You are on page 1of 2

PERATURAN LAWATAN BERMAKLUMAT AKADEMI IQ

KE PULAU SIBUAN DAN BOHEY DULANG

Tempat : Pulau Sibuan dan Bohey Dulang


Tarikh : 5 Mac 2016
Masa : 6.30-4.00 petang

Anak tuan/puan dikehendaki mematuhi peraturan lawatan seperti di bawah:

1. Murid mesti bersarapan terlebih dahulu di rumah masing-masing.


2. Tiba di sekolah tepat pukul 6.30 bagi tujuan pendaftaran.
3. Memakai pakaian kokurikulum sekolah (warna oren).
4. Membawa beg untuk penyimpanan barang (rujuk senarai semak keperluan).
5. Membawa bekalan air tambahan sekiranya perlu.
6. Tidak membawa barangan berharga.
7. Sentiasa memakai jaket keselamatan sepanjang berada di dalam bot.
8. Sentiasa memakai baju kokurikulum (warna oren) sebagai tanda pengenalan lawatan.
9. Sentiasa mendengar arahan guru dan berjalan dalam kumpulan ditetapkan.
10. Melaporkan kepada guru pengiring jika terdapat sebarang masalah khasnya kesihatan.
11. Tidak pergi ke mana-mana tanpa kebenaran dan keizinan guru pengiring.
12. Memaklumkan setiap pergerakan murid kepada ketua rombongan.
13. Tidak boleh bermain di air tanpa kebenaran ketua rombongan.
14. Ibu bapa diminta mengambil anak mereka pada pukul 4 petang di sekolah.

Arahan,

.............................................................................
(NIK AZRI BIN NIK MOHAMED ARRIFF)
Penyelaras Rombongan.
SENARAI KEPERLUAN MURID
UNTUK LAWATAN BERMAKLUMAT AKADEMI IQ
KE PULAU SIBUAN DAN BOHEY DULANG

1. Baju kokurikulum sekolah warna oren (dipakai sepanjang lawatan).


2. Seluar trek.
3. Kasut.
4. Beg dan alat tulis.
5. Baju T dan seluar trek tambahan (jika perlu).
6. Selipar.
7. Sebotol air minuman.
8. Ubat-ubatan peribadi (sekiranya terdapat masalah kesihatan khusus).
9. Keperluan lain yang difikirkan perlu untuk murid.

You might also like