You are on page 1of 3

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 2

(10.09.2018)

KEKUATAN
Dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini, kekuatan yang saya dapati
adalah persediaan saya yang baik dan BBM yang mencukupi. Slaid yang
mempunyai maklumat yang baik, aktiviti praktikal yang membantu murid dalam
menganggar panjang dan bbm seperti pita ukur, pembaris, lembaran kerja juga
adalah mencukupi dalam menjalankan p&p hari ini. Bagi saya, persediaan awal
yang disediakan dapat memberi keyakinan diri sendiri semasa melakukan
pengajaran dan BBM yang mencukupi dan dapat membantu murid dalam
membina gambaran juga sangat membantu saya mencapai standard pencapaian
dalam kelas ini.

Selain daripada itu, kekuatan yang ada dalam kelas ini adalah murid-murid
dapat memberi tindak balas yang positif semasa aktiviti dijalankan. Hal ini adalah
satu keadaan yang sangat bagus dan ia menyakinkan guru dalam mengajar murid-
murid. Sebagai contohnya, murid-murid sangat menjawab soalan ataupun
memberi kerjasama yang baik semasa diberi arahan oleh guru. Tindak balas
pelajar dapat membantu guru untuk memahami kehendak murid dan keadaan
murid semasa p&p dijalankan dan guru juga boleh bertindak mengikut tandak
balas yang diberi.

Akhirnya, saya dapati saya mempunyai pengurusan masa yang baik dalam
waktu pengajaran hari ini kerana setiap aktiviti dapat dijalankan lancar dan baik
mengikut masa yang dirancang. Saya juga sempat untuk membuat kesimpulan
pengajaran pada akhir pengajaran. Bukan itu sahaja, murid-murid juga berjay
menyiapkan lembaran kerja yang diberi dalam masa yang ditetapkan.
KELEMAHAN

Kelemahan yang dikenalpasti adalah ada murid yang tidak dapat dikawal.
Hal ini mungkin berlaku disebabkan murid-murid baru balik daripada cuti sekolah
sepanjang 3 hari dan juga waktu matematik ini adalah pada waktu pertama
selepas senamrobik dijalankan. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa orang
murid yang lebih aktif dan asyik bercakap dengan kawan. Dengan ini, saya tidak
dapat mengawal mereka dengan baik semasa aktiviti dijalankan.

Seterusnya, saya juga mengalami masalah projector pada mulanya


disebabkan oleh computer tidak dapat Berjaya bersambung dengan LCD. Hal ini
telah mengejutkan saya dan saya memerlukan LCD untuk menjalankan aktiviti
pengajaran hari ini. Walaubagaimanapun, saya dapat menjalankan set induksi
tanpa menggunakan slaid dan seterusnya computer saya Berjaya bersambung
dengan LCD. Oleh hal yang demikian, masalah ini telah diselesaikan selepas fasa
persediaan.

LANGKAH MENGATASI

Sebagai penyelesaian, saya hendaklah menyejukkan minda murid-murid


dengan mengeluarkan peraturan dana pa yang murid hendak lakukan sepanjang
waktu ini. Saya boleh mengambil masa 1 minit untuk menyejukkan suasana dan
membuat peraturan dengan setiap murid supaya mereka dapat mendengar
arahan sepanjang p&p.

Di samping itu, saya juga hendaklah sentiasa menyediakan rancangan


yang kedua sekiranya LCD memang tidak berfungsi. Hal ini adalah untuk
mengelakkan guru menghabiskan masa semasa menyediakan LCD dan guru juga
dapat melakukan aktiviti tanpa LCD. Ini adalah amat penting kerana kadangkala
kami akan mengalami masalah ini sepanjang mengajar dan kita hendaklah
berhati-hati untuk menyelesaikan masalah ini supaya masa murid tidak dibazirkan.

You might also like