You are on page 1of 1

CIRI-CIRI PAIP

PAIP JENIS POLI

Kelebihan paip poli ialah ianya tahan karat, elastik, liat, tahan lasak, tidak reput dan boleh
lentur. Saiz paip air poli ditentukan berdasarkan diameter (1/2", 3/4", 1", 2" dll.) Antara lain ciri
paip poli ialah ianya diperbuat daripada 'high density polyethylene' atau HDPE. Kegunaan paip
poli ialah ianya digunakan untuk pemasangan paip di bawah permukaan tanah, konkrit dinding
dan lantai. Harga paip poli pula ditentukan pada jenis dan ketebalannya. Apabila mengalami
masaalah, paip poli bocor mudah untuk diganti dan disambung semula.

PAIP JENIS PVC

Ringan, tahan karat dan mudah untuk dikendalikan. Saiz berdasarkan diameter paip -1/2",
3/4", 1", 1 1/4", 1 1/2", 2", 3" dan 4". Diperbuat daripada polivinil klorida. Jenis kelabu dan
putih. Pelbagai ketebalan - Kelas 6 (tebal), Kelas O, Kelas D (biasa). Digunakan untuk paip agihan,
paip cuci dan paip limpah. Tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.

You might also like