You are on page 1of 2

RUMUSAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya kesihatan dalam

melaksanakan tugasan ini. Kursus SDDK 3013 Seni Dua Dimensi ini merupakan satu

cabaran yang amat besar kepada saya untuk menyiapkan tugasannya. Saya berasa amat

gembira kerana dapat meneroka kursus ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya

berkaitan dengan kursus ini.

Setelah menjalani tugasan ini, saya telah lebih mengetahui dan memahami

definisi, dan ciri-ciri serta contoh aktiviti yang ada dalam lukisan dua dimensi. Saya telah

membuat kajian tentang keunikan alam semula jadi . Saya telah melaksanakan kajian

tersebut melalui aktiviti pemerhatian dan ini selaras dengan kecerdasan visual-spatial dalam

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983) yang mengatakan bahawa

pembelajaran berpandukan penglihatan boleh menterjemahkan objek dan menghasilkan

bentuk-bentuk imaginasi melalui minda. (Ibrahim,et.al.,n.d.) Hasil daripada kajian tersebut,

saya telah memilih cendawan sebagai sumber idea yang utama. Selepas itu, corak alam

semula jadi iaitu daun kering digunakan sebagai sumber idea yang sampingan.

Sumber idea yang saya dipilih iaitu cendawan telah ditumbuh pada jalan yang

retak dan ia dikelilingi oleh daun kering. Susunan corak dijadikan cendawan sebagai sumber

idea yang utama dan ditempatkan ditengah kerana fokus utama yang ditumpukan dengan

tambahan daun-daun kering dikelilingnya untuk memberikan gambaran yang realistik.

Pemilihan corak tersebut adalah hasil proses mental yang aktif selaras dengan Teori

Kognitif. (Ibrahim,et.al.,n.d) Reka letak hal-hal benda telah saya kajikan secara manual dan

berpandukan komputer supaya mengikut kesesuaian dari segi saiz dan peranan hal benda

tersebut.

Kajian warna telah saya jalankan untuk memilih jenis-jenis warna yang paling

sesuai digunakan dalam penghasilan karya tersebut. Warna memainkan peranan yang amat
penting dalam memberi penegasan kepada hal-hal benda utama dalam hasil karya.

(Hashim,et.al.,2011)

Akhir kata, tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untuk mendalami

kandungan Pendidikan Seni Visual dalam Bidang 1 dan Bidang 2. Saya berharap agar

semua pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat saya gunakan pada masa akan

datang.

You might also like