You are on page 1of 4

MODUL: Biodiversiti

Lembaran Kerja 1.3: Biodiversiti dalam tindakan–


Burung ciak Darwin
Dalam aktiviti ini, anda akan meninjau kepentingan biodiversiti dan akan meneroka cara
memerhatikan kepelbagaian bentuk paruh burung ciak di Kepulauan Galapagos yang
membantu Charles Darwin membuat formula tentang teori pilihan semula jadi beliau.
Anda akan bekerja dalam satu kumpulan bertiga dan anda perlu mengumpulkan satu jenis
paruh bagi setiap ahli dalam kumpulan, satu cawan dan sedikit makanan. Guru anda akan
memberitahu jenis paruh dan makanan yang anda perlukan bagi setiap ujian.
• 1 cawan kertas/plastik
• 1 bekas mengandungi ‘makanan’.
• ‘Paruh’
oo 3 pasang penyepit makanan (chopstick)
oo 3 sudu plastik
oo 3 batang kayu koktel/pencungkil gigi
oo 3 penyepit baju
oo 3 pasang penyepit kecil (tweezers)
Penyiasatan
Ujian 1
• Setiap ahli kumpulan merupakan seekor burung yang perlu mendapatkan makanan
untuk terus hidup.
• Anda akan menggunakan ‘paruh’ anda untuk mendapatkan makanan.
• Kumpulkan sebanyak mungkin makanan yang boleh dalam masa 30 saat (guru
menjaga masa) dengan hanya menggunakan ‘paruh‘ anda dan masukkan makanan itu
ke dalam cawan anda.
• Kira jumlah dan jenis makanan yang telah anda kumpulkan dan tulis maklumat tersebut
di dalam jadual di bawah:
Jadual 1: Keputusan Ujian 1 Kumpulan
Beras Bijirin Kekacang kering Bebola Jumlah
Burung 1
Burung 2
Burung 3
Jumlah

1
Peraturan
• Makanan hanya boleh dikumpulkan menggunakan ‘paruh’ anda.
• Jangan sentuh makanan dengan tangan anda.
Ujian 2
Dalam ujian ini, burung telah dipisahkan oleh ribut ke dua buah pulau yang berbeza (Pulau
A dan Pulau B). Berlaku kemarau dan kebanyakan jenis makanan telah kehabisan. Maka
makanan yang terdapat di setiap pulau adalah berbeza.
• Guru anda akan memberitahu pulau mana diberikan untuk kumpulan anda
• Sekali lagi, setiap ahli kumpulan ialah seekor burung yang perlu mendapatkan
makanan untuk hidup. Anda akan menggunakan ’paruh‘ anda untuk mengumpulkan
makanan.
• Kumpulkan sebanyak yang boleh makanan dalam masa 30 saat, dengan hanya
menggunakan ‘paruh’ anda dan masukkan ke dalam cawan.
• Kira jumlah dan jenis makanan yang telah anda kumpulkan dan tulis maklumat tersebut
di dalam jadual yang berikut:
Jadual 2: Keputusan Ujian 2 Kumpulan
Beras Kekacang kering Jumlah
Burung 1
Burung 2
Burung 3
Total
Peraturan
• Makanan hanya boleh dikumpulkan menggunakan ‘paruh’ anda.
• Jangan sentuh makanan dengan tangan anda.
Kini anda perlu memasukkan data kumpulan anda ke dalam lembaran ringkasan kelas bagi
setiap ujian:

2
Jadual 3: Keputusan Ujian 1 Kelas

Kumpulan Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah


beras bijirin kekacang bebola besar
kering
Penyepit
makanan

Sudu

Kayu/
Batang
koktel
Penyepit
baju

Penyepit
kecil

Jadual 4: Keputusan Ujian Kelas 2

Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah


beras kekacang besar
kering

Penyepit
makanan

Sudu

Kayu/
Batang
koktel
Penyepit
baju

Penyepit
kecil

3
Kini jawab soalan yang berikut:
a. Adakah sesetengah jenis paruh lebih berjaya mendapatkan makanan berbanding yang
lain?

b. Jenis paruh manakah yang paling berjaya?

c. Adakah terdapat sebarang makanan yang digemari dalam Ujian 1 bagi jenis makanan
yang berbeza?

d. Makanan manakah yang digemari?

e. Dalam Ujian 2, adakah semua burung boleh terus hidup pada musim kemarau?
Terangkan jawapan anda.

You might also like