You are on page 1of 2

Nama: Yakeaswari a/p Mahendra Raj

No. Kad Pengenalan: 940109-08-5918


Kumpulan: PISMP TESL Semester 6

REFLEKSI

Pada 30 September hingga 2 Oktober 2016, kami guru-guru pelatih PISMP Semester 6
telah berjaya menganjurkan Karnival Kokurikulum IPG Kampus Perlis. Aktiviti ini perlu
dilaksanakan bagi memenuhi kriteria kursus bagi mata pelajaran Kelab dan Persatuan.

Sebelum menjayakannya, terdapat pelbagai perkara yang perlu dirancang dengan teliti. Bak
kata pepatah Inggeris, “If you fail to plan, you are planning to fail”. Selepas pensyarah
memberi taklimat, kami telah melantik sebuah jawatankuasa. Kami telah mendapatkan
bimbingan dan panduan daripada pensyarah kami yang ternyata sudah berpengalaman
dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini. Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat
dalam memastikan kelancaran aktiviti ini. Apabila tiba Karnival Kokurikulum, kami telah
berganding bahu untuk memastikan ianya dilaksanakan dengan baik. Semua pihak
bekerjasama dan tiada individu yang mencuri tulang.

Melalui aktiviti ini, beberapa manfaat telah saya perolehi. Antaranya ialah sentiasa berfikiran
positif dan berkeyakinan tinggi. Sebagai seorang bakal guru, berfikiran positif dan
berkeyakinan perlu ada dalam diri. Sebagai bakal guru, bila berhadapan dengan pelajar kita
perlu mempunyai perspektif yang baik terhadap mereka. Kita perlu mempunyai keyakinan
bila berhadapan dengan masyarakat dan pelajar kerana ini melahirkan dan mencerminkan
siapa sebenarnya guru tersebut.

Aktiviti ini telah menyemai semangat bekerjasama dalam diri kita. Kami dibahagikan kepada
kumpulan untuk menjaga stesen-stesen. Kami perlu bekerjasama untuk memikirkan aktiviti
yang sesuai dijalankan bagi peserta-peserta. Setiap ahli kumpulan kami sentiasa aktif dan
sering memberi idea bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kami mendapati bahawa
sikap bekerjasama ini boleh dipraktikkan semasa berada di alam pendidik.

Kesimpulannya, aktiviti ini banyak memberi kesan dan perubahan kepada diri saya. Selepas
selesai aktiviti ini, saya berasa lebih bersemangat untuk belajar bagi berbakti kepada orang
ramai dan ibu bapa saya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan telah banyak memberi
keyakinan kepada saya. Selain itu, aktiviti ini juga telah merapatkan hubungan saya
bersama keluarga dan rakan-rakan.. Oleh itu, penganjuran aktiviti seperti ini perlu
dilaksanakan lagi kepada lebih ramai pelajar supaya mereka merasai kenikmatan dan
kebaikan aktiviti ini.

You might also like