You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN POS RAYA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS MURID BIL.2/2018

TARIKH : 27/2/2017
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK DARJAH 1T

KEHADIRAN :

Kehadiran:
1. En. Jalaluddin bin Ismail Guru Besar
2. En. Fadzir bin Shaharuddin GPK Pentadbiran
3. En. Zaharuddin bin Zahari GPK Hal Ehwal Murid
4. En. Mohd Hakimi bin Ab Hamid Penyelaras Linus
5. En. Mohd Amir Fauzan bin Md. Radzi
6. En. Samsul Faizal bin Absan Shiary
7. En. Zulman bin Mohd Noor
8. En. Syahrul Izwan
9. Pn. Khairun Najwa bt Zaradi
10. Pn. Intan Farnisa bt Mohd. Hashim
11. En. Mazlan bin Che Mohd Ghazali
12. En. Mohd Shahrul bin Yusof

1.0 Ucapan alu-aluan

1.1 En. Fadzir bin Sharuddin telah mengalu-alukan kedatangan semua guru ke
mesyuarat Linus yang kedua

1.2 Beliau meminta semua guru memberi kerjasama dalam meningkatkan pencapaian
serta mengurangkan bilangan murid Linus pada tahun 2018.

Tindakan : Semua guru Linus


2.0 Ucapan pengerusi

2.1 En. Mohd Hakimi selaku penyelaras Linus mengucapkan salam sejahtera dan
mengalu-alukan kehadiran para guru ke mesyuarat Linus yang kedua.

2.2 Beliau meminta supaya guru dapat bersedia untuk menjalankan Saringan 1 2018.
Saringan 1 akan bermula pada 1 Mac 2018 yang hanya melibatkan tahun 3 sahaja
bagi LBM dan NUM manakala LBI melibatkan tahun 1, 2, 3, dan 4.

2.3 Beliau meminta akan mengurangkan lagi bilangan murid linus pada tahun 2018 bagi
saringan 1.

2.4 Beliau meminta guru sentiasa menggunakan bahan-bahan yang menarik semasa
mengajar pdp.
Tindakan : Penyelaras Linus
2.5 Beliau meminta guru-guru supaya mengikut prosedur saringan yang telah ditetapkan
seperti yang tertera di dalam manual pentadbiran yang akan diedarkan mggu
hadapan.
Tindakan : Semua guru

2.6 Guru mata pelajaran harus bijak merancang PdPc supaya semua murid
menguasai semua konstruk LBM, LBI dan Numerasi. Pelaksanaan dan pelaporan
LINUS perlu dibuat secara telus bagi mengelakkan pihak pentadbir sekolah dipanggil
berdialog prestasi di peringkat PPD, ataupun JPN. Beliau turut membangkitkan
beberapa isu tentang LINUS seperti:-
 Tiada pembetulan dibuat ketika pemeriksaan kertas saringan LINUS.
 Markah ada, tetapi saringan tidak dilaksanakan.
 Pendokumentasian LINUS perlu dibuat dengan baik, dan teratur
 Murid perlu menguasai Konstruk 3 sehingga Konstruk 12, manakala murid
yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dianggap sebagai LINUS
Tegar
 Bagi Saringan 1 bertulis, teknik penandaan Instrumen Saringan perlu
dititikberatkan. Guru perlu menggunakan pen merah.
 Penulisan RPH perlulah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
iaitu guru perlu menulis “Saringan Lisan”, “Saringan Bertulis” atau “ Linus
Screening” diruangan aktiviti.
3.0 Pengesahan Minit

3.1 En.Samsul membentangkan minit mesyuarat partama bagi tahun 2017.

3.2 En. Syahrul mencadangkan minit mesyuarat tersebut dan disokong oleh
En. Zulman.

Tindakan Setiausaha Linus

4.0 Bangkitan dari minit mesyuarat yang lalu

-TIADA-

5.0 Perkara berbangit

5.2 Beliau membacakan senarai nama murid yang belum menguasai konsruk
mengikut kelas. ( mengikut keputusan saringan 2 2017)
seperti dalam lampiran 1

5.3 Beliau meminta kerjasama para guru untuk mengurangkan murid Linus pada
tahun 2018 .

5.4 Guru-guru diminta menggunakan buku Linus yang dibekalkan untuk murid-murid
Linus semasa aktiviti PdP dijalankan dan perlu disemak.

5.5 Penyelaras meminta guru-guru memberi penerangan yang jelas dan membimbing
murid semasa saringan dijalankan supaya murid dapat menguasainya.

5.6 Guru kelas perlu memainkan peranan penting dalam mengetahui masalah murid
Linus seperti kedatangan, masalah keluarga dan displin

5.7 Guru pemulihan dan guru Linus Khas juga memainkan peranan dalam membantu
murid-murid Linus ini.

5.8 Baliau mengingatkan semua guru supaya berusaha mencapai target KPI yang
ditetapkan bagi tahun2018.

5.9 Penyelaras juga menegur tentang beberapa kesilapan yang dilakukan oleh guru
semasa menjalankan Saringan 2.
5.10 Para guru diminta menyemak dan menyimpan kertas Saringan bertulis dalam fail
yang disediakan.

5.11 Beliau berharap juga semua guru memberi kerjasama bagi menjayakan program
Linus pada tahun 2018.

6.0 Lain-lain

6.1 Pengisian data perlu dilakukan oleh guru-guru dengan tulus.

6.2 Jika terdapat murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan, maklumat murid
tersebut perlu dikumpul dan disimpan di dalam fail.

7.0 Penutup

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke


mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

MOHD HAKIMI BIN AB HAMID FADZIR BIN SHAHARUDDIN


Setiausaha GPK Pentadbiran
SK Pos Raya. SK Pos Raya.

You might also like