilih pengaruh langsung
trhadap politik yang terjadi. Kedua, demokrasi tidak langsung yang bermaksud
demokrasi sebagai pengambilan keputusan oleh perwakilan warga negara. Ertinya
ialah demokrasi yang dilakukan oleh masyarakat dalam setiap pemilihan umum untuk
menyampaikan pendapat dan mengambil keputusan bagi mereka.

2
6.A1 PERJUANGAN DATO ONN

Dato Onn merupakan Menteri Besar Johor, pengasas dan Yang DiPertua
pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan menggagalkan
Malayan Union dan tokoh pelupur dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara
kaum diMalaya (Malaysia). Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik telah membuka
mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Perkara pertama yang dilaksanakan
oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 Beliau telah dilantik sebagai presiden UMNO
yang pertama. Masyarakat mula menyedari bahawa untuk mencapai kemerdekaan

3
tidak perlu bergantung kepada kerajaan British tetapi mereka mampu memperoleh
kemerdekaan dengan cara mereka sendiri.

Selain itu, UMNO ditubuhkan atas beberapa sebab iaitu penubuhan


Malayan Union oleh kerajaan British pada 1 April 1946 yang diperintah oleh Gabenor
British dan perkara ini menjadi sebab utama membangkitkan semangat nasionalisme
dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Faktor yang membangkitkan
tentangan kaum Melayu ialah Malayan Union cuba memberi hak kerakyatan secara
terbuka kepada semua kaum mengikut prinsip jus soli iaitu Cina dan India dan hal ini
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum Melayu sebagai penduduk
asal di Tanah Melayu. Malayan Union juga menghapuskan kedaulatan dan kuasa
sultan. Melalui penubuhan UMNO, Dato’ Onn cuba memupuk semangat perpaduan,
nasionalisme dan perasaan antipenjajah dalam kalangan masyarakat Melayu untuk
mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

Gerakan UMNO ketika itu sangat bermakna pada masa kini kerana UMNO
sering mengadakan rapat umum diseluruh Tanah Melayu sehinggalah UMNO berjaya
membuat persetujuan dengan kerajaan British bersama Raja-raja Melayu untuk
menggubal perlembagaan baru. Seterusnya, jasa Dato’ Onn semakin penting dalam
mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu dan menyatupadukan masyarakat Melayu.
Dato’ Onn Jaafar telah menyuarakan hasratnya tentang ‘Malaya untuk Malayan’ yang
bererti Tanah Melayu tanpa mengira kaum. Dato’ Onn juga telah berjaya
menyelesaikan masalah perkauman yang dibangkitkan dalam akhbar Majlis yang
mempersoalkan supaya tindakan dilakukan ke atas masyarakat Cina yang terlibat
dalam kegiatan komunis.

Pada 31 Disember 1948, Dato’ Onn sebagai pengerusi UMNO dan Menteri
Besar Johor telah mengadakan satu pertemuan dengan 21 orang pemimpin pelbagai
kaum di rumahnya. Pertemuan ini membentuk sebuah Jawatankuasa Perhubungan
Antara Kaum yang bertujuan untuk menyatupadukan semua kaum dan mengelak
kekacauan yang ditimbulkan oleh pihak komunis dan pertemuan dilaksanakan kali

4
kedua di Pulau Pinang pada Januari 1949. Jawatankuasa ini disertai oleh Dato’ Onn
Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang, Encik Salleh bin Hakim, Dr. Mustafa bin
Osman dan Encik Zainal Abidin bin Haji Abbas. Keanggotaan jawatankuasa ini
semakin meningkat 60 orang anggota, oleh itu pada 29 Mei 1949, Dato’ Onn telah
mencadangkan supaya masyarakat Melayu membuka keanggotaan UMNO kepada
bangsa lain supaya masyarakat Tanah Melayu dapat bersatu padu tetapi usul ini
ditentang keras oleh masyarakat Melayu kerana mereka menganggap UMNO adalah
untuk orang Melayu sahaja.

Hal ini telah menyebabkan Dato’ Onn tetap tidak berputus asa dan terus
berusaha untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu dan
ingin menjadikan UMNO sebagai United Malay. Namun masyarakat Melayu tetap
menentang beliau dan hal ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk
meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Agung UMNO dan beliau tetap dengan
pendirian beliau untuk menubuhkan parti yang menyatukan semua kaum kerana
beliau merupakan seorang yang berpegang teguh pada hasratnya dan beliau tetap
usaha walau apa jua perkara yang menentang hasrat beliau. Oleh kerana Dato’ Onn
tidak mendapat sokongan masyarakat Melayu untuk menyatupadukan kaum-kaum di
Malaysia, beliau menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya pada 20 Mei
1950 yang bertujuan untuk menyatupadukan seluruh kaum di Tanah Melayu serta
mendapat sokongan mereka.

Namun gerakan IMP tidak begitu memberangsangkan minda masyarakat di


Tanah Melayu untuk bersatupadu dan IMP dibubarkan daripada segelintir masyarakat
Cina. Pada ketika itu terdapat parti-parti baru yang ditubuhkan seperti Malayan Indian
Congress (MIC), Parti Kebangsaan Melayu, Parti Islam Se-Tanah Malaya (PAS),
Parti Progresif Rakyat, Parti Rakyat dan Parti Buruh. Oleh sebab IMP tidak mendapat
sokongan masyarakat di Tanah Melayu, Dato’ Onn telah menubuhkan parti bersifat
global iaitu Parti Kebangsaan Malaya yang memperjuangkan matlamat yang sama
seperti IMP. Pada Mac 1954, Parti Negara ditubuhkan bermatlamat untuk membentuk
sebuah kerajaan yang memerintah di Persekutuan Tanah Melayu menurut konsep
demokrasi, mewujudkan bangsa Melayu dengan satu kerakyatan bagi seluruh

5
Persekutuan Tanah Melayu, Islam agama rasmi persekutuan dan berusaha memajukan
rakyat dari aspek sosial dan ekonomi. Pada 18 Ogos 1954, Dewan Perundangan
Persekutuan telah meluluskan pindaan perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu.

Pada 27 Julai 1955, Dato’ Onn bertindak meletak jawatan sebagai Menteri
Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menumpukan kepada Parti Negara kerana parti ini
akan ditentang oleh Parti Perikatan. Pada saat ini, Dato’ Onn telah menyertai pilihan
raya sebanyak tiga kali iaitu pertama di kawasan Johor yang kalah dengan Dato’
Sulaiman bin Dato’ Abdul Rahman daripada parti perikatan, kedua pada Julai 1957,
beliau mencuba nasib di kawasan Batu Pahat yang juga kalah dengan Dato’ Syed Esa
Alwi daripada perikatan dan pada tahun 1959 beliau cuba bertanding sebagai Parti
Negara di Terengganu dan beliau berjaya mengalahkan calon Engku Mohsin daripada
Parti Perikatan. Kemenangan terakhir ini menyebabkan Dato’ Onn semakin aktif
berkempen dan memperjuangkan soal kerakyatan, hak keistimewaan orang Melayu,
pendidikan, ekonomi dan Tanah Simpanan Melayu. Beliau merupakan satu permata
dan beliau adalah perdana menteri yang tidak dimiliki.

URL DOKUMENTARI MENGENAI PERJUANGAN DATO ONN.

https://www.youtube.com/watch?v=qjLQUC7cefc

https://www.youtube.com/watch?v=Hgc__4nQV_U

https://www.youtube.com/watch?v=8-4WqHZNJZE

6
7
6.A2 MEMPERKENALKAN AHLI PARLIMEN ANDA

YB BUDIMAN MOHD ZOHDI

Ahli parlimen di tempat saya iaitu Sungai Besar, Selangor ialah YB


Budiman Mohd Zohdi. Beliau adalah DUN Selangor yang mewakili Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama campuran dalam Barisan Nasional.
Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku
Malaysia. YB Budiman tinggal di Sungai Besar dengan isterinya Norma Aida

8
Abdullah dan anak perempuan Aida Jasmin Kirana. Selepas menamatkan SPM;Sijil
Pelajaran Malaysia, pada tahun 1992 beliau menerima diploma daripada Politeknik di
Kota Baru, Kelantan dan melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau menamatkan pengajian dan menerima ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran
Perniagaan (1997). Selepas itu beliau pergi ke peringkat sarjana di Universiti Putra
Malaysia dan lulus dengan ijazah sarjana dalam Komunikasi di dalam tahun 2003.YB
Budiman juga mempunyai sijil program Neuro-linguistik dari berprestij NFNLP USA
Dr William Horton. Beliau pernah bekerja dengan Telekom Malaysia sebagai
Pengurus, di bawah Pasukan Kumpulan Perniagaan.

Selain itu, YB Budiman adalah Pengerusi Sekretariat Orang Muda


Selangor (SERANG), yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang memperjuangkan isu-isu orang muda di Selangor dan memantau pentadbiran
negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Mereka biasanya menganjurkan
karnival, puisi dan persembahan pentas dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang
muda untuk perjuangan mereka. Antara isu-isu yang dibawa ke hadapan oleh YB
Budiman adalah pendidikan percuma yang dijanjikan oleh kerajaan negeri. Beliau
telah membantu pelajar- pelajar dalam isu pendidikan. YB Budiman juga menerima
anugerah belia negara pada tahun 2011. Beliau telah dianugerahkan Pingat Pangkuan
Negara (PPN), pingat persekutuan yang diberikan kepada mereka yang aktif dalam
organisasi bukan kerajaan. Beliau pernah menghulurkan bantuan kepada masyarakat
yang tidak mampu menanggung keluarga mereka dengan memberi keperluan harian
dan bantuan wang. Beliau melakukan tugasannya dengan penuh semangat dan
membantu masyarakat yang tinggal di kawasan Sungai Besar, Selangor.

9
6.A3 ULASAN PRU 13

10
11
RUJUKAN

 BUDIMAN MOHD ZOHDI (8 June 2012). "Kekecewaan orang muda


Selangor". Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang). Utusan
Malaysia. Dicapai pada 6 June 2016

 "Malaysia's Sungai Besar, Kuala Kangsar by-elections: Barisan Nasional sweeps


to victory". The Straits Times. 18 June 2016. Dicapai pada 18 June 2016.

 Ngah Yusof bin “Malay Nationalism, 1945–1957”, M. A. Theses, Department of


History, University of Otago, 1967 Google Scholar

 Shaharom Husain. Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Jaafar. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Malaysia; 1985: 587

 Tadin Ishak bin “The United Malays National Organization under Dato Onn,
1946–1951”, B. A. Thesis, Department of History, University of Malaya,
Singapore, 1959 Google Scholar

12
LAMPIRAN

13
14
15
16

You might also like