You are on page 1of 2

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah

hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar
ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi
menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon
dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain.
Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara
dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat
dunia.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL

1. PERINDUSTRIAN

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran
bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan
banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh
lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.

2. PENGANGKUTAN

Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan
mereka di bumi ini.

Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan
enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida
dan gas karbon monoksida

3. PEMBAKARAN HUTAN

Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan
hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada
pemanasan global

Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak
seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global

Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon
dioksida.

4. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.

Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan
banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.

Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan
ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke
angkasa.

LETUSAN GUNUNG BERAPI


Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh
faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.

Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas
rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya
telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.

Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa
di Selat Sunda.

KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-
kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi
dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji
dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh.
Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan
bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-
tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi
aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya
mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan
dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam
bekalan makanan dunia.

You might also like