You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Ruj. Tuan :
Tarikh : 30 September 2018

Tuan Guru Besar,


SK Bandar Puteri Jaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PADANG SK BANDAR PUTERI JAYA

Dengan segala hormatnya pekara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SJKT Sungai Tok Pawang akan menganjurkan Pertandingan Bola
Sepak Antara Sekolah-sekolah Tamil Negeri Kedah.

3. Oleh itu, pihak kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan padang
sekolah bagi tujuan tersebut. Butiran pertandingan adalah seperti berikut :

Tarikh : 17 November 2018 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: Padang SK Bandar Puteri Jaya

4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………
(ENCIK THURUVAN PERIYASAMY)
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Tok Pawang,
08100 Bedong,
Kedah.

sk :
Unit kokurikulum PPD KMY

You might also like